Monday, March 26, 2018

Petai Jeruk: Busuk Tapi Sedap


Sapa suka PETAI?
Suka petai mentah ke petai jeruk?
Aku suka kedua-dua nya

Apa saja masakan berasaskan Petai, semua aku layan
Tapi aku jarang beli petai kat rumah sendiri
Selalunya stok petai dibekalkan oleh Ma Ayah dari kampung

Ayah akan kait petai di kebun
Kopek buang kulit dan simpan dalam bekas
Bekas tu di lapik dengan kertas/tisu atas bawah
Nanti Ma Ayah akan bawak datang waktu melawat anak-anak di Nilai
Itu lah kasih sayang ibu ayah kepada anak-anak nya
Mampu kah kita membalas jasa mereka?
huhu *sebak*

okey..

Nak kongsi cara buat PETAI JERUK

Bahan-Bahan:

Petai 
( dicelur/rebus sekejap tanpa kopek kulit)
Garam
Asam Keping
Air
Bekas bertutup
Cili Padi - ikut suka

Cara-caranya:

1- Petai yang di rebus/celur tadi di kopek
Kulit putih tak perlu buang

2-  Masukkan dalam bekas, masukkan air tutup paras petai

3- Tabur garam, bubuh asam keping dan cili padi

4- Tutup rapat bekas dan simpan dalam peti bahagian bawah

5- Dalam 4/5 hari dah boleh makan

Aku suka picit cili padi tu dalam nasi
pedas meletop tu yang best

Selamat Mencuba




3 comments:

Siqah Hussin said...

Siqah tak makan petai.. Hihi. Kalau ada petai dalam sambal udang petai, ambik udang je :D

paridah said...

SEDAPNYA PETAI JERUK MUDAH JE BUAT SENDIRI

Irfa said...

Siqah..
wah, untung lah sapa yang makan sambal udang petai dengan awak
dia dapat kaut petai banyak2
hihi

kak P..
selalu nya mak yang buat la
bawak balik botol besar dari kampung, hihi