Tuesday, September 4, 2018

Apa yang menarik tentang Traveloka Sale dan Matta Fair 2018

Tuesday, September 04, 2018 3
Wah! Dah di bulan September kita ye. Cepat sungguh masa berlalu. Rindu nak update blog hari ni. Sedikit  free lepas hantar anak-anak ke sekolah. Si kecik pun sedap tido berselimut litup lagi. Takde gangguan untuk mengadap laptop. Hihi

Urusan rumah tangga biasalah, tak pernahnya habis. Jadi kita buat yang mana termampu, kalau rasa penat.. kita pejam je mata, so tak nampaklah kan, haha (oh! jangan tiru tau perangai camni)

Sebelum tu, sempat lah scroll laman Facebook, tengok aktiviti kawan-kawan. Melintas di wall, post 'kawan baik' yang baru balik dari bercuti ke Korea, seronok membaca pengalamannya ke Korea. Aku ralit membaca bila dia bercerita dengan detail setiap tempat yang dia lawati, tren nombor berapa dia naik dan berapa harga tiket yang perlu di bayar untuk masuk ke tempat yang dilawati tu. Aku yang membaca pun serasa ada bersama dalam setiap cerita nya. Sebenarnya, Korea pun ada dalam list impian negara yang ingin di lawati. Moga tercapai satu hari nanti.

Emmm, tak boleh jadi ni. Dah lama sungguh tak cop 'buku merah', sebenarnya banyak faktor yang menyebabkan percutian yang menggunakan 'kapal terbang' menjadi pilihan yang ke 99, haha. Maklumlah, gerabak pun dah panjang. Bukan sedikit duit nak kena menabung hanya untuk beli tiket je, belum lagi benda2 lain yang nak kena bayar. Orang kata. garu tempat tak gatal lah jawabnya.

Bila baca post otai-otai yang selalu travel, katanya tips 'gerabak panjang' ni kalau nak travel, kenalah rajin intai-intai tiket penerbangan murah. Contohnya di Matta Fair. Kebetulan Bulan September ni banyak promosi.

Apa yang menarik di Traveloka Sale-abration ni antaranya ialah:

- Tawaran kupon diskaun tambahan untuk pembelian segera

- Diskaun kupon 8% atau sehingga RM40 untuk tiket penerbangan *tertakluk kepada terma dan syarat*

- Tawaran kupon diskaun di atas promosi penerbangan dari syarikat penerbangan yang terlibat.
No Booking Fee! Tempah sekarang untuk perjalanan penerbangan bila-bila masa dan mana-mana destinasi!

- Tempoh Tempahan: Dari 4 September hingga 10 September 2018

- Tempoh Perjalanan: Anytime

Traveloka Sale-abration dan Matta Fair 2018. Rugi lah kan kalau tak grab, sangat jimat berbanding harga biasa.

Kalau Matta Fair, kita dah sedia maklum memang dah femes dengan tiket murah tapi kena ke KL lah kan, ronda-ronda semua booth dalam tu sambil kutip brochure sekali, kena check out setiap promotion. Kepada yang jauh dan tiada masa ke Matta Fair, jangan bersedih ye, sebabnya Traveloka pun tengah sales. Jangan tak tahu, Traveloka Sale-abration punya harga pun seakan-akan Matta Fair punya harga. Boleh klik SINI untuk info lanjut.

Aku sebenarnya dah lama berangan nak ke Switzerland. Tengok post kawan-kawan yang dah kesana, aduh jatuh hati dengan pemandangannya yang sungguh cantik. Ada yang dah berbulan balik pun masih tak boleh move on, haha. Bukan kata diorang je kot, ntah ntah kalau aku pegi, setahun pun belum habis throwback. Muntah hijau lah kengkawan yang tengok post throwback aku nanti, hihi

Oh! cantiknya pemandangan

Sebenarnya ada banyak pilihan Airlines nak untuk ke sana, boleh pilih nak transit di negara mana mengikut Airlines pilihan kita. Memandangkan aku dah pernah naik Malaysia Airlines masa kerja dulu, kalau ada peluang travel lagi, aku teringin sangat nak naik penerbangan Qatar Airway @ Emirates @ Singapore Airlines. Nak juga merasa macam mana selesanya 'seat' dalam 3 Airlines tu. Moga tercapai impian satu hari nanti, sapa tau kan. Sekarang berangan je lah dulu yang mampu.

Kalau tak dapat ke Switzerland lagi, dapat pegi lagi sekali ke New Zealand pun best jugak. Pernah kesana tahun 2009, seminggu je so tak cukup untuk menjelajah semua tempat yang menarik di sana. Kebetulan masa kami pegi tu, waktu siangnya sangat pendek. pukul 5.30 petang dah gelap macam waktu Maghrib. Kalau dapat kesana lagi waktu musim bunga mesti best kan. Waktu pegi dulu mengandungkan anak nombor 3, bila dia tengok gambar Kakak dan Abang nya main salji, apa lagi... dia pun bertanya lah, mana dia? Kenapa takde dalam gambar? Bila cakap yang dia dalam perut Omie, lagi lah tak puas hati, siap cakap, cuti sekolah yang panjang bulan Disember, jomlah kita pergi lagi sekali satu keluarga. Alahai sedih pulak dengar bila dia cakap camtu. anak-anak apalah yang dia tahu, dia ingat duit petik kat pokok tepi jalan, kalau semudah itu, dah lama Omie bawak guni petik, hihi. Petik 4/5 guni, kita round satu dunia. Dari Timur ke Barat, dari Utara ke Selatan, baru lah betul-betul keliling dunia, oh indah nya berangan.

Okeylah, kembali ke bumi nyata. Jom basuh kain, matahari dah tinggi. Rugi kalau tak sidai sekarang. Jumpa lagi bila free, bye.


Wednesday, August 1, 2018

Selamat Datang Ogos dan Kak Mawar Pantang Food

Wednesday, August 01, 2018 2

BYE BYE JULAI
SELAMAT DATANG OGOS
.
.
.
Dalam sibuk urusan dunia, dah masuk bulan ke 8 tahun 2018
Banyak sungguh perubahan berlaku
Kita juga dalam pemerintahan kerajaan baru dah lebih 2 bulan

Pagi ni sempat jenguk blog, cuci sawang istilah blogger dulu2
Banyak benda nak kongsi, tapi tak tahu mana nak mula
Sibuk sangat konon nya haha

Oh sebelum terlupa
Sejak bulan lepas, aku ada mulakan bisnes baru
Bisnes menyediakan masakan berpantang bagi ibu2 lepas bersalin
Masih bertatih lagi


Bisnes ni sebenarnya sebagai nilai tambah aku dalam kehidupan
Dengan niat membantu ibu2 dalam pantang yang jauh dari family dan juga membantu suami2 untuk menyediakan makan pantang yang berkhasiat kepada suri hati

Setakat ini baru beroperasi sekitar kawasan perumahan, area Nilai dan taman2 berhampiran
Jika ada yang berminat, boleh terus whatapps ke nombor 016-6116459

Okey lah, log out dulu
Urusan rumah tangga menunggu untuk di selesaikan

Bye
See u when i see u
^_^


Thursday, April 5, 2018

Komen Paling 'Pelik' Setakat Ini

Thursday, April 05, 2018 5

hai korang
sejuk eh pagi ni
rasa macam nak pakai stokin je
# tiba-tiba teringat mangsa banjir di negeriku beberapa tahun yang lepas. diorang tinggal dalam khemah
macam mana lah agaknya menghadapi cuaca sejuk camni, huhu

eh, ni nak citer pasal pengomen kat blog
tipulah kalau blogger tak suka bila ada orang komen, huhu
aku ngaku suka baca komen sesapa yang singgah kat blog aku
sebab taknak terlepas pandang semua komen
aku setting semua komen kena approve baru publish
# setakat ni takde lagi komen mengutuk, yelah.. aku bukan blogger femes pun

tapi, ni komen paling 'rare' aku dapat


berminat?
pm dia, jangan pm aku ye
hehe


Saturday, March 31, 2018

Tips Bercuti Ke Langkawi, Tanah Kelahiran Mahsuri

Saturday, March 31, 2018 4
Hai semua............. ada orang singgah sini tak?

Rindu blog, baru ada masa nak Log In, tapi masih belum ada masa yang betul-betul lapang nak bercerita, sambil jenguk entri-entri lama, terutama yang cuti-cuti. Aduh....  terasa lamanya tak pergi bercuti bersama family. Maksud aku, cuti-cuti yang naik kapal terbang, kalau yang dekat-dekat naik kereta tu adalah, hihi

Tiba-tiba terbaca post lama yang Cuti-Cuti Ke Langkawi Tahun 2012 (ini kali yang ke berapa ke Langkawi pun dah lupa) selepas tu pun ada lagi Trip ke Langkawi, Tahun 2016 kalau tak silap. Itu adalah trip pertama bersama Baby Aisha. Kami ke Langkawi masa tu khas untuk makan-makan je, Omie teringin nak makan Laksa tepi lapangan terbang tu, hihi

ehsan Google

Dataran Helang (Gambar dari Google)

Laksa Power tepi lapangan terbang






Actually, tak pernah bosan pun ke Langkawi walaupun ada yang cakap, pusing-pusing pun situ juga. Bagi aku okey je walaupun dah banyak kali pergi tempat sama, suka makanannya, pantai nya, suasana nya.

Okey, here's the first Tip untuk mereka yang baru first time nak Bercuti ke Pulau Langkawi

Korang boleh pilih sama ada nak naik flight terus mendarat ke Lapangan Terbang Langkawi sama ada dari Klia @ Klia2 (memandangkan aku stay kat Nilai, memang naik flight adalah pilihan utama kami). Tapi kalau tak nak naik flight, boleh juga naik Feri sama ada dari Kuala Kedah @ Kuala Perlis.

Di Langkawi, korang boleh search dan book tempat untuk stay at the https://www.traveloka.com/en-my/ situ korang boleh pilih mana-mana hotel mengikut bajet korang. Nak pilih hotel tepi pantai ke, dekat pekan ke, dekat dengan tempat shopping ke, ikut selera korang. Booking awal-awal lebih baik kalau korang pergi musim Cuti Sekolah, kang tak memasal ada yang bercuti kena tidur masjid, hihi

Okey, dah pun sampai Langkawi. Soalan yang paling kerap di tanya, apa yang best di Langkawi?

Nak pergi mana dulu?

Nak buat apa?

Nak tengok apa?

Kalau tanya aku, pastinya aku akan cari makan dulu, baru jalan-jalan, haha. Wajib makan ialah Laksa Ikan Sekoq dan Rojak, lokasi nya tepi pantai bersebelahan dengan landasan kapal terbang tu. Lepas tu baru lah jalan-jalan.

Antara aktiviti yang boleh di pilih ialah jalan-jalan tepi pantai, terdapat pantai yang bersih dan cantik untuk di nikmati di sepanjang Pantai Chenang. Dan juga bermacam aktiviti sukan air seperti Jet Ski, Banana Boat dan Parasailing untuk yang berani dan suka kan aktiviti lasak, kalau berani-berani takut macam aku, korang boleh bina istana pasir tepi pantai jelah, haha.

Cuma nya kat sini agak crowded terutama musim Cuti Sekolah. Sepanjang jalan ada terdapat servis sewa basikal dan scooter, boleh pilih mana-mana mode of transportation yang sesuai untuk pusing pulau.

Kalau tak suka tempat crowded, nak kan privacy, korang boleh usha the awesome Datai Langkawi. Tempat ini agak jauh dari kepadatan manusia, dan sangat sesuai untuk pasangan berbulan madu. Pantai kat sini lebih sunyi dan paling best,ada cruise untuk korang explore the shimmering and captivating Andaman coastline. Tak lupa juga disini ada Golf Course. Yang gian pukul bola masa cuti, memang sesuai sangat ke sini. Tapi kalau bajet kurang, jangan cuba-cuba check in kat sini ye

Satu lagi, yang tak gayat boleh cuba naik Cable Car kat Gunung Machincang. Memang best, dah 2 kali ke Langkawi naik ni, ada satu kali tak dapat naik sebab cuaca tak mengizin kan. Dari bawah untuk naik ke atas lebih kurang 15 minit dalam Cable Car. Kat atas nanti boleh cabar diri dengan menyeberangi Sky Bridge yang merupakan jambatan transparent menghubungkan puncak-puncak gunung tersebut. Disebabkan queue untuk tiket Cable Car selalunya panjang dan bagi yang kurang sabar untuk berbaris, korang boleh beli pakej yang include the entrance to the Sky Dome and the Sky Rex untuk jimat kan masa dan bajet. So next time tak payah beratur lagi kalau teringin nak kesana

Ihsan Google

Ihsan Google

Orang kata, rugi kalau datang Langkawi tapi tak melawat ke Kilim Geoforest Park. Disini korang boleh naik bot untuk melawat ke gua batu kapur, fish farms dan berpeluang melihat sendiri bermacam spesis ikan yang unik dan jarang ditemui di tempat lain. Petugas disini juga sangat infomative dan  friendly. Selain tu boleh tengok beberapa spesis burung helang yang terbang rendah untuk menangkap ikan. Sesuai bawa anak-anak mengenal alam semulajadi, melihat gua batu kapur dan hutan paya bakau. Kat bandar asyik tengok hutan batu je kan, haha. Trip ni mengambil masa lebih kurang 1 hingga ke 2 jam bergantung pada pakej yang di pilih.

Untuk kaum ibu, tak sah kalau tak ke Haji Ismail Group dan Idaman Suri untuk cuci mata melihat pinggan mangkuk, walaupun dah bersusun pinggan mangkuk dalam almari kat rumah tu. Tak dapat beli, cuci mata pun terapi katanya, hihi

Syurga Kaum Wanita, hihi



Ada lagi beberapa tempat yang menarik untuk dilawati seperti UnderwaterWorld Langkawi, Makam Mahsuri, Muzium 3D, Telaga Tujuh, Dataran Lang dan lain-lain tempat. Kalau nak cerita kan semua, mau ber episod baru habis ni

Masa kesana kami tinggal di Century Langkasuka Resort, kawasan hotel nya tenang, pantai nya cantik. Anak-anak sampai tak nak balik, hihi





So, here the last tips. Nak lagi senang, korang boleh download Apps Traveloka secara percuma dan terus search Cheapest Hotels in Langkawi untuk harga yang lebih murah kat situ, there's no hidden charge. Apa harga yang korang lihat, itu lah yang korang perlu bayar. Mudah kan?

Bye Bye Langkawi, ada umur datang lagi

Okey lah... sekian perkongsian tentang Langkawi, see you when i see you, hah gitu :)


Friday, March 30, 2018

Menyusu Bayi Di Khalayak Ramai

Friday, March 30, 2018 2
Menyusu Bayi Di Khalayak Ramai
Dear Blog

Dah lama aku tulis ni tapi simpan je dalam draft. Takde keyakinan untuk publish tapi secara kebetulan sangat kisah ini menjadi topik hangat baru-baru ni. Aku sebenarnya takut nak tulis ni, takut ada yang terasa tapi dah lama aku pendam, rasanya aku tulis ni dah tapis-tapis. Ini hanya perasaan aku saja takde kaitan dengan yang hidup @ sudah meninggal dunia. Maaf kalau ada yang terasa.

Okey.. kalau kita pegi ke klinik,pasti ada poster ibu tengah susukan anak.aku okey je tengok poster tu. Kalau kita ke shopping mall.. nampak ibu tengah susukan anak dia kat kerusi tapi cover..tak nampak t3t3k pun, aku okey je.

Ye, aku paham, aku penah laluinya...4 anak aku semuanya sempat menyusu.. walapun kakak cuma sekejap tapi Abam dan Kakcik sempat nyusu sampai 2 tahun 2 bulan. Aku tahu macam mana perasaan bila anak tengah lapar/dahaga, aku dah tak peduli orang keliling.yang penting bagi aku ialah, anak aku nak susu, secepat mungkin cari tempat yang sesuai untuk sesi menyusu.

TAPI......

Aku rasa 'semacam' bila tengok/baca blog yang asyik tunjuk gambar dia menyusukan bayi. Bukan sekali tapi hampir setiap kali menulis, ada letak gambar tu.Sebagai ibu dan sebagai wanita aku cuba memahaminya, tapi ingatlah............... blog dan FB itu open, sesapa pun boleh baca. Kalau lah yang baca itu bukan waras otaknya, dapat tak korang bayangkan apa di fikirannya bila lihat gambar sebegitu? Memang tak nampak puting, tak nampak terselak pun.. tapi perbuatan itu menceritakan apa yang berlaku.

Aku ada juga terbaca (terbaca orang punya sebab memang dah lama tak beli majalah ni.masa anak pertama memang langgan tapi bila dah ramai. aku jarang membelinya sebab aku perasan tajuknya sama je, macam ulang tayang gitu). Ada ruangan tunjuk ibu-ibu sedang BF anak mereka sambil tersenyum riang. Memang tak nampak 't3t3k' pun tapi sudah pasti kita tahu baby tu tengah buat apa.

Senang cerita, aku malu bila setiap kali baca blog itu dan tengok ruangan tu dalam majalah.senang je orang nak komen 'jangan baca'.emmm..pilihan di tangan anda.ye tak?*okey..saya paham*


Fuh lega dah luah perasaan
haha

Tuesday, March 27, 2018

Kawal Resdung DenganTablet Resdung Tok Melah

Tuesday, March 27, 2018 2
Pagi ni aku nak kongsi satu Produk Tempatan yang aku puas hati. Kita jangan pandang sebelah mata bila dengar Produk Tempatan. Bukan semua Produk Tempatan takde kualiti dan tangkap muat (borong dari satu kilang, tepek sticker nama sendiri).

Ini terbukti dengan Tablet Resdung Tok Melah yang aku dah guna lebih kurang setahun. Alhamdulillah serasi untuk kami sekeluarga yang ada masalah RESDUNG TEGAR terutama En Abe dan anak ku si Kakcik Hajar.

Kerana mereka berdua lah, aku rasa terpanggil untuk berkongsi dengan pembaca blog ini. Mana tahu ia bermanfaat kepada yang menghadapi masalah yang sama

Apa petanda seseorang ada masalah RESDUNG (tanpa sedar, ramai yang ada masalah Resdung tanpa di sedari)


Apa yang aku nak kongsi hari ini, kesan kepada masalah Resdung yang dihidapi oleh EnAbe. Dia memang selalu selsema dan bersin teruk setiap pagi, juga alergik dengan kepada Seafood. Dia juga ada masalah Asma, bila cuaca sejuk, selalu jugak kena sedut pam, baru boleh bernafas lega.

Alhamdulillah... sejak amalkan Tabler Resdung Tok Melah ni, dah kurang bersin waktu pagi, dah boleh eksen makan Seafood yang dulu kalau letak Udang depan mata, memang pandang ekor mata jelah. Dia  sendiri cakap, dah jarang ambik pam asma sebab boleh bernafas lega. Syukur sangat.

Kepada si Kakcik Hajar (sekarang umur 8 tahun), memang sepesen dengan ayahnya, pepagi bersin dan meleleh air hidung. Kalau solat Subuh tu, lencun telekong duk lap hidung, huhu. Kesian tengok dia, nampak sangat tak selesa. Itu kat rumah, kalau kat sekolah, mesti sangat tak selesa nak fokus belajar sambil tangan duk lap hingus, Kakcik pun ada samalah Asma, sebulan kadang sampai 2x kena ambik Neb bila dia start batuk @ demam. Aku bagi dia 1 tablet setiap pagi (kadang2 bagi bila perlu je). Alhamdulillah, nampak perubahan. Jarang dah soksek soksek pepagi dan jarang kena ambik Neb bila semput.

Oh lupa, si Kakak pulak, bila rasa nak demam @ selsema... memang dia kemam sebiji, serasi dengan dia.Selalu nampak macam nak demam tapi tak jadi.

Untuk yang nak cuba Tablet Resdung Tok Melah, jangan risau kerana kandungan nya adalah dari bahan-bahan semulajadi. Jangan risau takut anak-anak tak suka rasanya, sebabnya ini tablet resdung istimewa di rumus untuk kanak-kanak hingga dewasa, rasa rasberi masam-masam manis pasti anak suka (jangan nanti kena sorok sebab ingat gula-gula, hehe)





Keistimewaan Tablet Resdung Tok Melah:
  • - Terbukti berkesan seawal 3 hari penggunaan.
  • - Produk resdung istimewa yang diformulasi khas dalam bentuk tablet supaya mesra kanak-kanak.
  • - Untuk kanak-kanak seawal usia 6 tahun dan dewasa.
  • - Penawar resdung tanpa terapi, tanpa kapsul dan tanpa asap.
  • - Mengandungi bahan semulajadi Habbatussauda, kulit kayu manis, epal, delima, rasberi, kurma, oren dan vitamin C

Khasiat Tablet Resdung Tok Melah:
  • - Menghentikan kegatalan hidung, telinga, mata, tekak dan badan.
  • - Menghentikan kekerapan bersin.
  • - Melegakan hidung tersumbat
  • - Meningkatkan prestasi imunisasi badan dan sistem pernafasan.
  • - Anti radang
  • - Melegakan selsema
  • - Mencegah serangan asma (lelah)
  • - Mengurangkan kolesterol
  • Anti toksid
  • Merawat jerawat diwajah dan badan akibat resdung.
  • Membantu mengurangkan masalah kelumumur berkerak.

Cara pengambilan:

Dewasa: 1 - 2 tablet sebelum makan
Kanak-kanak: 1 tablet sebelum makan







Jika berminat nak cuba, boleh contact aku terus
Whatapps je

016-6116459

Monday, March 26, 2018

Petai Jeruk: Busuk Tapi Sedap

Monday, March 26, 2018 3

Sapa suka PETAI?
Suka petai mentah ke petai jeruk?
Aku suka kedua-dua nya

Apa saja masakan berasaskan Petai, semua aku layan
Tapi aku jarang beli petai kat rumah sendiri
Selalunya stok petai dibekalkan oleh Ma Ayah dari kampung

Ayah akan kait petai di kebun
Kopek buang kulit dan simpan dalam bekas
Bekas tu di lapik dengan kertas/tisu atas bawah
Nanti Ma Ayah akan bawak datang waktu melawat anak-anak di Nilai
Itu lah kasih sayang ibu ayah kepada anak-anak nya
Mampu kah kita membalas jasa mereka?
huhu *sebak*

okey..

Nak kongsi cara buat PETAI JERUK

Bahan-Bahan:

Petai 
( dicelur/rebus sekejap tanpa kopek kulit)
Garam
Asam Keping
Air
Bekas bertutup
Cili Padi - ikut suka

Cara-caranya:

1- Petai yang di rebus/celur tadi di kopek
Kulit putih tak perlu buang

2-  Masukkan dalam bekas, masukkan air tutup paras petai

3- Tabur garam, bubuh asam keping dan cili padi

4- Tutup rapat bekas dan simpan dalam peti bahagian bawah

5- Dalam 4/5 hari dah boleh makan

Aku suka picit cili padi tu dalam nasi
pedas meletop tu yang best

Selamat Mencuba




Thursday, March 8, 2018

Lockching @ Satey Ikan

Thursday, March 08, 2018 0


Ini Lockching @ Satey Ikan

Masa kecik dulu-dulu, selalu petang-petang ada motor masuk kampung macam jual aiskrim tu, jual Lockching. Seposen secucuk. Beratur lah budak-budak beli lockching. Sabar je tunggu pakcik tu membakar atas pembakar arang mini yang di sangkut tepi tong satey tu. Bau nya wangi menyucuk hidung buat kami menitik air liur. Boleh pilih nak Sos Pedas ke Sos Manis. Bila makan tu, hirup sos sampai licin plastik, punya lah sedap 


Sekarang dah moden, Lockching dah boleh order online
Yang dalam gambar  ni aku order dari Terengganu
Seller pos guna Poslaju

Siap dengan kuah pilihan Sos Pedas dan Sos Manis dalam botol
Nanti bakar dalam pemanggang ajaib atas dapur gas
Makan lah sepuas nya sambil mengenang memori dulu-dulu


Monday, February 26, 2018

Blog Semakin Membosankan, Nak Tutup Tapi Sayang

Monday, February 26, 2018 4

Sehari dua ni, setiap malam aku bukak blog. Itupun sebab laptop dah sedia On sebab kakak guna sambil study. Dapat lah aku tumpang konon nya. Niat nak update,tapi aku tak tahu nak cerita pasal apa. Semua pun dah bercerita di FB, bila buka Blog dah takde apa nak cerita. Tapi nak tutup terus, sayang pulak. Lagipun rutin harian pun sama je, huhu.

Peliknya, aku dah malas nak baca, dulu walaupun tak update blog sendiri, rajin jugak lompat dari blog ke blog, baca kisah kengkawan. Blog yang aku suka dan wajib baca setiap hari dulu pun, aku dah malas nak baca. Adui, pehal teruk sangat nih.

Waktu Free, aku suka baca buku. Pantang ke kedai buku, mesti terbeli. Eh, bukan novel, buku tentang motivasi dan buku2 ilmu yang lain. Nampak sangat hidup aku sekarang memerlukan motivasi, haha. Apapun, aku tak rasa rugi beli buku, sebab sampai bila2 pun boleh baca kan? Sejak Cikebom pandai buat hal sendiri ni, sempat lah aku ber MeTime baca buku, bagi dia buku kosong dan pensel, pandai2lah dia buat hal sendiri, tapi bila lepa mata aku, kaki tangan semua dia conteng, huhu.

Kesimpulannya sekarang, aku sayang Blog ni tapi untuk aktif macam dulu, rasanya dah takde. Banyak kenangan aku dengan blog, ramai yang aku kenal dari dunia blog (yang kini lebih selesa bertegur sapa di FB). Semoga blog ni tidak berkubur.

Kbai


Tuesday, February 20, 2018

Entri Pertama 2018: Ayah Hebat

Tuesday, February 20, 2018 4


Alhamdulillah, masih bernafas sehingga kini. Sudah di bulan Februari, bulan kelahiran aku yang ke39 tahun. Lamanya aku tinggalkan blog kesayangan ni. Bukan takde masa, tapi mood untuk berblog dah tinggal nyawa-nyawa ikan.

Okeylah, ini Entri perttama di tahun 2018. Malam ni tiba2 rasa nak bercerita tentang AYAH. Setiap anak pasti nya menjadikan AYAH nya sebagai Idola. Masa remaja, aku berharap akan bertemu lelaki macam ayah sebagai pasangan hidup, Yang bertanggungjawab dan sanggup berkorban apa sahaja demi keluarga. Ayah seorang yang tak banyak cakap, kalau minta izin, bila diam itu tandanya ayah izinkan. Tapi kalau ada bunyi ayat dari mulutnya, itu bererti, Ayah tak bagi.

Sekarang aku ada 4 anak, semestinya Ayah mereka adalah Ayah Yang Hebat di mata mereka. Bila Ayah Out Station, asyik bertanya bila ayah nak balik, bila Ayah sampai kemuka pintu, berkejar sambut Ayah. Bila Ayah nak keluar rumah, semua tadah pipi untuk di cium. Ayah yang melayan cerita mereka, melayan permintaan mereka selagi mampu.

Aku selalu berdoa semoga mereka diberi kesempatan merasa kasih sayang seorang Ayah sehingga mereka dewasa, sama macam aku yang masih menikmati kasih sayang Ayah hingga kini usia ku 39 tahun. Ayah yang bila tahu anak sulungnya nak balik, tak lena tido selagi belum sampai ke muka pintu rumah, Ayah yang gigih cari kulat sisir, kait petai sebab tahu itu kegemaran anak2nya.

Aku kadang sedih bila baca kisah anak2 yang didera oleh ayah, samada dera fizikal @ mental, anak yang tidak dilayan sewajarnya, Ayah yang sepatutnya menjadi pelindung tetapi menjadi pemusnah hidup mereka, sedih yang tak terluah dengan kata2.

Wahai lelaki bergelar Ayah, jaga lah anak2mu dan tunaikan hak mereka sebagai anak selayaknya. Jangan menyesal kemudian hari, teruslah menjadi idola anak2.