Friday, April 28, 2017

Makan Atas Dulang Menggamit Kenangan

Hai Blog
Mood Rajin datang
Manfaatkan sebaik2nya

Saja tulis sebagai kenangan
Seiring dengan bertambahnya usia
Kita suka mengenang kisah dulu-dulu
Kisah kita membesar di kampung
Antara perkara yang mengimbas memori ialah Pinggan Lama dan Dulang
yang dulu2 kita tak ambik kisah pun
Tapi sekarang, tengok Pinggan Lama pun boleh menitik airmata
sob sob sob
Kecik2 dulu biasa tengok nenek hidang makan guna dulang
tutup dengan tudung saji 
makan bersila ramai2

sekarang makan bersila pun dah payah jumpa
kecuali ada kenduri di kampung
tu pun dah banyak yang majlis ala buffet, sendiri cedok

Beberapa minggu lepas aku ternampak orang jual dulang
lalu tu dia panggil 
'singgah tengok dik, hari ni last day, murah saja rm10'
tak fikir panjang terus beli 1 dulang

dia besi je takde bunga2 corak
anak2 buah datang rumah tu hari, aku rasmi kan
bagi kakcik dan sepupu2nya makan atas dulang
pelik je muka diorang makan ramai2 atas satu bekas
tapi diorang happy je suap ramai2 rebut2
haha

lauknya cuma telor goreng hancur buh kicap
licin





 Aku saja nak cipta kenangan untuk anak2 dan sepupu2nya
Moga jadi kenangan manis untuk dikenang besar nanti


Yang ni hidangan semalam
Saja hidang atas dulang
Gelak je EnAbe tengok perangai isteri nya 
Macam2 lah

Walaupun lauk simple, nampak sedap bila hidang guna dulang
Kalau ada air sirap dan pencuci mulut buah tembikai
Lagi best dan menggamit kenangan kan?

Next time lah ye

11 comments:

Hayati Ghazali said...

Saya tak tengok dulang, saya tengok lauk...kecur lagi terutama masak lemak cili api ayam tu :-)....tapi memang ye...makan beramai ramai sedulang sambil bersila memang menyeronokkan...

HeNRieTTa JoSe said...

dh lama xmakan dalm dulang...memori masa kecik dlu...

paridah said...

SEDAPNYA KELILING DULANG ANEKA LAUK DLMYA MKN RAMAI-RAMAI..PINGGAN BUNGA KANGKONG MSH ADA DLM SIMPANAN YA IRFA BAGUS TU

Nieda ramly said...

budu the best

NanyFadhly said...

Ehhh! bestnya...dulu kitaorg adik beradik pun makan ngan dulang. Hari-hari mak serve macam tuh. Bila kami dah besar ni..rasa tak praktikal pula nak berdulang-dulang. HAHAH! Tapi boleh gak kan, sesekali kita buat macam ni. Sure seronok!

Rai OurKizuna said...

kalau kenduri kat rumah mak aku kerap makan dalam dulang ni.. hehehe

Nora Karim said...

Saya pun suka jenis hidang gini... saya kat rumah pakai dulang juga letak lauk pauk... heheh sebab kalau tak pakai dulang (letak air sikit) confirm semut hurung lauk.

lupekanje said...

Makan dalam dulang sunnah nabi. Banyak hikmahnya. Antaranya mengeratkan ukhuwah, membuang mazmumah (rasa geli/jijik untuk makan sama-sama tu salah satu mazmumah), mengajar diri untuk menghargai rezeki, sedikit sama sedikit, banyak sesama banyak. Berjimat dan elak membazir. Dan banyak lagi hikmahnya. Amalkan dengan cara yang betul, adab yg betul, maka akan dapatlah hikmatnya yg tersurat dan yang tersirat.
Antaranya kaedah yang betul, cara duduk, menutup kepala dan meletakkan sejemput garam (colek sedikit untuk permulaan makan)
Boleh didik anak untuk berdisiplin, qonaah, bertolak ansur, tidak tamak dan tidak gelojoh.
Islam itu indah. Salam lebaran aidilfitri 2017.

Kak Yon said...

teringat zaman kecik akk..arwah mak selalu hidang makanan mcm ini. sekor ikan goreng mkn ramai2. dari situ emak akan tahu perangai anak yg mna tamak dan tidak..hahha
orang dulu2 ada muslihat di sebalik apa yg diaorang buat kat anak2..

paridah said...

Makan keliling dulang yg penuh lauknya mngeratkan kebersamaan kita.

nur_sumayyah said...

bestnya makan dalam talam . kenanagan manis