Sunday, February 12, 2017

M.A.L.A.S

Ahad 12 Feb 2017

Sekarang jam pukul 1.30 pagi
Waktu anak-anak dah lena di ulit mimpi, waktu inilah aku selalu bangun dan jenguk ruang tamu. Kemas dan susun apa yang patut, mainan bawah sofa, bawah meja, merata-rata. Aku tarik nafas dan menghayati setiap sudut rumah yang sekarang memang agak bersepah, tapi mungkin lagi 10 tahun, anak-anak membesar dan bual hal sendiri, aku mungkin akan merindui saat rumah bak kapal karam ini.

Malam tadi aku dan anak-anak ke Carboot Sale dekat rumah, kebetulan Mil dan Sil pun datang dari Semenyih nak jenguk2 apa yang menarik di CBS tu. Berjalan santai sambil menikmati keropok lekor, apam crispy, jenguk barang jualan sepanjang jalan.

Aku terbeli sepasang sandal prelove berharga rm10, sandal baru untuk Baby Aisha, sehelai jersi untuk si Abam dan sebiji kipas guna bateri untuk si kakak.

Penat pusing2, kami lepak ambil angin sambil tengok budak-budak main roller blade. Anak-anak dah bosan dengan RB, dulu nak sangat, sekarang kasut tu tersadai tepi pintu, rasa nak je aku letgo kat grup prelove, haha.

Sebenarnya, blog semakin membosankan. Aku pun dah tahu apa yang patut aku tulis di laman blog ni lagi. Komen pun dah takde, huhu. Menulis tanpa komen, ibarat bercerita dengan dinding.

Okeylah, tido dulu. Bye bye blog
Jumpa lagi

8 comments:

Acik Erna said...

tak pe tanpa komen..anggap je menulis dairi..memang tak kan ada komen pun kan..tu kan hobby dari dulu

NanyFadhly said...

Alaaa...jangan macam tuh Irfa. Maybe nanti anak-anak Irfa bila dah besar akan baca blog Irfa ni. Macam2 cerita kan ada? Jangan malas-malas yer. Teruskan bercerita :)

paridah said...

SELAMAT BERHUJUNG MINGGU IRFA..BLOGGIGLH KERNA MINAT N MAHU

gadisBunga™ said...

gambar sandal.. nak tengokkk...!

pB said...

Relax
Relax

Kak Daa peminat setia blog ni

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

holo holo holo

HeNRieTTa JoSe said...

insyALLAH komen ada....tapi rietta sendiri pown dh kurang update....time management rietta fail...

Yellow said...

blog dah sunyi kan!!