Wednesday, September 27, 2017

Jaga Dia Untuk Kami



Hari ini 27 September 2017

Toleh kebelakang, kita sudah meninggalkan hampir 9 bulan untuk tahun 2017. Tahun ni merupakan tahun yang mencabar bagi keluarga kecil kami. Kali pertama berjauhan dengan EnAbe dalam tempoh sebulan lebih, kalau dikira dalam kiraan minggu, lebih kurang 7 minggu. Rezki Allah yang datang tiba2 bila EnAbe mendapat tawaran menyertai pasukan menguruskan Jemaah Haji Tahun 2017.

RINDU?
Ya, semestinya rindu datang setiap saat dan waktu. Anak2 besar sabar menghitung hari. Sikecil Aisha melahirkan rindunya dengan perbuatan. Tiap kali handphone berbunyi, dia dulu berkejar dapatkan hp lalu hulurkan pada aku. Tapi bila EnAbe video call, dia taknak pandang handphone, merajuk kot, jual mahal.

Serius aku kagum dengan isteri2 yang berjauhan dengan suami, menguruskan anak-anak seorang diri. Sakit demam pun gagahkan diri bangun. Takde nak manja2 sebab anak2 bergantung pada kita. Aku bayangkan macam mana Mak berjauhan dengan Ayah waktu kecil kami dulu, Ayah mencari rezki di Kota Singa. balik 2-3 bulan sekali. Waktu tu bukan macam sekarang, boleh call, video call dan Whatapps. Kalau kirim surat pun ntah sampai ke tidak sebab Ayah kerja kontrak bina bangunan, mesti lah pindah randah. Aku ingat lagi, ada kawan ayah datang rumah, bawa kamera untuk ambil gambar kami 3 beradik. Beraturlah kami dipakaikan baju cantik oleh Mak untuk di ambil gambar. Gambar yang akan jadi ubat rindu seorang ayah pada anak-anaknya.

Sekarang, EnAbe video call kami 2-3 kali sehari (kalau sibuk, paling kurang sekali mesti ada). Whatapps tak payah citer lah berapa kali, tanya dah makan belum, anak2 dah bangun belum, hari ini buat apa. Dan aku tanpa jemu melaporkan semua aktiviti kami kepadanya sebagai tanda kami sangat rindukan kehadirannya.

Pada saat coretan ini, Insha Allah lagi 2 minggu En Abe akan pulang. Ya Allah.. setiap saat aku tak lupa doakan semoga tugasnya di Tanah Suci berjalan lancar dan pulang kepada kami dengan selamat.

Coretan ini ditulis sebagai kenangan. Moga aku diberi kerajinan untuk terus berkongsi cerita di blog kesayangan ini.

Tuesday, August 1, 2017

Kini Sudah Bulan Ogos


Selamat Datang Ogos
Cepat sungguh masa berlalu
Rasa macam baru je ucap Selamat Tahun Baru 2017
Pejam celik pejam celik
Kita dah pun di bulan ke 8 Tahun 2017

Kehidupan aku seperti biasa
Menguruskan keluarga
Sibuk keluar masuk keta hantar anak ke sekolah dan tusyen
Dirumah pula, rutin sebagai Suri Rumah
Membasuh, Memasak, Mengemas

Kedengaran membosankan ke?
Masa bekerja dulu aku fikir mesti bosan
Buat benda sama setiap hari
24 Jam, 7 hari seminggu
haha

Alhamdulillah, setakat ni belum bosan lagi
Baby Aisha pun dah 1 tahun 7 bulan
Setiap hari ada je perangai baru dia
Sentiasa menghiburkan
haha

Setiap hari aku berdoa
Diberi kesihatan dan peluang untuk melihat anak2 membesar
Semoga Allah mendengar doaku ini

Friday, April 28, 2017

Makan Atas Dulang Menggamit Kenangan

Hai Blog
Mood Rajin datang
Manfaatkan sebaik2nya

Saja tulis sebagai kenangan
Seiring dengan bertambahnya usia
Kita suka mengenang kisah dulu-dulu
Kisah kita membesar di kampung
Antara perkara yang mengimbas memori ialah Pinggan Lama dan Dulang
yang dulu2 kita tak ambik kisah pun
Tapi sekarang, tengok Pinggan Lama pun boleh menitik airmata
sob sob sob
Kecik2 dulu biasa tengok nenek hidang makan guna dulang
tutup dengan tudung saji 
makan bersila ramai2

sekarang makan bersila pun dah payah jumpa
kecuali ada kenduri di kampung
tu pun dah banyak yang majlis ala buffet, sendiri cedok

Beberapa minggu lepas aku ternampak orang jual dulang
lalu tu dia panggil 
'singgah tengok dik, hari ni last day, murah saja rm10'
tak fikir panjang terus beli 1 dulang

dia besi je takde bunga2 corak
anak2 buah datang rumah tu hari, aku rasmi kan
bagi kakcik dan sepupu2nya makan atas dulang
pelik je muka diorang makan ramai2 atas satu bekas
tapi diorang happy je suap ramai2 rebut2
haha

lauknya cuma telor goreng hancur buh kicap
licin





 Aku saja nak cipta kenangan untuk anak2 dan sepupu2nya
Moga jadi kenangan manis untuk dikenang besar nanti


Yang ni hidangan semalam
Saja hidang atas dulang
Gelak je EnAbe tengok perangai isteri nya 
Macam2 lah

Walaupun lauk simple, nampak sedap bila hidang guna dulang
Kalau ada air sirap dan pencuci mulut buah tembikai
Lagi best dan menggamit kenangan kan?

Next time lah ye

Thursday, April 27, 2017

April Sudah Di Penghujung




Assalamualaikum Blog

Rindu kamu haha
Anak2 besar dah selamat ke sekolah
Anak kecik sambung tido dalam buai
Baju bajan dah sumbat masuk mesin, biarkan mesin buat kerja dia

Pejam celik pejam celik, hari ni dah 27hb di bulan April
Tak lama lagi, tak sampai sebulan je lagi umat ISLAM akan menyambut Ramadhan
Allah, rindunya suasana Ramadhan
Semoga sempat menyambut Ramadhan tahun ni
 
Tambah happy bila ma ayah kata nak puasa bersama kami tahun ni
Tak dapat sebulan, dapat seminggu dua puasa sama2 dengan ma ayah pun dah cukup happy
Ayah kata, suka dapat terawih di masjid dekat rumah aku
Meriah katanya

Sungguh cepat masa berlalu sekarang
Sedar tak sedar, Baby Aisha dah pun setahun 4 bulan umurnya
Dah pandai macam2
Dialah peneman Umie bila semua takde kat rumah
Mengekor je kemana Umie pergi
Ke bilik air
Ke dapur
Haha

Rindu nak aktif berblog kembali
Banyak benda nak share, nak tulis
Sebagai kenangan akan datang

Tapi macam biasa, bila log in, semua ayat yang aku susun dalam kepala
Hilang dibawa angin

Okeylah, jumpa lagi
*emmm, apa menu lunch hari ni ye*
mak mak camni lah, hari2 pening fikirkan menu, huhu


Tuesday, April 11, 2017

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah


Assalamualaikum dan Selamat Pagi
ada lagi ke yang singgah sini?
hahaha
macam takde je

Takpelah, sapu sawang kejap
* mana penyapu ni? penyapu pun dah hilang kot sebab lama tak guna*

 Didoakan semua sahabat blogger yang singgah sini dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki sama ada yang bekerja atau yang berniaga
Aminnnn

Pagi ni seperti biasa, syukur masih diberi kesempatan bernafas dimuka bumi ini
Dapat tengok anak-anak bersiap ke sekolah
Dapat siapkan mereka sarapan walaupun simple amat
Tapi pinggan tetap licin, hehe
Pinggan licin petanda sedap lah kot

Dah lama tak singgah blog kengkawan
Masih ada yang aktif @ bersawang macam aku jugak?

Sebenarnya banyak nak tulis, sebagai kenangan 
takde yang singgah @ komen pun takpe lah

Emm harap penyakit M ni cepat lah hilang
okbai


Thursday, March 2, 2017

Resepi Siakap Bakar Tempoyak




Resepi mudah bagi yang tak berapa rajin macam aku
haha
aku cuma letak sambal tempoyak petai dilaila atas ikan tu
tambahkan carrot dan daun kesum
bungkus dengan aluminium foil
bakar dalam pemanggang ajaib

taraaaaaaaaaaaaaa

siap untuk di makan dengan nasi panas pun cukup dah

Sunday, February 19, 2017

I Love Saturday Sunday

Tajuk poyo je, macam lah ko keje kan?
Padahal hari2 pun cuti jugak, haha
 
Tapi kalau Isnin sampai Jumaat, bangun awal urus aak-anak sekolah, buatkan sarapan paling simple pun kena jugak gorengkan donut frozen. Bye bye anak naik bas ke sekolah.

Sabtu Ahad, lepas Subuh boleh sambung bermalasan atas tilam sambil ngadap henpon, update apa yang patut. Yelah kan. Facebook tu kan kedai Online aku. Tak update mana orang nak tahu ko jual apa, kan? Agak2 matahari naik sikit, bangun basuh kain. sidai kain. Lipat kain je aku tak buat sebab dah sub keje tu pada si kakak, haha.

Tengok jam agak-agak sejam lagi anak-anak balik sekolah, masuk dapur tengok apa menu untuk lunch. Alhamdulillah anak-anak makan tak memilih, apa umie masak, makan je tak banyak songeh.

Bangun pagi tadi konon nak pegi Pasar Tani. Rindu nak tengok sayur hijau murah-murah, 7 bekas/RM 10 ke mahal bagi korang? Bagi aku yang jarang ke Pasar Tani ni rasa dah murah sangat dah, boleh dapat 7 jenis sayur dengan harga RM 10, campur2 pun boleh, nak ambik sama jenis pun sama pun boleh je.

Suka pegi Pasar Tani sebab situ boleh dapat benda yang tak di jual di Pasaraya. Dan ada macam2 jenis makanan yang jarang jumpa, contohnya Nasi Ambeng dan kuih tradisi. Bawak RM100 masuk ke Pasar Tani, keluar tinggal duit kertas biru, kadang tingal syiling pun ada. Haha

Betapa sikitnya nilai Ringgit Malaysia sekarang. Okey lah korang, jumpa lagi.

Saturday, February 18, 2017

Fitnah Dunia Akhir Zaman

DEAR BLOG..
Bertemu kembali kita, sekarang jam 2.12 minit pagi

Emm apa nak citer ye?
Hari ni rutin biasa menguruskan rumah tangga (wpun rumah takde tangga, haha)

Okey dah datang pun benda yang aku nak citer. Ini tentang fitnah akhir zaman. Masyarakat sekarang memang tak bagi peluang langsung untuk sesiapa melakukan sebarang kesilapan. Untuk cepat glemer dalam dunia sekarang, ko buat benda bodoh, sekejap je viral dan ko akan femes sekelip mata.

Aku kalau keluar rumah, sampaikan nak parking keta pun fikir 16x kali kalau tetiba rasa macam nak terparking kat kotak parking tempat OKU (wpun aku sangat yakin takkan ada OKU datang parking masa tu) dibuatnya ada manusia kaki viral yang hobinya suka meviralkan apa saja dengan konsep 'aku mesti share nih, konfem like 8 juta'. Sanggup lah aku menapak parking jauh semata-mata takut kena viral.

Bila ko dah femes, semua kisah silam zaman lampau ko akan di korek satu persatu dari zaman tadika sampai lah saat ini. Kadang aku kesian tengok orang yang di viralkan. seolah takde peluang untuk bela diri. Kiri kanan atas bawah depan belakang orang kutuk.

Ya Allah, sangat menakutkan
Pesanlah pada anak-anak, adik-adik kita yang sangat leka dengan meng upload video di media sosial. Berhati-hati dan tolong fikir banyak banyak banyak kali sebelum buat benda bodoh dan memalukan. Bukan setakat diri sendiri yang malu, tapi semua terbabit. Pertama sekali dah tentu mak ayah, di ikuti oleh adik beradik, sedara mara, kawan rapat kawan tak berapa rapat, jiran setaman sampaikan satu negeri semua terpalit.

Tolonggggggggggggggggggggg lah
Tolong jangan buat benda bodoh yang akan memalukan bakal anak cucu korang akan datang (kalau panjang umur mesti akan berkahwin, ada anak, ada cucu) nanti cucu tanya 'ni gambar/video atok/nenek masa muda ke? kenapa macam ni?kenapa macam tu/' Malu ke tak?

Sekian membebel di pagi hari
Panjang umur jumpa lagi

Sunday, February 12, 2017

M.A.L.A.S

Ahad 12 Feb 2017

Sekarang jam pukul 1.30 pagi
Waktu anak-anak dah lena di ulit mimpi, waktu inilah aku selalu bangun dan jenguk ruang tamu. Kemas dan susun apa yang patut, mainan bawah sofa, bawah meja, merata-rata. Aku tarik nafas dan menghayati setiap sudut rumah yang sekarang memang agak bersepah, tapi mungkin lagi 10 tahun, anak-anak membesar dan bual hal sendiri, aku mungkin akan merindui saat rumah bak kapal karam ini.

Malam tadi aku dan anak-anak ke Carboot Sale dekat rumah, kebetulan Mil dan Sil pun datang dari Semenyih nak jenguk2 apa yang menarik di CBS tu. Berjalan santai sambil menikmati keropok lekor, apam crispy, jenguk barang jualan sepanjang jalan.

Aku terbeli sepasang sandal prelove berharga rm10, sandal baru untuk Baby Aisha, sehelai jersi untuk si Abam dan sebiji kipas guna bateri untuk si kakak.

Penat pusing2, kami lepak ambil angin sambil tengok budak-budak main roller blade. Anak-anak dah bosan dengan RB, dulu nak sangat, sekarang kasut tu tersadai tepi pintu, rasa nak je aku letgo kat grup prelove, haha.

Sebenarnya, blog semakin membosankan. Aku pun dah tahu apa yang patut aku tulis di laman blog ni lagi. Komen pun dah takde, huhu. Menulis tanpa komen, ibarat bercerita dengan dinding.

Okeylah, tido dulu. Bye bye blog
Jumpa lagi

Friday, February 10, 2017

Hidup Ini Penuh Ujian

Salam Jumaat
Alhamdulillah, Allah masih beri kesempatan bernafas dimuka bumi ini lagi. Walupun setiap hari kita lalai dan lupa akan perintahNya. Bangun lah setiap pagi dengan rasa syukur.

Pagi ni agak emo, bukan pagi ni je tapi sejak seminggu dua yang lalu. Ujian pada diri sendiri dan juga orang sekeliling buat aku berfikir, apa yang kita cari didunia ni. Hidup ini cuma sementara, entah esok @ lusa kita akan meninggalkan apa yang kita ada hari ini.

Kenapa nak melukakan hati orang yang kita sayang?
Tak boleh ke kita hidup ikut landasan yang betul?
Hidup kita bukan untuk kita semata-mata
Kalau kita adalah seorang anak, kita ada tanggungjawab pada ibubapa, adik beradik
Kalau kita ibubapa, kita ada tanggungjawab pada anak-anak yang diamanahkan oleh Allah
Janganlah mementingkan diri sendiri.
Jangan aniaya orang lain demi kepuasan kita.

Hari ni buat orang menangis, sakit hati. Esok lusa kena kat kita @ orang yang kita sayang. Apa kita rasa? Rasa oren kah @ rasa lemon kah?

Semoga kita dijauhkan dari fitnah dunia. Semoga MATI kita nanti akan dikenang dengan benda baik-baik je, jangan lah sampai mati akan disebut sebagai manusia yang jahat.

Amin

Friday, February 3, 2017

Entri Pertama Tahun 2017


Assalamualaikum Blog Kesayangan
Apa khabar kamu?
Bertemu kembali kita ye, hehe
Sibuk sungguh nampaknya Puan Blog sekarang
Dah masuk bulan ke dua tahun baru
Hari ni baru jumpa password blog

Sihat korang?
Aku sihat2 je
Anak2 sihat

Update pertama guna komputer
Poyo kan?
Tu ari bagi alasan, malas nak update blog guna laptop tak feel
Dah ada komputer pun malas jugak
Eh! Ko nak apa sebenarnya ni Irfa?

psttttttttttttttt aku ada masa;ah nak kecikkan gambar guna komputer ni
maklumlah dah setahun lebih tak ngadap komputer
banyak dah lupa

Okey lah esok sambung kalau rajin
kbai