Monday, August 29, 2016

Aku Dan Kereta

Monday, August 29, 2016 8
Kisah berlaku minggu lepas. Aku ke spa dekat2 rumah, sental muka kata ko, haha. Parking kereta baik punya depan spa tu. Elok abis je treatment, bukak pintu kereta .. datang lelaki tegur tayar pancit. Alahai, stress jap. Sib baik kedai tayar selang 7-8 kedai je (hujung blok bangunan tu. So slow2 bawak keta ke kedai tayar.



Pomen check, ada 2 batang skru cucuk tayar. Tampal bocor rm10 untuk 2 tayar tu. Nasib baik lah kejadian berlaku tak jauh dari rumah. Dan nasib baik jugak berlaku di tempat yang senang dapat bantuan. Kalau lah berlaku di jalan sunyi, takde kedai tayar dan semestinya aku memang fail pasal kereta. Tahunya cuma isi minyak dan bawak keta je, tukar tayar ke, check air ke, check segala mak nenek pasal keta memang semua tak tahu ( tak tahu + tak ambil tahu, huhu).

Nampaknya kena belajar ambil tahu lepas ni, takde lah semua benda nak harapkan orang tolong (tapi tukar tayar tu memang guna banyak kederat kan? huhu).

eh sapa sini yang macam aku? meh lah berhuhu sama

Update kembali:

Post kisah tayar pancit ni kat Facebook, ada yang komen pernah kena area yang sama. Pastu ada yang kata, memang ada kes 'khianat' tabur paku dijalan, sengaja nak pancitkan tayar. Kalau betul, alangkah kesian kan?

Sunday, August 28, 2016

Aku Yang Gemuk

Sunday, August 28, 2016 5
Fuh, lega rasa badan pagi ni. Mood ceria katanya, meh lah kita update blog sepatah dua perenggan. Malam tadi abam mintak nak jogging dengan kengkawan. Hati berbelah bagi nak izin ke tidak, dengan kes culik budak sana sini, aku jadi sangat protective, huhu. Tapi sebab kenal kawan-kawannya dan diorang pun beramai-ramai, maka aku izinkan.

Tapi diam-diam aku ajak kakak jogging jugak (aku ikut laluan diorang tapi arah bertentangan, huhu). So buat2 terkejut bila terserempak dengan abam di tengah jalan ( dah rupa Afdlin Shauki dalam citer Papadom yang mengintip gerak geri anak perempuannya, lakonan Liyana Jasmey, haha).

Alhamdulillah dapat satu pusingan, berpeluh ketiak sampai ke lutut ko. Bergegar buah pinggang dah lama tak lari-lari anak.


Bercerita pasal jogging, aku akui memang tak bersenam langsung (kecuali buat kerja rumah dan sesekali tawaf mall yang pastinya tak berpeluh, sebab dalam aircond kan). Berat aku masa timbang sebelum bersalin, 86kg. Tapi takpelah sebab mengandung, ada alasan untuk ko gemuk.

Lepas bersalin, berat turun kepada 72kg, cuma turun 14kg (baby lahir 3.25 kg je) dan aku cuma turun 3 kg dari berat asal sebelum mengandung (75kg). Dah lama aku pegang angka 7 kat depan, rasa macam susah je nak dapat angka 6, angka 5 memang tak mimpi lah.

Orang selalu kata aku tak gemuk pun sedangkan aku je yang tahu memang aku dah gemuk, bila beli baju dah susah nak dapat size ( baju ko berkenan, takde size). Masuk fitting room sampai malu kat salesgirl sebab duk ulang alik mintak tukar size.

Beberapa minggu lepas aku tengok tv, tajuk sangat sesuai ngan aku. Tentang KURUS. Selalu orang gemuk akan buat ayat penyedap hati sendiri 'takpelah gemuk sikit, asalkan sihat'. Tapi dalam hati tetap ada niat nak kurus. kan?



Aku nak kurus sikit dari sekarang untuk kesihatan, bila badan berat semua jadi sakit-sakit. Sakit lutut, sakit tumit, malas nak buat apa2 aktiviti yang memerlukan guna tenaga. Umur belum 40 tahun, dah sakit sana sini. Jeles je tengok MIL yang dah 60 tahun tapi masih cergas dan laju je kalau berjalan (MIL aku slim je, tengok gambar dia zaman muda sampai sekarang tak banyak berubah).

Aku taknak lah cuba produk kurus yang macam2 di iklan kat internet tu, takut risiko yang kita tak tahu kendian hari. Slow2 jaga pemakanan, senam sikit setakat kemampuan je.

Setakat ni dah dapat angka 6 kat penimbang ( 68kg je pun), walaupun masih jauh dari target aku tapi aku dah rasa ringan sikit badan, mungkin juga faktor aku menyusu cikebom (jangan lah naik balik bila stop menyusu, huhu). Target aku kalau dapat dalam 58-60 kg je, taknak lah kurus sangat, tak sesuai dengan umur. Kang ada yang kata aku makan hati kalau kurus sangat, hihi.

Alhamdulillah sejak ringan sikit ni, solat sempurna dah. Itu yang paling penting bagi aku. Sedih sangat suatu ketika masa tengah sakit pinggang dan belakang yang teruk, aku solat atas kerusi dan kadang kala solat duduk je. Bila ringan sikit ni, dah kurang dah sakit tu. Masa sakit tu kalau dah tak mampu, takkan nak paksa kan

Apa2pun korang yang baca ni doakan aku istiqamah ye

okey sekian kisah pagi ahad ku..daaaaaaaaa


Thursday, August 25, 2016

Dilaila Food, Sambil Makan Sambil Jual

Thursday, August 25, 2016 6
Antara hobi aku selain baca buku, jalan-jalan, makan pun aku suka. Duk umah ni lagi lah buntu makan masakan sendiri. Ko masak, ko makan. Nasib baiklah enAbe memahami, jadinya Sabtu @ Ahad wajib keluar jalan-jalan dan makan kat luar. Yelah kan, isnin sampai jumaat dah penat jadi House Manager, kihkihkih.

Okey ni nak share satu tempat makan best kat Nilai. MMA Santai Corner namanya, kalau warga Nilai tak tahu tempat ni, memang saja lah tau. Kalau nak pegi, korang google je MMA Santai Corner, nanti en Waze tunjukkan jalan. Kalau sampai bulatan Bandar Baru Nilai tu nampak keta atas bumbung, hah dah betul lah tempatnya tu. Kat situ memang banyak gerai makan, tapi yang aku nak share ni gerai Kak Laila

gambar dari sini
Masuk je korang perhatikan warna hijau, nampak je banner hijau itulah gerai kak laila. D'laila Mee Udang namanya. Sapa suka udang size besar, sini tempat wajib singgah.

gambar asal dari blog ini
(maaf kongsi gambar dari blog lain, henpon dah slow malas nak cari balik gambar yang aku ambik)

Ini yang penah aku try (macam-macam ada tau, bukan mee udang je. Bubur dengan bermacam-macam lauk pun ada. Terbaru sekarang ada Laksa Sarang ( telur tu macam sarang gitu).





Kak Laila juga ada jual Sambal Tempoyak Petai. Yang ni bukan setakat makan dengan nasi je, aku kadang cicah ngan roti (hebat sungguh penangan sambal tempoyak ni). Kalau korang yang di luar kawasan, sambal ni boleh juga di pos (guna poslaju). Setakat ni paling jauh aku penah pos ialah ke Tawau, Sabah. Alhamdulillah, customer terima dalam keadaan elok. Suhu luar bertahan 4/5 hari. Kalau di bekukan, tahan berbulan lah.

SAMBAL TEMPOYAK DILAILA

1- Sambal Tempoyak
200gm
RM12

2- Sambal Tempoyak Ikan Bilis Petai
200gm
RM15



Terbaru dari Dilaila Food ialah Pes Asam Pedas
1 pek lebih kurang 350 gm, boleh masak 2 kali untuk 6/7 orang makan

1 peket RM 6

Buat masa sekarang cuma COD sahaja
belum terima tempahan untuk pos



ada apa2 nak tanya boleh whatapps ye
016-6116459


okey sekian perkongsian hari ini
jom ambik kakcik kat tadika
hehe



Wednesday, August 24, 2016

Pertama Kali: Masak Sambal Hitam Belimbing

Wednesday, August 24, 2016 4
Kebetulan kawan tunjuk buah belimbing kat pokok mak dia yang merimbun. Jadi aku cakap nak lah sikit, teringin nak makan gulai asam rebus ikan kembung letak belimbing. Lepas lah keinginan semalam dapat makan walaupun tak sesedap air tangan mak.

Baki belimbing banyak lagi, kebetulan sebiji periuk hitam legam sebab terlupa tengah rebus kentang untuk baby. Terus datang idea nak buat Sambal Hitam Belimbing yang katanya sangat tersohor dari Pahang itu.

Dipendekkan cerita, sesi merebus belimbing pun berlaku. Dari setengah periuk belimbing, yang terhasil cuma seciput. Kalau gini baik beli jelah kalau nak makan, haha


Bahan2 yang diperlukan macam biasa kita buat sambal ikan bilis cili api tu jugak. Cuma ditambah dengan belimbing yang telah direbus hingga hitam tu je. Aku tengok ada versi buh kicap tapi kawan kata, Pahang punya resepi ori tak buh kicap. Tapi aku letak kicap sikit sebab nak bagi dia nampak hitam, haha.

Taraaaaaaaaa
sedap jugak rasanya ditekak aku
tak memasal makan nasi pepagi, huhu


saya suka apa saja jenis sambal
awak?
suka tak?

Tuesday, August 23, 2016

Genap Setahun, Rindu Itu Datang Bertandang

Tuesday, August 23, 2016 3


Sekarang August 2016
genap sudah setahun berlalu aku meninggalkan dunia pekerjaan
tengok gambar ni balik, ada rindu bertandang

rindu pada meja ini ( wujud lagi kah? siapa duduk situ sekarang)

rindu pada kengkawan
adakah mereka masih ingat pada aku?

tapi hidup mesti diteruskan
tak gitu?

apapun aku suka kehidupan aku sekarang
uruskan anak-anak
uruskan rumahtangga
bahagia itu datangnya dari hati
kalau tak dapat apa kita mahu
bersyukurlah dengan apa yang kita ada
betul tak?

okey.. nak keluar kejap, ada urusan
( percubaan untuk update blog setiap hari)

daaaaaaa

Monday, August 22, 2016

Ikan Bakar Cicah Budu

Monday, August 22, 2016 5
aduhai...
henpon semakin hari semakin tenat, slow cam siput
mau tidaknya, gambar ribu riban

minggu lepas kakcik tanya
'kenapa kakak dan abam ada album gambar masa kecik tapi kita takde?'
hah! apa nak jawab?

semua gambar masa kecik dia dalam henpon dan laptop
tak cuci pun lagi

hari ni sedikit free, baby kepenatan semalam tawaf ioi mall
tu yang hari ni tido lama
cecepat transfer gambar2 ke laptop
buat album setiap kejadian
kalau rajin nanti gi cuci, huhu

sesambil tengok gambar lama, terlintas gambar ni
Ike Bakar Cicoh Budu
alahai, lapar tetiba



menu kampung macam ni memang bahaya bagi bot-bot kecil
harus diet pun tenggelam ke laut dalam
haha

Friday, August 19, 2016

Baby Aisha: Sudah 7 Bulan Umurnya

Friday, August 19, 2016 5


Alhamdulillah, pejam celik pejam celik
 sudah 7 bulan 28 hari umurnya
dia lah penyeri family kecik kami

kakak, abam, kakcik balik je sekolah terus terkam dia
si ayah balik lewat macam mana pun mesti belek dia
kalau OS pun mesti wsap nak tengok gambar dia

- dah pandai merangkak
- berdiri pun dah tegap tapi masih kena berpaut
- kena perhati je sebab dia selalu buat aksi lepaskan tangan
- kena monitor kalau tiba2 dia diam membelek sebab suka mengutip
- bila kutip, laju je masuk mulut
- dah start makan bubur
- masih menyusu badan sepenuhnya, moga cukup sampai 2 tahun
- dah muncul sebatang gigi susu (bawah)
- paling suka dengan kertas dan buku (lepas tu masuk mulut)

 semoga membesar dengan baik cikebom Aisha
kami sayang kamu


Thursday, August 4, 2016

Kek Kampung Semudah 123

Thursday, August 04, 2016 6
 Assalamualaikum

lama tak update blog
saja nak share resepi kek mudah
minggu ni dah 3 kali buat sebab anak-anak suka

layan gambar dulu






Bahan-bahan:

1 cawan gula halus
1 ketul butter cup
2 cawan tepung naik sendiri
4 biji telur
sedikit Esen vanilla
Sedikit soda bikarbonat

Cara-cara:

Pukul gula dan butter hingga kembang
Masukkan telur
(aku guna blender je, putar sampai sebati)

Tuang dalam mangkuk besar
Masukkan tepung yang telah di ayak dengan soda bikarbonat
kacau sebati dan tambahkan esen vanilla
Kacau hingga sebati

Sapu inner pot periuk noxxa dgn sikit butter
Lapik inner pot noxxa dgn kertas kek
Tuang dlm inner
taburkan coklat rice kasi ceria sikit
tutup periuk
pusing jarum kepada Stema

Tekan STEAM 25X

boleh lah buat kerja lain

sampailah bunyi tet tet tanda 00
keluarkan kek dan letak atas pinggan korang yang paling cantik, haha

dan sila ambik gambar dan post kat facebook
nanti kawan-kawan tolong like
kasi kembang lubang hidung, haha

sekian