Tapi diam-diam aku ajak kakak jogging jugak (aku ikut laluan diorang tapi arah bertentangan, huhu). So buat2 terkejut bila terserempak dengan abam di tengah jalan ( dah rupa Afdlin Shauki dalam citer Papadom yang mengintip gerak geri anak perempuannya, lakonan Liyana Jasmey, haha).
Alhamdulillah dapat satu pusingan, berpeluh ketiak sampai ke lutut ko. Bergegar buah pinggang dah lama tak lari-lari anak.
Bercerita pasal jogging, aku akui memang tak bersenam langsung (kecuali buat kerja rumah dan sesekali tawaf mall yang pastinya tak berpeluh, sebab dalam aircond kan). Berat aku masa timbang sebelum bersalin, 86kg. Tapi takpelah sebab mengandung, ada alasan untuk ko gemuk.
Lepas bersalin, berat turun kepada 72kg, cuma turun 14kg (baby lahir 3.25 kg je) dan aku cuma turun 3 kg dari berat asal sebelum mengandung (75kg). Dah lama aku pegang angka 7 kat depan, rasa macam susah je nak dapat angka 6, angka 5 memang tak mimpi lah.
Orang selalu kata aku tak gemuk pun sedangkan aku je yang tahu memang aku dah gemuk, bila beli baju dah susah nak dapat size ( baju ko berkenan, takde size). Masuk fitting room sampai malu kat salesgirl sebab duk ulang alik mintak tukar size.
Beberapa minggu lepas aku tengok tv, tajuk sangat sesuai ngan aku. Tentang KURUS. Selalu orang gemuk akan buat ayat penyedap hati sendiri 'takpelah gemuk sikit, asalkan sihat'. Tapi dalam hati tetap ada niat nak kurus. kan?
Aku taknak lah cuba produk kurus yang macam2 di iklan kat internet tu, takut risiko yang kita tak tahu kendian hari. Slow2 jaga pemakanan, senam sikit setakat kemampuan je.
Setakat ni dah dapat angka 6 kat penimbang ( 68kg je pun), walaupun masih jauh dari target aku tapi aku dah rasa ringan sikit badan, mungkin juga faktor aku menyusu cikebom (jangan lah naik balik bila stop menyusu, huhu). Target aku kalau dapat dalam 58-60 kg je, taknak lah kurus sangat, tak sesuai dengan umur. Kang ada yang kata aku makan hati kalau kurus sangat, hihi.
Alhamdulillah sejak ringan sikit ni, solat sempurna dah. Itu yang paling penting bagi aku. Sedih sangat suatu ketika masa tengah sakit pinggang dan belakang yang teruk, aku solat atas kerusi dan kadang kala solat duduk je. Bila ringan sikit ni, dah kurang dah sakit tu. Masa sakit tu kalau dah tak mampu, takkan nak paksa kan
Apa2pun korang yang baca ni doakan aku istiqamah ye
okey sekian kisah pagi ahad ku..daaaaaaaaa
5 comments:
Badan ringan lbh sihat n kurang gangguan penyakit...moga irfa berjaya mencapai target berat badan yg dinginkan
wowww! Tahniah Mak Cikebom sbb dah dpt angka 6 kat depan.. terbaikkkk
Tahniah la dah cecah angka 6... Hakak ni lemak2 liat nau nak pergi. Nak jogging somi tak gemor..tak dibaginya hakak ni berlari2..Buat aja la kerja rumah katanya. Tapi kalo setakat kerja rumah apa sangat la kan.
Hambik semangat irfa sikit. Bukan nak kurus utk cantik ja. Tapi untuk sihat dan penting senang nak buat ibadah (solat).
Tahniah kak dah dapat angka 6. Keep it up untuk dapatkan target berat akak! 💪💪 Siqah pun dah lama tak senam kak. Jaga pemakanan pun tak sangat. Badan pun dah makin besar. Huhu. Nak kena join akak ni!
tahiah dik!
Post a Comment