Tuesday, December 13, 2016

Update Penutup 2016

Tuesday, December 13, 2016 4
Update Penutup 2016
Hai, cepatnya masa berlalu. Pejam celik pejam celik, dah dipenghujung tahun 2016. Banyak perkara berlalu 11 bulan yang lepas, manis ke masam ke, redah je.

Lamanya tak update blog. Dah tak tahu apa yang nak dikongsi disini, semuanya dah update kat Facebook (walaupun bukan 100% tapi 50% ada kat situ).

Dah setahun 4 bulan aku duk rumah, bukan duduk sesaja, macam2 benda buat jugak. Selain kerja rumah yang tak pernah habis, jadi driver untuk anak-anak, aku masih berjualan online (cuma tak serancak dulu). Seronok tengok kawan-kawan yang dah ada produk sendiri, ada bisnes yang dah stabil, tapi aku masih lagi terumbang ambing, kejap buat tu, kejap buat ini. Tak de satu benda yang betul-betul fokus. Entah lah.

Aku harap 2017 nanti akan lebih baik. Banyak perkara dan benda yang aku inginkan belum tercapai. Tapi aku tetap bersyukur dengan apa yang aku ada.

Syukur aku masih dikurniakan kesihatan yang baik, anak2 dan suami sihat setakat ini
Syukur aku masih ada ma ayah, adik beradik dan family kecik kami (kecik ke? dah ber 6 kot) haha
Syukur ada tempat berteduh dari hujan panas walaupun bukan atas nama sendiri
Syukur ada kenderaan menghubungkan aku dari A ke B dan ke C, walaupun bukan nama sendiri.
Syukur aku masih boleh bertukar pakaian 3x sehari.
Syukur aku masih mampu makan ikut selera (lepas ni kena ubah pemakanan sihat, umur dah banyak).

Tahun depan umur aku 38 tahun dah, kadang2 terfikir cukup ke bekalan aku untuk pulang ke negeri abadi?

Sempurna kah solat ku? Bacaan solat dah paham maknanya ke belum?
Pemakaian banyak lagi perlu di perbaiki, Allahu.
Baca Al-Qur'an setiap hari tapi belum baca terjemahan sepenuhnya. Allahu.

Kadang malu pada diri sendiri, sibuk sangat dengan dunia. Sedangkan berapa lama lagi akan mnghuni dunia ini.

Maaf kalau post kali ni agak poyo, tapi itu lah yang selalu aku fikirkan.
Maaf kalau ada salah silap selama berceloteh di blog yang makin sendu ni

Aku doakan pada semua yang masih sudi singgah kat sini, moga korang di berkati Allah dalam semua urusan. Jumpa lagi kalau ada umur.

Bye

Friday, November 18, 2016

16 Tahun Yang Ada Macam2 Rasa

Friday, November 18, 2016 11

Hari ni 18 NOV 2016
November antara bulan istimewa aku selain dari bulan
FEB tarikh lahir aku
JAN tarikh lahir abam dan kakcik
MAC tarikh lahir EnAbe
AUG tarikh lahir kakak
DEC tarikh lahir cikebom
haha

senang citer semua 12 bulan dari January hinga December ada keistimewaannya
ada kisah yang manis untuk di kenang
* ada pahit tu kita campak jauh2*

bila dah semakin berumur, lebih sabar dan tenang
kalau dulu, soulmate lupa wish anniversary, muncung 8 depa
sekarang kalau dia lambat wish, kita wish dulu
pedehal kan

Renung seketika kata-kata ini


Okey, dah baca?
Tenang kan rasa bila baca ni

Seperti doa2 aku sejak mula kami diijab kabul pada tarikh 18 Nov 2000
Doa aku tak pernah berubah
malah makin panjang doa nya, hehe

semoga kami bahagia hingga ke syurga
dan semoga tanah dan cangkul sahaja memisahkan kami
sob sob sob

Kepada En Abe
walaupun size badan kita berubah mengikut peredaran zaman
percayalah, cinta ku padamu tetap tak berubah
masih sama seperti dulu tak berganjak walaupun seinci

cia cia cia

*muntah jauh sikit ye*

meh trobek sikit, gambar zaman dinosour dulu-dulu


ini gambar bulan pertama kami sebagai somi isteri
dedua slim macam tiang bendera gitu
kahkahkah



ni gambar last week sebelum cik abang fly

Alhamdulillah untuk semuanya
TQ untuk yang wish dan doa baik2 untuk kami ye
cayang korang, mmuahhhhhhhhh



Wednesday, November 16, 2016

Kongsi Cerita: VCO Virgin Cocunut Oil

Wednesday, November 16, 2016 6

Hai Semua
nak share sesuatu yang menarik 
(ini bukan entri berbayar ye, ikhlas nak cerita)

Sapa sini ambik VCO sebagai supplement harian?
Aku ni cukup malas nak makan supplement
Tapi yang peliknya, masa pregnant cikebom Aisha, aku rajin pulak
Siap makan dengan teratur lagi tau
tepuk untuk diri sendiri
syabas 


Ni antara yang aku makan tanpa culas waktu pregnant

VCO by Catalyst
* beli ngan kawan opis dulu*


 yang ni aku makan masa awal kandungan

Lagi 2 bulan sebelum bersalin, aku cuba yang ni
yang ni jenis cecair, minum pakai sudu


Alhamdulillah, Kelebihan yang aku dapat dari VCO ni dengan izin Allah ialah:

- Masa cikebom Aisha ni langsung takde kena tegur dgn misi pasal Hb low. Pregnant 3 yg lepas, asik kena bebel dengan misi sebab hb low. Mcm2 cara aku cuba dan mcm2 petua aku ikut, mkn sayur bayam, mkn kerang, makan hati ayam@lembu. Tp kali ni hb elok je smpai bersalin.  ALHAMDULILLAH.

- dengan IzinNYA juga, bersalin dengan mudah. Baby meluncur laju je keluar dengan sekali teran dan takde koyak pun. Takde koyak, takde lah jahit menjahit. Hihi

Mungkin ini secara kebetulan, aku cuma share pengalaman aku je, jangan kecam sis tau, haha

Sebenarnya entri ni dah lama aku peram dalam draf, sikit2 aku cuba edit dan post ye, sayang dah taip panjang-panjang tapi tak kongsi kat blog. Mohon mood Malas aku ni cepat lah pergi, aku rindu nak berblog cam dulu-dulu

kbai

Monday, November 14, 2016

Kenangan: Air 4 Jenis

Monday, November 14, 2016 2

Tadi aku duk skroll gambar2 dalam handphone, terjumpa gambar ni. Sebelum delete, meh kita stori mori sikit.

Apehal lah ye sampai 4 jug air tu? Nak kenduri ke? Sebenarnya ini gambar masa Ramadhan yang lepas. Aku bancuh air oren sunquick, sekali enAbe balik bawak air jagung. Tak lama tu adik pulak datang nak berbuka sesama, dia pun beli air jugak (2 jenis, aku pun dah lupa air apa).

Gambar ini mengingatkan aku pada zaman berpuasa masa kecik2 dulu di kampung. Seronok sangat kenangan membesar bersama adik beradik. Mak ayah melayan je karenah anak-anak berpuasa, kalau 3 anak, ada 3 jenis air. Air tebu, air soya, air oren. Semua mengadap jug air tu sementara tunggu waktu berbuka. Hehehe

Itu baru bab air, belum bab makanan lagi. Tapi selalunya, masuk je waktu berbuka, dah togok air bergelas-gelas, dah tersandar kekenyangan air, haha

Okey lah itu je nak share, korang pun mesti ada kenangan camni kan? Sekarang semua sudah berfamily, kita pulak layan karenah anak-anak berpuasa


Saturday, November 12, 2016

Hari Repot Kad Tadika, Tahun Akhir

Saturday, November 12, 2016 1

5 Nov 2016 Sabtu
 
Tadika kakcik mengadakan pertemuan dengan ibubapa untuk memberitahu sejauh mana prestasi anak-anak selama belajar disitu. Alhamdulillah komen guru tentang kakcik boleh dikatakan baik. Seorang pelajar yang mendengar kata, tulisan cantik dan kemas, boleh membaca dengan lancar. Cuma Math dia masih confuse antara tambah dan tolak, hehe.
 

kakcik dengan guru yang mengajarnya

ni kotak hikmat, hehe
segala tugasan sepanjang tahun ada dalam kotak ini

simpan sebagai kenangan ye
Cuma satu komen cikgu, kakcik agak lambat bergaul bila buat kerja berkumpulan. Emm tu memang tak dinafikan. Dirumah pun dia cuma berkawan dengan adik beradik, kalau ke rumah saudara mara pun dia cuma rapat dengan sepupu2 yang sebaya.

Aku pun bukan selalu biarkan anak-anak main diluar rumah tanpa pengawasan, keluar aku maka keluarlah anak-anak. Kalau aku berkurung dalam rumah, dalam rumah jelah diorang main kecuali si abam yang dah pandai berkawan, itu pun setakat keluar main bola depan rumah dengan anak-anak jiran.

Sebab tu hari cuti hujung minggu, kami memang luangkan masa bawa anak-anak keluar, makan2 @ tengok wayang. Kerumah nenek dan makciknya untuk bermain dengan sepupu2 yang lain.
 
Kadang2 rasa bersalah juga sebab anak-anak tak bebas menikmati zaman kanak-kanak mereka macam aku dulu2. Tapi zaman sekarang bukan macam zaman aku dulu yang selagi tak azan Maghrib, tak jumpa pintu rumah. Merayap sampai ke hujung kampung, panjat pokok terjun sungai. Zaman sekarang sangat menakutkan bagi ibu bapa bila melibatkan keselamatan anak-anak diluar rumah. Culik, bunuh, rogol, liwat dah menjadi berita yang tak pelik di tv dan akhbar, sangat menyedihkan.
 
Sebagai ibubapa, kami cuba memberi yang terbaik untuk mereka setakat yang kami mampu, doa siang malam semoga mereka membesar dengan baik dan dilindungi dari orang2 yang tidak baik. Semoga Allah melindungi mereka.
 
Untuk kakcik, umie dan ayah cukup bangga dengan pencapaian kakcik selama ini, kakcik tak banyak karenah, mulutnya memang tak reti diam itu menyerikan keluarga kecik kami. Semoga kakcik berjaya mencapai cita-cita dan menjadi insan yang berguna, Insha Allah.
 
Tahun depan dah darjah 1, harap2 adalah uniform size kakcik ye, hehe. Kecik sangat badannya, risau aku kalau uniform takde size. Nak tempah pun tak tahu mana nak cari tailor, zaman umie sekolah dulu tak pernah beli uniform siap, semua 'mok' yang jahitkan dari sekolah rendah sampai habis sekolah menengah, maklum ler mak tukang jahit. Tapi sayang ilmunya tak diwarisi oleh anak-anaknya, hehe.
 
Okeylah, sekian kisah kakcik

Saturday, November 5, 2016

Bukan Tak Rindu, Tapi .... Ntah lah

Saturday, November 05, 2016 4
Assalamualaikum...
Status Cik Ina Dodocheng pagi ini
terharu weh bila nama ku diseru
*macam tetau aku charge laptop malam tadi
dengan niat nak update blog barang seperenggan dua, hehe*


serius tak tipu, bukan tak rindu langsung nak aktif berblog macam dulu2
tapi ada je benda yang menghalang
* huruf M tu besar sangat, bertenggek atas kepala*

asal aku on laptop je, ada lah tangan kecik tu tarik2 baju ajak baring
asal aku on laptop je, dia tengah tido tetiba buai bergoyang
macam tetau je aku tengah on laptop

23hb October lepas genap umurnya 10 bulan
makin banyak akal
ada 4 batang gigi atas, 2 batang gigi bawah yang suka geget orang
belum berjalan lagi, baru lepas2 tangan meniti sofa

sudahnya, meh lah kita berbaring wahai anak oi
sedar2 hari berganti minggu
minggu berganti bulan
sedar2 bulan pun dah sampai hujung tahun

satu lagi, aku dah terlalu aktif di Facebook
semua benda dah cerita kat facebook
sampai dah tau nak share cite apa kat blog
huhu

oklah, sambung nanti
ada panggilan dari cikebom
*abaikan kalau typo ye, tak sempat nak check spelling*

daaaaaaaaaa



Thursday, October 20, 2016

Buka Akaun Tabung Haji Untuk Anak-Anak

Thursday, October 20, 2016 5
Hai blog *lambai ala ratu*

kebetulan bukak laptop ni meh lah kita update blog sepatah dua kata
Alhamdulillah, setelah bertangguh sekian lama
akhirnya urusan buka akaun Tabung Haji untuk anak2 pun selesai

Susahnya sebab Tabung Haji takde di Nilai
kena pegi Seremban @ Banting, yang mana terdekat


Nampak sangat beza buku lama dengan buku baru
buku kuning tu aku dan kakak
dah bukak tahun 2010 dan 2011
tapi tak aktif, so bila nak simpan duit kat Bank Islam tak boleh
katanya, akaun tak aktif
kena aktifkan akaun semula di Tabung Haji

Alang-alang dah sampai Tabung Haji
teruslah buka akaun untuk abam, kakcik dan cikebom
fuh lega rasanya

Untuk buka akaun Tabung Haji
- mykid @ surat beranak
- isi borang di kaunter
- rm10 untuk buka akaun

tapi belum daftar haji, sebab perlukan rm1300 dalam akaun
kalau bekerja, cuma bawak penyata kwsp terus boleh daftar
next time lah, sebab penyata kwsp tak bawak (sebab tak tahu)

okey, mula menyimpan dari sekarang
semoga dapat menunaikan rukun Islam ke5 itu semasa masih sihat
Insha Allah


Sunday, October 2, 2016

Salam Maal Hijrah 1438, Jom Hijrah

Sunday, October 02, 2016 1
Assalamualaikum...



Semoga kita menjadi muslimin muslimat yang lebih baik dari tahun-tahun yang lepas. Setiap hari cuba perbaiki diri, keluarga, masyarakat ke arah lebih baik dan 'tidak menyusahkan' orang lain.

Kalau sebelum ini, solat akhir waktu.. cuma solat awal waktu
Kalau sebelum ini, culas ke masjid, cuba lah kenal2 tangga masjid/surau
Kalau sebelum ni tak kenal jiran tetangga, cuba lah ramah2 mulut bertegur sapa
Kalau sebelum ini, gemuk... cuba kuruskan badan sikit
*itu peringatan kepada diri sendiri*

kbai

Saturday, October 1, 2016

Pertama Kali: Rawatan Acupunture

Saturday, October 01, 2016 1
SALAM HARI MINGGU.. 
BYE BYE SEPTEMBER and WELCOME OCTOBER

Sementara roh rajin datang ni, hari-hari kita update blog ye, nanti datang roh malas, berbulan lah blog ni bersawang dan bersemak sampai tak jumpa jalan masuk, haha.

Okey nak tanya, ada sesapa yang singgah baca blog aku ni penah try Rawatan Akupuntur? Ala yang cucuk2 jarum kat badan tu. Kalau tengok gambar, konfem belah bagi nak buat ke tidak sebab ngeri tengok badan kena cucuk dengan jarum tu.




Sedikit info tentang rawatan akupuntur dan kebaikkannya boleh baca di SINI. Aku copy sikit je.

Apa itu Akupuntur?

Akupuntur berasal dari bahasa Latin iaitu Acus (jarum) dan Punggere (cucuk) manakala dalam bahasa Cina ianya disebut Cenciu. Ianya adalah satu ilmu atau seni perubatan yang menggunakan jarum-jarum halus yang dicucuk pada titik tertentu di badan yang lebih dikenali sebagai "acupuncture point" atau titik akupuntur.

Tujuan akupuntur adalah untuk merangsang tenaga Qi bagi mendapatkan kesembuhan sesuatu penyakit dan meningkatkan kualiti kesihatan. Apabila jarum akupuntur dicucuk maka secara automatiknya saraf di kawasan yang dicucuk terangsang dan menstabilkan pengaliran darah di kawasan tersebut.

Akupuntur telah diamalkan oleh tamadun China sejak 4000 tahun yang lampau. Maka ahli-ahli perubatan memberi penghormatan mereka kepada China walaupun akupuntur telah digunakan oleh masyarakat tamadun lain seperti orang-orang Afrika, Arab Tigris, Mesir kuno dan India.

Sejarah telah membuktikan bahawa bangsa Cina merupakan bangsa pertama di dunia yang mencatatkan sejarah di dalam perubatan akupuntur. Segala penemuan dan pemerhatian di dalam perawatan dicatit di dalam buku yang diturunkan dari generasi ke generasi sehingga pada hari ini. Malah Maharaja China telah menulis dengan lengkap dalam bukunya yang bertajuk "Huang ti The Yellow Emperor Canon of Medicine" pada tahun 2000 sebelum masihi. Buku yang diterjemahkan masih ada di simpanan seorang penulis di Beijing, China.

jarum halus yang digunakan dalam rawatan akupuntur
Kelebihan Akupuntur
  • Merangsang atau mengaktifkan saraf
  • Menstabilkan pengaliran darah
  • Menormalkan tekanan darah
  • Merangsang tenaga Chi
  • Mengatasi pelbagai penyakit
  • Tidak menggunakan dadah
  • Tidak ada kesan sampingan
  • Kos efektif (tidak memerlukan belanja yang besar)
  • Mengeluarkan bisa terkena sihir (jika ada)
  • Melegakan kesakitan
  • Mengatasi kemurungan
  • Meningkatkan kecerdasan
  • Mengatasi masalah rabun
  • Dan banyak lagi

Dulu-dulu, aku sangat phobia dengan jarum. Kalau kena cucuk masak mengandung tu, lebih rela pandang dinding bila misi keluarkan jarum. Punyalah takut nya. Tapi sejak kena cucuk insulin sendiri sebulan sebelum bersalin kan Baby Aisha, dah tak takut jarum sebab nak taknak wajib cucuk peha sendiri 4x sehari. Pejam mata pun boleh buat dah.

Eh melalut dah ni, dari nak citer pasal Akupuntur sampai melalut ke cucuk insulin, haha. Aku ni kalau tak mula menulis, memang takde idea. Tapi kalau dah start, dah tak jumpa noktah lah pulak. Layan jelah ye.

Aku dapat info dan yakin nak cuba bila kakakku sayang KAK ERNA cuba rawatan ni untuk sakitnya. Dan testimony dari adik kak Erna yang katanya sakit pinggang yang dia alami dah kurang sikit, so aku pun yakin lah nak mencuba.

Tempat tu sebenarnya Spa Muslimah yang ada rawatan acupuncture. Pemiliknya pun belajar dari negara China. Berpengalaman 10 tahun dah dalam bidang ni. Suami isteri. So takde masalah kalau lelaki@perempuan nak dapatkan rawatan.

Nama pusat rawatan tu Areca Spa. Terletak di Senawang. Tanya je waze, nanti dia tunjukkan jalan, hehe.

Sekali rawatan selama 30-45 minit ( RM50) bergantung pada kes. Untuk yang kali pertama, tak sakit sangat bagi aku, sebab baru nak kenalkan badan dengan jarum. Rasanya pedih2 sikit tapi masih kategori boleh tahan. Kes aku sakit bila duduk lama, rasa menyucuk je.

Kali ke2 datang, sampai menangis aku dibuatnya, Rasa nyesal datang pun ada. Tapi balik rumah rasa lega dah. So aku ulang rawatan sampai kali ke4. Dalam kes aku kena buat sampai 10 kali tapi aku belum habiskan rawatan, atas kekangan masa, huhu.




Selamat mencuba kalau berani, haha

Friday, September 30, 2016

Jaga Muka Dengan Serum

Friday, September 30, 2016 2
Salam Jumaat... Sebenarnya aku tersilap hari, mati-mati duk ingat hari ni Khamis. Adoi la, dah tak keje ni kadang haribulan dan hari pun boleh ingat-ingat lupa. Sabor je lah

Perkongsian hari ini ialah tentang jaga kulit. Wah ko... bajet cantik sangat kan nak kongsi rahsia kulit cantik. Takde maknanya pun. Aku kulit biasa-biasa je. Takdelah gebu gebas mana pun, cuma takde jerawat batu je.

Dah penghujung 30an ni baru sedar nak jaga kulit nak jaga badan bagai, harapnya belum terlambat. Lagi 3 tahun masuk angka 4 series, kekadang rasa jeles tengok akak-akak yang aku kenal nampak cantik walaupun dah bercucu. Moga aku pun cantik dan sihat macam diorang di usia itu nanti, Insha Allah.

Aku baru berjinak pakai serum sejak beberapa bulan lepas. Memula dapat free, pakai lah bila ingat. Lama-lama rasa suka bila sentuh kulit muka rasa licin dan lembut je. Takdelah lembut macam pipi Baby Aisha tu, tapi lembut dan lembab lah dari dulu-dulu.

Rupanya banyak je serum jual kat pasaran, tinggal ko hulur je duit mana yang mampu dek poket. Apa fungsi serum sebenarnya ye? Aku kongsi sikit dari LINK SINI (mohon dihalalkan oleh tuan empunya blog)

Serum boleh lembapkan kulit.  Sebab utama serum digunakan ialah untuk menambah nutrient kepada kulit di lapisan paling dalam (deeper layers) di mana pelembab tidak boleh menembusinya. Ia mampu merawat masalah penuaan, pigmentasi, kekeringan melampau dan pori kulit yang besar.

Beza serum dengan pelembab, serum lagi cepat meresap ke dalam kulit. Setakat ini, aku baru pakai 2 jenis serum (gambar di bawah ye). Harga mampu milik. Kalau habis pun, masih mampu beli, kang beli yang mahal sangat, sebotol je lah mampu pakai, haha.


yang ni harganya rm70 sahaja, tahan lah sebulan lebih
pakai pagi dan malam
kalau nak jimat pakai malam je lah

yang ni dah lupa harganya, sebab dapat free haha
Okey, jom lah cantik sesama haha
* cikebom dah panggil tu, stop sini dulu, ada masa sambung lagi*

SELAMAT BERHUJUNG MINGGU


Thursday, September 29, 2016

Baby Aisha: Selesa Dalam SSC (Soft Structured Carrier) by Khayla

Thursday, September 29, 2016 10
Hai korang...

Hari ni cikebom Aisha mood baik, bagi peluang umie update blog. Dia elok je main sendiri dengan mainan kakcik.

Aku nak kongsi sedikit tentang BabyWearing. Dulu2 kalau keluar bawak anak, usung stroller. Tapi memandangkan sekarang ni, pantang silap sikit, cepat je viral. Aku pernah di jeling sebab aku biarkan si abam cuba naik escalator sambil sorong stroller (baby dah aku dukung, stroller tu kosong) itu pun orang dah jeling. Cuba kalau aku sorong dengan baby sekali naik stroller, mau viral cakap ibu yang bangang cuba naik escalator guna stroller. Bukan taknak guna lif, tapi hampir setengah jam menunggu lif, semuanya penuh dengan kapel sihat walafiat yang taknak guna tenaga naik escalator. Huhu

Setelah survey dan terpengaruh dengan sorang kawan yang nampak sangat selesa usung babynya dengan SSC, SSC singkatan kepada Soft Structured Carrier. Aku pun baru tahu dengan bertanya kepada En Google, haha.

Wow! sangat terkejut bila tengok harganya sampai angka ribu riban. Tapi aku survey yang mana sesuai dengan bajet kami. Lagipun ni bukan baby sulung yang nak simpan untuk anak seterusnya.

Mula2 aku sewa dulu, untuk seminggu, test baby selesa ke tidak duduk dalam tu. Alhamdulillah dia sangat selesa sambai tertido semasa kami membeli persiapan raya di PKNS, Shah Alam bulan puasa yang lalu.

Aku sewa dengan Babywearing by IlaLia (rujuk gambar di bawah). Boleh LIKE PAGE mereka untuk tahu lebih lanjut tentang Babywearing.




Baru aku tahu SSC juga boleh disewa kalau taknak beli. Ada juga orang sewa seminggu dua minggu kalau nak travel. 

Lepas dah puas hati menyewa dan nampak baby selesa, aku buat keputusan untuk beli. Aku pilih si comel Pink Butterfly ni untuk cikebom Aisha. Harga RM340. Ada yang harga cecah ribu ringgit tapi aku dah cukup puas hati dengan yang ini buat masa sekarang. 



Aku kongsikan beberapa gambar guna SSC semasa keluar berjalan-jalan. Semoga memberi manfaat bagi ibu-ibu baru yang mencari babywearing sesuai untuk kesayangan. Jangan tersilap pilih baby carrier yang tak sesuai ( aku ada terbeli baby carrier yang tak sesuai untuk baby umur bawah 6 bulan). Carrier tu sesuai untuk baby yang dah besar @ dah boleh duduk sendiri. Nak let go murah2 je kalau ada yang berminat.







Okey jom bersiap, ada dating dengan blogger yang beli periuk ajaib dengan aku. Ops, aku belum kongsi keseronokkan memasak guna periuk ajaib kat blog ni kan? Nanti free aku cite eh

Kbai


Monday, September 26, 2016

By Dream Sister Bundle, Kualiti Setanding Dengan Harga

Monday, September 26, 2016 1
Dulu jarang tengok @ jumpa kedai bundle baju baby. Yang ada cuma untuk dewasa je. Sekarang ni dah banyak, kalau di Facebook tu boleh kata berderet jual baju bundle baby. Aku pun dah jadi ketagih beli baju kat laman bundle baby ni *pre love lah sedap sikit sebut dari bundle, hehe*.

Sebelum tido, duk skrol FB yang jual prelove. Kalau timing bagus, ada orang prelove baju anak-anak diorang yang dah tak muat, baju branded dapat kurang dari rm10 dengan kualiti cantik lagi. 

Selain dari kawan baik aku jual bundle baby, yang aku pernah share kat blog suatu ketika dulu KLIK SINI, terbaru adik ipar pun baru berjinak jual bundle baby.

Meh tengok model tak berbayar masa diorang ambik stok, cikebom meyelit bersama sepupu2nya, hehe.


Okey jangan malu-malu untuk like page diorang ye, By Dream Sister Bundle. Ada jual selai selai dan boleh jugak beli kiraan kilo (mana tahu korang nak niaga jual kat opis ke, jual kat taman dengan jiran2 ke) boleh pm terus kat page diorang ye.

Baju-baju masih berkeadaan baik, ada yang sesuai untuk jalan-jalan, ada yang sesuai untuk pakai hari-hari kat rumah.

Jemput LIKE PAGE



**********************

Cerita lain

Sakit-sakit badan bangun tido pagi ni
Semalam tawaf ioi mall, padan lah muka, haha

Sementara menunggu anak-anak besar tengok wayang dengan ayahnya
aku dan cikebom layan benda ni




Happy time naik monyet bergerak pusing-pusing dalam mall ( RM10 = 5 minit)
tak boleh jejauh, nanti jenuh lah nak tolak bila timing habis
nampak sangat ke yang aku lagi teruja lebih dari baby, haha


kbai


Sunday, September 25, 2016

Dari Dapur DJ Shaz, Mabeles You

Sunday, September 25, 2016 2
Aku sangat kagum dengan orang pandai masak, pandai buat kek, pandai serba serbi. Aku ada ramai kawan yang pandai buat kuih, buat kek. Ada yang ambik tempahan untuk majlis lagi. Kagum giler aku dengan diorang. Aku ni, baru ada orang usik2 nak datang umah minggu depan, minggu ni aku dah seram sejuk kaki tangan 'eh!nanti nak jamu apa orang datang? takkan nak hidang biskut cicah teh o? nak masak menu pelik2, kang tak sedap malu pulak'. Padahal yang nak datang tu bukan nak makan pun, kalau nak makan sedap baik diorang gi restoren yang dah tentu2 masak sedap. Tak gitu?

Oh ni sebenarnya aku nak citer tentang salah sorang kawan yang kenal dari blog bersambung ke laman muka buku FB, dan bebaru ni aku sempat merasa air tangannya. Eh makan ati tau hari2 tengok dia post brownies kat Facebook, gigih lah aku masuk order kebetulan dia onthe way nak balik kampung, kiranya order drive thru lah ni. Mujurlah laluannya balik kampung, lalu taman perumahan aku.

Ada sesapa kenal? Inilah dia Cik Puan DJ Shaz BLOG SINI. Kecik molek je orangnya. Kami tak sempat borak lama, banyak lagi tenpat dia kena singgah, kang cair pulak brownies dalam keta tu. Hihi





Alhamdulillah, puas hati sangat. Tak sampai setengah hari, setengah kotak dah selamat masuk perut. Adoi, bahaya betul kalau aku berjiran dengan DJ Shaz ni. Sapa nak order boleh search FB Shazwani Shakeri ye. 

Kata kunci hari ini ialah Benda Baik Kena Cerita, daaaaaaaaaaaa

Saturday, September 24, 2016

Chia Seed Ku Bercambah

Saturday, September 24, 2016 1
Salam hari minggu. Apa aktiviti hari ni? Seperti biasa rutin hari Sabtu aku hantar Abam training bola. Tapi hari ni takde training sebab ada lawan bola kat Seremban. Abam pegi tumpang jiran. Tapi hari ni kakak ada tuition extra, maklumlah PT3 dah dekat. Tq ticer yang rajin buat extra class tanpa bayaran tambahan.

Okey ni ada benda nak cite. Korang cuba teka apa kah bendanya ni? Ini ialah chia seed yang telah bercambah. Usianya baru beberapa hari.


biji ni terlekat kat penutup botol

dah bertambah tinggi dalam 1 inci
Ada sesapa kat sini guna chia seed dalam makanan @ minuman? Aku ada terbaca tentang chia seed yang bagus untuk turunkan berat badan, saja la nak cuba (nampak sangat ke aku ni mudah terpengaruh? haha)

KLIK SINI kalau nak baca, SINI PUN ADA SHARE (ramai keliru chia seed dengan biji selasih, tapi bukan ye, mungkin sepupu belah mak dia kot, haha *lawak hambar*

Aku letak dalam botol air minum aku je, tak buh dalam makanan pun. Takde rasa apa pun, cuma suka ada rasa biji2 dalam mulut bila minum air.

Antara MANFAAT Chia seed yang seronok didengar :
  • Membekalkan tenaga dan stamina
  • Menguatkan sistem ketahanan badan (immune system)
  • Dapat membantu mengurangkan berat badan
  • Menstabilkan kandungan gula dalam darah
  • Membersihkan colon
  • Membantu untuk detox kan badan daripada sisa toxin
  • Dapat mencegah kanser
  • Baik untuk penghadaman
  • Merawat masalah sakit otot
  • Membantu kita mendapatkan kulit , rambut dan kuku yang lebih sihat 
Tapi beberapa hari lepas aku rasa cuak bila biji yang terlekat kat penutup tu bercambah, aku cuma top up je botol tu bila dah habis. Aku rasa muskil, camner ye kalau biji tu tumbuh dalam perut aku, huhu. Masuk akal tak?


Aku tak jual ye, korang boleh beli kat mana2 pasaraya besar. Cosway pun ada jual dalam bentuk botol. Kedai jual makanan organic pun aku penah nampak. Ni aku beli online dengan Sis Dila (tu gambar kat bawah, ada nombor telefonnya).


Sekian perkongsian hari ni. Jom masuk dapur pulak, plan nak buat sup sayur pecah telur dan di regukan dengan daging qurban goreng lada hitam, campak telur dadar sebagai peneman. Cukup lah kan?

Okey.. daaa


Friday, September 23, 2016

Baby Aisha: Tik To Tik Tok, Sudah 9 Bulan

Friday, September 23, 2016 3
Assalamualaikum

Umie sibuk, maklum lah Home Manager katakan
banyak benda nak diuruskan
so biarlah saya tolong sapu sawang blog umie ni
hihi


Hai
genap 9 bulan umur saya hari ni
kejap je masa berlalu kan?

Umi cakap
' rasa macam baru semalam umie terkejut monkey dalam bilik doktor bila tahu saya diam2 dah 3 bulan saya menyorok dalam perut umie'
hihi

Terima kasih Umie, Ayah, Kakak, Abam dan Kakcik yang sabar melayan saya
layan saya yang suka menjelajah satu rumah
layan saya bila saya meragam

Terima kasih pada kenalan umie dalam FB dan jugak Blog
(walaupun umie dah jarang update blog kesayangan nya ini)

Sebagai kenangan, saya listkan apa perkembangan saya setakat ini

- saya dah boleh merangkak laju, sampai depan muka pintu bila ayah nak gi work
- saya dah ada 2 gigi bawah, 2 gigi atas untuk gigit umie, auwwwwww
- saya dah boleh berdiri lepas tangan dalam kiraan 2 saat
- saya dah makan bubur blend
- saya masih menyusu dengan umie sepenuhnya, harap sampai 2 tahun ye
- saya berjaya penuhkan gallery henpon umie dengan muka saya je, hihi

emm apa lagi ye? 
cukup setakat ini dulu, saya nak teman umi ambik kakcik kat tadika
tak sabar nak jumpa kakcik

baiiiiiiiiiiiiii
love u memuah


Thursday, September 15, 2016

AidilAdha Kami 2016

Thursday, September 15, 2016 1
Orang kata, raya dimana2 pun sama je. Asalkan bersama yang tersayang, itu dah memadai. Aku akuinya sejak berkeluarga dan anak-anak pun dah berderet. Jangan tak tahu, Awal2 dulu kalau tak dapat balik beraya di kampung sendiri, murung beberapa hari walaupun mulut kata redha, haha.

Dah 16 tahun kahwin, kami takde sistem giliran balik raya pun. Raya kami tengok bajet, kalau $$ lebih, boleh balik kampung aku. Bajet kureng, raya kat Cheras je pun ok, takde hal. Alhamdulillah sehari dua ni bajet tidak menjadi isu, Cuti pun tidak menjadi hal sebabnya aku pun dah takde majikan dan enAbe bekerja sendiri. Dulu zaman bekerja dengan orang, mereput lah kau tunggu cuti raya lulus, kerja shif kena ikut giliran. Takkan lah tiap tahun muka ko je cuti raya kan? Mana adil bagi orang lain.

11-12 SEPTEMBER 2016

AidilAdha kali ini aku beraya bersama Mil dan adik2 ipar (raya sambil bercuti). Sorang je adik enAbe yang tak dapat join gathering raya kali ini sebab dia buat aqiqah dirumah mertua, so cuma 5 beradik je dapat berkumpul kali ini. Insha Allah lain tahun cuba cukupkan korum. Kami menyewa banglo di A Famosa Resort (itu paling dekat lah kiranya untuk semua). Anak-anak happy dapat berkumpul bersama sepupu sepapat sambil berendam dalam swimming pool. Maklum lah rumah sendiri ada besen je, duk sini feeling orang ado-ado kejap sebab rumah ada swimming pool, haha.

Sehari sebelum raya semua dah sampai ke rumah yang kami sewa. Petang dah start berbbq, semua bab makan ni Mil dan adik2 ipar yang uruskan, hihi. Oh, kebetulan aku dan kakak puasa hari Arafah hari tu. Anak-anak apa lagi, kecut kaki tangan duk berendam, naik untuk makan dan solat je, takpe lah bukan selalu pun.

dalam perjalanan ke destinasi raya tahun ini, cikebom ber









menu raya















Seronok dapat berkumpul ramai, kami lepak satu malam je kat sana, esok nya dah check out. Nak jadi cerita, kereta breakdown dan terpaksa di tunda dengan tow truck dari Simpang 4 , Melaka sampai ke Nilai. Anak-anak kagum duk atas kereta atas tow truck, haha. Pengalaman manis kot bagi diorang, walaupun mak ayah nya dah serabut membayangkan duit yang bakal mengalir

Apapun, Alhamdulillah semua nya selamat