Thursday, July 30, 2015

Log In Blog Nak Update Citer Raya, Tapi..........................

Thursday, July 30, 2015 15
Log In Blog Nak Update Citer Raya, Tapi..........................
Salam korang..

Panasnya cuaca sekarang, rasa nak bawak bantal tido dalam bilik air je. Sebab bilik air  tu sejuk sikit. Aku tak tahu lah disebabkan pembawakan baby dalam perut @ memang sedia ada malas, nak buat apa pun malas sangat sekrang. Ni dah masuk 2 bulan jadi suri rumah ( masih dalam cuti sakit yang panjang) walaupun masih belum sah berhenti keje. Tinggal sebulan je lagi, lepas ni aku betul2 bergelar 'suri rumah'.

Ni gigih on laptop nak update citer raya, tapi boleh pulak lompat-lompat blog orang. Sekarang dah buntu apa nak tulis kat blog sendiri, pastu gambar takde untuk jadikan hiasan. Nampak gaya tak kesampaian nak update citer raya, huhu.

Terima kasih sebanyak juta-juta kali pada yang masih sudi bertanya khabar, Alhamdulillah kesihatan dah beransur baik walaupun tak sepenuhnya. Aku pun dah stop suh akak pengasuh masak untuk anak-anak, aku dah mula masak dan urus rumah tangga. Buat yang mana larat, ada hari larat aku buat. Datang hari tak larat, aku pejam mata je.

Oklah, kendian lah citer raya... kalau aku rajin ye

kbai




Friday, July 10, 2015

Entri Cuci Sawang, Ramadhan 2015

Friday, July 10, 2015 13
Entri Cuci Sawang, Ramadhan 2015
Assalamualaikum semua....
Cubaan update blog guna iPad je

Terima kasih pada yang sudi singgah ke blog yg hampir sebulan tak berupdate ni. Aku ada je, tak kemana pun. Aku baca semua komen yg korang tinggalkan. Cuma takde hati nk update blog, huhu. Ntah lah, macam blur tak tahu nk tulis apa. Aku baca je blog korang, tp tak tinggal jejak. Maaf ye

Bulan ke2 cuti sakit, Ramadhan jugak dah nk sampai ke penghujung. Sedih mengenangkan Ramadhan kali ini tak sama macam Ramadhan yg lepas2. Buat pertama kalinya puasa aku banyak lubang kosong, sedangkan sebelum2 ini, aku puasa penuh walaupun mengandung. Faktor umur barangkali, kepenatan mengandung di usia 36 ni tak sama macam mengandungkan si kakak dan abam di usia 20an.

Puasa kali ni aku diuji dengan sakit yang tak mampu bergerak cergas, selera makan jugak takde. Setiap hari sedulang juadah berbuka akan dihantar oleh pengasuh aka jiran sebelah. Dah bagitau akak tu untuk masak sepanjang aku tak sihat ni. Anak2 juga memahami dan makan tanpa banyak soal. Sesekali bila larat, aku masak paling simple sekadar bagi anak2 merasa air tangan umi, telur dadar @ ayam goreng.

Sahur juga anak2 tak banyak karenah, telur mata pun ok. Lagi diorang suka, tak payah nak ngadap pinggan lama2, hihi

Cerita anak2:
Kakak dan abam takde cerita sangat. Puasa pun tak banyak karenah, kakak dh anak dara, biasa lh puasa tak penuh sebulan. Abam pun tinggal satu hari sebab muntah teruk mungkin silap makan. Si kenit? Satu hati pun tak posa lagi, nk paksa kesian tengok badan pun sekeping je, huhu

Persiapan Raya:

Setakat entri ni di tulis, persiapan raya memang takde langsung, baju raya anak2 pun belum beli lagi, kuih raya ada beli sikit tapi dah tinggal balang kosong, lagipun aku beli sebab nk makan sekarang,bukan untuk raya pun. Haha.

Raya ni jugak aku tak balik kampung. Cik abe pun keje, tak dapat cuti. Kebetulan adik lelaki nak tunang raya nanti, sedih gak tak dapat bersama meraikan hari gembira, so aku wakilkan kakak dan abam je beraya di kampung. Sebenarnya, aku tak boleh duduk lama dalam kereta, 10 minit pun aku rasa cukup tersiksa macam nak putus pinggang, jadi aku tak dapat bayangkan kalau terpaksa bertahan 7-8 jam perjalanan balik kampung nanti.

Emm apa lagi ye?
Takde apa dah kot. Kalau aku tak update lagi pasni, aku nak ucap Selamat Hari Raya in advance untuk korang semua. Maaf kalau ada salah silap selama kita berbalas komen. Hati2 drive kalau balik kampung ye

Kbai