Friday, February 28, 2014

Ikan Bilis Tomyam, Ngap Ngup Ngap

Friday, February 28, 2014 34
Eh! Dah petang ke?
Cepatnya masa berlalu, rasa cam tak puas lagi duk opis
(sila muntah, padahal dalam hati gembira sesangat, sebab esok lusa cuti)

 ni gambar selasa lepas
penah tengok?
@
penah makan?

aku tak tahu apa nama sebenar
tapi aku suka suki letak nama dia, ikan bilis tomyam
sebab dia ada daun limau purut
(tipu je, sebenarnya aku dah gugel nama sebenar dia)

dah lama tak makan ni
dulu2 staf kami di KB selalu bawak ikan bilis ni bila datang Klia
tapi dah lama tak jumpa dia

Kebetulan adik sorang kakak ni datang dari KB
aku saja la memesan, sib baik dia sudi belikan
sebenarnya ikan bilis ni datang dari 'negara sebelah sana' kot
sebab aku balik kampung, tak penah jumpa kat kedai biasa

aku suka yang ada ikan bilis+kacang tanah+cili dan bawang putih
tapi yang ni, takde bawang putih pun, huhu

okeylah, buat hilang kempunan

cara makan?

kunyah ikan bilis dan gigit cili sekali
perghhhhhhhhhhhhhhhh
berasap telinga

AMARAN:
ikan bilis tak sesuai bagi yang ada Gout, hihi  
  

ambik ko, sekilo terus
dah naik rega, dulu murah je sekilo
sekarang? emmm, layan tekak

nampak cili kering tu?
pedas berdengung
air mana air?

sekali dengan ikan bilis tu
dapat Free sebungkus nasi berlauk 
(lauk ikan aya)
burpppppp, kenyang 


Selamat Berhujung Minggu Kengkawan



(^,^)


Air, Tak Sihat, Takde Mood

Friday, February 28, 2014 6
Salam Jumaat

Rumah korang ada air tak?
ker ada yang tak mandi pagi ni? hihi
Alhamdulillah, area rumah kami masih ada air
tapi aku tetap menadah air, risau kot tetiba bukak paip takde air keluar
dah pesan kat ahli rumah, pastikan baldi dalam bilik air sentiasa penuh

itu kisah air

~*~*~*~*~*~

Semalam aku cuti
wpun aku berhajat nak mc, tapi doc tu tak mesra alam
nak bukak mulut mintak mc pun aku malas
bila aku citer pasal sakit pinggang dan cirit
muka dia mcm takde perasaan
mungkin dia ingat aku cuma buat helah nak mc sebab anak2 tak sihat

kisah bermula petang Rabu tu, balik keje tengok anak2 muka merah
si kakak batuk, si abam demam, cirit dan muntah
si adik demam dan batuk
dan tetiba aku pun tumpang sekaki
sakit pinggang, sakit ulu hati dan pening kepala
terbaring je lepas Maghrib, dahla en Abe shift petang

bila teringat anak2 lom dinner, gagahkan diri bangun goreng fries
itu je yang mampu buat
si abam muntah penuh sinki pun aku biarkan
bila semua dah tido, slow2 aku bangun cuci sinki
rupanya bukan sinki je, dia jugak tercirit dalam seluar, huhu
sib baik dia sendiri cuci sendiri bahan cirit itu
takde lah aku nak rasa termuntah sangat
balik dari klinik semua terbongkang tido
si kakak je sekolah, abam mc
lunch tu masak nasi je, akak pengasuh hantar lauk

Itu kisah tak sihat

~*~*~*~*~*~

sejak dua menjak, aku datang keje macam halimunan
takde mood nak buat keje
kadang2 aku tak tahu apa yang aku buat
segalanya rasa serba tak kena

itu kisah takde mood

~*~*~*~*~*~

aku hari ini (serba hijau)

happy working u olls

(^_^)



Monday, February 24, 2014

Turunlah Wahai Hujan

Monday, February 24, 2014 22
hai korang 
(^,^)

sepagi tadi, tiada di opis
ke Subang kejap atas urusan kerja 
(eh!ada yang tanya ke?hihi)

pergi berdua dengan 'bos kecik'
kami naik bas pegi/balik
sib baik naik bas, sempat lah lelapkan mata
perjalanan naik bas dari Klia-Subang ambil masa 45 minit
rugi woo tak tido, hihi
harap2 tiada sesi dengkuran

masa nak balik semula ke opis
YaAllah, panasnya cuaca di luar sana
dalam tak sedar, abis 2 liter air aku minum
dahaga yang teramat sangat
muka rasa terbakar je

dalam cuaca panas tu, tiba2 teringat kat si kakak dan si abam
diorang sekolah sesi petang
keluar rumah jam 12.30 tgh hari
harap anak2 tak mengantuk dalam kelas, huhu

dah dekat 2 bulan kot rasanya tempat kami tak hujan
pokok2 dah layu
aku siram ngan air paip
tapi mana kan sama dengan siraman air hujan

tetiba ku merindui titisan air hujan 

kat tempat korang, ada air ke?
dengar citer Nilai pun dah start catuan air
so far umah kami ada lagi air
tapi aku dah start menadah segala baldi yang ada
mana lah tahu tetiba takde air
huru hara nanti
# harap2 okey, susah bila air takde
eh! letrik takde pun susah jugak
senang citer, dua2 pun penting


Friday, February 21, 2014

Produk 3M

Friday, February 21, 2014 17
Produk 3M
Menguruskan, Mencantikkan, Mengetatkan

Jual je produk yang ada 3 perkataan tu
Insha Allah ada sambutan terutamanya dari kaum wanita

semalam ber-pm dengan sorang kawan
terus terlintas nak buat en3 ni, hihi

~*~*~*~*~

aku ni susah nak terpengaruh dengan benda2 letak kat muka ni
tapi terpengaruh dengan review seorang blogger
dia citer pasal set Safi Rania Gold
konon nak lawa cam CikTa, aku pun beli ler
tapi cam tak sesuai, muka jadi lagi berminyak
set tu tak habis pakai pun

kalau rajin nak baca kisah tu, boleh klik 
Produk Safi Rania


 dan

lama jugak stop tak pakai apa2
pastu kegilaan tengok kengkawan muka gebu gebas
bisik2 bertanya rahsia kecantikkan, katanya pakai produk tempatan di jamin Halal
nama produk tu As Beauty
aku pun beli la satu set, terus ambik set besar konon nak jimat
wah! sangat hebat
dalam 2 minggu dah nampak kesan 
kembang2 hidung bila ada yang puji nampak makin berseri
kulit pun cantik, tak payah pakai camera360 pun muka gebus
licin macam kulit baby

 kisahnya aku dan As Beauty 


bukan setakat pakai
sempat jugak jual kat kengkawan beberapa set
maklum ler testimoni menjadi pada diri sendiri, huhu

tapi aku ni bukan istiqamah sangat, krim malam asik lupa pakai
ambik ko, cik jerawat mula datang bertamu
kata si penjual, jangan lupa pakai krim malam
pantang besar tu kalau tak pakai
manalah aku tahu, kenapa tak cakap awal-awal
kesannya, ambik ko
jerawat besar ujung jari timbul kat pipi
 gambar kejadian ada SINI 
nak nanges bila nampak cermin, phobia kejap

ingat dah serik, eh! citer lom abis ye
sorang kawan kata produk dia jual lagi bagus
tak mahal, mampu milik katanya
beli lagi, memang murah pun



Collagen Plus Vitamin E (CPVE)
baru pakai 2 kali dah rasa cam tak sesuai
krim malam dia melekit2
krim siang pulak susah nak apply kat muka, cam kesat2 gitu
last2 jadi perhiasan lemari mekap lemari pandai mekap ke?

dan semalam, ada baca produk kecantikkan ada mercury tu
tak sangka produk itu adalah CPVE tu

emm, baru ingat nak bagi set yang tak abis pakai tu kat kawan
dia pun dah tahu aku nak bagi dia
nampak gaya, buang jelah
kang jadi apa2 kat kawan tu, aku pun dapat saham sekali

rasanya cukuplah 3x kali percubaan aku pakai produk
serik kot sebab jerawat dulu tu tinggalkan parut
wpun dah makin hilang, kesan tetap ada

tapi sekarang aku mencari produk kuruskan badan
nak buang tak banyak pun, dalam 10 kg je
lebih kurang berat beras Basmathi pek 10kg, huhu

ye, aku tahu jawapannya
BERSENAM dan JANGAN MAKAN MALAM

dan semalam ada sorang kakak yang suka berwsap ngan aku tu citer
jiran dia yang dulu gemuk, dah kurus sekarang
aku tanya la
'jiran akak tu pakai produk apa?'

korang tahu dia jawab apa?
.
.
.
.
.
.
.
.
'dengar citer laki dia kawen lain, makan hati lah kot, tu pasal yang boleh kurus'

uwaaaaaaaaaaaa, nanges dengar dia melawak

kakak, u know who u are

(^_^)


Thursday, February 20, 2014

Daun Bidara, Antara Ubat dan Pantun

Thursday, February 20, 2014 13
yeay, dah Khamis, i love en Khamis
sebab esoknya Jumaat, last day keje
and the next day dah coti
best best best

semalam, jiran post kat FB
bertanyakan sesapa tahu kat mana ada pokok Bidara
nak ambik daunnya untuk berubat
aku tak pasti untuk sakit apa

terus tanya akak sebelah
cuba hukurkan bantuan sekadar termampu
katanya di sebelah surau kat taman dia ada pokok bidara tu

kata kakak tu
'daun bidara diguna untuk mandi jenazah'
aku pun tak pasti
brother depan aku ni pulak kata
'daun bidara buat halau hantu'
itu lagi aku tak pasti  

sesambil tu aku tertanya2 apa sebenarnya khasiat daun bidara tu ye?
jom tanya en gugel yang sedia membantu, hihi



ada gak pantun Bidara

nasi lemak buah bidara
sayang selasih hamba lurutkan
tinggal emak tinggal saudara
kerana kekasih hamba turutkan

# zaman muda2 dulu orang tua suka bagi pantun ni
tajam menikam maknanya tu

tak paham?
buat2 le paham

lalalalalalalala 

Wednesday, February 19, 2014

Adik Beradik Selang Bunga

Wednesday, February 19, 2014 37
ini hari, bos kecik, bos besar takde
kursus katanya
maka dengan rasminya
'opis ini ana yang empunya'
lalalalaa

kucen tiada, tikus ratatouille berlari2 ria atas meja
(^,^)

malam tadi, seperti biasa melayan grup wechat adik beradik
kat situ kami ada 5 beradik je
sorang lagi takde we chat, sorang lagi ada we chat tapi jarang online
yang aktif cuma kami ber4 je

diorang hantar gambar yang di edit, gambar kami 6 beradik
# 2 adik pompuan aku tu mmg hantu berselfie
ratus ribu riban kot gambar diorang dalam hp tuh 

meh berkenalan dengan adik2 aku
aku selaku kakak kawasan, hahaha  

adik beradik selang bunga taik ayam
baris atas dari kiri-generasi pertama
kak (aku le), abe, kakcheq aka CV

baris bawah dari kiri-generasi kedua
chik, kakniq, adik- generasi ke dua 
kenapa aku namakan generasi pertama dan generasi kedua?
sebabnya:
bila aku, abe dan kakcheq bercerita tentang zaman kecik, zaman kami membesar
yang generasi kedua masa tu masih kecik dan ada yang lom lahir

bila generasi pertama bercerita, generasi kedua buat muka bosan
cuma 'chik' je yang sipi2 ada kaitan, yang lagi 2 hujung tu, memang blur habis
tak tau hujung pangkal kenapa kami gelak sambil tepuk lantai

sebenarnya, perkara2 bodoh zaman membesar
menjadi bahan ketawa bila dewasa
betul kan?

benda bodoh nakal yang kita buat dulu
bila citer balik depan mak ayah sekarang, diorang pun takleh nak kata apa dah
maklum semuanya dah besar panjang, hihi

# 5 dari kami semua dah bekerja, tinggal si bongsu je masih belajar (form4)

sebenarnya banyak kenangan zaman kecik dulu
kalau ku tulis, mau ber episod baru habis
tapi antara kenangan takleh lupa ialah
adik aku (chik) hampir kehilangan nyawa
gara2 aku curi2 bawak dia keluar rumah main air banjir
curi2 naik rakit (batang kayu) dan adik jatuh, jenuh mengagau dalam air banjir
nasib baik jumpa

dan, endingnya berbirat belakang aku kena tibai dengan ranting pokok senduduk
itu antara kenangan antara 1001 kenangan yang lain

korang pulak, kenangan zaman kecik yang mana paling takleh lupa?

Monday, February 17, 2014

Biskut Lidah Kucing Pelangi (Rainbow Cat Tongue)

Monday, February 17, 2014 13
malu pulak kita dengan entri emo tu
bukan emo mana pun, cuma bengang sikit je
empunya blog tak jawab apa pun tentang komen aku
tapi pengomen lain yang over
lantak lah situ

jom kita cuci mata
korang penah dengar biskut lidah kucing?
aku pertama kali tengok bila jiran upload gambar kat fb
memula tengok macam 
'biskut apakah berwarna warni bagai pelangi lepas hujan tu?'


bila dia jawab 
'biskut lidah kucing'
aku macam, erkkkkkkkk
nape namanya begitu rupa? kenapa tak letak, biskut pelangi je
rasa cam pelik pulak bila sebut lidah
kucing lak tu
kucing tahu ke biskut ni ada kaitan ngan dia?
kena bagi royalti kat en kucin nih

komplen2 pun sebalang licin, dah tinggal serdak pun
hihi

rasa dia manis2 gitu, tapi takde la manis sangat
nipis je, masuk mulut terus cair 

aku gugel sebab nak tahu macam mana rupa acuan biskut ni
terjumpa kat sini

empunya gambar SINI 
# baca resepi pun aku dah membayangkan betapa rumitnya
baiklah aku beli je, terus buleh makan, hahaha
dasar banyak vitamin P

# kalau semua pandai/rajin buat sendiri
sapa pulak nak membeli
boleh terima tak alasan?

hihi

Kenapa Kesian? Malas lah nak komen lagi

Monday, February 17, 2014 25
Kenapa Kesian? Malas lah nak komen lagi
semenjak dua menjak ni, malas nak buat apa2

bukak fb, baca sepintas lalu
yang berkenan di hati, lalu ku LIKE 
dan kalau rasa nak komen, taip sepatah dua kata

baca blog orang, rasa nak komen, aku komen
rasa cam tak tahu nak komen, baca je lah

sekarang tengah khatam satu blog best, best bagi aku lah 
seorang wanita cantik, seorang baby comel tak hingat duduk nun di seberang laut
gila tak gila, aku baca dari post pertama sampai terlatest
ambik ko ayat tunggang langgang
emm, kamu tahu siapa kamu kot, hihi

cerita lain

aku punya tabiat, bila komen kat blog orang
aku akan datang balik untuk tengok kalau orang tu balas tak komen aku
ada yang balas, aku senyum
tak balas, mungkin tuantanah sibuk
ataupun mcm aku jugak, suka orang komen, tapi tak tahu nak jawab apa, hihi

tetiba, pagi ni ada rasa cam tak best
bila aku komen satu blog
dan ada orang lain komen kat bawah komen aku
'kesiannya (sebut nama aku)'
seolah2 aku bodoh sangat komen macam tu
ko kenapa?
dahlah baling batu sembunyi tangan
menyamar disebalik nama 'anonimos' 
kalau berani, letaklah link blog ko sekali
boleh kita sembang sepatah dua kata

ohlah, tu je nak citer
# ekon sejuk, nak taip panjang2 pun rasa kebas tangan, huhu


Friday, February 14, 2014

Berminat? Boleh Datang Intebiu

Friday, February 14, 2014 13

selamat berhujung minggu

# ahad ada kenduri kat Kampung Subang
ada orang sudi bawak merasalah makan kenduri
kalau takde, duk dendiam kat rumah je 
# i is okey duk umah pun, barang pindah masih banyak belum unpack, huhu


Thursday, February 13, 2014

Sekolah Sesi Pagi vs Sekolah Sesi Petang

Thursday, February 13, 2014 12
Sekolah Sesi Pagi vs Sekolah Sesi Petang
Kisah anak-anak:

Kakak Form 1, abam darjah 3. Bulan sebelum, kakak sekolah sesi petang dan abam sekolah sesi pagi.

Mulai isnin lepas, kami memulakan hidup baru di tempat baru. Semoga baik-baik aje disini. Bila dah tempat baru, banyak benda berubah. Kakak memang dah start sekolah situ awal tahun, cuma Abam je kena pindah sekolah (sekolah lama abam cuma ada satu sesi je (sesi pagi). Tapi disekolah baru ni, abam pun kena sekolah sesi petang (Tahap1). So, dua2 dah sekolah sesi petang.

Sedikit drama minggu ini:

Kata Kakak 'kenapa lah sekolah ni ada sesi petang? kakak tak suka sekolah petang. Penat. Pastu asik kena tengok jam je takut terlambat mandi dan bersiap'

Kata Abam 'abam suka sekolah petang, sebab bangun lambat dan boleh tido lama' huhu.

Kenapa terjadinya sebuah sekolah ada sesi pagi dan petang? Ini kerana jumlah murid terlalu ramai dan kelas tidak mencukupi untuk menampung murid2 tersebut. Dengar cerita, taman perumahan ni akan ada buka sekolah sendiri, tak perlu lagi menumpang sekolah kawasan lain. Moga cepat terlaksana.

Pengalaman aku sendiri, pernah sekolah sesi petang (sekolah menengah). 2 tahun jugak lah aku sesi petang. So aku paham perasaan kakak. Tak suka nak berpeluh bersiap nak ke sekolah. Kalau sesi pagi, lepas mandi pakai uniform lebih selesa sebab sejuk. Pegi sekolah muka fresh sebab baru bangun tido. Lagi satu, bila sesi petang, ada 2 waktu solat (Zohor dan Asar). Paham2lah kalau solat surau sekolah. Mesti berebut nak ambil wuduk. Tempat solat mungkin tak selesa macam di rumah.

Apa boleh buat anak-anak, bertahanlah ye. Untuk kakak, tahun ni dan tahun depan sesi petang. Form 3 dah masuk sesi pagi. Untuk Abam, cuma tahun ni je sesi petang. Tahun depan dah darjah 4 (Tahap2) sekolah sesi pagi.

#bukannakkomplensekadarberceritaharaptakdeyangsalahpaham



Jemari Kecil Berinai Merah

Thursday, February 13, 2014 18
malam tadi

sikenitmintakdipakaikaninai
itu corak kupu2 tak menjadi, dia yang mintak lukis kupu2

penah dengar orang kata 
'kalau pakai inai dan merahnya pekat, tandanya mak mentua sayang'

boleh percaya ke?
kalau inai kaler kuning acaner?

(^_^)



Wednesday, February 12, 2014

Moga Baik-Baik Aje

Wednesday, February 12, 2014 7
kembali bekerja setelah 6 hari cuti
(3 hari cuti tahun+2 hari cuti sabtu ahad+1 hari cuti ganti CNY)

9 February 2014
permulaan kepada sebuah kehidupan baru

fikir yang BAIK-BAIK
doa yang BAIK-BAIK
buat yang TERBAIK

Insha Allah



# emm, mana nak mula dulu ni ye?
semuanya nampak cam penting je, huhu
okey, mulakan dengan Bismillah

(^_^)



Wednesday, February 5, 2014

Anak Bawa Bekal Ke Sekolah: Mak Rajin @ Penjimat?

Wednesday, February 05, 2014 32
alamak, dah jam 4.30 petang ke?
aduhai, cepatnya masa berlalu

tadi singgah blog kawan yang duk Somban
baca entri dia yang bertajuk

gelak sambil nanges baca entri Tijah
adoila, lawak makan dalam di petang Rabu namanya

Okey, dah mintak izin dgn empunya tulisan
konon nak wat ulasan, kui kui kui

kakak sekolah sesi petang
abam sekolah sesi pagi

kakak dihantar ke rumah pengasuh sebelum aku gi keje
so dia akan kesekolah dengan perut kenyang 
sebab dah lunch sebelum ke sekolah
tapi dia jugak bawak bekal air dan roti 70sen tu 2 ketul
bagi jugak duit rm2

abam sekolah pagi, turun dari rumah
kadang sempat wat sarapan 
(selalunya roti celup telur@nasi goreng) 
kadang makan roti je
tapi sekarang dia komplen
tak nak makan nasi goreng
sebab nanti sampai sekolah sakit perut (why sayang?)
tapi dia akan makan roti
duit poket rm4 (hari ada kelas agama)
rm3 kalau takde sekolah agama

rasanya kalau di tanya semua ibu2
diorang teringin nak buat 'bento' untuk bekal anak ke sekolah
tapi ramai yang tak mampu (sila senaraikan alasan)
macam aku, awal dah ngaku tak mampu nak bangun awal

okey, aku ngaku bangun pagi jam 6.00 pagi
sangat kagum kalau ibu2 bangun jam 5.00 pagi
awal sangat bagi aku bangun jam 5 pagi tu
lagi awal dari lalat kot, hahaha

lepas ni aku cuba buat 'bento' versi aku la kan
mana nak cari acuan tekap bento yang comel2 tu ye?



dari sini

gila rambang mata tengok jenis2 bento
korang gugel je 'bento'
bersepah gambar bento yang sangat comel
mana tahu tengok bento comel, lepas ni rajin buat bekal untuk anak2

(^_^)


Tuesday, February 4, 2014

8.30 am to 5.30 pm

Tuesday, February 04, 2014 8
8.30 am to 5.30 pm
bzzzzzzz
masuk opis jam 8.10
pung pang pung pang
tengok jam dah jam 5.00 petang

alahai, kejap sungguh masa berlalu

balik dulu lah ye
esok2 lah kita bercerita ye 
Insha Allah


Monday, February 3, 2014

P.E.N.A.T

Monday, February 03, 2014 13
TQ untuk yang komen besday aku tu
komen korang sangat di hargai
# baca banyak kali sambil lap air mata, huhu  

hari ni rasa penat sangat
tapi usaha jugak datang keje
wpun ramai sambung cuti sebab CNY jatuh pada hari Sabtu
tapi aku simpan 'cuti ganti' untuk hal lain yang lebih penting 

penatnya rasa cam nak baring
bagi orang belek muka camni, hihi



# penat, maklum lah hari ni hari ke3 di usia 35tahun
ada kaitan ke?

  

Saturday, February 1, 2014

Buat Si Comel Februari, (comel le sangat)

Saturday, February 01, 2014 18
eh! dah bulan ke 2 di tahun 2014
rasa macam semalam je say bye2 to 2013

aku lahir 01 Feb 1979
tapi mak aku kata, aku lahir 31 Januari, cuma lambat daftar surat beranak
mak kata, masa aku lahir, kena bagitau tok penghulu untuk report kat JPN
aku pun tak pasti kenapa ayah aku tak pegi sendiri ke JPN daftar surat beranak?
kenapa nak suh tok penghulu yang buat?
entahler, gitu ler lebih kurang jalan citer
eh! dah macam lahir zaman jepun pulak kisahnya, hihi

ops, 01 Februari juga hari Wilayah
disebabkan aku keje di Sepang yang belum di tukar kepada Wilayah Sepang
so jangan berangan nak cuti
nak jugak cuti, sila apply cuti sendiri

~*~*~*~*~

sebenarnya nak cite yang hari ni adalah hari istimewa aku

Happy Besday yang ke 20+15 To Me
# berapa agaknya baki umur aku?
Ya Allah takutnya bila ingat balik amalan yang tak seberapa

sumber gambar dari blog ibugebu

bila umo dah pertengahan 30an ni, rasanya dah segan nak sambut dengan kek
* penah ke? hahaha*
tapi kalau dapat pulut kuning macam gambar atas tu cam best kot
lalalalala

apapun bersyukurlah seadanya
moga baki umur yang ada tidak dipersiakan
Insha Allah

meh berkenalan sikit dengan si comel Februari
dulu berkenalan dengan anak no 1
sila klik sini jika terlebih rajin

~ FEBRUARI ~

berfikiran abstrak
- emm corak abstrak ke? next question please

sukakan benda yang reality dan abstrak
- psl abstrak lagi? macam yang tadi je
reality? ofkos la suka realiti

inteligent, bijak dan genius
- emm, jap fikir 
# mana topi empat segi aku yang ada bulu jagung tu ye?
ops, lupa. aku tak penah pakai topi tu, haha

berpesonaliti yg mudah berubah
-ofkos, tengah gelak2 tetiba diam sbb sentap, hahaha

mudah menawan org lain
-emm tak pasti, orang lebih tahu kot 

agak pendiam/pemalu dan rendah diri
-pendiam tu tak, pemalu ikut situasi, rendah diri? ada sikit

jujur dan setia pd segalanya
- konsep aku setia pada yang sayang

keras hati untuk mencapai matlamat
- emm ada kala keras, ada kena lembik cam obor-obor 

tidak suka dikongkong
- sapa yang suka di kongkong? cer angkat tangan
tapi kongkong sikit2 tu tandanya sayang
kongkong tak nak, dokong mau, hahaha  

mudah memberontak apabila dikongkong
- harus lah, macam pepatah ada kata
'bagai menarik dalam tepung'
benang jangan putus, tepung jangan berselerak'

suka kegiatan yg lasak
-lasak sangat macam terjun bungee tu xdelah
panjat bukit pun tak jugak, nanti kaki krem
ntahle, tak suka kot
yang ni tak sesuai ngan aku, hahaha 

emosinya mudah terluka dan sgt sensitif
- yang ni 200% aku setuju
hanya orang yang betul2 kenal je tahu
nampak je macam keras kental tapi hati tisu 

mudah mempamirkan marahnya
- yang ni pun betul sangat
dari airmuka pun boleh tahu aku marah@bengang
susah nak sorok, huhu

tidak suka benda yg remeh-temeh
- emm, tengok situasi
kadang2 en abe pun komplen aku suka ambik berat benda remeh
tapi aku memang paling tak suka keje bertangguh
kalau benda boleh setel hari ni, hari ni jugak nak suh setel
taknak pening kepala 

suka berkawan tapi kurang mempamerkannya
- yang ni salah, aku suka berkawan
sesapa pun boleh kawan
tapi sekali aku dah kecik ati, lambat kot nak baik 

- sangat berani dan suka memberontak
- emm berani berani takut agaknya
ada part mmg redah je
ada part .. 'awak jalan dulu lah, saya follow belakang'
hahaha
memberontak? emm .. *mata pandang siling*

bercita-cita tinggi dan suke berangan-angan dan ada harapan utk
merealisasikan impiannya
- cita2 memang tinggi setinggi gunung everest
moga tercapai impian jadi bos untuk bisnes sendiri
sambil jaga anak-anak

pemerhatian yg tajam
- si abam selalu cakap ngan aku
'abam pelik la, macam mana umie tahu apa abam buat'
aku cakap 'umi ada mata kat belakang' hahaha

suka hiburan dan sukan
- hiburan setakat dengar lagu dan tengok tv je kot
takde lah sampai nak gi konsert lagi, zaman itu sudah berlalu
sukan? lompat pakai tali skipping kira sukan ke?
yang tu je sesekali aku buat 

suka benda yg bersifat seni
- dulu2 ye kot, suka melukis
sekarang dah takde masa
kalau lukis orang lidi boleh la

sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran
- aku romantik luar dalam, tapi hanya dengan orang2 tertentu
bukan dgn semua orang
nak tulis pasal romantik kat blog pun segan
jadi survey ni 90% betul  

berkecenderungan pd benda yg tahyul
- emm tak pasti betul ke tidak bab ni
yang pasti kalau orang tanya 
'antara hantu dgn orang jahat, mana lebih takut?'
aku akan jawab 
'aku lebih takut orang jahat dari hantu'

amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros
- rasanya tak boros, tapi penah juga terbeli benda yang tak perlu
tanak ngaku, hahaha 

belajar untuk mempamirkan emosi
bab ni memang kena banyak belajar
aku ni kalau marah@tak suka
nampak jelas di wajah aku
kalau aku mogok, aku rela tak makan, tak bercakap sehari suntuk
tak caya tanya sama itu hud hud 


emm, ada yang betul dan ada yang langsung tak menepati
dah kata ramalan kan, tak semestinya betul
tak gitu?
hehe


HAPPY BESDAY TO ... ME
(^_^)