Friday, August 29, 2014

Mak Datang dan Kebaikkan Bawang Putih

Friday, August 29, 2014 16
Salam Jumaat untuk semua
wah! senyum lebar muka sorang2 ye
maklum lah esok lusa tulat cuti

ada rancangan nak kemana2 ke?
aku ada 2  jemputan kenduri Sabtu & Ahad ni
Sabtu kat Puchong sedara jauh kawenkan anaknya
Ahad di Shah Alam, 2 pupu kawen

Semalam mak datang, naik keta api
taknak naik flight, takut katanya, huhu
Mak datang untuk 2 kenduri tu
# mak tahu, kalau mak tak datang, kitorang tak pegi kenduri tu nanti, huhu

Macam biasa lah bila mak datang
satu kampung kalau boleh nak hangkut bawak untuk anak cucu
sebut je nak apa
petai jeruk? cendawan kukur? semua ada
asam keping tu dah bertahun aku tak beli
ayah buat sendiri, berbalang2 kat umah tu
petai yang dah kopek kulit, satu tipuware aiskrim yang besar tu mak bawak
dah macam poket doraemon beg mak

tapi kali ni ada satu yang lain dari yang biasa
tapi ni bukan aku kirim
tapi jiran sebelah merangkap mak angkat bagi anak2 aku tu yang kirim
hasben akak tu selalu gak macam sakit dada menyucuk
pegi spital, doktor kata takde apa2
ada orang bagi dia rasa bawang putih jeruk ni
sejak makan tu dia rasa lega sikit

tapi kat sini susah nak jumpa
dah merata pasar dia cari tak jumpa
sebab dia tahu aku Kelantanese, yang berjiran dengan Thailand
# dengar citer, bawang jeruk ni datang 'alik sana' ( kami sebut alik sana, bagi Thailand)
akak tu tanyalah kot lah aku penah nampak
of kos la penah nampak
dulu2 kalau kat Kelantan, makan nasi kerabu ada letak ni
tapi sekarang dah jarang jumpa

mintak mak belikan, ingatkan mak akan beli dalam plastik yang ikat2 tu
sekali tu diaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
dengan balang hangkut sekali
ni makan sampai tahun 2015 tak abis kot, hihi


setakat mana kesahihan bawang putih ni sesuai ngan hasben akak tu
tak dapat aku pastikan
sebab i bukan puan doktor
tapi aku gugel terjumpa ni
kebaikkan bawang putih


ada gak orang makan mentah buat ulam
tapi aku tak lalu kot nak telan, huhu

okey, tu je nak share


selamat berhujung minggu ye

(^_^)



Thursday, August 28, 2014

Makan2 Penutup RAYA

Thursday, August 28, 2014 11
Emm, serba salah nak letak tajuk
nak kata Open Raya, syawal dah pun habis
Tapi disebabkan kami memang belum buat majlis Raya
so buat jugaklah ala kadar
orang kata
'better late than never'
gituuuu

sebelum start majlis
BigBoss bagi ucapan sepatah dua kata
dan mendoakan juga utk 'family kami' ex MH370 & MH17
AlFatihah


Antara menunya ialah:



eh! cantiknya agar2 kaler hijau ngan merah tu
sapa lah yang buat ye?
ehem ehem ehem

cantik sangat kan?
up gambar lagi satu kali, hahaha
* sila tahan muntah ye*


buah-buahan tempatan pun ada
belen kuih raya juga jangan di lupa
elakkan pembaziran 

dan ini antara makanan yang aku makan
# kan aku cakap 'antara'
yang lain tak payahlah tunjuk, haha



lepas makan, rasa ngantuk
acaner tuh?


Wednesday, August 27, 2014

Sup Bebola Daging Mabeles

Wednesday, August 27, 2014 10
my lunch today



sup bola-bola api, hihi
# lagu Siti Nordiana n arwah Achik tu kan?
femes jap lagu tu zaman remaja dulu

kalau blog orang lain duk up apa dia orang masak
aku pulak duk post gambar makanan beli kat kafe
emm, hari bekerja bila nak masaknya
balik masak untuk dinner jelah pun

tapi sup tu sedap sangat
bebola daging tu terasa sangat dagingnya
terus teringat masa makan bebola daging kat Bakso Amat, Medan Indonesia dulu
dahlah sup panas, tambah sesudu sambal kicap
perghhhhhhhhhhhh layan

okey, tu je nak share hari ni

daaa

Friday, August 22, 2014

Hari Berkabung MH17, Tak Lupa MH370

Friday, August 22, 2014 9
HARI NI DALAM SEJARAH
22 OGOS 2014




Dalam kesedihan untuk MH17
kita semua tahu yang mereka sudah pasti tiada
yang tinggal cuma kenangan 



dan untuk MH370, teka teki belum terjawab
dan jangan lupa untuk terus mendoakan mereka
# keajaiban boleh berlaku dengan kuasa Allah
hanya Dia yang lebih berkuasa dan mengetahui



Thursday, August 21, 2014

Bincang Majlis Raya

Thursday, August 21, 2014 5
Sebulan puasa di bulan Ramadhan
adakah itu bermakna kita juga kena raya pun selama sebulan?
yelah kot

sana sini majlis raya tapi opis kami belum buat lagi
memang wajib buat ke?
haha

baru je abis bincang majlis raya
plan tarikh minggu depan
aku ni wakil unit je

selain hidangan utama
# tempah katering ler
diorang tanya la sesapa yang nak offer menu sampingan
korang tahu aku offer buat apa?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
nak tahu ke?
betul nih?
jangan nyesal
.
.
.
.
.
.
.
.
aku nak buat ni je

BELEDO SIRAP
@ nama lainnya Agar- Agar
@ juga dipanggil Lengkong

aku gugel gambar agar-agar sirap rose
tahu apa yang aku dapat?
gambar agar2 sirap yang penah aku post dalam entri lama dulu
# baru plan nak pinjam gambar, upenya sendiri punya gambar, huhu  
eh! jangan gelak
korang ingat senang ke?
nampak je senang kan
tapi kalau salah sukatan
agar2 tu jadi keras kejung, baling ke dinding boleh patah balik
kalau terlebih air, baru sentuh dah cair di tangan, belum lagi masuk mulut

betul tak?
# emm nak wat kaler merah ke kaler hijau?
@ buat je dua2 kaler
mesti meriah majlis tu nanti kan?


okey bai


Wednesday, August 20, 2014

22 Ogos 2014, Hari Berkabung MH17

Wednesday, August 20, 2014 14
Today is Wednesday
20 Ogos 2014

Insha Allah
22 Ogos 2014 ( JUMAAT) nanti adalah Hari Berkabung 
dan menjadi antara hari yang akan diingati oleh semua rakyat Malaysia
Hari dimana sebahagian dari 'keluarga MH17' akan dibawa pulang
Semoga urusan di permudahkan dan berjalan lancar


sumber dari SINI
Peraturan Hari Berkabung Malaysia 22 Ogos 2014 MH17
  • Bendera Malaysia dikibarkan separuh tiang di seluruh negara pada hari berkenaan;
  • Semua acara yang berunsur hiburan ditangguhkan pada hari berkenaan;
  • Pakaian hendaklah warna-warna yang suram dan tidak warna terang/garang. Bagi yang berugama Islam dan terlibat secara langsung, mereka digalakkan memakai songkok (tanpa lilitan warna putih)/selendang hitam; dan
  • Pada hari berkenaan juga, rancangan hiburan pada semua saluran radio dan televisyen hendaklah ditangguhkan dan diganti dengan bacaan Al-Quran dan program berunsur keagamaan.

sudut memori di salah satu tempat di KLIA
# setiap pagi lalu sini, mesti rasa sebak

semoga ahli keluarga mereka tabah menerima 'kepulangan' ini
(-_-)


Monday, August 18, 2014

Hujung Minggu Kami

Monday, August 18, 2014 13
Sabtu melepek seharian
Keluar rumah sidai kain dan buang sampah je
Hujan dari awal pagi, syok je tido

Ahad ada 3 jemputan Open House
1 Nilai & 2 Putrajaya

Tapi kami pegi 1 je (Blogger di Putrajaya)
cam biasa, CV yang bawakkan kami kesana
Semalam (17/8) besday dia
dah janji tu ari nak masakkan Mandy Kambing untuk dia
tapi dah nak gi open house, tak jadilah
kita tunggu Ma datang next week lah kot baru masak kot
Makan ramai2 baru best


Meh cuci mata gambar raya anak-anak
#nak ambik menu raya umah blogger tu segan
tapi nasi apa tah namanya , cam nasi arab pun ada, sedap sangat
sate pun sedap, lembut je
TQ KAK, kerana jemput kami (harap dia baca)
tahu tak, kami sempat lagi buat foto session kat belakang umah akak
ni ler hasilnya



dan untuk Tat Bunga Inti Mewah ni
TQ pada Sis Erna sebab susah payah bawakkan dari Seremban ke Putrajaya
kalau dah rezki, tak kemana



masuk keta, terus ngap sorang satu
eh silap, setengah bekas kot dah makan dalam keta je
haha

dan ini paling gempak
#member share kat wsap grup

first time aku tengok orang buat laksam warna warni gini
memang cantik, tapi comel sangat, rasa sayang nak makan

korang raya kemana cuti hujung minggu yang lepas?
mesti sakan beraya kan?

Makan tu makan jugak
posa dah ganti belum?
ganti awal2 lagi bagus, sebab umur kita tak tentu lagi esok
wah! pesanan tak agak2 tu
kui kui kui


(^_^)


Friday, August 15, 2014

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

Friday, August 15, 2014 10
eh! tajuk macam skema sangat kan?

SALAM JUMAAT untuk semua

okey, ni pun citer minggu lepas
korang nampak tak?
betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya
banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu

minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah
macam2 barang ada
sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal
lagi murah, lagi bagus
tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah
hahaha

semua pakat berebut beli
antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni
tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat
kengkawan yang beli kata
'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni'

so aku beli lah 5 set
nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi
tungguuuuu

yang ni antara yang masih berkilat sikit
ada 1 set tu takde sapa nak ambik
ko tolak kat aku, aku tolak kat ko
last2 aku je lah yang ambik  

aku ambik sebab nak try cuci cara bajet
kalau tak menjadi pun takdelah ralat sangat sebab murah je
aku google kat internet cara mudah cuci barangan perak
ada satu blog tu kata, rebus dengan air garam dan kacau sampai berkilat
dan ada sorang pengomen share, dia cuci guna ubat gigi je

balik umah aku try cara pertama
agaknya lama sangat kacau dalam periuk dengan air garam
ada batu yang tanggal, huhu

dan ini hasil cara pertama
rebus dengan air garam

nampak tak ada batu yang tercabut, agaknya kacau kuat sangat
sayang tau, cari balik dah tak jumpa

dan ini hasil cara yang kedua
berus dengan ubat gigi



berkilat kan?
#sila angguk laju2, tanda setuju

dan hasilnya ialah
3 SET aku jual dengan harga sangat berbaloi
# masa tu nyesal lak aku tak borong banyak, ramai rupanya yang berminat
1 SET bagi adik aku (sistem barter katanya)
1 SET untuk diri sendiri

belum mampu beli Pandora, yang ni pun jadilah ye

tapi cam biasa lah, orang cam aku yang tak pandai pakai perhiasan ni
asiklah lupa nak pakai
mau tidak, kuar gi keje asik kelam kabut je, lupa semua benda, huhu
penting bagi aku ialah beg duit, pas pekerja dan handphone
jam pun dah lama tak pakai

so korang yang ada perhiasan silver yang dah kusam dan kurang berseri
boleh cuba cara diatas
kalau malas, beli jelah cecair pencuci silver tu
tak mahal kot


okey, daaaaaa
selamat ber 'open house' di hari minggu ye

(^_^)


Thursday, August 14, 2014

Mata Ke Dua

Thursday, August 14, 2014 11
Minggu lepas, sedang baring2 dalam bilik
masuk si abam sambil sengeh2
apa yang kelakar aku pun tak tahu
'umie, spek umie patah, kakak terduduk'
diorang ni memang berebut jadi kaki mengadu
kakak buat hal, abam ngadu
abam buat benda pelik, kakak tukang report

WHAT 
# terus speaking omputeh, terkejut punya pasal

nak marah pun tak guna
pelik tak macam mana spek duk atas sofa?
sebenarnya petang tu berebut spek ngan kenit 
dia nak terai spek aku, so aku sorok atas birai sofa
terus lupa nak simpan dalam peti besi, huhu

Aku pesen rabun jauh
# lebih pada silau kot
baca novel tak payah pakai spek
tp kalau tengok citer korea, kena pakai utk baca sarikata
power kiri 150
kanan 170


Spek aku bajet murah2 je, janji boleh nampak benda depan mata
takdelah nanti orang kata aku sombong bila orang senyum aku buat donno
yang patah tu rm161 (promo bingkai RM1)
yang baru lagi murah giler, rm98 je  
konon nak repair bingkai je
beli baru membazir, aku kan sayang $$
tapi bingkai plastik tu pun kedai charge rm130
ish, mahal sangat tu dik
akak bajet RM50 je, haha

nampak rak promotion, buat spek baru harganya RM98 je
terus proceed buat yang baru
nanti free nak gi balik kedai buat spek yang patah tu
tengah cari resit lama, mana tahu masih dalam warranty
mana tah aku campak resit tu agaknya
ntah ntah dah selamat masuk tong sampah

sapa yang baca blog ni budak kacamata cam aku?
sejak bila pakai spek?
aku start pakai tahun 2006, lepas bersalinkan si abam
ni lah kot agaknya yang orang 
'beranak banyak urat putus, anak lelaki lagi banyak urat putus'

Pesanan Untuk Abam
'dah besar nanti beli spek mahal kat umie tau, bingkai tu pastikan yang ada jenama'
Boleh gitu?

(^_^) 

Kedai Dah Buka, Jemput Masuk

Thursday, August 14, 2014 8
yuhuuuuuuuuuuu
ni apdet seringkas mungkin
kedai HajarCloset dah bukak
jemput cuci mata apa yang berkenan

Nasi Arab Al Bayt dah pun re stock
Semua 4 jenis rempah ada
* mandy kambing
* mandy ayam
* kabsah ayam
* maqluba ayam

Dalam kotak disediakan beras dan rempah
rempah cukup untuk masak nasi dan perap ayam/kambing 

RM15/sekotak
poslaju 1 kotak RM6
2 kotak rm10

Sabtu Ahad ni kalau ada tamu nak datang beraya , sempat lagi order
Pengeposan setiap hari kecuali Sabtu Ahad ye
*make sure payment sebelum jam 1 pm, pos hari yang sama*






Halfmoon Chiffon Plain ni nak clear stock
Harga sangat berbaloi + free gift lagi
mana nak dapat kat tempat lain 


Taknak citer banyak, berminat whatapps laju2 ye
016-6116459

daaaaaaa

Wednesday, August 13, 2014

Raya Kami: BBQ dan Ogos Besday Girls

Wednesday, August 13, 2014 4
Eh! ada lagilah citer raya # bajet cam ada lagi yang nak tahu kisah raya kami.

Aku dah lupa kisah hari raya keberapa, kami ada buat BBQ anak beranak. Masa tengah perap ayam, baru teringat ada 3 orang yang besday nya bulan Ogos. terus laju2 cari kek untuk melengkapkan majlis kecik kami. Orang2nya ialah myprinces Kakak Aina, mylovely adik CV dan anak buah, IrisQistina

Menu bbq malam itu ialah ayam sotong udang itik kerbau, m layan sekeping dua gambar di hari kejadian

kek untuk besday girl ber3
konsep jimat cermat katanya
1 kek, 3 nama
Princess Iris Qistina Aina 9/8
Princess Aina 11/8
Mak Buah Princess 17/8


kazen2 tengah membakar ayam

adik2 lelakiku juga menyumbang tenaga

Puan Besar takyah buat keje sangat, cukuplah jadi penyambut tetamu je, haha
# muntah adik2 aku baca nih
( bergambar bersama the only makcik (adikmak), belakang tu my lovely nenek yang kupanggil 'mok') 

watammat kisah raya
# fuh, lap peluh menitik, penatnya mengarang karangan 150patah perkataan
# CikViva, sila tebus hadiah besday anda ye 
(percutian bermalam dirumah 'kita' dan hidangan Nasi Arab Mandy Kambing) 



Tuesday, August 12, 2014

Raya Kami: Kedai RM2, Ziarah Pusara, Lawat Pakcik Makcik

Tuesday, August 12, 2014 16
HAI KORANG... Sihat ke?

Last aku apdet blog 5 Ogos, makanya dah 7 hari*seminggu* tak apdet blog.
Kejadian yang jarang berlaku nih?#sampai ada yg wsap tanya nape tak apdet blog? 
Selalu hari2 apdet, walaupun entri langsung tak berilmiah, huhu
Ada yang rindu ke? kikiki

Sebenarnya aku sangat M.A.L.A.S, ye itulah alasan sebenar
#hari2 nak apdet, taip satu perenggan .. stop, kering idea
S.I.B.U.K tu salah satu alasannya.

Emm, nak sambung citer raya lagi ke? cam dah basi tahap nak masuk tong sampah dah ni. Tapi kang tak tulis nampak cam tergantung lak citer raya kami tu.Sambung sikit jelah ye*jap ye, nak perah otak untuk ingat balik, huhu*

Aku duk kampung dari Ahad (sehari sebelum raya sampai Sabtu, raya ke6), so memang banyaklah benda yang aku buat dan juga benda yang aku makan, huhu.

Antara perkara yang aku buat ialah:

MEMBELI BELAH DI KEDAI RM2

Senang citer, kalau balik kampung je rasa semua barang sangatlah murah. Spentot anak2 pun beli borong kat pekan dikampung sebab rasa macam murah sangat. Balik kampung raya tu, ada pasaraya RM2 baru bukak, apalagi... penuhlah semua pakat memborong kat situ. Padahal kat sini pun ada kedai RM2, tapi tak pegi.

Balik kampung je rasa cam best beli barang kat kedai RM2. Segala mak nenek hanger, timba semua nak borong situ, macamlah ko balik kampung naik lori 1 tan, huhu. Anak2 pun enjoy sakan sebab umi layan je beli barang menan RM2, diorang pun pelik sebab selalunya mesti umie akan kata 'tak payah, mahal' bila tangan kecil capai barang menan made in china, yang konsepnya sekali pakai jahanam masuk tong sampah. Grrrrrrrrrrr
sopim menan pakai duit raya diorang
rm10 dapat 5 jenis barang
sekali setahun umie layan, haha 
ZIARAH PUSARA YANG TERSAYANG

Bagi aku, doa tak kira dimana2 tapi bila time raya nak jugak ziarah pusara mereka yang disayangi. Itu rumah mereka sekarang, kita pun akan menyusul cuma tarikh dan bagaimana kita pergi, itu rahsia Allah. Ada 2 pusara yang sangat terkesan dalam hidup aku (arwah tok (belah mak) dan Poksu (adik mak). Lagipun pusara diorang dekat2, nak ziarah boleh pegi sekali harung. Ajak anak2 sekali, nanti harap diorang tak lupa ziarah dan sedekahkan AlFatihah buat umie bila dah takde nanti #eh!sedih lak rasa bila membayangkan saat itu

LAWAT PAKCIK DAN MAKCIK

lepas ziarah pusara, lawat pakcik makcik pulak, sambil menghabiskan belen kuih raya diorang. Masa ni lah nak kenal sedara mara, balik kampung setahun sekali. Dah balik ke umah sendiri, buat hal sendiri. Pegi keje, balik keje jelah.

bila balik kampung sekali sekala ni, telinga kasi tebal sikit. Ayat biasa dengar 'eh, sihat sangat sekarang ye' (dalam bahasa mudahnya 'gemuknya ko sekarang'). Emm, kenyataan .. terima jelah

Lagi apa ye?

Okey apa yang aku makan.

Macam2 aku makan. Raya kali ni serentak dengan musim buah. Apalagi, besen rambutan dan manggis memang antara juadah raya. Durian pun ada, makan lah sampai puas. Ayah pulak kutip petai dari kebun, mak buat sambal petai ngadap itu dari pagi sampai malam. Petai semata2, bukan ada ikan bilis pun. Kat sini nak beli petai pikir 16kali, seikat 3 keping RM5. mahal kot bagi aku sebab ayah jual 5 keping=RM2, hihi.

Aku dan anak2 balik sini hari Sabtu, tumpang cousin yang keje nurse kat Serdang tu. Gerak jam 10.30 pagi, syok je membuta kat belakang sebab diorang 2 beradik gilir drive. Selamat sampai umah Mil (Cheras) jam 4.30 petang. Alhamdulillah, 6 jam perjalanan tanpa jem, tanpa singgah toilet pun. Ahaks

Okey, tu je cite raya kami...

Tuesday, August 5, 2014

Raya Kami: 1 Syawal Pun Tiba

Tuesday, August 05, 2014 28
Sambungan entri semalam

1 SYAWAL 1435 (28 JULY 2014)

Jam 6.00 pagi aku dah bangun, niat nak buat nasi arab Al Bayt sempena menu pagi syawal. Semudah ABC, tak kejutkan sesiapa pun untuk tolong masak.. sorang2 je aku kat dapur, tak sampai sejam dah siap masak Nasi Arab Ayam Mandy.

Nak tengok?

NAK ORDER KLIK SINI
# iklan di blog sendiri dibenarkan, hihi 
Dah siap masak, kejut anak2 dan ajak mandi sunat Aidilfitri. Walaupun anak2 dah besar tapi bila hari raya, tetap aku mandikan. Pastu pakai lawa2, ngadap meja makan. #bila time mengadap meja makan di pagi raya, aku rindu kat Mil, sebab kalau pagi raya Mil suka masak sampai penuh meja. Tahun ni tak merasa kuah kacang dan rendang air tangan Mil, huhu.

Sebelum ke masjid untuk Solat Aidilfitri, meh kita berfotoan barang sekeping dua sebagai kenangan hari tua, hihi.

For info, family aku ni cukup susah nak foto ramai2 macam orang lain #kadang sampai sentap pun ada. Sebab tu kadang2 ada rasa jeles tengok foto raya korang kat blog, macam2 pesen. Kami nak sekeping foto sempurna pun susah nak bagi kerjasama. Ada je yang main nyorok2, huhu.

selepas berhempas pulas, dapatlah kami bergambar 6 beradik lengkap, wpun ada yang muka tak ready. Lantak, janji aku ready, kui kui kui. Pastu gambar mak ayah bersama anak2 dan cucu2nya.

Balik solat aidilfitri, singgah beberapa rumah jiran. Bagi anak2 merasa raya. Pastu balik umah, tunggu tamu datang beraya. Raya pertama ramai sedara mara datang rumah kami, maklumlah nenek ada umah aku, so ramai lah datang nak jumpa nenek (antara warga tua yang masih hidup di kampung kami).

Petangnya, takde xtvt. Layan tv, anak2 main dengan sepupu2nya. Aku cam biasa lah, xtvt ulang alik ke meja makan sambil layan whatapps, huhu#sebenarnya aku dah lupa apa yang aku buat, sebab banyak hari jugak duk kampung.

Indahnya raya, katanya.... 

Monday, August 4, 2014

Raya Kami: Plan Bertukar Di Saat Akhir

Monday, August 04, 2014 10
Okey, jom kita berstori-mori pasal raya. Memandangkan aku dah tak tulis diary lagi (setiap tahun aku menulis diary berbentuk buku, setakat ni dah ada 14 buah diary sejak kahwin), ntahlah .. takde mood nak tulis, dekat sebulan diary kosong tak tulis apa2, jenuh perah otak nak ingat balik apa xtvt yang lepas, so aku ambil keputusan untuk stop tulis diary, tapi dah jadi rutin untuk catat apa yg aku buat setiap hari, maka aku akan tulis peristiwa penting di blog kesayangan hamba ini...

Raya kali ini, aku dah bincang ngan en abe nak raya bersama Mil di Cheras. Sebab 2 tahun berturut raya kat kampung aku masa kakak duduk di kampung. Tapi pengasuh bercuti seminggu, jadi takkan nak lepak umah je seminggu, so tambah plan sikit untuk raya semua tempat (di Cheras & di Kelantan jugak) #tangan kanan belek wallet, tangan kiri korek tabung ayam, sambil otak ligat kira bajet, huhu

25 July (Jumaat)
lastday keje, balik umah kemas apa yang patut, tunggu anak2 balik sekolah, terus gerak balik Cheras. Patutnya petang Sabtu, aku dan anak2 ikut mil n fil balik kampung fil di Lenggong, Perak. Cik Abe kena keje di hari raya. Tapi perancangan bertukar, aku tak jadi balik sebabnya, raya ke3 nak balik Klate, mesti rush balik sini hari raya ke2. Macam ganggu raya orang pulak kena balik sini awal.

Bincang2 akhirnya aku dan anak2 tak jadi ikut balik Perak, lepas berbuka petang Sabtu, balik semula ke rumah kami.

Sebelum tu, sempat berbuka bersama mil n fil, aku merajinkan diri masak nasi arab Al Bayt (Mandy Kambing) buat kali pertama, Alhamdulillah mendapat pujian dari Fil #kembang hidung takleh nak kata apa dah, siap rekues mintak buat lagi bila balik beraya nanti, alamak! nebes i

sila abaikan kualiti gambar yang tak seberapa, tapi percayalah yang rasanya adalah THORBAEKKK
nak order silakan # sempat lagi promote tuh SINI 
26 July (Sabtu)
Pepagi subuh #subuh lah sangat, bangun pun dah jam 6.30 pagi, gara2 tido balik lepas sahur. Macam tak cukup oksigen aku melompat dari katil, kejut dan siapkan anak2 dan sepantas cahaya kami bertolak ke airport. Sib baik beg dah siap packing. Alhamdulillah, rezki kami anak beranak dapat jugak ambik first flight KUL-KBR jam 7.50 pagi.

dapat seat betul2 dekat dapur, hihi
# macam mimpi dapat flight sehari sebelum raya, agaknya ramai orang balik kampung naik keta kot

si perantau dalam perjalanan pulang ke kampung halaman

dalam bas ontheway balik kampung

Pung pang pung pang, sampailah kami ke kampung halaman desa nan tercinta. Anak2 happy tercapai impian nak raya di kampung. Apa yang best kat kampung pun aku tak tahu, nak kata ada sungai ke, takde pun.

MALAM RAYA DI KAMPUNG

Ayah dan Ma boleh senyum sampai telinga bila tengok semua 6 orang anak diorang ada depan mata bersama 7 orang cucu dan 1 menantu (adik ipar), cuma en abe je tiada untuk melengkapkan korum kami malam tu.

menu berbuka last day
# pinjam gambar kat blog CikViva
Dapatlah sekali berbuka bersama family, 'mok' (nenek kesayangan) pun join majlis kecil kami. Anak2 seronok main bunga api (semestinya dipantau oleh umie yang garang, hahaha).

# gambar main bunga api takde, bahaya untuk tontonan awam, kikikiki

Jom nyanyi 'YE YE, ESOK HARI RAYA, DAM DAM DUM, BUNYI MERCUN lalalala (lupa lirik)'

~ bersambung part raya esoknya

Raya Kami

Monday, August 04, 2014 11
Salam Syawal ke 8..
Hari pertama kembali ke meja opis selepas seminggu bercutian
(+ sabtu ahad, genap 9 hari bercuti)

Amacam raya korang?

a-Happy?
b-Not Happy?
c-Okey la?
d-semua di atas

Alhamdulillah, Syawal kami anak beranak berjalan lancar
*walaupun setiap saat tak lupa untuk family kami dalam tragedi exMH370 & exMH17*

tahun ni kami beraya di kampung aku, Klate
eh! bukan tiap2 tahun raya kampung aku ke? huhu

Raya kami
# tak cukup korum ( 2 menantu takde)

nantilah free kita citer pasal raya ye
daaaaaaa