alamak, dah jam 4.30 petang ke?
aduhai, cepatnya masa berlalu
tadi singgah blog kawan yang duk Somban
baca entri dia yang bertajuk
gelak sambil nanges baca entri Tijah
adoila, lawak makan dalam di petang Rabu namanya
Okey, dah mintak izin dgn empunya tulisan
konon nak wat ulasan, kui kui kui
kakak sekolah sesi petang
abam sekolah sesi pagi
kakak dihantar ke rumah pengasuh sebelum aku gi keje
so dia akan kesekolah dengan perut kenyang
sebab dah lunch sebelum ke sekolah
tapi dia jugak bawak bekal air dan roti 70sen tu 2 ketul
bagi jugak duit rm2
abam sekolah pagi, turun dari rumah
kadang sempat wat sarapan
(selalunya roti celup telur@nasi goreng)
kadang makan roti je
tapi sekarang dia komplen
tak nak makan nasi goreng
sebab nanti sampai sekolah sakit perut (why sayang?)
tapi dia akan makan roti
duit poket rm4 (hari ada kelas agama)
rm3 kalau takde sekolah agama
rasanya kalau di tanya semua ibu2
diorang teringin nak buat 'bento' untuk bekal anak ke sekolah
tapi ramai yang tak mampu (sila senaraikan alasan)
macam aku, awal dah ngaku tak mampu nak bangun awal
okey, aku ngaku bangun pagi jam 6.00 pagi
sangat kagum kalau ibu2 bangun jam 5.00 pagi
awal sangat bagi aku bangun jam 5 pagi tu
lagi awal dari lalat kot, hahaha
lepas ni aku cuba buat 'bento' versi aku la kan
mana nak cari acuan tekap bento yang comel2 tu ye?
![]() |
dari sini |
gila rambang mata tengok jenis2 bento
korang gugel je 'bento'
bersepah gambar bento yang sangat comel
mana tahu tengok bento comel, lepas ni rajin buat bekal untuk anak2
(^_^)
32 comments:
teringin nak buat bento... tapi samalah... bangun kul 6...hheee
Anak K.Sham yg sulong mmg x suka bawak bekal.. alasan.. meja kotor sbb budak Arab suka dok ATAS meja.
Yg no-2.. tak suka bawak bekal sbb dia lagi suka pi kantin ngan kwn2.
Yg no-3.. pun tak suka bawak bekal sbb budak Arab suka sgt share bekal dia.. at last dia tak makan.. hence dia prefer pi kantin jer..
So.. Ibu tak yah buat bekal.. masak nasik & lauk utk Cik Asben bawak bekal pi opis je la.
(merangkap lunch kami la tu)
hahahahaa. adoi la.
ni kira mcm dlm mahkamah la ni ek?
sebab dah buat pengakuan maka hukuman diringankan.
ok ok esok cer bangun 5.50 amacam diskaun?
aku kejutkan eh?
kihkih
Bagi saya sebab mak rajin dan sebab penjimat juga. Bagus apa bawak bekal.
Anak2 makchaq selalu bawak bekal sebab malas nak beratur beli makanan, bawak bekal boleh terus makan..nafisah kadang2 buat bento sebab dia susah makan.. Kalau buat bentuk2 bento tu semangat la sikit... Acuan & bekas bento beli kat daiso
Saya bawakan Sofea bekal masa awal2 masuk darjah satu je...Pastu pregnant, tak larat...
Sayang nak bangun awal sebab rasa tak cukup masa je tidur. Semua benda rasa- terkejar-kejar...=(
Akak sampai la ni suka buat bento untuk diri sendiri walaupun dah tahap makcik..kehkehkeh
cutenya bento. mesti bangga anak ni kalo bawak bekal bento p sekolah. hehe
Dira mmg suke buat bento untuk anak..tp anak pula picky eater..pernah dira buat bento hello kitty, dia tengok kitty tu pastu ketawa dan tutup muka..malu agaknya..sudahnya tak nk mkn..hihihi..takpelah kak irfa, tak perlu lah leceh2 buat bento sbb org bekerja mana smpt..
salam irfa.. rasa kat msia ibu2 bekerja mmg tadek masa nk buat bekal kan.. hehe
hehehe
mmg boleh panjang senarai alasan hahaha
tp kalau tak dipecahkan ruyung, mana nak dpt sagunya kan, bangun jam 5 pg mmg terasa hidup lebih berkat. Banyak benda boleh dilakukan time tu heheh
anak2 akak mmg bwk bekal hari2, bwk extra sbb ada kawan nak share. Kwn dia ckp, mak dio pomaleh (dosa ek? tp sesekali kena dengar keluhan anak2 tu, sedih jugak bila anak mengharap tp mak takleh diharap) hehehe
kdg mak rajin, anak pulak yg maleh nak menjinjing bento hohoho...mcm2 hal dalam dunia ni...
apapun ikut selesa la....pilih mana yg mudah jer, ya tak?
Anak Zana memang hari-hari bawa bekal siap dengan omaknya sekali........ kalau terlajak bangun tu jawabnya tak adalah bekalan untuk dia orang...... selalu bangun pukul 5 pagi untuk siapkan sarapan dia orang..........
tak payah bento ngat kot... janji bwk bekal...
anak akak ikut mood ... tapi selalu akak tanyaler nak bawak bekal apa ...
baca blog lieya latif harini tunjuk bekal anak dia dan dia kata bulan lepas kot anak dia belanja 3-4 hengetjer..
jimat sesangatkan.... kalau nak jimat ada caranyakan...
saya memang tiap pagi bangkit seawal 5 pagi, kengkadang tu kalau byk benda nak buat kol 4:30 dah bangun. Gigih lah si ibu di dapur menyiapkan bekalan anak2. Tapi syiok jgk kengkadang tu kalau masak byk dapat lah saya pun bawak bekal sekali... tapi kalau hari2 bawak bekal rasa jemu pulak.. tetap nak gak membeli kat kafe.
wakaka... aku err... aqil mmg tak bawak bekal sbb kat sekolah sediakan makanan..tapi hari jumaat aku sedaya upaya bangun nak sediakan bekal dia.. tapi kadang aku buat kuih malam2 je..hehe..aku pemalas gak..
bukan ank je yg teruja mak2 sekali teruja nk makan bento ;p
Sekolah anak saya ada makan free? Free ke... bulan2 bayar 100++.
Pepagi je la buat bekfast roti canai instant hehe..
Nong andy
Anak akak tak suka bawa bekal juga, sebab dia rasa tak macho nak usung tupperware ke hulu ke hilir. Melainkan kalau waktu rehat atau lunch, mamanya ni dah tunggu kat kantin sekolah dengan nasi dan lauk pauk...hehehehehe.
mesti "kite" nak bawak bekal g umah maklong tapi nak makanan bentuk princes kaler pink pasni...hahhahaha
Salam Irfa,
Azwa cuma sempat sediakan breakfast jer, itupun kalau sempat. bangun jam 5.30, terus iron baju (kalau belum iron malam sebelumnya) baru gi turun sediakan sarapan ..selalu bawa bekal utk diri sendiri jer, anak2 dgn cik abe jarang nak bawa bekal huhuhu
comei..syg nk makan..tapi bagi budak2 mmg menarik tu
memey chomeyy bento tuuu.,ehhHEee
salam irfa...
memang comel-comel...sayang plak nak makan...
alasan wife aku, kalau semua org bawak bekal kesian makcik kantin...tak laku hehehe
kena bangkit pukul 4am la nak siapkan bento...hahaha
Femes ames betui bento skang nih.
4tahun lg apa menda nama lah pulok eheh.
Biasa bekas bento byk dijual di Mr DIY dan Daiso. Tak mahal pun. Rambang mata tau.............bukan takat nasi, buat sandwich pon ada hiasan bear, star, love. waima telur rebus pon blh buat macam-macam bentuk. nangis....better siap2 prep mlm kalau nak suh anak bw bekal.
akak bangun awal pukul 5 kadang tu kalau time baju untuk esok tak bergosok lagi, biasanya tengah minggu hari persekolahan hehe, sbb baju yang bergosok masa weekend, dah habis pakai...ekekek. Biasa mmg sediakan bekal ringkas untuk mereka, duit bekalkan 1.50 je seorang untuk sek pagi, sek agama, seringgit sorang. Air mmg bawa. Penat juga hari2 fikir apa nak bekalkan untuk mereka irfa.
anak aku bawa bekal air je irfa...sebab sebelum ni selalu gak bagi bekal kat nurin pastu tengok asik tak berusik je kuasa maks noks...
Teringin nak buat bento utk anak. Yang hitam2 tu apa benda ya..
Norhanita..
ntahlah, google je nih
bukan sndiri punya
hitam tu mgkin rumpai laut @ buah zaitun ;)
salam kenal.. sukanya tgk u designkan bento utk anak2.. comell..
Post a Comment