Tuesday, April 30, 2013

Apakah Gwiyomi?

Tuesday, April 30, 2013 14
Sejak handphone rosak,aku dah tak bukak fb dan ketinggalan banyak perkara (sampai ke hari ni aku tak de masa nak pegi kedai repair handphone itu) jadinya bila adik2 duk ber 'we chat' dan bercerita pasal Gwiyomi apa ke bendanya itu..aku macam blur-blur gitu..rasa macam duk planet asing 'eh!diorang ni citer pasal apa?'

setelah ku gugel2 dapatlah aku tahu dan tengok video Gwiyomi yang katanya jadi fenomena sekarang.Apa maksud Gwiyomi?jumpa kat sini maksud dan mana datangnya mende alah tu..

Gwiyomi=Comel/Cute
Sebutan asalnya Kiyomi dan berasal dari Korea
Lagu asal dinyanyikan oleh penyanyi Korea bernama Hari dan pergerakan jari dicipta oleh Jung Ilhoon ahli bandboy Korea BtoB...(itu yang aku jumpa dalam gugel..kalau salah,minta maaf)

Tapi bila ku belek2 dalam banyak2 video Gwiyomi tu..memang ada yang comel sangat contohnya macam video Wawa Zainal dan juga Nora Danish (cth je..banyak lagi artis lain)


dan paling comel ialah yang ini


aku rasa mende Gwiyomi ni comel untuk budak je kot
sebab ada video yang buat aku rasa nak muntah
malas nak tunjuk sini
korang gugel la sendiri

dan

# ESOK DI ISTIHARKAN CUTI ISTIREHAT
01 MEI 2013
  ~SELAMAT HARI PEKERJA~
UNTUK SEMUA

(^_~)

Sketsa Di Sebuah Restoren

Tuesday, April 30, 2013 6
Sketsa Di Sebuah Restoren
Semalam..balik keje member singgah ambik anak2 dia di nursery..rupanya anak kecik dia (dah darjah5) demam panas..so kami ke klinik sebelum balik ke rumah..aku tumpang dia,so aku pun ikutlah sekali.Takde masalah bagi aku sebab masih awal waktu tu..baru kul 6.00 petang.Sementara member tunggu giliran,aku menemankan anak sulung member makan kat restoren sebelah.

Depan meja kami,ada seorang ibu muda tengah melayan anak2nya makan..riuh dengan suara dia dan anak-anaknya.3 orang anaknya semua lelaki..umur anak2 pun macam rapat je,mungkin beza setahun dua je antara mereka.

Si abang..badan 'sihat' tengah makan bihun..yang sorang lagi pun tengah makan juga..suap sendiri.si ibu suap adiknya makan..sambil suap mulut sendiri.Aku ni sejak jadi mak-mak ni suka sangat tengok gelagat budak-budak.Nak pulak kalau budak comel,kulit putih dan gebu..mesti aku pandang 2kali.Dulu..masa zaman remaja,aku tak suka budak sangat (adik sendiri pun ada 5 orang).

Dengar si abang menjerit 'letak balik..abang kata letak balik.abang kedekut tahu tak..letak balik sini' rupa-rupanya si abang marah sebab si ibu ambik sikit bihun dia letak dlm pinggan adiknya.Agaknya dia risau makanan dia habis tu pasal dia cakap 'abang kedekut'..comel sangat pemilihan ayat tu.

Aku pandang muka ibunya yang malu-malu.Dia senyum,aku pun senyumlah.Alahai anak..kadang2 ayat yang keluar dari mulutnya adalah tak dijangka.Mesti mak dia malu tapi mana boleh tutup mulut yang sedang petah berkata-kata tu.

Tak lama kendian..member dan anaknya yang demam join..tengah order makan.Datanglah anak meja sebelah tu..yang no 2.dia tanya 'auntie...dia kenapa?' tunjuk kat anak kawan yang terlentok kat meja sebab demam.Aku jawab 'dia demam..dah abis makan?' dia menjawab 'kita dah abis makan.kita ada kereta baru,itu keta baru kita..mahal' sambil jari comel tunjuk keta di luar restoren..kami gelak dan mak dia pandang sambil cakap 'adoi abang oi..malu la.meh la sini.jangan kacau orang'

Aku bertegur sapa dengan mak dia 'senang la ye..semua dah siap makan..balik rumah dah boleh rehat' dijawab oleh si ibu 'memang pun.tak larat sangat balik dah penat.ayahnya pulak keje'..aku nengok pun dah penat..3 anak lelaki yang sedang membesar paham2 jelah.Rupanya anak dia yang besar tu kembar.aku ingatkan beza setahun sorang..rupanya kembar yang baru berumur 5 tahun,si adik baru 2 tahun.

Terus teringat sorang kenalan yang anak2nya semua lelaki.Masa anak2 kecik,dia malu nak ajak orang datang rumah sebab rumahnya tak macam rumah orang lain.Kerusi kena letak atas meja atas meja makan kalau tidak memang ada yang jatuh sebab memanjat.Frame gambar pun pernah dikait oleh anak2nya dengan penyapu.hehe

Tapi orang kata 'anak2 aktif ni bila besar cerdik budaknya'.. semua kenangan 'nakal'nya semasa kecil mesti akan jadi bahan cerita ibubapa dan sedara mara bila mereka besar nanti.Kenangan aku dan pokok koko jadi bahan gelak kalau berkumpul dengan sedara mara di Pahang..malu betul aku kalau diorang buka cerita silam itu.Aku penah cerita kat blog tapi lupa entri yang mana...

Apa kenangan nakal korang yang membuat korang malu/senyum sendiri..tak malu sila kongsi cerita ;)

Monday, April 29, 2013

PM (Private Message) dan Postage

Monday, April 29, 2013 13
# sejak minggu lepas,aku sibuk menziarah blog2 jual barang online.Kain baju,kain ela,telekong,baju budak,kerepek,segala jamu mak nenek pun ada dan macam2 produk lagi.Pendek kata macam iklan Astro 'macam2 ada' hahaha.Dan aku masih masih berfikir2 tentang satu perancangan yang masih  berlegar-legar dalam otak.hehe

Dalam dunia 'segalanya dihujung jari' dan 'dunia tanpa sempadan' ini..tak payah start engin keta dan susah-susah cari parking..kita masih boleh membeli belah.Janji kita ada duit dalam akaun @ kad hutang.hehe

Aku pernah melawak ngan sorang akak opis sebab dia pantang nampak sesiapa meniaga kat opis,mesti dia beli sebabnya dia jenis cepat kesian...katanya 'dah memang rezki dia hari ni'.Kalau aku jual barang pun,dia antara orang yang wajib beli..hehe.Ada sekali tu orang jual bawang goreng ..aku cakap ngan dia 'kak..agak2 kalau saya jual ikan bilis dan bawang putih yang dah siap kopek kulit ..ada tak orang beli?'...dan ada juga yang beli tudung/baju/kain ela dengan kengkawan opis tapi curi-curi bawak balik rumah..tak boleh bawak balik sekali gus,minggu ni bawak balik selai baju.minggu depan bawak balik selai tudung sebab taknak en suami bising.kelakar kan?padahal duit sendiri tu..think positif,si suami tak suka si isteri membazir.hehe

Okey..satu trend orang berniaga online (fb la selalunya) diorang akan tayang gambar dan bawah tu tulis 'HARGA SILA PM'..kenapa kena PM?kan senang kalau letak je harga kat gambar tu...senang nak buat kira-kira.Tapi ada orang kata Pm(PrivateMessage) tu sebagai strategi pemasaran.Yelah,bila dah saling berbalas message tu nanti jadi lebih mesra..mana tahu dapat rega lagi murah.hehe

Satu hal lagi tentang POSTAGE aka KOS POS..selalu ditulis 'harga tidak termasuk kos pos' itu pun aku kurang suka..padahal sama je..rega barang bila dah campur kos pos sama je.

Sebabnya kalau aku tengok barang online contohnya tudung RM40 (tidak termasuk postage) dan bila campur postage RM7 ..dah jadi RM47..tetiba aku rasa mahal.Apa kata kalau letak je siap2 harga termasuk postage (RM47 termasuk postage) aku dah nampak je RM47 aku dah boleh rasa mahal ke murah.Korang paham tak maksud aku?

Setelah di kaji balik,kos pos boleh di potong bagi pembeli yang duduk dekat dengan tempat tuanpunya kedai online,dia tak payah bayar kos pos,nanti set la nak jumpa kat mana-mana...depan simpang ke,tangga lrt ke...untuk pass barang.Jimat juga di situ.Tapi kalau tuan kedai duk Nilai dan pembeli duk Tg Karang..nak jumpa kat Putrajaya pun kos minyak lagi mahal dari kos pos la kan.hehe

Teringat dengan satu artikel penah baca tentang punca rezki


aku nak jual bawang putih dan bawang merah
dah siap blend ye
sapa nak beli?cepat PM.
hahahaha
gurau je ye
(^_~)

Friday, April 26, 2013

Saya Sayang Cikgu

Friday, April 26, 2013 16
Saya Sayang Cikgu
Malam tadi..lepas Maghrib,si abam tak turun-turun ke bawah.Kalau tidak laju je dia turun tanya 'Umie,dinner apa malam ni?' tapi malam tadi..banyak kali aku panggil 'abam buat apa kat atas tu?' dia jawab 'takde apa..kejap lagi abam turun'.Aku pun malas nak menge'check' apa dia buat.

Pagi tadi nampak dia kemas beg sekolah sambil sorok2 masukkan sesuatu dalam beg.Pandang aku malu-malu sebab aku nampak apa yang dia buat.

'Kertas apa tu?'

'Abang nak buat kad untuk cikgu..nama cikgu tu Cikgu Hisyam.Dia nak berenti keje.Hari ni hari last cikgu.Abang buat ni je tapi tak cantik'

Aku ambik kertas tu..kertas A4 putih dilipat dua..depan tulis 'kepada cikgu Hisyam' di dalamnya tulis 'saya sayang cikgu Hisyam'

alahai,sedih la pulak baca (cikgu tu mesti baik ..dulu penah sekali dia cerita seorang ustazah namanya Ustazah Maryam..ustazah tu baik sangat) dan ini cikgu ke2 yang dia puji.

Serba salah sebab aku ada dengar hari isnin tu dia cakap pasal sorang cikgu nak berenti kerja,patutnya aku dah tolong dia buat kad,tapi aku lupa (mungkin itu cikgu sementara ganti cikgu cuti bersalin ke hapa).

Turun bawah..bukak kabinet,cari apa yang boleh dijadikan kenangan untuk cikgu tu dan terjumpa satu kotak keychain Langkawi masih dalam kotak plastik belum bukak.Saja beli banyak tapi lupa nak bagi sapa,bila bagi kat dia dan cakap 'bagi ni dengan kad abam buat tu..dan cakap terima kasih pada cikgu sebab ajar abam'

dan aku nampak dia senyum lebar masa keluar rumah,mesti dia sangat gembira sebab dapat bagi sesuatu sebagai kenangan pada cikgu walapun cuma keychain kecil.Agaknya mesti cikgu tu dapat banyak hadiah kecil dari anak-anak murid yang sukakan dia..dan bila tengok gelagat si abam,aku teringat pada cikgu kesayangan aku masa sekolah rendah.

Antara nama yang aku ingat sampai sekarang Ustaz Razak,sangat baik dan paling aku ingat beliaulah yang tolong bagitau kat ayah aku 'anak awak tu demam,kenapa bagi pegi sekolah' dan pagi esoknya mak ayah aku tido sebelah aku sebab tak nak kasi aku gi sekolah..dulu,kedatangan aku penuh setiap tahun sebab suka sangat pegi sekolah..maklum kat sekolah ramai kawan.hehe dan juga cikgu Matematik darjah 2,namanya Cikgu Shuib,Cikgu Alam dan Manusia-Cikgu Manan dan Cikgu Matematik darjah 6,Cikgu Zaid..cikgu perempuan masa aku sekolah rendah semua garang..so aku tak ingat nama mereka.huhu

Cikgu perempuan masa sekolah menengah yang aku ingat ialah Ustazah Aminah-yang tak pernah marah  dan paling tak lupa Cikgu Zubaidah..kami pernah buat rombongan ke rumahnya di Tumpat,siap naik keretapi ke sana..

Kepada bekas-bekas cikgu yang pernah mengajar aku Semoga mereka diberkati Allah dalam semua urusan.Saya sayang cikgu.............

Gerai Nasi Lemak Payung ala 'Chipsmore'

Friday, April 26, 2013 9
Pagi ni sarapan nasi lemak,lama tak makan nasi lemak..

Sejak tumpang member baru ni,sebelum datang keje member akan singgah nursery anak dia untuk hantar beg sekolah petang.Dan aku nampak satu gerai nasi lemak..dalam hati terfikir nak singgah (aku kan dah boikot pakcik kafe sebelah tu..so sarapan aku kena beli kat tempat lain kalau aku tak bawak bekal).Tapi sebab tumpang orang segan nak suruh dia benti..aku harap dapat rasa nasi lemak dia sebab aku nampak ramai orang singgah..mesti sedap la kot

Tapi lepas tu banyak kali lalu,gerai payung tu tak bukak..dalam hati berkata 'ni la orang kita,meniaga macam chipsmore.kejap bukak kejap tutup,suka hati je...macam mana nak maju' ewahh..suka suki buat spekulasi.hehe

Pagi ni nampak gerai bukak..saja bagi hint dan tak sangka member nak berenti.so aku beli 2 nasi lemak telur mata (sorang satu) 5 biji kuih (3 biji karipap sadin dan 2 biji roti sambal) = rm6.nasi lemak tu rm1.50 sebungkus la.Ops,sebelum bayar aku sempat cakap 'banyak kali lalu tak bukak..kenapa ye?' dia jawab 'memang lama tak bukak kak..saya sakit' alahai..kesiannya.Rasa bersalah pulak sebab tu ari aku kata dia berniaga suka suki je..terus teringat kat sepupu aku kat kampung.dia pandai masak,tapi sebab selalu sakit..gerai nasi kerabunya kejap buka kejap tutup..

Dalam keta aku dah makan karipap sadin dan roti sambal..sedap sambalnya,roti sambal tu lembut dan gebu je.Sampai opis..terus buka bungkus nasi lemak..

nasi cukup lemak
sambal cukup perisa
telur mata yang rasa telur.hahaha
'sedapnya..pandai dia masak.nasi lemak yang cukup lemak dan sambal pun sedap' dan semoga dia sentiasa sihat supaya gerai payungnya selalu bukak,aku pasti nasi lemak dia ramai peminat.Tak delah maksudnya aku nak beli nasi lemak dia hari-hari..gilo ke hapa makan nasi lemak hari-hari,tengok badanlah pulak kan... sesekali boleh la layan..

Thursday, April 25, 2013

Laksam Yang Enak Di Pagi Khamis Yang Indah

Thursday, April 25, 2013 18

alhamdulillah
rm3.00
brother dari kelantan yang jual
dia jual ketupat daun palas
pagi ni dia bawak laksam sekali

cukup rasa
lemak dan pedas sekata

suka laksam?
ada beza laksam dengan laksa
laksam bentuknya tebal bukan bulat panjang macam laksa
hehe

Wednesday, April 24, 2013

Kali Pertama...

Wednesday, April 24, 2013 11
Kali Pertama...
Malas aku nak ulas pasal ending King Of Ambition malam tadi.Tapi aku ada tambah sikit kat entri semalam.hehe

Pagi tadi topik kat HotFm ialah 'Kali Pertama .....' so ramailah yang share kisah 'kali pertama' mereka.Ada yang bercerita kali pertama kerja,kali pertama masak,kali pertama bla bla bla...eh!kisah malam pertama pun ada.cepat2kan kuatkan volume radio tapi kisah bantal terbakar rupanya,suspen sangat.hik hik hik (ko pehal irfa?)

Okey ni kisah kali pertama aku..eksklusif sangat hanya untuk korang ;)

# Kali Pertama Kerja
aku memulakan kerja pada usia 19tahun (3.8.1998) dan 2 minggu pertama training tu masuk keje 8.30-5.30 dan bila start shift (3 shift..petang,pagi dan malam)kali pertama roster aku kerja malam ialah 12malam sampai jam 8.00 pagi.Dan aku masih belum mahir dengan roster menggunakan sistem 24hrs.Sebab bila kita tengok jam cuma ada 12angka.dengan selamba aku datang keje jam 1.00 tengah hari sedangkan aku sepatutnya report duty malam tadi iaitu jam 0001 (12malam) nasib baik supervisor masa tu memahami yang ramai budak baru keliru dengan waktu 24hrs.Kalau tak merasa la dapat surat tunjuk sebab.huhu

# Kali Pertama Masak Masa Memula Jadi Isteri
Kejadian berlaku di tahun 2000.konon nak praktikkan 'ikat suami melalui perutnya' so aku pun nak la main masak-masak untuk suami masa memula kawin tu.Kali pertama goreng pisang..dah ikut step kat plastik tepung goreng pisang tu tapi dimasa silapnya,tepung tu tertanggal dan melekat kat kuali,berbogel la pisang aku tanpa bajunya.Sakit hati terus campak dalam tong sampah ;(.

dan satu lagi yang aku ingat sampai sekarang ialah kisah aku dengan cili kering.Konon nak buat sambal.Tapi taknak pakai cili giling yang dah siap tu..tak fresh katanya.So gigihlah pegi beli cili kering.Dengan muka selamba aku cakap kat tuan kedai 'bagi saya cili kering sekilo' muka tuan kedai tu berkerut dan dia tanya sekali lagi 'cili kering sekilo?' dan aku jawab dengan muka kerek 'hello..tak dengar ke saya cakap,nak cili kering sekilo'(itu cuma lakonan semata.hahaha)

tahu tak korang yang cili kering itu adalah ringan sebab dah dikeringkan.makanya sekilo cili kering itu adalah hampir setengah guni.huhu.macam nak buat kenduri la pulak.setahun cili kering tu tak abis guna dalam lemari dapur.jadi bahan gelak bila citer kat mak aku.huhu

banyak lagi kisah kali pertama aku..kali pertama jadi ibu,kali pertama datang period eh!,kali pertama disakiti,kali pertama 'ditikam dari belakang',kali pertama bla bla bla bla..tapi cukupla 2 je hari ni..lain hari kita citer ye (^_~)

Tuesday, April 23, 2013

Ending King Of Ambition..malam penentuan

Tuesday, April 23, 2013 11
Malam ini
jam 9.00 malam di channel 393 OneHD
adalah malam penentuan

King Of Ambition



apa kesudahan hidup Joo Da Hae
adakah dia akan mati 
@
 menyesal dengan sepenuh hati?


adakah identiti sebenar Ha Ryu akan terbongkar?
atau adakah dia akan meneruskan hidup 
dan bahagia dengan identiti abang kembarnya Cha Jae Woong?

dan adakah dia akan berkahwin dengan Cik Baek?

cik Baek yang 'dingin' tapi berkarisma

maaf ye korang
sekali lagi angin monsun barat Korea datang melanda
kepada anak-anak Umie
malam ni acara bebas
korang boleh sepahkan menan
dari atas sampai bawah tangga
umie tak marah
hahaha


# an-nyong haseyo


Update Kendian:

TQ to Suterazen
nakal le kamu..siap bagi link ye
sekarang aku dah tahu apa ending
tapi tetap jugak nak tengok malam ni.
tak puas sebab skrin pc kecik.hihi

tapi dah tak surprise sebab dah tahu apa kesudahannya
bagi yang tak sabar nak tahu
sila klik sini

Update Lagi:

Joo Da Hae mati akhirnya
tapi aku tak puas hati sebab dia mati dengan senang je
takde pembalasan atas segala perbuatan jahatnya itu
mati sebab komplikasi selepas dilanggar kereta oleh abang tirinya
diselamatkan oleh Ha Ryu masa dilanggar tu
mereka berdua koma tapi Ha Ryu je yang hidup



Ha Ryu rasanya hidup dengan identiti abang kembarnya
(cop jari semua dalam sistem berkomputer dah ditukar)
so dia boleh teruskan hidup sebagai abang kembarnya Cha Jae Woong
cuma tak de la tunjuk dia dengan siapa akhirnya
adakah dia akan bercinta dengan Cik Baek 
@
 jatuh cinta dengan bekas tunang abang kembar dia (tak mungkin kot)


sebenarnya cinta Ha Ryu pada Joo Da Hae cinta sejati
walaupun cintanya tak dihargai oleh Joo Da Hae
Ha Ryu dah suka kat Joo Da Hae sejak kecil lagi

sejak kecil lagi Ha Ryu selalu berkorban untuk Jo Da Hae
rela dituduh pencuri dan dipukul cikgu
dia memang nak jaga Jo Da Hae sampai bila2
dan sanggup berkorban apa saja untuk Jo Da Hae
masuk penjara atas tuduhan membunuh pun sanggup
(buta sungguh kamu ni Ha Ryu) 
tapi moto hidup Joo Da Hae ialah
'saya akan tinggalkan orang dulu sebelum orang tinggalkan saya'
dan
'saya akan pijak orang lain dulu sebelum orang pijak saya'
hebatlah kamu Joo Da Hae
hati kering sungguh
hehe

lepas ni aku akan klik 
je kalau nak tengok ending 

~sekian~

Melantak dan Lantak

Tuesday, April 23, 2013 9
Melantak dan Lantak
Aku tak pasti 2 perkataan ini ada dalam kamus DBP atau tidak

~*~*~*~

Melantak
selalu digunakan bagi nafsu makan
senang citer makan tahap maksimum seolah membela hantu raya dalam perut

contoh ayat:
'(nama dirahsiakan) eh!ko ni makan macam setahun tak jumpa makanan.
ni makan ke melantak?

Lantak
tahap taknak ambil kisah/ambil peduli

contoh ayat:
'lantak ko la nak buat apa
nak melingkup ke nak hapa..aku dah taknak ambil tahu'

aku rasa antara 2 ayat itu..
ayat yang kedua adalah paling bahaya

emm lawa kasut

~sekian~

Monday, April 22, 2013

Tribal Pattern Everywhere

Monday, April 22, 2013 12
dulu
masa kecik aku ada selai t-shirt
corak macam ni
masa tu kecik sangat lagi
sekolah rendah kalau tak silap
pakai je tanpa ada apa-apa perasaan

sekarang ni
aku tengok corak ni
ada di mana-mana


tribal nama kamu ye
sebut 'tribal' terbayangkan 'kanibal' puak yang makan orang tu

tudung
baju
skirt
beg
kasut
casing handphone
topi
bla bla bla

dan baru ku tahu namanya
TRIBAL

tudung tribal pattern
model lawa pakai apa pun lawa ler


casing handphone pun tak lupa untuk di 'tribal'kan

nampak gayanya pesen dan corak
zaman mak ayah kita dulu popular balik

# apa benda yang korang pakai sekarang
simpan la ye,mana tahu zaman anak cucu nanti pesen tu timbul kembali
boleh jual kat muzium.hahahaha

Pilihan Di Tangan Kita,Boikot Katanya

Monday, April 22, 2013 15
Pilihan Di Tangan Kita,Boikot Katanya
Assalamualaikum..Selamat Pagi dan Good Morning semua...

Hari yang ceria..takde istilah Monday Blues ke hapa pagi ni..semuanya berjalan lancar bermula dengan bangun jam 6.15 pagi (kunci jam 6.00 pagi tapi extra time 15 menet) 6.15 bangun,masak air,kejut si abam..mandi solat subuh,bersiap,buat sarapan roti celup telur untuk abam..dan sidai kain (basuh kain malam sebelum tido).Jam 7.05 semua dah selesai..masa keluar rumah jam 7.10 menet.kenit masih lagi sedap tido dengan ayahnya..jalan sikit sampai simpang depan,member yang aku tumpang pun sampai.Gembira kalau setiap pagi macam ni..takde sesi kelam kabut (kalau tido awal,bangun awal..kalau bangun lewat semua huru hara la jawabnya) 

Sampai opis..On komputer..rendam green tea dalam cawan,buka emel..bersarapan dengan bekalan dari rumah..makan kat meja je (lupa ambik gambar dah masuk mulut.huhu)

Bercerita bab makan..masuk minggu ni genap minggu ke3 aku tak membeli kat kafe sebelah.Cukup2lah aku membebel bab makanan mahal tak padan dengan rasanya.Aku rasa tak guna setiap kali membeli dan membebel perkara sama.Duit di tangan kita dan kita sendiri yang membuat pilihan.Kalau betul tak puas hati,tak payah merungut di belakang..Tokey tu bukan dia kisah pun kita membebel dan kutuk dia kat belakang.Dia tetap jugak kaya sebab hari2 orang datang membeli,kita juga dapat dosa free sebab mengutuk dia.

'ambik benda sama hari-hari tapi harga semalam tak sama dengan hari ni'

'mahal tak kisah lagi..lauk pagi tadi sampai petang ada lagi'

'ambik sikit pun sama je macam yang ambik banyak'

so malas dan penat mulut nak membebel,baiklah aku stop dari ke kafe itu.Kalau rasa nak ubah selera..menapak sikit ke terminal,selain dapat makan..cuci mata juga melihat gelagat manusia.hahaha.Alah..setakat sorang dua yang boikot,bisnes dia tetap berjalan cam biasa..tak gitu

DUIT KITA,PILIHAN KITA (^_~)

# sarapan apa pagi ni?

Friday, April 19, 2013

Bukan SENANG nak SENANG

Friday, April 19, 2013 18


sejak ada header cantik
rasa macam nak apdet blog setiap setengah jam
hahahaha
# muntah la yang membacanya

~*~*~*~*~

tajuk kat atas tu gimik semata
hari ni aku menggugel tentang
PENDAPATAN SAMPINGAN
dalam bahasa omputehnya
SIDE INCOME
emm..
macam-macam cabaran rupanya
bagi yang berniaga Online ada cabarannya
bagi yang berniaga pasar malam itu kisahnya

pendek kata..
Bukan SENANG nak SENANG
Bukan SUSAH nak SUSAH
dalam maknanya tu

langkah pertama ialah

TAHU MATLAMAT
HATI KENA KUAT
SABAR
dan bila semua dah buat
akhir sekali
DOA dan TAWAKKAL

(^_~)


Thursday, April 18, 2013

Kelas Tajwid :Men'top up' Yang Mana Kurang

Thursday, April 18, 2013 12
Ehem ehem..malu nak citer sebenarnya,harap jangan ada yang fikir aku nak menunjuk bagus ke hapa.Aku cuma ingin berkongsi cerita..mana tahu ada manfaat bagi yang datang baca blog 'merapu' aku ni.

Sejak beberapa minggu lepas aku ada join kelas Tajwid yang dianjurkan oleh ahli surau di pejabat ni.Sebelum join kelas,macam biasa la 'setan' cucuk jarum 'tak payahlah join.ko kan dah pandai baca Qur'an.sama je yang ko belajar zaman sekolah dulu..ulang benda sama je.baik ko duk opis layan blog ke bersembang ke,lagi best' itu dah memang kerjaya dia mengoda cucu cicit Nabi Adam,nak buat macam mana kan.Tapi aku cuba tepis dengan fikir 'aku ni asyik sibuk dengan urusan keje..urusan rumah tangga..takde masa nak mencari ilmu bekalan akhirat..malunya pada Allah.tak dapat buat banyak,dapat sikit pun jadilah' itu yang aku fikir.


Benda yang aku nak share kat sini ialah:

  • niat utama aku belajar ialah nak 're-fresh' balik benda yang aku dah belajar dulu dan semoga aku aku dapat ajar anak-anak aku mengaji dengan betul dan bertajwid.
  • walaupun kita pernah belajar mengaji dengan tok guru/ustaz masa zaman kecil dulu tapi kalau kita tak amalkan selalu..mesti kita akan lupa,kalau tak lupa terus pun mesti ada tergagap-gagap nak habiskan selai muka surat.
  • bila belajar jangan tunjuk pandai..jangan gelak bila orang lain baca tak betul @ buat silap.Semua yang datang dengan niat nak belajar,nak refresh balik yang pernah kita belajar.Biasalah kelas dewasa..hehe.cikgu ajar minggu lepas,minggu ni dah lupa.huhu.banyak sangat benda nak fikir 
  • belajar ilmu tajwid hukumnya SUNAT tapi membaca AlQur'an dengan bertajwid adalah WAJIB (ustaz tu yang kata..kalau silap maafkan aku)
  • baca Qur'an bukan boleh hentam keromo dengan niat 'asal baca cukuplah'sebab ia boleh mendatangkan dosa sebab baca sesuka hati (elok2 baca nak dapat pahala..dosa pulak yang dapat sebab baca tanpa tahu hukum)
Emm apa lagi ye?itu je yang aku ingat setakat ni.Maklumlah 'kelas dewasa'hehe

Bila Kaunter Pertanyaan Jawab 'Tak Tahu'

Thursday, April 18, 2013 17
macam mana rasa 
kalau kita ke satu tempat 
yang kita baru pertama kali datang?
@
jarang-jarang datang? 

mesti kita teragak-agak nak buat sesuatu
sangat bersyukur kalau nampak 
'KAUNTER PERTANYAAN'

tapi apa rasanya bila bertanya dengan cik adik manis di kaunter tersebut
dan jawapannya adalah
'saya tak tahu'

bukan ke sepatutnya yang duduk di kaunter tersebut
tahu semua info?
bukan ke dihantar kursus @ ada manual
sebelum di suruh duduk di kaunter itu?

itulah yang aku nampak senario pagi tadi
seorang pelancong mengheret beg besar
berdiri dengan muka ada (?) besar di kepalanya

tapi dengan kuat suara cik adik manis itu menjawab
'saya tak tahu'
kalau tak tahu pun
dah duk situ kena usaha cari info
kalau awak staff baru,tanya senior
tak tahu jugak?
okey..tapi jangan menjawab 'tak tahu'
dengan suara macam speaker rosak
bukan aku sorang je terperanjat dengan suara dia
orang lain lalu lalang pun sama

oh!mungkin lelaki itu mintak no phone cik adik tu kot
sebab tu dijawab 'tak tahu'
err..ada ke yang tak tahu no hp sendiri?
hihi

'cik..saya nak tanya sikit
kat mana kaunter pertanyaaan?


lalalala

Wednesday, April 17, 2013

Beza Mereka Dan Kita

Wednesday, April 17, 2013 21
Beza Mereka Dan Kita
Antara hobi aku selain dari mengadap drama korea ialah memerhati gelagat manusia.Dalam keta pergi dan balik kerja pun aku boleh melihat dan mengkaji drama kehidupan.Perkara yang menarik hati aku dalam perjalanan balik keje semalam ialah 2 orang lelaki (warga bangladesh memakai kemeja dan pelikat..menjinjing plastik besar kiri kanan) kebetulan kereta berhenti di traffic light,so aku sempat jeling barang dalam plastik tersebut (very de kepochi kan?hihi) aku nampak dari jauh ada bawang holland,kentang,tepung.Untuk pengetahuan korang,aku tahu diorang berjalan kaki hampir 2 km dari tempat tinggal untuk ke pasaraya tersebut.Diorang ni tak  kisah pun jalan berbatu,cuba kalau kita?Sedikit contoh beza mereka dan kita:

Kita
  • kalau ke kafe,ambik nasi..lauk dan sayur
  • kalau nak kekedai tak sampai 2 blok dari rumah pun sanggup start engin keta
  • keje dalam aircond.sejuk sampai ke tulang sum sum,balik umah..masuk je terus on ekon
Mereka
  • bila makan cukup dengan nasi menimbun,kuah kari dan sebiji telur
  • jalan kaki berkilometer selamba je..paling hebat pun naik basikal
  • kerja sapu sampah,buat bangunan,berpanas terik ditengah hari

Kita memang manja sebab kita berada di negara sendiri.Ada orang yang aku kenal,konon nak cari side income..aku cadangkan dia buat part time kemas bilik kat hotel sebelah umah dia tu..takpun buat part time kat PizaHut tapi dia punya respon 'malu lah..nanti terserempak dengan budak opis..kalau kat oversea takpe..takde sapa kenal..nak keje cuci lantai @ kutip stoberi pun takpe..takde sapa kenal kita'..dalam hati aku mengiakan kata-kata itu.hehe

Satu lagi kalau keje kat negara yang matawang lagi tinggi dari kita,pastinya bayaran pun lebih.Kutip stoberi dibayar pakai PoundSterling okey gak.haha..1GBP =RM4 lebih takpun bayar pakai Euro.

emm..pepatah berkata 'hujan emas dinegara orang,hujan batu di negara sendiri..lebih baik dinegara sendiri' tapi kalau tukar macam ni best jugak 'hujan emas dinegara orang,hujan batu di negara sendiri,pegi negara orang kutip emas itu bawak balik negara kita'.

Pendek kata (panjang tak kata apa,okey..itu lawak Jozan dalam Lawak Ke Der)..dimana-mana pun ada pro dan kontra.Yang duk oversea pun banyak 'kisah pahit' cuma tak citer kat blog..tulis 'yang manis' je tu pasal kita yang membaca macam 'wah!seronoknya duk obersea..dahlah sejuk,boleh baring-baring atas salji' (padahal kalau ke oversea dimusim salji ..sejuk beku nak buat apapun malas.nak keluar dari bilik hotel pun malas..nak keluarkan kamera ambik gambar pun fikir 16kali)

eh!apa yang aku merapu ni?macam dah keluar tajuk je,layannnnnnnnnnnnnnnn  (^_~)

Mengenali Anggota Badan Versi Budak 3 Tahun

Wednesday, April 17, 2013 10
Malam tadi..jam dah kul 11.00 tapi sikenit masih belum tido.Agaknya dia tido lama waktu siang masa kat rumah pengasuh.Biasanya jam 10.00 dia dah tido,si abam pula dah lama belajar ke lautan mimpi.

Tengah syok menahan rasa amarah dengan 'watak jahat' si Ju Da Hae (drama korea,King Of Ambition),tak sabar tunggu ending hari Selasa minggu depan.Tak boleh nak agak apa endingnya.Sayup2 aku dengar anak dara kenit yang baring kat sebelah aku duk menyebut anggota badannya.

kepala
lambut (rambut)
mata
idum (hidung)
tinge (telinga)
gigi
mulut
lidah
dagu
demam

'eh! demam'
aku pandang muka dia
'mana demam?'

'ni..demam kat sini'

oh!dahi rupanya.
'ini dahi..bukan demam dik oi'

'ok..dahi'

sambung lagi

tangan
perut
malu (ehem-ehem)
sakit

'sakit?mana sakit?'

'sini'
(tangan tunjuk lutut)
'sini sakit.ajaa jatuh'

'oh.ini namanya lutut.bukan sakit'
(agaknya dia masih ingat rasa sakit 
bila lututnya luka masa berlari nak ke rumah pengasuh)



sekian sesi mengenal anggota badan untuk hari ini
tata


Tuesday, April 16, 2013

Header Doodle,Maka Impian Pun Tercapai

Tuesday, April 16, 2013 13

cantik tak?
sila cakap cantik
lama dah aku kelip-kelip mata nak header macam ni 
jeles bila tengok blog orang lain yang lawa-lawa
nak buat sendiri tidak jumpa jalannya
ai kan mak budak tapi jiwa budak2
so nak jugak header doodle

TQ buat blogger Aini Zakaria 
yang merealisasikan impian aku itu

(^_~)

# merah sangat ke blog aku ni?
sakit mata tak korang view blog ni?
sila bagitau dengan jujur ye

Anggur @ Zabit ?

Tuesday, April 16, 2013 9
bila baca balik entri sebelum ni
ada rasa ingin termuntah
uwek
makanya kita up lagi satu entri
kasi neutral perasaan itu

(^_~)


masa kecik ayah beli yang kaler hijau
so sampai sekarang kaler hijau aku panggil 'zabit'
yang pepel/merah namanya 'anggur'

kenal buah ni?
masa kecik2 dulu kalau demam
ayah belikan oren dalam botol dan 'buah zabit'
yang tak demam menjeling dengan jeles
orang demam mesti dapat layanan first class you 

tahu buah zabit?
anak2 aku panggil 'buah anggur'
orang kampung aku sebut 'grape'

# mood rasa bersalah 
sebab buat korang rasa jijik dan mual dengan entri 'berbau' itu
'maaf kan saya' baca dalam intinasi detektif Conan

Euwwwwwww.. Sangat Menjijikkan

Tuesday, April 16, 2013 16
Euwwwwwww.. Sangat Menjijikkan
AMARAN KERAS:
# bagi sesiapa yang belum sarapan tidak digalakkan membaca entri ini kecuali kamu memang kuat semangat dan tahan loya..sekian

Ini kisah jumaat lepas..
Seperti biasa jam 5.30 petang,aku dah melenggang ala itik pulang petang menuju ke carpark dengan member yang aku tumpang keta dia (sekarang aku dah dapat tumpangan baru..so sampai awal sikit dari sebelum ni.Anak2 terutama si abam gembira sebab dapat pegi taman lama sikit.sebelum ni sampai umah 7.00 malam,abam tak sempat nak gi taman tapi sekarang 6.20 petang dah sampai umah)

Hari kejadian,member park keta tingkat 4 kalau tak silap aku..so konon nak bakar lemak yang ada,kami taknak naik lif.Konsep 'guna tangga bagus untuk kesihatan jantung anda'.

Dari tingkat 3 nak ke naik ke tingkat 4 (kalau tak silap aku la) ada bau yang sangat busuk masa kami nak naik anak tangga tu.baunya macam 'najis manusia' (sebut najis elok sikit dari tahi).Tapi aku takde cakap apa cuma tutup hidung dengan hujung tudung.Orang tua pesan 'kalau terbau busuk waktu malam,jangan tegur..nanti ada yang ikut balik rumah' tapi waktu itu bukan malam ye.

Sekali ada orang kakak yang duk belakang aku bersuara 'memang bau tahi pun..ada orang berak' aku tak komen lebih sebab fikir tak logik la ada orang berak kat tangga tempat orang lalu lalang macam tu.Cerita tu abis disitu.

Pagi ni..masa nak masuk opis terserempak dengan kakak yang cakap pasal orang berak tu sekali lagi.Katanya 'masa akak cakap pasal orang berak kat tangga tu sebenarnya akak memang nampak sehari sebelum tu.ada taik bertompok atas tangga dan akak nampak spender tepi dinding.akak rasa memang ada orang berak.Mungkin dah tak tahan sangat kot..dia berak dan tanggalkan spender kat situ'.

Serius nak muntah masa dengar akak tu cakap.Ada jugak yang sanggup buat keje tak senonoh macam tu.Kan bagus kalau ada cctv yang rakam perbuatan tak senonoh itu.Pastu upload kat YouTube bagi satu Malaysia tengok..euwwwwwwwwww

Tapi..masa memula masuk rumah sendiri dulu banyak jiran2 ngadu rumah mereka 'di berak'.Ada yang jumpa tahi di setiap anak tangga.Rumah kami pula,dia berak sampai tahi kering dalam mangkuk toilet..masa tu rumah lom siap..dan takde paip lagi.Agaknya pekerja perumahan tu membuang kat situ sebab dah tak tahan

Aku penah dengar ada orang kata 'pekerja yang buat rumah tu kalau tak puas hati dengan majikan,dia sengaja 'berak' dalam rumah belum siap supaya pemaju kena komplen dengan pemilik rumah' entah betul ke tidak aku tak pasti

Monday, April 15, 2013

Kamu Adalah Apa Yang Kamu Makan (You Are What You Eat)

Monday, April 15, 2013 10
# suka pulak aku tengok poster2 nih
banyak lagi tapi aku pilih 3 je



perasan tak kalau kita sedang pilih makanan kat kafe
ada 2 kategori

A
ambil pinggan
cedok nasi,lauk ayam/daging/ikan dan sayur
sambal belacan sikit
ke kaunter dan bayar 

B
ambil pinggan/mangkuk
ambil lauk @ sup sayur
ke kaunter dan bayar

dan cuba perhati bentuk badan 2 orang tersebut
(pun ada 2 jenis jugak)

A1
yang ambil nasi,lauk ayam/daging/ikan dan sayur
sambal belacan sikit tapi badannya slim je
'oh!mungkin metabolisme dia tinggi
membakar lemak tahap kuasa 5 ekor kuda hitam'

A2
ambil sama cam A1
tapi badan memang size XXL
'Omg..patutlah macam tu.tengok la dalam pinggan dia'

B1
yang ambil ambil lauk @ sup sayur je
slim je
'emm okey,patutlah slim,itu je yang dia makan'

B2
ambil yang sama macam B1
tapi size adalah XXL 
'emm,metabolisme rendah ni.
tak pun balik rumah belasah nasi 3 pinggan'
hahaha 


tapi kalau tengok gambar atas ni
nampak yang makan sayur tu muka cam tak ceria je
# okey..ada alasan nak makan sekor ayam sebab nak ceria 

sebenarnya kita tahu sebab musabab kenapa size kita macam tu
tapi saja je buat tak tahu dan mencari alasan

fikir-fikirkan dan selamat beramal
(^_~) 

Kebun Pisang dan Jantung Pisang

Monday, April 15, 2013 11
Salam Hari Isnin

jom cuci mata tengok pokok pisang yang menghijau


ni gambar last week
lepas je pakcik tukang potong rumput datang mesin rumput
aku pun jenguk mini kebun pisang aku
tak jauh pun
kat bucu pagar di belakang dapur
lama dah tak tengok
bukan apa..banyak kemuncup
nanti leceh nak cabut kemuncup yang lekat kat kain


tiap petang balik dari rumah pengasuh
kenit Ajaa akan tanya 'umie,nak pisyam.dah masyak belum?'
antara feveret buah dia selain tomato..ialah pisang
dulu dia sebut pisang sebagai 'pitam'  
aku perasan ada jantung pisang
tapi sebab takut batang pisang patah 
dan tak dapat menampung tandan itu
maka ku cantas jantung itu dan buang

beberapa hari lepas tu baca blog EmbunRosaliza
dia buat teresek jantung pisang
terus teringat jantung yag aku cantas buang tu
rasa nyesal pulak
tapi aku tak pasti jantung pisang tu sesuai ke tidak buat teresek
sebab penah sekali member buat kerabu
rasa pahit semacam
kawan aku kata jantung pisang aku punya ni
memang tak sesuai untuk dimasak apa2pun
macam jawapan EmbunRosaliza jugakla
'ada juga jantung pisang yg tak boleh di guna contohnya pisang kapal,rasanya pahit'
member pun penah kata
pisang aku tu namanya 'pisang kapal'
mak mentua aku pulak kata
'nama pisang tu pisang buruk bakul'
aku tak kenal sangat jenis pisang ni
cuma kenal pisang emas,pisang montel,pisang tanduk 
dan goreng pisang je.hehe

sebenarnya jantung pisang apa 
yang sesuai di buat kerabu/teresek ye? 

Friday, April 12, 2013

Kasut Murah Cepat Koyak

Friday, April 12, 2013 19
KISAH ISNIN YANG LALU
Dialog seorang ibu dengan anak bujang (darjah 2)

Tajuk:
Kasut Murah Cepat Koyak 


harga rm10.90 sen
sekali pakai dah koyak rabak
siapa salah?
kasut takde kualiti ?
@
tuan kasut aktif sangat ?
Umie:
Abam..kasut sekolah ni baru beli semalam.
Pakai sehari dah koyak biar betul.Sepak apa ni? 

Abam:
Abam tak sepak..tapi dia koyak sendiri.
Umie,bape ringgit ayah beli kasut ni?

Umie:
Kenapa tanya harga?

Abam:
Kawan abam kata 'kasut murah cepat koyak'

Umie:
Memang la kasut tu tak mahal 
tapi kalau jalan elok-esok,tak sepak sana sini 
takkan boleh koyak dalam masa sehari
Nanti umie beli kasut yang buat dari besi la..
baru tak koyak.

Abam:
(diam sambil kelip-kelip mata membayangkan rupa kasut yang
diperbuat daripada besi itu)

Diet Darah Jenis AB

Friday, April 12, 2013 11
# Semalam naik penimbang,masih angka sama sejak 2 bulan lepas.Naik tidak,turun pun tidak.huhu

Malam-malam sebelum tido suka belek majalah SHAPE ni.hihi(aku tak beli pun,dapat free.itupun keluaran lama,tahun 2012 tapi ada aku kesah?bukan isu lapuk pun..benda sama je dia ulang)


Shape Malaysia keluaran Ogos 2012
Untuk Rujukan Diri Sendiri.Sumber dari SINI

The Blood Type Diet was created by Dr. Peter D’Adamo to help individuals to become healthier, age gracefully and reach their ideal weight. The basic premise behind the diet is that your blood type determines how food is metabolize by your body. D’Adamo outlines specific foods to avoid based on your blood type. These are the foods that interact with your blood in such a way that leads to an acidic condition. When the body becomes too acidic, it can lead to a range of health problems.
The AB blood type is thought to be more complicated than the other blood types. It combines some of the vulnerabilities of both the Type A and Type B blood types. Here are the specific foods that an individual with Type AB blood should avoid.

1. Meats to Avoid

This blood type does not have sufficient stomach acid for digesting and metabolize animal protein. Meats to be avoided by this blood type include chicken, beef, ham, pork, veal and bacon. Recommended protein sources are lamb, rabbit, mutton, turkey, tofu and a wide range of seafood.
Chicken is especially problematic for this blood type because it contains lectin in its muscle tissue that can potentially lead to autoimmune disorders. Turkey can be used to replace chicken as it does not have the same effect.

2. Dairy Products and Health Issues

Individuals with Type AB blood are prone to mucus excess. If this is your blood type, watch for sinus attacks, respiratory issues or ear infections. In that case, you may want to cut out specific diary foods such as butter, American cheese, whole milk, provolone cheese and Parmesan cheese.

3. Type AB Blood and Wheat Products

Type AB individuals should limit their consumption of wheat products. This is especially the case if weight loss is an issue or if you are prone to mucus production. Occasional consumption of wheat products is okay. Better replacements include rye, rice and oats.

4. Fruits to Avoid

Although most fruits are healthy for this blood type, a few should be avoided. Mangoes, bananas and guava, for example, are on the avoid list. Oranges are especially forbidden for this blood type because they irritate the stomach. Grapefruits may be eaten in place of oranges; they have an alkali-zing effect in the body after they have been digested.

5. Vegetables to Avoid

Type AB individuals may eat a wide range of vegetables. The ones on the list of foods to be avoided create an acidic condition in the body. The specific vegetables to avoid include avocados, lima beans, radishes, artichokes, green peppers, red peppers and yellow corn.

6. Oils to Eliminate

The highly beneficial oil for this blood type is olive oil. The oils to avoid include corn oil, cottonseed oil, sunflower oil, sesame oil and safflower oil. The oils that have a neutral effect on the body for this blood type are canola oil, peanut oil and linseed oil.
Dalam Bahasa setelah di google translate

Jenis Darah Diet telah dicipta oleh Dr Peter D'Adamo untuk membantu individu untuk menjadi lebih sihat, umur anggun dan mencapai berat badan ideal mereka. Premis asas di sebalik diet adalah bahawa jenis darah anda menentukan bagaimana makanan dimetabolismakan oleh badan anda. D'Adamo menggariskan makanan tertentu untuk mengelakkan berdasarkan jenis darah anda. Ini adalah makanan yang berinteraksi dengan darah anda dalam apa-apa cara yang membawa kepada keadaan berasid.Apabila badan menjadi terlalu berasid, ia boleh membawa kepada pelbagai masalah kesihatan.

AB jenis darah dianggap lebih rumit daripada jenis darah yang lain. Ia menggabungkan beberapa kelemahan kedua-dua Jenis A dan jenis darah Jenis B.Berikut adalah makanan tertentu bahawa individu dengan Jenis AB darah perlu dielakkan.

1.Daging Elakkan

Ini jenis darah tidak mempunyai cukup asid perut untuk mencerna dan metabolizing protein haiwan. Daging yang perlu dielakkan oleh jenis darah ini termasuk ayam, daging lembu, ham, daging babi, daging anak lembu dan daging. Sumber protein yang disyorkan adalah kambing, arnab, kambing, ayam belanda, tauhu dan pelbagai makanan laut.

Ayam amat bermasalah untuk jenis darah ini kerana ia mengandungi lectin dalam tisu otot yang yang berpotensi boleh membawa kepada gangguan autoimun. Turki boleh digunakan untuk menggantikan ayam kerana ia tidak mempunyai kesan yang sama.

2.Produk tenusu dan Isu-isu Kesihatan

Individu yang mempunyai Jenis AB darah terdedah kepada lebihan lendir. Jika ini adalah jenis darah anda, menonton untuk serangan resdung, isu-isu pernafasan atau jangkitan telinga. Dalam kes itu, anda mungkin mahu untuk memotong makanan diari tertentu seperti mentega, keju Amerika, susu, keju Provolone dan keju Parmesan.

3.Produk Gandum

Jenis AB individu perlu menghadkan penggunaan produk-produk gandum. Hal ini terutama berlaku jika berat badan adalah satu isu atau jika anda terdedah kepada pengeluaran mukus. Penggunaan sesekali produk gandum adalah okay. Penggantian yang lebih baik termasuk rai, beras dan oat.

4. Buah-buahan untuk Elakkan

Walaupun kebanyakan buah-buahan yang sihat untuk jenis darah ini, beberapa harus dielakkan. Mangga, pisang dan jambu, sebagai contoh, adalah dalam senarai dielakkan. Oren terutama dilarang untuk jenis darah ini kerana mereka mengganggu perut. Grapefruits boleh dimakan di tempat oren, mereka mempunyai kesan alkalizing di dalam tubuh selepas mereka telah dihadamkan.

5. Sayur-sayuran untuk Elakkan

Jenis AB individu boleh makan pelbagai sayur-sayuran. Orang-orang yang dalam senarai makanan yang perlu dielakkan mewujudkan keadaan berasid dalam badan. Sayur-sayuran tertentu untuk mengelakkan termasuk avokado, kacang lima, radishes, artichoke, lada hijau, lada merah dan jagung kuning.

6. Minyak untuk Hapuskan

Minyak yang sangat bermanfaat untuk jenis darah ini adalah minyak zaitun. Minyak untuk mengelakkan termasuk minyak jagung, minyak kapas, minyak bunga matahari, minyak bijan dan minyak safflower. Minyak yang mempunyai kesan neutral pada badan untuk darah jenis ini minyak canola, minyak kacang dan minyak biji rami.

~*~*~*~*~*~*~*___________________________________________*~*~*~*~*~*~

# sebenarnya dalam banyak2 plan diet..ada yang kira carb,kira kalori,Atkin,7 day Detox bla bla bla..aku rasa kita kena ikut jenis darah.(jangan sentap kalau pendapat kita tak sama).Darah aku jenis AB..so contoh kat atas tu mengikut jenis darah aku.Darah kita berbeza walaupun datang dari family yang sama.Sebab tu dalam satu family,makan benda yang sama tapi ada yang size S,M,L,XXL..jadi mungkin kerana jenis darah berbeza menyebabkan kita tak sesuai dengan apa yang kita makan?emm...

apa komen korang?

Thursday, April 11, 2013

Semakan Tempat Mengundi

Thursday, April 11, 2013 12
bila tarikh mengundi?
dengar kata 5 Mei?
betul ke?
# mood teruja
maklumla pertama kali nak mengundi.huhu



aku punya tempat mengundi dekat je
sekolah si anak bujang

kan bagus kalau mengundi kat kampung
ada orang kata 
'ada pihak bagi duit minyak balik mengundi'
so bolehlah balik kampung sekali
sambil nyelam minum air 
hihi

# undi saya adalah rahsia
dan harap kertas undi saya tak rosak
maklumlah kali pertama nak memangkah.hehe

Jalan-Jalan Ke Kolumpo

Thursday, April 11, 2013 10
Jalan-Jalan Ke Kolumpo
Salam Khamis untuk semua (^_~)

Semalam aku coti sambil ber 'dating' dengan enAbe.Berdua tak bawak anak..kira dating le kan?Bukan sesaja nak cuti tapi ada beberapa urusan yang perlu diselesaikan.Kuar umah awal tapi setelkan beberapa urusan di area berdekatan.Dalam pukul 1.00 tengah hari barulah kami gerak ke Key El.

Okey...aku ni nama je family mentua duk Cheras (area KL le kan) tapi kalau dah masuk umah mil memang aku dah malas nak keluar..Jadinya,dah lama benar aku tak menjejakkan kaki ke pusat bandar KL itu.Sebenarnya,sesekali ke luar ke KL aku rasa sesak napas..dengan jem dan kesibukkan warga kota bersama urusan masing2.Aku membayangkan macam mana la pegi balik keje hari-hari ngadap jem.Aku ni menunggu traffic light merah tukar kepada kaler hijau pun dah rasa nak muntah.Memang sesuai sangat rumah aku duk di ceruk kampung (ai suka rumah sekarang walaupun orang kata duk ceruk kampung,masuk je taman tu rasa  aman tengok pokok kepala sawit,tengok bukit.hihi).

Pada pendapat aku,kalau ke KL eloknya pergi berdua,sorang setelkan urusan dan sorang boleh tunggu keta.Gilir-gilir mengikut keperluan urusan tersebut.Kalau pegi sorang,dengan nak cari parking pastu nak menapak lagi..buang masa je.Jadinya banyak la turn aku tunggu keta..biar enAbe je yang turun naik panjat bangunan.Ai kan puteri lilin,kalau berpanas-panas nanti 'darah saya akan naik atas'hehe.

Sepanjang terperuk dalam keta,ada beberapa benda yang aku dapat tengok (masa kejadian adalah area Jalan Raja Chulan dan waktu warga opis baru balik dari lunch).

  1. Depan bangunan tu ada beberapa lori pikap jual makanan tengah hari..ada makcik/pakcik yang jual nasi beriani siap bungkus,ada yang jual nasi dengan lauk pauk,yang jual air dan juga jual rojak buah. #Pandai mereka cari rezki..dan betulla bagai dikata 9 dari 10 pintu rezki adalah dengan berniaga. 
  2. Banyak sungguh bangunan baru tumbuh,ibarat cendawan tumbuh selepas hujan #majulah Malaysia tanah airku yang tercinta.
  3. Sebelah bangunan yang kami berurusan..ada shopping mall.wah!banyak best ye..balik dari lunch jinjit beg plastik barangan yang di beli hari itu.Macam adik ipar aku yang keje area sini..katanya'dalam takde duit pun mesti ada je benda nak beli..maklulah opis sebelah soping mall.kalau tak barang sendiri..baju anak pun jadi'.hehe#majulah shopping mall untuk para wanita.
  4. Sebelah keta,ada bangunan baru tengah buat..golongan pekerja adalah warga asing..samada bangla@indon.Kalau takde mereka..sapa yang nak keje berat macam tu.Anak2 muda kita pastinya tak nak keje berpanas terik macam tu kan?baik la keje salesman kat shopping mall..ada ekon.#Malaysia adalah lubuk emas bagi warga asing mencari duit.    
  5. Karenah para wanita yang menarik perhatian peragut.Contohnya:ada sorang awek cun ni..dari jauh aku duk perati gelagat dia..jalan sambil duk belek henpon jenama kat tangan,beg duit kepit celah ketiak.Menonong jalan tak tengok kiri kanan barangkali tengah apdet fb dengan status 'baru lepas lunch.makan nasi lauk ikan keli sambal dengan sayur pucuk paku masak lemak.sedapnya..korang dah lunch ke?'hehe..suka hati buat dialog sendiri.kiri kanan jalan banyak motor lalu..kalaulah ada peragut yang menunggu mangsa waktu itu,tak mustahil awek itu jadi makanannya..sepantas kilat samada beg duit@ henpon mahalnya diragut..sapa nak kejar?semua orang sibuk dengan urusan masing-masing.#peragut vs mangsa ragut..siapa yang salah?
# dipendekkan cerita..tak semua urusan boleh setel dalam masa sehari.huhu

Tuesday, April 9, 2013

3 Hari untuk bank statement?Awak Bergurau ke hapa?

Tuesday, April 09, 2013 19
3 Hari untuk bank statement?Awak Bergurau ke hapa?
Pagi ni sedikit lambat..ada urusan dengan bank.Kadang2 urusan yang sebenarnya adalah simple menjadi rumit kerana prosedur yang dibuat oleh manusia itu sendiri.Nak print bank statement yang super simple tu boleh ambik masa 3 hari..bukan free pun kena bayar lagi RM 5.pehal?

Bila aku tanya 'kenapa sampai 3 hari,bank lain sekejap je nak print benda ni'.Tapi dengan muka tarak senyum boleh ko menjawab pada customer 'bank mana?itu bank lain..bukan bank kami' tapi bila membising pandai pulak ko kata 'kalau nak jugak..kena tunggulah' dan saja nak kenakan aku yang degil nak tunggu,nah ambik ko,45 minit aku memanaskan kerusi hanya untuk sehelai kertas yang berharga rm5.# pelik..memula kata 3 hari lepas tu boleh pulak print dalam masa tak sampai sejam.tetiba  undang2 boleh di ubah ke?ikut kes ke?kalau bising baru boleh buat?kalau aku tak bising tadi mungkin 3 hari baru siap kot... 

Adoi..Ingat aku sorang je yang kena macam ni,blogger femes En Ben Ashaari pun ada pengalaman yang sama.nak baca klik sini.Orang belakang aku pun kena..nak mintak statement dari bulan 5 tahun lepas..disuruh tunggu seminggu.Aku tak pasti semua cawangan macam ni @ cuma cawangan ni je yang buat undang2 macam ni.Dah lama aku tak mintak bank statement ni,itu pasal aku tak tau kalau ada prosedur baru.........

# mak incik geram nih..sambil kunyah roti gardenia laju-laju

Monday, April 8, 2013

Al Fatihah buat seorang sahabat

Monday, April 08, 2013 22
Assalamualaikum dan Salam Hari Isnin untuk semua...

Sebenarnya aku tak tahu nak tulis ke tidak pasal ni tapi aku tulis juga sebagai kenangan dan tanda ingatan aku pada seorang insan yang bergelar sahabat.Menaip entri ni sambil menahan airmata. 

Malam tadi,dapat call dari kawan jam 11.46 minit malam,aku masa tu dah tido2 ayam pun,dia mengkhabarkan 'kawan kami' yang sedang sakit di PPUM itu sudah pergi menemui PenciptaNya jam sekejap tadi lebih kurang jam 10@11.00 malam.Last aku melawat arwah ialah Jumaat 29March,dua minggu lepas.Waktu aku melawat itu keadaannya dalam sedar tak sedar kerana ubat tahan sakit dan sepatah je perkataan yang keluar dari mulutnya pada aku 'ye..ada apa .......( nama sebenar aku).Mungkin dia sedar aku berdiri di bahagian kepala,ditepi katilnya.Itulah ayat terakhir darinya yang takkan aku lupa.

Kalau korang ingat,aku pernah beberapa kali menulis tentang kak A dalam blog ini tapi jenuh cari tak pulak aku jumpa mana entrinya.

Pertama kali dalam hidup aku menerima berita kehilangan orang yang aku sayang ialah masa nenek saudara meninggal dunia(kakak kepada nenek belah mak).Aku pula masa tu baru je beberapa bulan mula kerja(umur 19 tahun).Sedih memang sedih sebab banyak kenangan zaman kecik aku dengan arwah Wo Aji.Tapi seiring dengan masa kesedihan itu hilang cuma sesekali memang teringat.

Tapi..kehilangan bapa sedara kesayangan,PokSu (adik bongsu mak) pada 7 Nov 1998 paling memberi kesan pada aku..sampai saat ini bila teringat aku pasti akan menangis.4 bulan selepas tarikh itu pula,arwah atok (belah mak) menyusul..lagi bertambah kesedihan itu.

Selepas kehilangan orang2 yang aku sayang,setiap kali aku baca blog @ dengar sesapa meninggal otomatik aku kan teringatkan mereka dan sedar betapa kematian itu semakin dekat dengan kita tanpa kita sedari.

Bercerita tentang arwah kak A..sesiapa yang kenal dengan arwah sebelum ini pasti ada kenangan yang manis dengannya.Orang yang tak berapa kenal dengannya pun bila kita bercerita tentang dia,orang akan kata 'aku tak kenal sangat dan ingat2 lupa tapi kalau dengan ciri2 orang yang ko cakap ini..dia yang suka senyum dan badan besar sikit tu ye?'..Alangkah bertuahnya dia kerana meninggalkan ingatan yang positif pada orang yang mengenalinya.Arwah seorang yang peramah,suka senyum dan tidak lokek ilmu.Arwah antara orang yang terawal aku kenal masa mula2 masuk kerja dulu sebab dia kerja bahagian admin.Staff yang baru masuk keje mesti sentiasa ulang alik ke admin kalau ada hal berkaitan kerja (tentang cuti@hal berkaitan admin).Tapi waktu itu setakat baik gitu-gitu je

Kami makin rapat bila aku bertukar dari kerja shif ke kerja opis hour.Arwahlah tempat aku mengadu bila tak paham tentang kerja dan juga hal2 lain.Kami satu opis pernah gelarkan arwah sebagai 'kamus bergerak' kerana apa saja yang kita tak tau,tanya je dia..dia expert tentang jalan2 di KL walaupun tak boleh drive.Tanya je apa,InsyaAllah dia ada jawapannya.Arwah suka masak-masak..kami selalu buat potluck dan makan ramai-ramai di pantry opis.

Arwah meninggal kerana breast cancer dan meninggal dalam usia muda (36tahun).Pastinya kehilangan besar bagi suami dan 4 orang anaknya (yang sulungnya 11 tahun,7 tahun,4 tahun dan paling kecik nak masuk 5 bulan).

AlFatihah untuk kak Anie semoga Allah tempatkan arwah di kalangan orang yang beriman.Amin