Tuesday, February 26, 2013

Abam dan Pembaris Kayu Panjang

Kisah The Only Hero,Abam..tahun ni darjah 2.Sangat rajin kesekolah.Takde masalah bangun pagi.Kejut je dan dia tahu untuk bangun mandi,solat subuh,bersiap pakai baju sekolah..turun sarapan.Cuma gosok gigi kena di ingatkan,kalau tak dia boleh lupa untuk gosok gigi.Sikat dan letak minyak rambut aku buat..supaya dia ingat dewasa nanti tentang umi yang selalu tolong sikatkan rambutnya pepagi.

Malam tadi,dia takut2 nak bagitau aku 'umie,abam ada cerita.abam dan kawan abam patahkan pembaris kelas agama petang,kitorang main potong2 pastu pembaris patah.cikgu suruh ganti'

Bila ditanya 'hari apa kisah ni berlaku?' katanya 'sekolah agama petang jumaat yang lepas'.see?jumaat lepas baru malam tadi nak bagitau aku.agaknya kalau cikgu tak suruh ganti dia nak rahsia la tu.adoyai..sebenarnya kalau nak sorok dia boleh je korek tabung untuk ganti harga pembaris tu kan?tapi katanya 'abam kena cakap ngan umie sebab cikgu suruh bagitau ibubapa'

Pagi ni aku datang lambat sikit.jumpa cikgu yang suruh ganti itu.tanya harga pembaris dan kisah sebenar apa yang berlaku serta minta maaf atas kelakuan anak bujang aku itu.#malu tapi apa nak buat..dah memang salah dia   

ini le rupa pembaris kayu panjang itu
gambar dari sini
Dulu..masa sekolah rendah,cikgu penah pukul tangan aku sampai patah dua pembaris kayu itu gara-gara tak hafal sifir.sekarang anak aku pulak main-main dengan pembaris itu sampai patah dua.huhu

Kata cikgu 'kalau ganti tak boleh dengan duit,ganti dengan pembaris yang baru' kat kedai koperasi takde pulak jual.emm bape ringgit agaknya harga sebatang pembaris kayu panjang ni ye?kata abam 'cikgu suruh share ganti ngan kawan sama patahkan pembaris tu ' tapi malas la aku nak cari siapa mak ayah budak tu.aku cuma nak ganti supaya abam sedar perbuatan dia main-main semasa belajar dan merosakkan harta sekolah itu tidak bagus.Harap dia sedar selepas ini..

Sekian...

9 comments:

:: Cik Viva :: said...

dulu mase form 2 penah terpecahkan silinder kaca masa dalam bilik makmal. cikgu suruh bayar rm2.50..igt lagi cikgu nama cikgu taib..huhu

faraherda.razalan said...

Wow! Siap suh ganti lagi. Mcm tu eh nak mengajar murid-murid? Mmmm...

Nur farahiza said...

biase dalam rm3 macam too kak , kedai buku banyak la jual .

Acik Erna said...

macam tu budak lelaki dik..ada je halnya.

Daddy Ziyyad said...

jujurnya, saya agak hairan dgn pendekatan cikgu tu minta diganti pembaris tu...bukannya mahal sangat...dan susah payah awak ke sekolah nak bagi duit ditolak pula....mmg kena didik, tapi pendapat saya, macam tak sesuai suruh pelajar ganti..lainlah benda yg rosak tu mahal beribu harga nya...ini, ianya cumalah pembaris kuning tu

Kesuma Angsana said...

kenangan zaman sekolah2 dulu kan

Irfa said...

#CV..
emm ma tahu tak?
rm2.50 je kan..bayar dgn duit belanja la ye.hehe

#FARA..
emm aku pun tak pasti la pulak patut ganti ke tidak.tp sbb tahu anak aku salah..so malas nak pjgkan citer.cuti nanti kena cari kedai buku yg jual pembaris panjang itu

#Nur Farahiza..
RM 3?
takkan murah sangat..pembaris tu besar dan panjang.yang cikgu selalu guna untuk pukul tangan murid zaman dulu2..

#Kak Erna..
akak 3 hero mesti lagi tahu kan?hihi

#DZ..
emm entahlah
sy taknak la jd bodo mempertikaikan hal pembaris yang hanya beberapa RM tu.lagipun anak saya dh ngaku bersalah.tapi kalau ribu riban saya mgkin akan fikir banyak kali.hehe

Irfa said...

#KA..
pembaris dulu orang kalau x silap org panggil 'roti panjang' kot.mesti ramai ada kenangan dgnnya

Nur Izura Mohd Saad said...

hmm..pasal menggantikan pembaris yang patah tu sebenarnya bukan nilai jadi ukuran. Setakat RM3 cikgu pun boleh ganti dan bermacam-macam lagi hal yang cikgu keluarkan duit sendiri tanpa perlu diheboh2kan kepada orang lain ataupun ibu bapa di luar sana. Semuanya Fisabilillah. Kenapa minta ganti pembaris sedangkan duit pun boleh bagi??? haha lawak...memanglah boleh ambil duit tapi nanti jadi kisah lain pula...dikata pulak cikgu ambil duit pembaris tahkan beli tahkan tidak...macam2 hal kan?Tujuan minta ganti tu adalah untuk memberi pengajaran kepada murid tersebut supaya lebih bertanggungjawab terhadap harta benda yang ada di sekelilingnya tak kira di sekolah, tempat awam atau di rumah sendiri.Jika tidak dididik dengan kesedaran dan tanggungjawab dari kecil, agak2 apa akan jadi bila dia besar ye? Semestinya dia tidak akan kisah untuk berbuat apa sahaja apatah lagi jika nilai barang tersebut murah sahaja.Di sekolah patahkan pembaris cikgu minta ganti, tapi katakanlah anak tuan2 dan puan2 bermain baling2 pinggan kaca dan pecah di rumah, agak2 apa tindakan ibu bapanya? silap2 makan penamparlah si anak tu kan... hehe pinggan kaca murah jer pun. TEPUK DADA TANYA SELERA...MORAL DI SINI BUKAN KERANA NILAI HARGA BARANG TERSEBUT TETAPI LEBIH KEPADA NILAI MEMUPUK SIKAP TANGGUNGJAWAB. ANYWAY, TAHNIAH KEPADA UMI YANG PERGI KE SEKOLAH BERTEMU USTAZAH TERSEBUT.