Thursday, February 28, 2013

Sambal Goreng Jawa @ Sambal Tempe?

Thursday, February 28, 2013 26
Tengah lunch ke?
makan apa?
nampak sedap je
#macamlah nampak.hehe

kat opis aku 'bigboss' meeting 
aku orang kecik tak masuk meeting la
tapi lepas diorang meeting ada makan2
katanya 'potluck'sesama diorang
diorang jemput makan
rezki jangan di tolak

aku dah kenyang sarapan berat
so masuk ambil air
2 sudu nasi beriani+seketul daging masak hitam+sekeping papadom
oh ada sambal goreng jawa juga
2 jenis lagi..ambik satu sudu setiap satu

makan.nyam nyam nyam
sedap giler sambal goreng jawa ni

masuk kali ke 2
ambik sambal goreng jawa tu je

yang kaler gelap sikit:
ada suhun,kacang panjang,hati?mempedal dan tempe

yang kaler cerah sikit
ada suhun,kacang panjang,tempe dan udang
jemput makan
aku tak penah buat sendiri sambal pesen ni
tapi ramai kawan Jawa yang penah buat
nampak senang je tapi aku tak penah cuba
nak cuba lah nanti
aku penah makan yang ada hati/mempedal dan petai
sedap sangat
teringat sampai sekarang

ada orang kata makan tempe untuk awet muda
hehe,tak payah suntik botox ke hapa

korang suka tak?

Pepatah Melayu Tentang 'Benang'

Thursday, February 28, 2013 9


Sehari selembar benang
Lama-lama menjadi kain
.
.
.
.
lagi
.
.
.
.

Benang yang basah
Tidak boleh di tegakkan

....aptb...

ada lagi?
sila sambung sendiri

Wednesday, February 27, 2013

Berhenti Kerja Untuk Jaga Anak

Wednesday, February 27, 2013 27
Berhenti Kerja Untuk Jaga Anak
Katanya 'kalau takut anak kena dera ngan pengasuh,benti keje..jaga anak sendiri.abis cite tak payah nak risau dan komplen itu ini'.gitulah aku baca dalam satu laman fb.

Ingat lagi mak aku penah kata 'buke susoh nok kecek(bercakap) ni.rapatkan bibir atas dengan bibir bawah..keluarlah perkataan' ambik ko,bahasa ibunda terus.hehe.Senang bercakap sebab 'awak tak berada di dalam kasut saya' tapi kalau offer 'makan kasut mau?'(ayat itu cuma dalam hati je).

amboi..sedap mulut mak esah berkata2..mak esah takde kaitan dalam ini pilem.aku tanya soklan ni pada semua ibu-ibu diluar sana.ibu mana yang taknak duduk dirumah dan jaga anak2 sendiri?masak dan suapkan mereka makan,mandikan dan sabunkan mereka (bagi yang masih bawah umur),hantar anak pegi dan balik sekolah.siapa?

9 bulan usung perut ke hulu kehilir,meneran bagai nak putus nyawa dalam labour room lepas tu masuk bab berpantang pulak..tido malam tak lena kalau dapat anak jenis berjaga malam.aku le tu,huhu.Abis tempoh pantang 2 bulan tu..hari pertama hantar anak ke rumah pengasuh/nursery..dari umah pengasuh sampai ke opis,meleleh air mata dengan air hidung sekali bila terbayang anak yang menangis ditinggal pagi tadi.Tapi..hidup mesti diteruskan.Berpijak di bumi nyata.

Dunia akhir zaman ini yang segalanya memerlukan $$ ,buang 'taik' pun kena bayar ye..boleh je biar si suami sorang bekerja.so terimalah dengan hati terbuka apa yang suami itu bawa balik.ramai aku tengok jiran2 aku yang sihat walafiat bertambah sihat walaupun hanya ketua keluarga bekerja.Okey je takde pulak dengar kes kebulur tak makan.

Kalau kaum ibu pilih nak kerja..realiti yang kena hadapi ialah,siapa nak jaga anak?boleh pilih senarai dibawah:

1-ambik orang gaji (bagi yang mampu @ anak dah ramai kenalah ambik maid sebab kos hantar kat nursery lagi mahal bila anak dah ramai lebih dari sorang.kalau sorang cthnya:rm280 x 4 orang=rm1120,maid murah sikit siap boleh basuh baju,kemas umah dan cuci longkang juga.hehe)

2-hantar anak kat bagi jiran jaga @ hantar nursery (itu kalau takut jiran tetiba nak cuti mengejut,nanti tak pasal awak kena cuti sekali.takpun sebab malu kalau awak mc duk umah,nanti jiran tahu awak mc tp anak hantar jugak,huhu) 

3-anak yang dah besar duk rumah jaga diri sendiri(kalau bawah umur mana boleh.tak pasal2 masuk lokap sebab biarkan anak tanpa penjaga di rumah..dan kalau buat juga pastikan anak tahu macam mana nak selamatkan dia kalau berlaku cthnya:kebakaran)

4-hantar anak pada mak ayah di kampung (sian orang tua..masa muda jaga awak,dah tua jaga anak awak pulak,bila mak ayah nak beramal ibadat?cer citer?)

Ye aku tahu,nanti ada yang kata 'saya nak keje sebab saya suka bekerja.nak rasa pegang duit sendiri.walaupun laki saya ada 10biji keta porsche dan 7 biji ferrari,umah banglo 8 biji kat pulau Langkawi nun.walaupun gaji saya cuma rm800 sebulan,saya nak keje jugak.tak kira'

macam 'good-good' je buleh buat entri macam ni..hahaha

sekian..entri tak tahu apa motifnya

#jadi Irfa..jangan nak komplen lebih pasal keje.orang dah suruh tu buat jelah.tak payah nak sentap hentak2 kaki..ko nak keje kan?sob sob sob...(mood celaru)

Doa Ubati Mata Rabun

Wednesday, February 27, 2013 4
~AssalaMualaikum~

sapa 'budak kacamata' kat sini?
yang belum berkacamata 
tapi dah rabun sikit2 pun boleh cuba jugak
jom sama-sama kita cuba ye


jumpa kat sini
21 biji Baby Carrot?
kalau takde anak dia
pakai mak dia (carrot size biasa) tu boleh kot
hihi 


Tuesday, February 26, 2013

Misteri Kipas Berdiri

Tuesday, February 26, 2013 13
Korang..ini ada cerita seram sikit.Sikit je takdelah seram macam citer hantu korea tajuk Ju-On tu.Korang tahu tak kipas berdiri?ala...kan ada banyak jenis kipas

~ kipas siling-yang tergantung kat siling rumah tu
~ kipas berdiri-yang sama cam kipas meja tapi tinggi sikit
~ kipas meja-adik sepupu kipas berdiri

tara
ini dia berdiri,tak penat ke berdiri 24jam?
tak kelakar.huhu  
Ni kisah aku masuk surau tadi..sensorang je takde sapa dalam tu.elok aku nak tanggal tudung,kipas berdiri sebelah aku tetiba berpusing laju .Muskil dihati 'eh!sapa pasang ni?' tapi aku abaikan..ambik wudu' cam biasa,elok tengah basuh kaki.kipas tu benti pulak.Hati ada sedikit cuak.Nak sedapkan hati aku cakap pada diri sendiri 'wah!hebat ye kipas ni.ada sensor.tadi aku berdiri sebelah sebab tu dia On..sekarang aku duk jauh,tetiba Off pulak'.

Pegi kat kipas tu dan buat aksi 'pergerakkan' ...acu tangan kat kipas 'hello hello' tapi no respon.alahai..

Cecepat solat dan meninggalkan surau dengan tanda ??? yang besar di kepala

Korang ada kisah seram sila kongsi ye..
#pasni nak gi surau ajak kawan le..

Abam dan Pembaris Kayu Panjang

Tuesday, February 26, 2013 8
Kisah The Only Hero,Abam..tahun ni darjah 2.Sangat rajin kesekolah.Takde masalah bangun pagi.Kejut je dan dia tahu untuk bangun mandi,solat subuh,bersiap pakai baju sekolah..turun sarapan.Cuma gosok gigi kena di ingatkan,kalau tak dia boleh lupa untuk gosok gigi.Sikat dan letak minyak rambut aku buat..supaya dia ingat dewasa nanti tentang umi yang selalu tolong sikatkan rambutnya pepagi.

Malam tadi,dia takut2 nak bagitau aku 'umie,abam ada cerita.abam dan kawan abam patahkan pembaris kelas agama petang,kitorang main potong2 pastu pembaris patah.cikgu suruh ganti'

Bila ditanya 'hari apa kisah ni berlaku?' katanya 'sekolah agama petang jumaat yang lepas'.see?jumaat lepas baru malam tadi nak bagitau aku.agaknya kalau cikgu tak suruh ganti dia nak rahsia la tu.adoyai..sebenarnya kalau nak sorok dia boleh je korek tabung untuk ganti harga pembaris tu kan?tapi katanya 'abam kena cakap ngan umie sebab cikgu suruh bagitau ibubapa'

Pagi ni aku datang lambat sikit.jumpa cikgu yang suruh ganti itu.tanya harga pembaris dan kisah sebenar apa yang berlaku serta minta maaf atas kelakuan anak bujang aku itu.#malu tapi apa nak buat..dah memang salah dia   

ini le rupa pembaris kayu panjang itu
gambar dari sini
Dulu..masa sekolah rendah,cikgu penah pukul tangan aku sampai patah dua pembaris kayu itu gara-gara tak hafal sifir.sekarang anak aku pulak main-main dengan pembaris itu sampai patah dua.huhu

Kata cikgu 'kalau ganti tak boleh dengan duit,ganti dengan pembaris yang baru' kat kedai koperasi takde pulak jual.emm bape ringgit agaknya harga sebatang pembaris kayu panjang ni ye?kata abam 'cikgu suruh share ganti ngan kawan sama patahkan pembaris tu ' tapi malas la aku nak cari siapa mak ayah budak tu.aku cuma nak ganti supaya abam sedar perbuatan dia main-main semasa belajar dan merosakkan harta sekolah itu tidak bagus.Harap dia sedar selepas ini..

Sekian...

Nuffnang:Suara13.com,Korang ada?

Tuesday, February 26, 2013 6
*Selamat Pagi Selasa*

dah lama tak check tabung arnab
emm dah layak untuk cash out
tapi biarlah dulu
#alahai..bila nak cukup untuk sambar sebiji Longchamp nih?

dan seperti biasa kalau buka Nuffnang
suka tengok keywords
masih lagi kebaikkan primrose oil mendahului carta
yang ke 2 ialah -khasiat EPO
eh!entri yang samalah tu
EPO maknanya Evening Primrose Oil

dan satu lagi aku perasan
ada satu BE
ini dia



cepat betul naik $$ untuk iklan ini
dia singgah blog aku 15Feb
selama 12 hari dah cecah rm5.04 sen
blog picisan macam aku ni
nak capai rm1 pun makan masa berbulan tau
tu pasal aku sedikit pelik
banyak duit diorang ye bayar iklan



korang pun mesti ada iklan ni kan
dah macam blog parti politik pulak 
bila tengok iklan tu
hehe

Monday, February 25, 2013

Janji Shirah:Jangan Sembarangan Tinggal Wasiat

Monday, February 25, 2013 12


Sapa tengok drama bertajuk Janji Shirah?Aku tak follow dari awal..baru sekali tengok last week dan malam tadi adalah episod akhir.*bagus juga tak tengok dari awal..sakit jiwa aku tengok si Zali (abang ipar Shirah,lakonan Fauzi Nawawi tu,jahat gila watak dia..memang berbakat la*

Sinopis yang lebih jelas dari sini www.budiey.com tapi aku pendekkan yang penting je.Ini kisah tentang seorang gadis bernama Shirah(Nabila Huda) yang diamanahkan oleh kakaknya yang meninggal dunia kerana barah otak untuk menjaga anak2 saudaranya itu selepas kematian ibu mereka.Ini kerana dia tidak percayakan suaminya yang tak bertanggungjawab dan sudah beristeri baru.Suami si kakak pula ambil kesempatan atas kasih sayang ibu saudara kepada anak2nya itu dan berhajat ingin memperisterikan bekas adik ipar untuk menjaga anak-anaknya.

Kisah bagaimana Shirah yang berusaha untuk mendapatkan kembali anak-anak saudara yang di culik dan di kurung oleh bapa mereka sendiri.

*merasa lah si abam membebel tengok cerita ni* amboi pandai mengomen jugak rupanya,anak umie katakan.hihi

Endingnya Shirah dapat hak penjagaan anak2 saudaranya itu setelah bekas abang ipar itu di penjara 5 tahun atas kesalahan peras ugut(peras ugut video seks isteri barunya),mendera anak dan cubaan merogol.Sib baik ending berbaloi..

Oh aku nak komen pasal mende lain sebenarnya tadi..Aku penah dengar ceramah tapi lupa dari Ustaz yang mana.Katanya,kalau nak mati jangan wasiat yang membebankan orang hidup.Contohnya

#  "abang,kalau saya mati..abang janji tau jangan kawen lain.nanti saya bangun dari kubur,jadi hantu.saya cekik abang dengan bini baru abang tu"

*kata ustaz:tak baik wasiat gitu.sian si suami.dia pun ada nafsu,kalau awak dah mati..biarlah dia kawen lain.tak baik buat orang serba salah dengan wasiat pelik2.lainlah kalau suami itu sendiri rela tak berkahwin selepas isterinya meninggal..lain citer okey

aku rasa,kakak Shirah tu membebankan adiknya dengan mewasiatkan supaya menjaga anak-anaknya selepas kematiannya nanti.Shirah hampir2 putus asa untuk merebut anak2 sedaranya dari bekas abang ipar..putus cinta juga kerana sibuk jaga anak sedara dan gangguan dalam pekerjaan sebab asyik fikir pasal mereka.sampai dia kata kat mak dia 'shirah dah tak sanggup lagi mak,biarlah mereka dengan ayah mereka,shirah juga ingin merasa hidup macam orang lain..shirah masih muda'

Kalau kita dah berkahwin dan ada anak,mesti sesekali terfikir 'kalau aku mati.sapa nak jaga anak2 nanti?kalau suami kawin baru nak ke isteri baru jaga anak2 aku nanti?' buat sakit otak je kan fikir macam2 perkara yang bukan dibawah kuasa kita.Tak baik buruk sangka dengan Allah.Semua yang berlaku dan akan berlaku adalah dibawah kekuasaanNya.Apa susah..rumah anak yatim melambak kat malaysia ni kalau dah takde sapa sudi jaga.

*emo okey tengok drama ni..sensitif kalau drama kisah anak2@budak kecil kena dera.sob sob sob* 

Gangster Celop ada Hanis Zalikha

Monday, February 25, 2013 13
Petang semalam..anak2 kebosanan dan sikenit sibuk menyalin baju mengajak keluar jalan-jalan.Sebenarnya sejak dari Sabtu dia duk sebut nak gi Jasko tapi takde orang layan.Mulut duk berbunyi  'umie,jom ikut Ajaa nak gi Jasko' dan En Abe pun setuju.

ngamuk2 nak pakai tudung jugak
pakai lah nak oi..walaupun baju nampak lengan
huhu
tu tengah marahkan abam sebab duk main hujan
'abam masyuk..ujan.nanti bashah'  

Kami ke Seremban2.konon nak tengok wayang citer A Good Day To Die Hard tapi sebab bawak kekanak ribena,mana boleh masuk..18 tahun keatas katanya.So suh aku pilih citer apa..ingat nak pilih Pada Suatu Cinta Dahulu lakonan tapi tak jadi *mungkin taknak dikata jiwang @ mungkin sebab aku taknak membebel dalam wayang kalau citer itu tak best,huhu* so kami sepakat pilih Gangster Celop dan si abam melompat kesukaan.Why nak,why?Suka ye kamu citer tumbuk tumbuk ni..Dah start citer baru aku perasan Hanis Zalikha ada berlakon dalam citer ni.

Sebelum masuk haruslah ambik gambar ..hehe,beli popcorn dan air buat anak-anak supaya tak mengganggu orang belakang.Sampai habis cerita..anak2 adalah sopan dan pasti takde komplen dari orang yang duduk di belakang kami.hihi


Sinopsis:

Kisah 2 bekas gangster bernama Aman (Kamal Adli dan Adam (Syamsul Yusof) yang baru lepas menjalani hukuman penjara selama 5 tahun.Mereka bertekad untuk cuci tangan dari kerja jahat dan berjumpa dengan ketua minta 'keje halal' dan diberi tugas baru menjaga anak dara ketua mereka iaitu Suzana (Hanis Zalikha).

Kisah bermula bila ketua dibunuh oleh Man Cirit(Azad Jazmin)...dan mereka berdua dituduh melakukan pembunuhan tersebut.Bagaimana mereka mencari jalan untuk membersihkan nama yang tercemar dan bagaimana kesudahannya...sila tengok sendiri*malas pulak aku nak mengulas*

Kalau 5 bintang aku bagi 3 bintang la..boleh la layan.ada part kelakar dan ada part tak logik juga.Ending pun tak dijangka.hehe


Dalam filem ni scene Syamsul pakai kain pelikat dan
juga pakai baju kurung siap bertudung..
pakai pelikat nampak 'sweet'
pakai baju kurung dan tudung..nampak 'sour'
haha

Hanis Zalikha?okey je bagi aku
tapi baru aku perasan..maknya lagi lawa kot
tapi badan dia slim habis

makan ni je.okeylah
abam kata
'ini sepit mr crab'
(watak en ketam dalam spongebob) 
sekian kisah hari minggu anak beranak
#rasa tak cukup korum sebab takde kakak 

Contest Kaca Mata PapaMifz.com

Monday, February 25, 2013 10
Entri ini untuk PapaMifz sempena contest yang dianjurkan oleh beliau di dalam blognya Contest Kaca Mata PapaMifz.

Sebelum tu aku nak cerita sikit yang aku ni ada sedikit phobia tentang contest/peraduan.Kalau nampak je ruangan peraduan kat mana2 majalah/paper/tv..ayat pertama terdetik dalam hati aku ialah 'emm,buat penat je join.bukan ada harapan nak menang pun.dahlah ramai yang join..takkan aku punya boleh terpilih' ye..gitulah phobia aku dengan contest ni.Tapi entah kenapa,tengok syarat tak ketat mana dan kebetulan aku pun berkacamata,try lah..kalau menang kira rezki.

*tarik napas dan mula*

Okey..aku mula pakai spek setelah dewasa beberapa tahun yang lalu,kalau tak silap tahun 2007 lepas bersalinkan si abam.Sebelum tu aku takde masalah rabun..tapi sejak mula keje opis hour yang mengadap komputer 8.30 pagi - 5.30 petang...aku perasan mata ada masalah rabun jauh.Selalu jugak di kata sombong sebab buat derk bila orang senyum.huhu

Spek pertama itu bingkainya kaler merah dan takde jenama sebab aku beli spek untuk melihat dengan lebih jelas dan mengikut bajet sendiri bukan beli sebab jenamanya.Aku buat spek itu di kedai cermin mata A-Look di Seremban2.Kalau tak silap harganya kalau tak silap rm230 termasuk cermin + bingkai.power masa tu 100..aku tak pasti tinggi ke rendah power tu.

Pengalaman manis selama berkaca mata ialah
-emm apa yang manis ye? nampak cam cikgu bedah dalam filem adik Manja kot.haha.Sorry tak tahu apa yang manisnya cuma yang pasti aku dapat melihat dengan lebih jelas lepas pakai spek dan orang tak kata aku sombong lagi.

Pengalaman pahit selama berkaca mata ialah
-oh bila berkaca mata,aku stop pakai tudung ada awning sebab bila pakai rasa macam 'mendung' paham ke maksud aku?dan paling pahit bila si kenit telah 'mengepak' spek aku tanpa aku sedari.huhu

Gambar dibawah adalah spek aku sekarang..yang ke 3 selepas yang pertama itu.Pun takde jenama dan harganya rm128.bingkai plastik dengan power 125.

Menyesal ke tidak beli spek ni?emm nak kata menyesal tak jugak sebab bajet tak banyak so beli setakat yang mampu jelah.Hajat hati nak juga yang ada jenama dan kalau boleh nak yang boleh tukar jadi hitam bila kena panas tu..aku tak tahu apa orang panggil untuk spek bertukar kaler itu.

my 'mata'

nampak tak senget di kerjakan oleh si kenit
selagi boleh pakai,pakai jelah
patah dua nanti baru cari ganti  

Okey,sekian..harap menepati syarat peraduan.Tetiba rasa malu..harap aku tak delete entri ni kendian nanti.huhu

Korang kalau berminat nak join blog klik Contest Kaca Mata PapaMifz dan tarikh tutupnya 15Mac2013.Sempat lagi nak mengarang.hehe

Friday, February 22, 2013

Rock Kapak Dalam Kenangan

Friday, February 22, 2013 24
Rock Kapak Dalam Kenangan
SEJAUH MANA PUN BERPISAH
KAU DIHATI KU DAN KU SAMA
DALAM TIDUR DALAM TERTAWA
KU UCAPKAN SALAM SEJAHTERA

SAYANG
BUKANNYA SEHARI DUA
PERCINTAAN KITA INI
YANG DIPERSUDAH DI PATERI
SAYANG
JANGAN IKUT PERASAAN
MARAH JANGAN DI SIMPAN
KU HANYA INGIN MENDUGA
DAN KINI AKU TAHU
SATU KEKASIHMU..HANYA AKU

AKAN KU SERAH CINTA ABADI
MENYERLAH SINAR MALAM SEPIMU
AGAR MENJADI PENAWAR LUKAMU
WARNA HATIMU
AKAN KU BAWA KAU MENGEMBARA
MENEROKAI ALAM ASMARA
MENGUBU KOTA,CINTA KITA

hehe..
boleh agak tu apa?
syair kah?
sajak kah?
atau pun pantun 8 kerat?

ye betul
*tepuk tangan*

sejak dua menjak ni member yang aku kongsi keta tu
suka sangat buka cd rock kapak
pegi keje pasang
balik keje pasang
gamaknya dia bosan dengan dj yang banyak gelak dari bercakap
huhu
aku pun layan jugak dengar lagu2 lama ni
siap aku cakap ngan dia
'sekarang saya tak rasa macam balik keje
tapi macam naik bas pegi sekolah masa dulu la
bila dengar lagu ni'

sebabnya brother yang bawak bas tu 
suka pasang lagu2 macam ni dalam bas
memang nostalgia sangat kan?
tetiba rasa macam umur 17tahun
sweet seventeen

^_^

kalau hebat..cer teka lagu apa tu
tapi takde hadiah ye

Sembang Kedai Kopi

Friday, February 22, 2013 15
Salam Hari Jumaat
Semalam....sehari suntuk aku tak masuk opis.Plan nak jumpa CikMot yang nak fly ke Kota Kinabalu pun kena kensel last minute.Takde rezki nak jumpa,maybe lain kali.Oh!CikViva dah post pasal ni semalam kat sini.Masa memula tahu kena attend briefing tu rasa stress gak sebab keje banyak kat opis.Tapi..bila dah join,best la pulak.hehe



dalam auditorium 
Biasalah dalam beberapa jam itu ada jugak beberapa kali adegan tersengguk-senguk macam burung belatuk.Tapi ada jugak adegan tegak kepala kalau yang bercakap tu pandai ambil perhatian pendengar.Tak caya tanya cikviva..hehe,aku tahu bila masa kepala dia tegak.kih kih kih.Abis sesi pagi ada tea break,makan kuih dan teh tarik je (apa?ingat dia nak jamu nasi lemak?konfem ada yang mendengkur kalau jamu nasi lemak yang extra santan tu) abis makan dewan balik.Tadah telinga lagi..pastu keluar lunch.Ditaja ditaja dengan makanan dalam kapal..nasi dan kari ikan tenggiri kot kalau tak silap (masa makan boleh pulak ada kawan konpius,ini ayam ke ikan?sebab ikan tu tebal sangat dan macam ayam)

Abis lunch masuk dewan balik..tapi kali ini cikviva dah tak join,.dia kena sesi pagi je.sesi petang ni kami dipecahkan dalam kumpulan kecil macam group discussion.kata fasilitator 'ini macam sembang kedai kopi.kita luahkan apa kita rasa,apa cadangan yang boleh diguna pakai untuk membangunkan syarikat'sesekali..sembang kedai kopi ni ada juga idea baru yang 'orang atas' tak pernah terfikir.Kita sama-sama duduk dan dan memberi pendapat masing2 walaupun ada juga idea yang memang tak boleh diterima akal dan tak logik.hehe.Harap2 idea itu tidak di 'tongsampah'kan.emm

Last sekali sebelum keluar bilik,touch up hasil kerja..(aku memang suka conteng2..apa lagi,mencontenglah keje aku..kaler2 sikit,bunga sana sini dan sinun) tapi buat presentation orang lain la,aku kan pemalu.kalau dalam group kecil aku mampu lagi bercakap.kalau depan bos besar,kecut sikit la.huhu

Jam 5.30 petang masih ada group membentangkan hasil kerja tapi group yang dah selesai dah boleh angkat kaki,ada la alasan..ambik anak kat sekolah,ambik bini kat opis..itu ini begitu begini.tapi aku kan tumpang member,dia tak bergerak..aku pun sama la kena tunggu.6.30 petang baru kami angkat kaki..hujan lebat rupanya diluar sana..tak sedar pun masa duk dalam dewan besar itu.

Sesekali seronok join program macam ni.membuka minda kita yang kebanyakkan masa selalunya terperuk kat meja kerja setiap hari.Jumpa kawan lama dari unit lain yang dah lama tak jumpa..kalau dah lama tak jumpa banyak la topik yang nak di ulas.dan kalau ada 'usikkan' tentang bentuk badan tu..abaikan jelah.Mulut tempayan boleh ditutup,mulut orang..sendiri tutup lah ;)

sekian kisah semalam...

Wednesday, February 20, 2013

Perut Buncit Sebelum Datang Period

Wednesday, February 20, 2013 22
Perut Buncit Sebelum Datang Period
psttt
 #pandang kiri kanan takut ada orang tengok
meh nak bisik
eh!kaum Hawa je tau,kaum Adam sila main jauh-jauh

'betul ke,perut akan buncit bila nak datang period?'
aku tak perasan pun sebelum ni
yelah..sedar diri
perut pun dah tak leper dan rata macam zaman anak dara

2 hari lepas aku sangatlah risau
siap ada drama lagi dengan en abe

'bagaimanakah perasaan mu wahai kanda
jika dinda mengandung lagi?
sebabnya dinda sangat risau
kenapa agaknya perut dinda ni begitu buncit sekali
memangla tadi adinda makan nasi
lepas tu topup pula dengan sepinggan char koew teow
tapi takkan kerana itu perut dinda begini jadinya'

dijawab oleh nya

'adinda pasti?kalau mengandung
kita terima sajalah
dah rezki Allah nak bagi'

jawapannya itu buat aku nak menangis di belakang pintu,huhu
masih ingatkah korang dengan entri ini

tapi tunggu kejap
jawapannya dah 'datang' tadi
takde apa pun
no ... yillek
kata kawan
dia pun begitu
'perut rasa macam masuk angin
buncit macam peknen bila nak datang period '

kalau ada pun aku dah redha sebenarnya

Alahai Dunia...

Wednesday, February 20, 2013 12
Alahai Dunia...
~Salam Pagi Rabu Yang Indah~

Nasi goreng kampung + Sup Perut =kenyang burppppppppppppppp
Tu dia..siapa mampu bersarapan begitu dipagi hari?
ye,aku la tu..hahaha
Malam tadi..kul 12malam,cik abe balik dengan menu tu
katanya 'kawan baru buka restoren'
So takkan aku nak bangun untuk makan selewat itu
makanya,jadilah ia menu sarapan pagi ini
Alhamdulillah,Rezki Allah bagi.

Pagi ni kecoh di radio..
'Tunangku Rupanya Isteri Orang'

Aku tak beli paper
baca pun kadang2 tapi itu pun dah cukup informasi
mau tidak,kiri kanan ada pengulas tak berbayar
tugasnya mengulas semua berita dalam paper
Aku cuma perlu tadah telinga je.huhu

Dari kisah

Artis nangis sampai bengkak mata dalam YouTube
(aku tengok video tu pun malu,huhu)

Artis sarung cincin tunang dengan berseluar koyak 
(tak sangka dia..mungkin tak sangka di tunangkan)

Bayi dilambung amah
(sorry aku tak tengok video yang orang duk heboh tu.
.tak sanggup,doaku moga bayi itu dilindungi Allah)

emm..makan lagi sedap kot..lalalalala

Tuesday, February 19, 2013

Watermark Pada Gambar.Perlu Ke?

Tuesday, February 19, 2013 17
Watermark Pada Gambar.Perlu Ke?
Halluuuuuuuuuuuuuuuuu...morning fren.sudah bekfes?hari ni aku bersarapan bihun goreng + telur mata kebau total lost rm3,last week menu yang sama tapi di caj rm2.50.huhu

Berkemungkinan akan slow dalam menghapdet blog dalam masa 2 minggu ini ada yang kesah? sebabnya  akak supervisor bercuti 2 minggu,so aku kena lah ambik sikit keje dia selama tempoh itu.*tarik napas..hembus*

Okey..rasanya ramai dah baca kisah yang berlaku pada blogger EllyInWonderland tentang penggunaan gambar anaknya di laman fb,kes dera katanya.Kalau kena kat aku pun pasti hangat hati.suka suki je guna gambar kita tanpa izin.So ramai yang nasihatkan dia untuk letak watermark pada gambar yang di share kat blog.

Aku pun gedikla konon nak tahu macam mana cara nak letak watermark itu..emmmmmmmmmmm tak semudah abc rupanya nak buat watermark itu  ke sebab ilmu yang kurang? jadi aku pikir 16 kali perlu ke tidak letak watermark.setakat ini cuma pandai buat yang disable right click tu je.yelah,aku pun banyak letak gambar anak kat blog.harap2 takde la kejadian buruk berlaku.nauzubillah

Aku rasa,selagi tiada kesedaran dalam diri tentang 'hak orang tetap hak orang,jangan buat macam hak kita' maka kes salah guna @ curi hasil kerja orang lain tetap akan tetap berlaku.paling cikai pun letak la kredit untuk sumber dimana gambar itu di ambil.

Selalu aku perhati banyak berlaku curi hasil kerja orang ini ialah blog resepi.Orang lain penat menumis dan mengayak tepung,setiap step memasak dari mula sampai akhir belum lagi bab berpanas depan oven dan dapur .. suka suki ngaku 'jemput tengok,ini hasil air tangan i,penat tau masak.hihi' kalau kena kat kita sakit hati tak?

okey itu je nak citer..
balik ke alam nyata #mana nak mula ni?nak buat yang ini dulu @ yang sana dulu?uwaaaaaaaaaaaa

Monday, February 18, 2013

Seharian Di Airport

Monday, February 18, 2013 22
Cuti Hari ke 7 -Rabu

Setelah 6 malam bermalam dengan kakak,tibalah hari untuk pulang.sob sob sedih nak tinggal kakak.Pepagi ayahanda dan si kakak hantar kami 3 beranak ke stesen bas untuk ke bandar Kota Bharu.Bas bertolak dari stesen jam 8.00 pagi..hujan masih renyai-renyai nasib baik tak lebat macam semalam.kata abam 'masa solat tadi abam dah mintak doa supaya tak hujan'hehe..

bergambar dengan atok sebelum naik bas
Perjalanan naik bas dari Krai ke KB ibarat makan angin.nasib baik ekon okey.si kenit dan abam sempat lelapkan mata.tepat jam 10.00 kami tiba di Stesen Bas Kota Bharu.awal lagi so sempat lah aku menapau keropok segera yang peket2 itu dengan 'etok'.haruslah membeli 'etok' kalau singgah di stesen bas itu.

Plan nak ambik bas je ke airport tapi bas baru je jalan..lambat la nak tunggu next trip..so naik je taxi.rm20 dari kb ke airport.sampai je airport ke kaunter untuk masuk nama.tu dia..harapan adalah tipis.ada ramai yang dalam 'senarai menunggu' (waiting list/standby) untuk flight 12.30 tengah hari.

Sementara menunggu jom makan kfc muaknya aku ngan kfc huhu kat tingkat 1 tu,sebabnya situ ada playground.anak2 wajib ajak ke situ kalau di airport kota bharu,sambil makan..sambil baca doa moga ada seat untuk kami anak beranak ke klia.

Namun harapan tinggal harapan..boleh lepas 2 orang je.Takkan aku dan kenit pegi tinggalkan abam untuk next flight?mana mungkin begitu..aku decide si abam pegi dulu,aku dan kenit tunggu next flight 4.30 petang.tak boleh pegi sama2 takut semua tak balik nanti.

Menitik jugaklah airmata abam sebab pertama kali naik flight tanpa sesiapa.Bila pujuk cakap 'ayah tunggu abam kat sana.jangan takut'..alhamdulillah..abam sampai dengan selamat ke klia.mak aku pulak yang risau cucunya naik sorang2..apa nak risau..itu direct flight je pun bukan singgah mana-mana.

Penantian memang penyiksaan..menunggu next flight jam 4.30 petang dalam debaran.Ramai sungguh orang nak balik ke klia hari itu.Aku bukan ada sedara mara di KotaBharu untuk menumpang tido kalau tak dapat flight balik.nak patah balik ke kampung pun bukan dekat2 perjalanannya.


memang tak duk diam


ni masa sebelum 'hujan turun'
last2 elok je naik flight sorang

feminin tak saya?
adoi

hai..peace yo

1,2 go...

Dipendekkan cerita..dapat jugak aku dan kenit balik dengan flight 4.30 petang.Syukur yang amat.

Sekianlah sudah kisah 'pahit manis' balik kampung di musim perayaan..Orang kata 'balik lah kampung sementara masih ada orang tua.kalau mereka dah takde,apalah ertinya balik kampung itu'....

Episod Terakhir Balik Kampung Cuti CNY

Monday, February 18, 2013 9
Ini last episod cuti panjang balik kampung itu.Sambungan untuk kisah sebelum ini.Disini,sini dan sini juga.

Cuti Hari ke 4 -Ahad

Dah tak banyak xtvt,cuma enjoy melayan karenah anak2

Si kakak seronok dapat main dgn adik2.melukis,tengok tv,main masak2.
Si abam seronok dapat ke surau setiap waktu solat (subuh je tak pegi surau).
Si adik..mengembara segenap ceruk dalam rumah itu.masuk keluar bilik..batuk pun dah kurang.

Petangnya,mak panggil dari dapur..katanya kakak sepupu aku call,ajak datang kedainya ada orang nak buat party 'tapuwe' tapi mak suh aku wakil sebab masa tu mak baru nak bancuh tepung buat kek.hehe,tetiba rajin pulak mak aku nak buat kek bagai,ala kek kampung je bukan kek hebat pun.Tapi kek kampung la sedap..tak jemu makan.Mendapat arahan terus cepat2 salin baju..anak2 tak ikut.

Sesampai je kat tempat kejadian,majlis dah mula.Aku ingatkan nak promote 'tapuwe' rupanya bukan.Oh lupa yang jadi jurucakap ialah sedara jugak.dia duk Penang.Sementara balik cuti ni sempat lagi berniaga.Dia promote sejenis tuala wanita yang katanya sangat bagus dan lebih baik dari tuala wanita yang jual kat kedai tu.Siap buat demonstrasi lagi (betul ke penggunaan ayat ini?').Aku datang sebab taknak menghampakan jemputan orang.Lepas dengar dia bercakap kami dijamu makan..bihun bersama keropok dan teh tarik.

Ramai jugak makcik2 dan akak2 yang beli barang dia jual tu..lepaslah kot kos minyak/tol dia balik kampung.hehe aku juga terbeli sepeket pad dan panty liner.tolong sedara ;)


Cuti Hari ke 5 -Isnin

Malam tu terjaga dalam jam 1.00 pagi sebab rasa macam basah,rupanya kenit dah kencing tilam.huhu.dia kan dalam proses 'free diaper' dan salah aku sebab yakin sangat.Siang dah okey,tapi malam tak berapa jamin.Merasalah salin cadar dan cuci tilam jam 1.00 pagi.

Dah terjaga susah pulak nak tido balik..ntah kul bape aku tertido semula.

Pagi ni sekali lagi aku teman ma ke kebun getah,siap bonceng ma naik moto.Dah lama aku tak bawak moto..ma pun cam tak berapa yakin je nak naik moto dengan aku.hahaha,sib baik tiada adegan moto panjat pokok

Petangnya..bawak semua orang ke pekan Kuala Krai sebab kakak sebut nak makan kfc yang menu baru iklan dalam tv tu Chicken Wrap ke namanya..oh Golden Chicken Wrap nama betulnya

komen aku?
emm ..bolehla telan
takdelah sedap sangat
tapi anak2 kata sedap

kakak kata 'sedap sangat'

makan je tak perlu kata apa2

budak tengah kuat makan
sapa tak abis,tolak je depan dia
semua licin 

elok tengah makan,hujan selebat2nya..lepas makan singgah kedai baju harian sebelah kfc.borong 'spentot' untuk anak2..selai rm1 je.murah kan?stok untuk setahun.hehe

Ontheway balik rumah lajak ke rumah pakcik..ambik nenek bawak balik rumah mak aku.So malam tu dapat tido dengan nenek.Dah beranak pinak pun tapi kalau balik kampung aku tetap akan tido dengan nenek.Yelah,sementara masih ada nenek.Dah takde nanti lain la citer.sedih pulak membayangkan kalau nenek dah takde.

Cuti Hari ke 6 -Selasa

Hari ni langsung takde xtvt..sejak petang dari balik makan kfc hujan turun non stop.dari petang membawak ke malam..berterusan sampai petang besoknya

Duk membayangkan macam mana la nak balik ke airport dengan hujan lebat itu.Tak baik kan?Hujan itu Rahmat Allah.Bayangkan betapa sukanya pokok2 dan rumput dengan kehadiran hujan ;)

~bersambung~ada lagi ke?kata dah episod terakhir?layannnnnnnnnn...


Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

Monday, February 18, 2013 9
emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger BangsawanNilai kat sini.katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya'okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung.

Hari ke 3,Sabtu..

Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat.

Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil tahu mana letak tanah kebun dan tak tahu mana sempadan tanah..nanti kalau diorang takde lagi..sapa nak ambik tahu.

Jadinya...kebetulan aku memang nak enjoy cuti kali ni,aku ikut mak ke kebun getah.tak jauh pun dari rumah dalam 5 minit je jalan kaki.Kebun pun bukan luas mana (kebun itu kepunyaan arwah atok tapi mak dah beli dari atok sebelum atok meninggal) di tanah kebun itu lah tempat aku dilahirkan...rumah asal dah takde tapi ayah ada bina sebuah rumah kecil (macam pondok) untuk tunggu durian masa musimnya di tapak asal rumah tu.

Mak pun menoreh sekadar keluarkan peluh katanya.Lagipun takde akiviti waktu pagi selain dari tido.Katanya dapat juga keluar peluh.Aku tak kisah asal jangan memudaratkan diri.Jadi ma ke kebun waktu pagi..dalam jam 9.00 dah balik rumah.Aku pun meneman ma pagi itu bukan buat keje,tapi nak jadi wartawan tak bertauliah..siap bawak kamera lagi masuk kebun,dasar blogger..semua benda nak di ambik gambar.huhu

okey..biarlah gambar pula berbicara

kebun getah mak aku
terang je boleh main kejar2 dengan nyamuk

sapa tak kenal pokok getah?
ini la dia pokok getah dan semangkuk susu  

ini pondok yang sedang menunngu roboh
tapak asal tempat aku di lahirkan 

budak berani takut

kemain tinggi angkat seluar
takut pacat
inilah dia hero idaman malaya
sapa mampu pakai baju melayu dalam kebun getah?

biji getah..kutip 7 biji je
cukup2 untuk main 'selambut'
korang sebut 'batu seremban' ye

ini pokok 'pijat'
baunya sedikit menyengat
diguna untuk menjadi bahan dalam sambal 'tradisional' kami
ada orang sebut 'pokok cemomok'
dalam blog masak mamawandiha ada sebut tentang pokok ini


 ini namanya 'pacat'
tapi si abam sebut 'pakcat'
huhu..nanges aku dengar

masa sampai kebun aku nampak kaler merah
ingatkan apa
pegi dekat sikit

stesen minyak caltex rupanya
kata ayah 'kebun ni tunggu kita offer je,dah ramai nak beli'
kata adik lelaki 'jangan jual..nanti kita fikirkan untuk pelaburan jangka panjang'
aku?
no komen

balik dari kebun,kepenatan yang amat.mengalahkan mak aku.adoi malunya kat mak yang umurnya dah 55 tahun..nampak sangat aku ni kurang bersenam.huhu

Petang dan malam takde xtvt,aku cuma buat 'taik mata' je..sesekali ke dapur untuk isi perut.emmm...

Sila Salahkan Alarm Itu

Monday, February 18, 2013 7
Sila Salahkan Alarm Itu
Salam Isnin..

Hari ni adalah sedikit menggelikan hati.Salah set alarm.Ingatkan dah kul 6.00 pagi.maka aku bangun..mandi,gosok uniform sekolah abam dan baju kurung untuk aku.Turun bawah masak air.naik balik kejut abam bangun.

Si Abam bangun..mandi dan solat subuh,pakai baju dan turun bawah.Sekali masa aku nak angkat takbir..dengar suara en abe 'abam..cakap ngan umie.baru kul 5.45 la,belum subuh lagi' alamak..kensel nak solat subuh..pastu aku gelak macam mak lampir atas kesewelan pagi ini.huhu.

Huh rugi..rugi,apa nak buat ni?capai surah Ya'sin..abis baca,baring semula dengan telekong tu tunggu solat subuh.Si abam pulak sambung tido dengan uniform sekolah kat sofa.

Tapi dalam menunggu azan sempat gak lelap..sib baik terjaga jam 6.30 pagi.Kalau terbabas jam 9.00 harus abam ponteng sekolah dan aku lambat gi keje



Sekian kisah salah set alarm ;)

Friday, February 15, 2013

Cuti Hari ke 2:Adik Batuk,Pacat,Melawat Nenek

Friday, February 15, 2013 14
Cuti Hari ke 2:Adik Batuk,Pacat,Melawat Nenek
Okey..sambung lagi kisah balik kampung

Hari ke 2..Jumaat

Malam itu tak berapa lena tido..nasib baik aku dah tido awal.Si kenit asik terjaga kerana batuk.Berlaku sedikit drama 'kena paksa makan ubat' eee sabor jelah.Maka 'sleep-sleep chicken' aku malam itu.Anak oh anak..

Pepagi selepas Subuh,mak balik dari surau dengan sarapan nasi lemak dan nasi kerabu,pilihanku seharusnya nasi kerabu lah ye.Lepas makan,si kakak dan si abam ikut mak aku ke kebun getah..tapi tak sampai setengah jam dah berlari balik rumah.kata si abam 'abam takut pacat,dia geli sangat' apalah abam ni,kata anak jantan.Pacat pun takut.

Bila mak balik dari kebun,aku dan anak2 ikut mak ke gerai kakak sepupu yang berniaga kedai makan..mak sebenarnya tunggu lori ikan kat situ..so sempatlah kami menjamu selera di gerai kakak sepupu.Aku makan nasi kerabu lagi.Argh..............takutnya saya dengan selera makan yang menjadi2 itu.

Tengah hari pulak,ikut ayah yang nak ke masjid solat Jumaat,ayah turunkan kami kat rumah pakcik untuk melawat nenek (nenek aku duduk dengan adik lelaki mak aku) tak jauh pun.dalam 10 minit naik keta.Sempatlah kami makan tengah hari kat rumah pakcik sementara tunggu ayah abis solat Jumaat.

Petang tu..si kenit tido,lega sikit..baru aku ingat nak lelap sekali tapi mak pulak ajak join grup wanita baca Ya'sin kat surau.layan jelah..bukan selalu balik kampung.Aku tengok banyak betul aktiviti mak aku ni.Nanti aku citer bab ni lain kali..di surau,sempatlah beramah mesra dengan makcik2 yang dah lama tak jumpa.

# sebenarnya aku selalu balik kampung paling lama pun 3 hari..ini kali pertama aku balik lebih dari 3 hari.Balik kampung kali ini aku banyak mengimbas kembali kenangan semasa membesar di kampung.

Cuti Hari Pertama:Terbang Pulang

Friday, February 15, 2013 11
#TQ sebab korang sudi ambik hati aku,kengkonon macam berminat nak baca kisah macam mana aku menghabiskan cuti 7 hari itu.Padahal,kalau korang tak nak baca pun aku tetap akan tulis dan bercerita jugak..MyBlog Is MyDiary Too.hehe

Okey..kita mulakan dengan perjalanan pulang yang adalah sedikit mencabar kerana 2 malam sebelum pulang ke kampung,si kenit di serang batuk 'kong-kong'..hehe.itu kong-kong bunyi batukla..sedikit selsema juga datang menziarah.nak bertukar bulan barangkali.macam baby la pulak ye..Tapi mengenangkan hati sudah terbang ke kampung..maka ku gagahi jua pulang ke kampung walaupun anak kurang sihat.Kalau tak kerana ada sorang lagi anak yang menunggu di kampung sana,mungkin aku dah kensel plan balik kampung itu.Tapi..demi anak-anak,ku gagahi jua..

Perjalanan pulang KUL/KBR ialah pada hari Khamis (7 Feb) dengan penerbangan jam 10.35 pagi.wah detail sekali informasinya..flight memang fully book kerana ramai nak balik kampung for CNY tapi ada rezki kami untuk menyelit.Alhamdulillah..



kenit yang meragam..tak sihat
Mendarat di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra,Kota Bharu jam 11.35 pagi dan batuk si kenit makin menjadi-jadi.Adohai..malas nak buang masa ke Bandar Kota Bharu (sepatutnya kalau nak jimat..ambik taxi ke bandar KB dan dari KB naik bas ke Kuala Krai) tapi memandangkan anak tak sihat,ambik terus taxi airport ke Kuala Krai..tambang taxi ialah rm99 dan aircond nya amat mengecewakan.huhu.dah cakap kat driver tapi mungkin dia ada masalah ekon agaknya..lepas komplen ada la sikit rasa ekon tapi tetap jugak panas.

Jalan adalah jem kerana hari itu adalah hari terakhir persekolahan,di setiap sekolah penuh dengan kereta yang mengambil pelajar pulang dari asrama.Perjalanan yang sepatutnya ambil masa 2jam menjadi 3jam,ditambah pula dengan kereta 'pokcik-pokcik' bawak kereta sambil makan angin.Masuk dan keluar simpang tak bagi signal.huhu.Berlaku juga kejadian dimana taxi yang kami naik hampir mencium bontot sebuah myvi yang tetiba nak masuk simpang.Alhamdulillah..tiada kejadian buruk berlaku.

Sesampainya di pekan Kuala Krai,ayah dan ma tak dapat ambil kami sebab ada kenduri di GuaMusang dan aku pun taknak susahkan sesiapa..ambik prebet sapu ke kampung.Selamat sampai kepintu rumah ayah bonda jam 3.45 petang..kepulangan kami disambut riang oleh puteri sulung,si kakak.

Malam itu..aku tido awal,si kenit dengan batuknya tapi ligat berlari sana sini.Maklum rumah kampung itu luas..boleh main badminton dalam rumah.Ntah bila dia tido pun aku tak tahu.huhu

Okey..sambung kisah esoknya di episod akan datang #kalah drama Setia Hujung Nyawa siap ada episod lagi.layan...........

Psttt...........

Friday, February 15, 2013 7
Psttt...........
Assalamualaikum (^_^)

dah sarapan?

#uwaaaaaaaaaaaa keje menimbun atas meja ni
ada hati nak apdet blog.huhu

psttttttttttttt

hajat hati nak bercerita tentang kisah cuti2 balik kampung
banyak benda nak citer ni
tapi ada ke yang sudi baca?

kalau takde kita abaikan jelah ye

Thursday, February 14, 2013

Cuci Sawang,Rancangan Kartun dan Hari Kekasih

Thursday, February 14, 2013 14
Cuci Sawang,Rancangan Kartun dan Hari Kekasih
Assalamualaikum...
 7 hari bercuti dari hapdet blog,ada ke yg merinduiku?
 Takde?
sedeynya...huhu
tapi aku rindu bangat kat korang tau
gigih menaip di skrin henpon yg cinoet ni
semata2 nk lepaskan rindu.huhu

Hari ni adalah hari Dobi sedunia
Maklum ler balik dari coti2 haruslah kain baju macam gunung nak disetelkan
Sambil basuh kain..masak dan kemas rumah,sambil melayan si kenit.
Dia syok layan kartun sambil berjoget-joget ria

Dan aku sedikit pelik kenapa kartun hari ni duk sebut-sebut 'selamat hari kekasih'
Siap si donald duck dalam Disney Channel tu bagi hadiah untuk si daisy
Daisy pulak buat kad ucapan untuk di Donald

Tiba2 baru aku teringat yang hari ni ialah 14hb February
Dan si abam pun mula bertanya 'hari kekasih tu hari apa?'
Adoi...jenuhla pulak nak perah otak
Memilih ayat yg senang difahami oleh budak 8tahun ni
Aku cakap kat dia 'hari kekasih ini bukan budaya kita Orang Islam'
Tau2 jelah budak sekarang ni
Memang suka bertanya

...... Oklah..nak sidai kain jap daaaa....

Wednesday, February 6, 2013

Tutorial Tudung oleh Cik Ajaa

Wednesday, February 06, 2013 21
Model:Cik Ajaa

Selamat Petang Semua

hari ni Ajaa take over umie punya blog
#umie masih sibuk mencari dokumen.hehe 

Ajaa nak buat tutorial tudung menggunakan gown
senang untuk dicuba
konfem tak nyesal

1-memula pakai gown macam biasa,yang kembang2 lagi bagus
2-ambik hujung gown bahagian belakang tarik ke atas
3-pastikan ia menutupi kepala
4-nak buat jambul pun boleh,suka hati
5-siap,mudah kan?

sesuai untuk ke majlis tak rasmi
contoh majlis hari jadi anak jiran sebelah
tapi jangan pandang belakang tau
nanti nampak spentot 'munge-munge'
  

suka buat 'hidung' macam tu bila nak ambik gambar
pesen baru kot


sekian..selamat mencuba..
~nantikan tutorial terbaru dari cik Ajaa~

*-*-*-*-*

kalau blog ni masih wujud 15 tahun lagi
agak2 la Ajaa marah tak bila tengok gambar ni?

#bukan aku yang buat tau
tiap kali pakai gown dia buat fesyen tudung tu
tapi dalam rumah la ;)

Edika Yusof.Kenal tak?

Wednesday, February 06, 2013 20
Korang..nak tanya ni,kalau sesapa keje bahagian yang melibatkan dokumen,berapa lama korang simpan dokumen itu?ada yang kata 7 tahun,ada yang kata 3 tahun.Sebenarnya mana satu yang betul?7 tahun @ 3 tahun?aku baru simpan dokumen 2 tahun pun rasa macam dah tak tahu nak letak celah mana..kiri kanan depan belakang kertas.macam mana gamaknya kalau simpan sampai 7 tahun.huhu

Petang semalam..dapat emel,mintak dokumen bulan Ogos 2011 (nak nanges..huhu.dokumen itu memang ada tapi dah masuk stor)Begini lah nasib,diriku yang bukan sesiapa.Nak tak nak,nanges ke tidak..tetap kena cari sampai dapat itu dokumen *tarik napas..hembus*.

Okey..lapangkan hati dengan menziarah blog kengkawan.Dokumen itu nanti diusahakan..hehe.Merungut bagai nak rak pun tak guna,ending sendiri kena buat jugak kan..so jangan serabutkan otak.

Psttt...meh nak bisik sikit.nak cakap kuat-kuat,malu.huhu.tadi aku terklik ke blog ini dan jumpa ini dah lama aku cari kisah dia (macam tak percaya aku tulis ni.dia bukan sesiapa dengan aku.dia pun tak kenal aku) tapi masa kecik aku selalu nampak muka dia dalam majalah dan di dinding bilik kakak-kakak sepupu aku dulu.

kenapa aku ingat dia ni?sebab dulu dia kategori lelaki hensem di zaman aku kekanak.hehe

sumber dari sini



dan juga dari sini




ingat2 lupa..dia sedara mara dengan Yusof Haslam kan?
ops ada sorang lagi sezaman dengan dia,Zulkifli Khan
muka macam ada iras arab-arab macam ni
kat kampung aku panggil 'tok seh (sheikh)'
.

aku muka melayu jati walaupun bermata sepet ;) 

#nak cari dokumen..nak cari dokumen..nak cari dokumen
nak cuti..nak cuti..nak cuti 

Tuesday, February 5, 2013

Cuti Sakan

Tuesday, February 05, 2013 24
korang ooooooooo korang
hari ni aku betul2 takde mood nak buat keje
#tensen mesin potostat buat hal

mata duk pandang kalendar je
nampak tak?

pengasuh ambik cuti 7 - 14 hb
maka aku pun kenalah cuti
7 & 8 -cuti tahun
9 & 10 -sabtu ahad + CNY
11 & 12 cuti ganti sempena CNY
13 & 14-cuti tahun
=total bercuti:8 hari 

plan 1:
nak balik kampung jumpa si kakak,jumpa mak ayah
jumpa nenek-nak tido dengan nenek
nak makan puas-puas
nak suh ayah buat sup tulang
suh ma buat sambal terung pipit,sambal jering
apa lagi ye?
oh nak makan nasi kerabu my cousin buat(dia buka gerai nasi pepagi)

plan 2:
kalau tak jadi balik kampung
nak balik cheras umah mil
nak naik komuter/lrt bawak kanak2 ribena jalan-jalan
beli tiket dan naik komuter/lrt duk dalam tren tak payah turun
nak jalan2 gi Sogo/MidValley cuci mata
tak pun jalan2 ke jalan TAR

plan 3:
kalau semua tak seperti dirancang
duk umah je
uwaaaaaaaaa
8 hari duk umah je
kalau bercucuk tanam sempat anak benih itu berpucuk

alangkah best kalau ber$$
boleh gi Korea sini pun okey juga
takpelah..layan 393 drama Korea sampai lebam

kita tengok apa jadi nanti
eh esok aku keje lagi

Air @ Letrik?

Tuesday, February 05, 2013 18
SALAM SEMUA :)
sejuk cuaca hari ni..rasa cam nak tarik selimut sampai ke kepala bila azan subuh berkumandang.tapi teringat nenek kata 'kalau azan Subuh tapi makin sedap tido,itu tandanya kita diselimutkan dengan selimut kulit babi' euww jijik okey..Tapi demi sesuap nasi ku gagahkan jua kaki melangkah ke bilik air.poyo sangat ayat itu.sedikit berat hati nak datang keje bila mengenangkan si kenit Ajaa tak berapa sihat malam tadi.kaki asik menendang orang je kejenya.Hidung dia tersumbat semua orang dapat tempias.'dik,sila salahkan hidung adik itu ye'

aku ada kisah nak share ngan korang tapi ini kisah malam ahad lalu..alkisah malam itu aku tertido awal gara2 diserang selsema yang agak teruk.Pakej sakit tekak sekali.huhu..siksa wei.Tengah syok beradu dilautan mimpi tetiba rasa panas 'alamak,black out ke?' bangun dan selak langsir,intai rumah jiran..konfem.Satu taman black out.Tengok jam tepat 12.05 malam(eh malam ke pagi?).

En Abe lom balik..aku pandang si abam dan si adik..sedap je tido tak menguit langsung,ni mesti letih sangat main sepanjang hari.Dalam hati tercakap 'diorang ni tak panas ke?'Aku dah gelisah..apa nak buat ni?lilin pun takde,lampu picit juga takde..tapi fikir balik,bukan rumah aku je black out..satu taman.nanti adalah orang tepon TNB tuh.hehe

Sejam kendian..letrik pun ada.kiranya 1 jam cukup2 takde letrik.tq TNB,tapi apa masalahnya ye?muskil disitu sebab selama aku menetap ditaman itu,ini kali pertama black out sampai 1 jam.Tapi bab air penah putus bekalan selama 2 minggu,siap masuk tv3 lagi.

1 jam takde letrik,apa rasanya?panas la kan.rumah batu,bukan rumah papan..kalau rumah papan ada jugak angin masuk ikut celah lantai/dinding.So buka tingkap luas2 dengan harapan angin masuk.Buntu kejap otak bila takde letrik.Masa tu aku mula terkenang masa dahulu zaman jepun waktu aku dibesarkan.

Masa aku lahir sampai lah umur 8 tahun,takde letrik.Maksud aku letrik 24jam.dan umah kami juga takde tv.sebelum tu ayah ada tumpang generator rumah jiran(konsep bayar bulan2 tapi bayaran tetap..aku pun tak tahu bape ayah aku bayar untuk sebulan) so dapatlah bekalan letrik dari jam 7.00 malam sampai 7.00 pagi.dengan kudrat generator mana boleh tengok tv pun.itupun rumah jiran2 lain takde pun letrik..masih pakai pelita atau lampu gasolin.teringat sebelum itu kenangan (kami 3 beradik.aku,adik lelaki dan cikviva masa tu masih kecit.3 adik lagi belum lahir masa tu.cikviva kecik2 dulu suka pakai sependek(seluar pendek) corak askar..abis la kena marah nanti buka kisah silam.hehe) bila ayah tengah mengepam lampu gasolin itu,kami reramai duk kerumun ayah.macam hebat sangat sebab ayah boleh pam lampu tu sampai menyala.Lampu gasolin tu pun tak semua rumah ada.kira hebatlah kalau rumah orang lain pakai pelita dan rumah kita pakai lampu gasolin tu.hehe

macam ni la lampu gasolin zaman aku kecik dulu
Antara kenangan paling tak boleh lupa masa memula ada letrik kat kampung aku ialah..setiap kali periksa aku dapat no 1 hingga 3 je dalam kelas.Elok ada letrik 24jam,ayah dah beli tv..terus dapat no 8.sapa nak jawab tu?menjawab la aku..hehe

Kita selalu dengar orang merungut takde air susah.Jarang orang merungut takde letrik.Aku tahu 2 benda itu sangat penting

AIR dan API (letrik la)

ada orang kata 'takde letrik takpe,tapi takde air lagi susah nak buat apa pun tak senang.nak basuh berak pun susah.nak pulak kalau kat rumah ada budak kecit'

dan ada pulak yang kata 'aku kalau takde air okey lagi..jangan takde letrik..sebab semuanya bergantung dengan letrik zaman sekarang ni.kalau takde air,lori boleh hantar air..tapi kalau takde api (letrik) sapa boleh hantar?'

kalau tok nenek yang hidup zaman jepun tu tahu betapa 'manja nya 'kita sekarang ini..nanges diorang.

korang macam mana?pilih antara dua..air @ api?pilih 1 je tau..tak aci pilih dua-dua sekali nanti aci marah ;)

Monday, February 4, 2013

Jantina Anak mengikut Carta Cina

Monday, February 04, 2013 23
SALAM SEMUA
SeLaMaT HaRi IsNiN

Sedikit kelam kabut pagi ini
makanya aku telah tertinggal henpon kat rumah
huhu
Ini kerana en ayah kena gi course
maka anak dara kenitnya meraung tak hengat
gara2 tidonya terganggu
kena pegi umah pengasuh awal pagi
selalunya boleh menyelit celah ketiak ayah sampai tengahari

dalam keta jumpa paper lama
'sulat kaba lama,sulat kaba lama'
29Januari yang lalu

DiChina mengamalkan dasar
1 Anak 1 Keluarga
Kesiankan?
Kawan aku pernah cuti2 ke Beijing,China
katanya ramai duk kerumun anak dia
siap cakap kat dia (dalam bahasa ayam itik)
'kamu sangat bertuah ada anak ramai
kami cuma boleh ada 1 anak saja'

budak2 kat sana pun 
bila nampak budak sebaya seronok sangat
mengekor je nak berkawan dengan anak2 kawan aku
boleh nak ada anak lebih dari 1
tapi banyak syarat2nya
tu pasal ramai memilih untuk anak 1 je

negara kita tak mengamalkan dasar tersebut
tapi ramai yang fikir banyak kali untuk tambah anak

alkisah
dari awal tahun 2013 aku duk membelek carta ini
ditambah pula besday ke tigapuluhempat Jumaat lepas

masa memula kawen dulu
target anak 2 orang je
pastu bila si abam umur 5 tahun
perasaan nak ber'baby' datang kembali

sekarang Adik Ajaa dah 3 tahun 
rasa itu datang lagi
 tapi

.
.
.

entahlah  


(^_*)

~saja je intai kalendar~
hehe