Friday, November 30, 2012

Alah dengan ubat nyamuk dan kaitan dengan G6PD

Friday, November 30, 2012 16
Alah dengan ubat nyamuk dan kaitan dengan G6PD
Salam Jumaat dan selamat tengahari semua ;)

dah lunch?aku makan meggi goreng (bawak untuk sarapan tapi kena masuk briefing so tak sempat makan.salah sendiri sebab sampai cukup2 time je..makanya makan sarapan jadi lunch terus),ada member bagi rasa seketul durian crepe..sudahnya sendawa ada bau durian.euwwwwww..

Durian ni makannya memang sedap tapi sendawa kalu baunya,arghhhhhhhhhhhhh perit.itu baru sendawa,kentut kalu..sendiri jawab ;)

Nak tanya pernah dengar kata-kata 'lagi banyak belajar lagi bodoh' hehe,kasar bunyinya.bukan itu maksud dia..maknanya bila kita belajar dan belajar,banyak benda kita tak tahu jadi tahu tapi banyak juga benda yang kita tak tahu.eh,peningla...

korang tahu apa itu G6PD?sini ada tulis dan sini juga.G6PD ialah singkatan kepada Glucose 6 Phosphate Dehydrogenase.Semalam berbalas emel dengan sorang kawan blog yang sedang menunggu hari bersalin,dear..kamu tahu siapa kamu.hehe

kami bercerita tentang macam-macam dan last tercerita pasal G6PD.serius aku tak ambik pot sangat pasal ni sebab aku ingat benda ni tak bahaya.rupanya bila gugel..banyak jugak pantang larang untuk anak-anak yang dilahirkan dengan G6PD ni.Aku tak nak ulas panjang lebar,cuma nak petik sikit je..bab alahan.

Antara alahan untuk yang ada G6PD ialah :

-alah dengan ubatan tradisional
-alah dengan kacang parang
-alah dengan ubat nyamuk

aku kalerkan warna merah pada ubat nyamuk tu sebabnya,aku perasan yang aku memang tak boleh bau ubat nyamuk (jenis yang lingkaran kena bakar tu..yang spray takde masalah)

kalau pasang ubat nyamuk tu..tersedut je,aku boleh kena selsema dan sakit tekak membawak kepada demam terus esoknya.sebab tu aku elak pakai ubat nyamuk ni.kalau pasang pun aku letak nun jauh disana.(aku pelik ngan nyamuk ni,..kalau nak hisap darah tu hisap jelah.takdenya dia hisap sampai kering tapi yang paling aku tensen tu siap pakej nyanyi lagu heavy metal kat tepi telinga..huhu.en nyamuk,tahu tak bunyi kamu tu bikin  saya stres) .

adakah aku ada G6PD jugak?Orang kata penyakit itu boleh dikesan semasa bayi itu baru dilahirkan melalui ujian menggunakan tali pusat.TAPI..kalau macam aku,zaman bayi ramai yang dilahirkan kat rumah dan disambut oleh mak bidan kampung ..macam mana pulak ye?dah besar panjang ni kena buat test jugak ke untuk tahu kalau kita ada G6PD?Risau jugak sebab kalau tak dikawal boleh mengakibatkan kencing berdarah atau bertukar jadi kaler macam air coke.

Sapa ada anak yang disahkan G6PD?apa pengalaman kamu tentang itu..sebab anak aku 3 orang tu masa dilahirkan katanya bebas G6PD (masa tu aku tak ambil pot pun pasal ni).Sekarang baru nak ambil kisah.

Thursday, November 29, 2012

Nina,Masterchef Musim Ke 2 dan Tudung Bokitta

Thursday, November 29, 2012 25
Okey..abaikan entri yang agak emo tu,meh kita citer pasal rancangan masak-masak yang dah nak sampai ke penghujung.Che Lah dah keluar.sedih?ye..sedih la kan sebab aku minat dia.Tapi selain Che Lah,aku minat kat sorang lagi..sapa dia?

tara..........ni dia,Nina..peserta dari Kedah yang senyumnya manis macam gula batu

my name is Nina,umur 31tahun
asal dari Kedah noo..

komen dari mil
'laki balik keje nak marah pun tak jadi,dapat bini senyum manjang macam ni'
hati senang boleh la senyum
sakit ati kalu,boleh ke senyum? 

nina yang manis
selain suka tengok Nina yang lemah lembut suara dan loghat Kedahnya itu,yang aku suka tentang dia ialah fesyen tudungnya yang berwarna warni.ye..........aku suka style tudung macam shawl lilit2 jangan sampai terbelit sudah

aku ter'cakap' ngan adikku,cikviva pasal tudung yang Nina pakai ni.katanya 'entah2 ni tudung yang dah siap lilit tu..dari Lubnan katanya..ada kuar dalam tv tu ari'.

oh!aku ketinggalan..tak tahu pun pasal tudung dah siap lilit ni.katanya nama 'BOKITA'..terus gugel.okey,dah jumpa.....'BOKITTA' oh salah eja,ingatkan 'bokita' rupanya 'Bokitta' errrrr..aku tak pasti lak samada si Nina ni pakai tudung Bokitta atau dia lilit sendiri.cuma aku perasan,style tudung dia pakai tu macam sama dengan dalam website tu. 

bokitta website
~lawa~
agaknya minah2 arab yang aku nampak pakai tudung ni la kot
nampak terletak je kat kepala 

Ku telek-telek..ku tenung-tenung,sampai bawak masuk dalam mimpi.hehe
Mykomen is:

-memang lawa kalau muka dah sedia lawa,nak pulak muka macam minah arab cam model tu
-tudung agak singkat,tak tutup dada..huhu (macamla sekarang pakai tudung labuh)
-nampak stylo meh..hehe
-harga pun boleh tahan mahalnya kalau ber'$$$' apa salahnya

okey..takpelah,ai lilit sendiri jelah ^_^

Jangan Menyesal Kendian Hari

Thursday, November 29, 2012 9
Jangan Menyesal Kendian Hari
hai hai hai..mood adalah celaru tentang banyak perkara tapi sila abaikan je..itu cuma masalah duniawi.okey..hari ni nak berceloteh tentang tajuk:

~Menyesal Dahulu Pendapatan,Menyesal Kemudian Tiada Gunanya~

pernah tak korang menyesal tentang sesuatu?tak kisahlah samada menyesal disebabkan perbuatan @ kata2.

aku bagi contoh simple:

-isteri/suami yang tak menghargai pasangan semasa masih ada..dah mati@bercerai baru nak nyesal tak buat itu,tak buat ini semasa masih bersama dulu

-anak yang menyesal tak buat yang terbaik semasa masih ada ibubapa

sila jawab tanpa banyak soal dah macam kes paksa ni.hehe

Wednesday, November 28, 2012

MAHA 2012 @ Serdang

Wednesday, November 28, 2012 16
MAHA 2012 @ Serdang
hai ;)

tq sudi singgah sini lagi dan layan entri ke3 aku untuk hari Rabu yang katanya Wordless Wednesday.yelah sangat...mana 'less'nya kalau dah 3 kali post entri.huhu

Korang tahu kan mak dan adik aku ada kat sini,pagi semalam sampai dari kampung cerita kat sini.dan sekarang aku masih memikirkan kemana nak bawak diorang mengisi masa lapang.bukan senang tau mak aku nak datang..inipun sedih sebab ayah tak datang,macam tak cukup korum je.huhu.Cuti sekolah yang panjang ni je kalau nak datang pun.yelah,aku kan masih ada sorang adik yang bersekolah.Kalau tak cuti sekolah memang tak boleh kemana-mana lah. 

eh..sebelum itu aku gugel apa itu MAHA ?(kotlah ada yang tak tahu..macam aku dulu-dulu,duk dengar orang sebut MAHA tapi aku tak tahu apakah bendanya)

-sumber dari sini: MAHA ialah PAMERAN Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (Maha International) 2012 yang dijadualkan berlangsung di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Selangor pada 23 November hingga 2 Disember ini.

Jumlah gerai jualan ditambah pada tahun ini dengan keseluruhan 2,200 gerai dengan 520 daripadanya adalah daripada usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta penyertaan daripada 25 negara. 

Banyak blog yang tulis pasal MAHA 2012 tapi aku share blogger yang ada dalam list aku je.Antaranya yang aku dah baca ialah:

 # disini-kak aidah

# disana-kak net

#di sinun juga ada-mud2u

Hajat hati nak jugak kesana saja meramaikan majlis tapi............aku ni pesen 'cepat panas' kalau berada di tempat yang ramai orang nak pulak cuaca panas.huhu.daripada nak seronok jadi tak seronok.Katanya Sabtu ni last day.emm..mesti lagi ramai sebab dah last day.nantilah aku fikirkan.

Ramai yang kata tempatnya 'maha luas' kalau nak menapak walaupun ada kenderaan disediakan dan parking pun susah.Oh,dengar tu pun aku dah semput.Belum pegi lagi dah semput,acaner?

Susah-susah sangat kita goreng bihun dan nugget @ masak nasi lemak dan goreng keropok..start engin keta ke PD je..sampai sana bentang tikar sambil makan boleh tengok air laut.hehe

Tengoklah nanti.........

Kegunaan 'EarPhone'

Wednesday, November 28, 2012 8
korang yang cerdik pandai 
mesti kenal ni kan?

yang simple

nak nampak lebih gegirl buleh pilih kaler pink

yang ni boleh sumbat terus dalam telinga

ye..
nama omputehnya 'earphone'
nama melayunya 'telefon telinga' eh!ye ker?

gunanya untuk mendengar radio,lagu atau apa je yang kita nak dengar
melalui pc @ henpon tanpa mengganggu telinga orang lain

jadi dengan itu suka hati lah ko nak pasang apa sekali pun
lagu tamil ke
lagu hindi ke
lagu kpop kegemaran terkini
lagu Uji Rashid nak ulang 16kali 
sampai lebam @ sambil tersumbat gegendang telinga

tak semua lagu yang kita suka
orang lain pun suka
kita hidup bermasyarakat
jangan fikir kepuasan kita semata-mata

tak gitu kak senah?
masak apa hari ni?
layannnnnnnnnnnnn

~Rabu Tanpa Kata~

Wednesday, November 28, 2012 13
opss,..ada yang tanya kat kotak komen
ini buah apa?
jawapannya:Buah Dokong Anak 
hehe

~sekotak besar mak bawak dari kampung~
manis rasanya
^_^

Tuesday, November 27, 2012

Trend Peplum (macam buah plum je bunyinya)

Tuesday, November 27, 2012 23
semalam 2 entri duk komen pasal siaran tv
hari ni nak komen pasal fesyen
wah!tak agak2 tu nak komen pasal fesyen
berfesyen sangatkah ko?huhu

banyak sungguh trend zaman sekarang
pesen zaman dolu-dolu pun dah keluar balik
seluar kaler2 warna warni
macam-macam pesen
baju pula yang lengannya ala-ala Saloma

aku ni bukan ikut trend sangat
pakai mana yang sesuai dan selesa je
(ngaku jelah..susah nak dapat baju lawa bersize besar..huhu)

sana sini aku tengok orang duk sebut 'peplum'
memula dengan aku ngat diorang cerita pasal buah
sian kan?
padahal jauh bezanya buah dengan fesyen tu

sejarah memula aku tahu pasal peplum 
ialah masa baca blog elly in wonderland dan blog fillanie
elly pakai peplum kaler hijau tu lawa sangat
suka baca blog dia yang 'gila2 sengal' ni
sori ye elly (dia baca ke blog aku?huhu)

dan lepas tu aku terus mengugel image apa itu peplum
emm.. 


ada banyak blog tunjuk pesen peplum ni
antaranya disini dan banyak lagi


sambil berkata2 dalam hati
'sesuaikah dengan ku?'
takut nanti orang kata
'jadi mangsa fesyen'
selalu kita tengok orang yang sedia cantik 
tapi nampak hodoh kerana baju yang dipakainya
jadi artis lagi la susah
ingat nak jadi 'stailista' tapi sudahnya jadi 'ops'

emm..orang tua pernah berkata
pakai baju ukur badan sendiri
balik nanti nak ukur lah
hehe 

~tata~

Ingat Esok,Rupanya Pagi ni..alahai

Tuesday, November 27, 2012 19
Ingat Esok,Rupanya Pagi ni..alahai
kisah pagi ni
jam 7.30 pagi dah keluar rumah
ke medan perang eh silap,ke opis
tinggal en abe,si kenit dan si abam
tengah sedap bergolek depan tv
kakak pula malam tadi bermalam kat umah ex pengasuh
aka rumah 'mak angkat'nya

dalam perjalanan,mak call
dalam hati ingat mak nak tanya kot aku nak pesan apa2
sebab kepala otak aku ingat petang ni mak naik tren dari kampung
untuk datang sini
besok pagi la baru sampai
sekali..........aku silap sangka
rupanya mak tanya 'sapa ada kat umah?dah nak sampai ni'
alahai....... 

kalau lah aku tahu mak sampai pagi ni
harus aku masak nasi lemak untuk sarapan
dan masak siap2 menu untuk lunch
aku ingat nak buat semua itu pagi esok
huhu

inilah namanya 'miss communication'
nasiblah labu...
aku keje sebab cuti tahun dah abis :(

Monday, November 26, 2012

Dalam AlQur'an Ada 114 Surah dan Juzuk Ada 30

Monday, November 26, 2012 19
Lagi kisah apa yang aku tonton kat tv..tadi drama ni pulak nak komen pasal rancangan teka teki teka tekuk.hehe.mengomen je keje ko ye..macam good2 je.oh lupa nak bagitau,malam tadi konon layan bola dengan adik lelaki,Malaysia vs Singapore.tapi keterujaan tak sehebat macam aku layan bola bila time Kelantan main.Berkesudahan dengan Malaysia 0 dan Singapore 3.huhu.Takpelah Malaysia..jangan kecewa,cuba lagi (ayat skema biasa bila dah kalah.Bila menang di puji2..kalah kalu,dikeji2..itu biasa).

Dalam layan bola ...tukar-tukar channel layan 104,Sejuta Duit Jatuh tu ;)


Antara soalan yang menarik perhatian aku ialah 'siapa nama bekas suami pelakon Rozita Che Wan?'emm sapa je yang tahu sebab aku pun tak tahu,apa yang aku tahu ialah bekas suami Cik Ta ialah pilot.Namanya siapa,sori aku pun tak tahu.

Aku rasa takdelah kesal sangat bila peserta tak boleh jawab soalan tu tapi..yang buat aku sedih malam tadi ialah bila 2 orang beserta (lelaki India dan perempuan Melayu,ofkos la Islam).Dia diberi pilihan Ayat @ Surah..dan mereka sepakat pilih soalan berkaitan Surah.Konfemlah lelaki India tu serah bulat2 pada pompuan itu untuk jawab..selamatlah dia sebab tak perlu jawab soalan itu.Aku pun cuak jugak..yelah,soalan berdasarkan surah pun luas jugak skopnya.manalah tahu kalau si Dato Ac tanya ayat berapa dari surah apa.Itu confirm aku pun tak leh jawab pecah kepala nak jawab.surah2 pendek tahu la..

Tapi soalannya tersangatlah simple..Benda basic yang rasanya ada diajar masa kelas fardu ain zaman sekolah rendah.

'berapakah jumlah surah dalam AlQur'an?' dan pilihan jawapan ialah 3,90,114 dan 120

Lelaki India dah angkat tangan awal2 memang tak boleh jawab.Serah bulat2 kat pompuan itu.Tapi yang peliknya pompuan tu boleh pulak ajak lelaki tu berbincang apa pilihan jawapan.Ker memang dah wajib kena berbincang sebelum bagi jawapan?emm..

Akhirnya..pompuan tu pilih 90.Aku yang kat luar tv tepuk dahi.Bukan ke ada nasyid tentang surah2 dalam AlQur'an kalau tak silap aku.Perghhhhhh sayup je tengok selambak duit jatuh.Aku tak ralat dengan duit yang jatuh tu tapi aku ralat dengan jawapan dia.Yelah,kalau dia menang pun bukan aku ada persen.Tapi aku ralat sebab soalan itu patutnya kita sebagai orang Islam tahu.Aku pulak yang tumpang malu kat peserta lelaki India tu...apa la yang dia fikir agaknya.

Masa aku kecik2 dulu..aku selalu kena tadah telinga bila mak bercerita kisah Nabi dan macam2 bab lagi tentang agama.Korang tahu tak,mak aku sambil menjahit tu bila nampak aku @ adik2 lalu belakang dia..boleh mak tiba2 tanya 'benti kejap,cuba baca doa Qunut?'..masa tu jugak ko kena baca.macam spotcheck gitu.Jem jugak kepala otak sebab masa tu kepala dah ingat nak jumpa kawan kat laman umah dia..dah janji nak main masak-masak tiba2 kena baca doa Qunut.hehe

Bila aku jadi ibu,aku kagum dengan mak aku,walaupun mak tak sekolah tapi mak ada masa untuk bercerita dengan anak2 bab agama yang cuma mak pelajari dari ustaz2 dan dengar dari radio.Kadang2 aku pun malu sebab bab2 macam ni aku pun harapkan cikgu mengajar anak2 aku di kelas agama petang.Ada la kadang2 sambil baring2 sebelum tido tu aku bercerita tentang hal2 berkaitan agama,kisah Nabi dan tauladan..tapi bukan selalu la..bila ada masa je.

Ye..memanglah,orang selalu cakap..'ko duk luar tv memanglah boleh jawab.cer bayangkan kalau ko yang duk dalam tv tu..nak kena jawab dalam masa terhad..konfem tanya nama sendiri pun boleh tersasul'..okey,aku menyerah kalah..jangan kondem aku ye,aku cuma bagitau apa yang aku rasa.ada ke yang baru tahu dalam Al-Qur'an ada 114 surah?emmm

daaaaaaaaaaa

PEMBETULAN:aku dah tengok balik siaran ulangan 1,000,000 MoneyDrop tu.peserta tu jawab 91 surah,bukan 90 seperti yang aku tulis sebelum ini.emm..sama je,jawapan tetap salah samada 90 @ 91 :)

Mariam Kampung Putat,Kisah Cinderella Zaman Baru

Monday, November 26, 2012 11
Hari ni nak citer pasal kisah dalam tv je.

Memula nak stori pasal Blogger Hanis Zalikha anak blogger Kak Nani Rostam dalam cerekarama Tv3,Sabtu yang lalu..bertajuk Mariam Kampung Putat.sumber gambar dan info dari sini dan sini.



Sinopsis:

Kisah bermula dimana suatu hari ketika majlis kenduri kesyukuran diadakan di Kampung PutatMariam (Hanis Zalikha) secara tidak sengaja terlanggar Danial (Aiman Hakim) yang menyebabkan dulang berisi kari terkena Danial.
Selesai majlis tersebut, Mariam dimarahi dan dipukul oleh ibu tirinya, Cik Gayah Gelang Labuh dan Gaga Gebu. Sejak peristiwa itu, Mariam takut untuk keluar rumah kerana khuatir akan berjumpa dengan Danial.
Sementara itu, Danial pula ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Mariam. Tiada seorang pun yang mengetahui tentang wanita tersebut. Danial cuba bertanya kepada Cik Gayah namum Cik Gayah menjawab tidak kenal kerana terlalu ramai pekerjanya.Dalam masa yang sama juga Cik Gayah memperkenalkan Gaga Gebu kepada Danial untuk dijadikan calon isteri tetapi Danial tidak menyukainya. Encik Hisham pula semakin mendesak Danial untuk mencari teman hidup. Danial meminta tempoh selama tiga minggu. Siapakah yang akan di pilih oleh Danial?

BARISAN PELAKON
Antara barisan pelakon drama mariam kampung putat ini ialah Aiman Hakim Ridza, Hanis Zalikha, Azhar Sulaiman, Betty Benafe, Azad Jasmin, Bea Rameshan, dan Shukry Yahya.


Sebenarnya aku dah bersiap nak tido awal tapi adikku,cikviva..bagitau Hanis Zalikha berlakon.So turun la jugak nak tengok macam mana lakonan dia..kayu ke tak kayu.komen aku..lakonan HZ bagi aku okey je.Takdela kayu sangat sebab aku pun minat jugak dia..selalu baca blog dia dan ibunya.Kenal blog dia pun lepas baca blog mak dia..jalan cerita simple dan boleh di agak kesudahannya..

Aku pernah dengar nama pucuk putat tapi tak pernah makan..rupa pun aku tak pasti pernah tengok ke tidak.takpe.en google boleh membantu ;)


Buah Putat..dari sini

baca sini..banyak juga khasiat buah putat yang baru hari ni aku tahu..emmm

Mengikut maklumat yang diperolehi, pokok putat boleh diproses sebagai ubat cacar air, gatal dan resdung. Berbeza dengan ubat-ubatan farmasi yang mana setiap jenis selalunya hanya digunakan untuk mengubati penyakit tertentu, kebanyakan pokok-pokok herba boleh menjadi penawar kepada banyak penyakit. Cara penggunaan atau perubatan menggunakan pokok-pokok herba boleh disesuaikan mengikut keperluan dan keserasian pesakit serta jenis-jenis penyakit yang dihidapi. Misalnya pokok putat mempunyai kelebihan kerana pucuk, daun matang, buah dan kulit batangnya masing-masing ada khasiat tersendiri. Pucuknya boleh menjaga dan memulihara kulit, buahnya untuk menyembuhkan atau mengurangkan gatal-gatal manakala daunnya untuk mengubati cacar air dan kulit batangnya pula bagi mengurangkan komplikasi resdung. Bagaimanapun, pokok putat atau nama saintifiknya Barringtonia Racemosa agak sukar ditemui kecuali di lembah-lembah, tepi sungai dan kawasan tanah lembap. Pegawai Pusat Sumber Genetik Tumbuhan, Institut Biosains Universiti Putra Malaysia (UPM), En.Tajuddin Abdul Manap memberitahu, ulam pucuk putat mampu memulihara kulit daripada penyakit gatal. Buahnya pula yang mempunyai rasa kelat perlu dikopek dan dihiris-hiris sebelum dimakan begitu saja atau dibuat sambal. “Buah putat ini juga mencegah serangan gatal-gatal di samping boleh mengubati beberapa penyakit kulit lain,” katanya ketika ditemui baru-baru ini. Kata beliau, untuk mendapatkan khasiat daun putat, lima atau enam keping daun perlu ditumbuk bersama-sama beras terlebih dahulu sebelum dipupuk atau disapu pada bahagian yang terkena cacar air. “Ia perlu diamalkan beberapa kali setiap hari bagi mempercepatkan tempoh matang atau `masak’ cacar air di samping mengelakkan ia merebak ke seluruh badan,” ujarnya. Sementara itu, En.Tajuddin menambah, kulit batang putat perlu dikopek dalam ukuran sebesar kotak rokok dan kemudian dijemur sehingga kering sebelum dibakar. “Kulit pokok ini perlu dibakar sedikit demi sedikit dan pesakit resdung kemudian bolehlah menyedut asap daripada kulit putat yang dibakar itu sehingga mereka merasakan hendak terbersin. “Dengan menyedut asap daripada kulit putat untuk beberapa ketika, pesakit resdung akan merasakan air lendir keluar dari hidung mereka,” Pelik Tapi Benar.


Wah..lepas ni ramailah yang mencari buah putat kat pasar tani.eh,ada ke jual kat pasar tani?jangan tanya aku la sebab aku spesis jarang ke pasar tani..takat nak beli bawang dan sawi seikat,singgah kedai dalam taman je..tak kuasa nak ke pasar tani.

Ops,aku rasa entri ni dah keluar tajuk la.dari drama tv,ke khasiat buah putat dan ending dengan pasar tani.huhu..layan jelah ye

Friday, November 23, 2012

Fear Factor Selebriti Malaysia

Friday, November 23, 2012 9
fuh,sib baik
hampir terjatuh dari kerusi 
tahu sebab apa?

view blog sendiri
*kantoi baca blog sendiri..hahaha*

cer tengok kotak iklan nuffnang tu
iklan dari Astro
ada labah-labah tengah merayap

geli tak?

gambar tu bergerak-gerak
rasa macam labah-labah tu merayap kat tangan aku

oh iklan Fear Factor Selebriti Malaysia rupanya 

aku bukan penggeli serangga 
seperti
# labah-labah (tadi tu terkejut je sebab keluar tiba2)

#pacat (kecik2 dulu main tarik-tarik sampai putus,selamba je)

#lipas (tak takut @ geli pun tapi benci baunya yang busuk itu)

#cicak (aku penah tengok cicak beromen di cermin tingkap,tak senonoh itu cicak) 

tapi...aku paling geli dengan yang ini
kecik besar bagi aku sama je
takde istilah bisa @ tak bisa


'hello en ular..sila main jauh-jauh dari saya'

lawa berkaler kaler pun aku tetap jugak geli
euwwwwwwwwww

Apa Nama ku Di Handphone mu itu

Friday, November 23, 2012 9
Apa Nama ku  Di Handphone mu itu
Adik lelaki aku,Si Sammy (nama gelaran cikviva kepadanya#oh dia takde blog so takleh nak letak link) hantar emel suh bukak satu blog...ni blognya

Nak gelak pun ada,nak nanges pun ada jugak.huhu


Nama wanita di hp lelaki:-

1) masa couple: DARLING
2) Baru menikah: MY LOVELY WIFE 

3) 1 thn menikah: MY WIFE/MUMMY
4) 5 thn menikah: HOME
5) 10 thn menikah:IBU PEJABAT
6) 15 thn menikah: BILIK GERAKAN
7) 20 thn menikah: BUKIT AMAN
8) 25 thn menikah: WRONG NUMBER


aku dah kawen 12tahun tahun (anniversary ke 12 hari ahad yang lepas) tapi aku tengok nama aku kat henpon en abe ialah -Umie.huhu tapi sib baik bukan IbuPejabat.

pesanan pada en abe..sila tukar sekarang dari Umie kepada AYANG...macam dulu2.boleh?balik nanti nak check ;)

Mood sekarang:Ready for lunch....................ya riva ya riva

Kuasa Seorang Ibu

Friday, November 23, 2012 3
Kuasa Seorang Ibu
baru lepas baca blog-CursingMalay..tajuk ni best sangat walaupun dah lama tulis (entri tahun 2011).aku suka je baca blog walaupun entri lama.lagipun aku tak khatam blog dia dari awal...

petik sikit tulisan dia tentang kuasa seorang wanita yang bergelar IBU.meh baca...eh!dia citer pasal lain aku cuma petik yang aku suka je

b. Kuasa ibu ke atas anak-anak...

Fakta:Takde anak yang lebih sayangkan bapanya berbanding ibu.Bapak kena beli anak kereta mainan,barbie dan mcm-mcm untuk buat anak sayang kat dia.Mak?Mak ada sebelah kau,kau dah boleh rasa sayang kat dia.Kadang2 kau tengah main bola ke,tengok wrestling ke,dating pun...kau masih lagi mampu rasa sayang dia.Suami rugi kat situ.Tapi ada sebabnya Tuhan jadikan umat Islam ni camtu.

Ibu adalah pengaruh paling besar dalam membentuk karakter seorang anak.Takde orang lain. Trylah kuat macam mana pun si bapa nak bentuk anak-anak dia,sepanjang hidup anak...ibu lah orang yang paling lama dalam kepala dia.

Dan sebab tu lah kalau bapa kematian isteri,dia perlu kahwin lain.Sebab tanpa seorang isteri,bapa takkan mampu jaga anak dia..sebab benda tu bukan fitrah dia.Kau tanya la sesiapa yang kematian bapak masa muda,ada tak mak dia nak kawin lain?Jarang dengar.Sebab...Tuhan dah ciptakan anak-anak tak mampu hidup tanpa ibu.Special kan ibu ni?

Dengan pengaruh ibu yang sangat kuat dalam hidup anak-anak,kau cuba bayangkan apa pengaruhnya kalau anak-anak tengok ibu diorang selalu melawan suami yakni bapak diorang?Anak perempuan akan membesar jadi seorang yang tak yakin nak kahwin..tak percaya dengan lelaki.Membesar dengan membenci lelaki.Anak lelaki pulak,dia akan jadi seorang pendendam dengan ayah dia sebab buat mak dia macam tu.

Yang paling buruk yang diorang akan belajar adalah....isteri boleh lawan cakap suami.Yang paling affected,anak lelaki.Dia akan membesar dan jadi seseorang yang boleh di kawal isteri dia..semua sebab dia rasa mak dia buat camtu,dia pun kena biar isteri dia buat camtu.


hebatkan kuasa seorang ibu?antara anak-anak aku yang ber3 tu..rasanya sikenit Hajar paling rapat dengan ayahnya.

si kakak:sampai sekarang masih malu-malu nak minta sesuatu dengan ayah.tapi ada jugak kes dia ngadu ngan ayah sebab tahu kalau ngadu ngan aku pasti kena marah.ayah lebih cool dari umie.huhu..redha jelah

si abam:dia mmg anak umie dari masih baby..dah besar ni je pandai mintak macam-macam ngan ayah.apa nak..lambat ngan cepat je pasti ayah beli

si adik:buka pintu balik rumah 'ayah ane?ayah work'sendiri tanya,sendiri jawab konsepnya.bangun tido 'ayah,nak tab' @ 'ayah.bukak tv,tatun (bukak tv,kartun) aku nak hantar umah pengasuh pun dia taknak,lepak celah keti** ayah lagi best kot.

tapi.......................nak tido,umie tetap pilihan no 1.

hebat kan?

Thursday, November 22, 2012

Keciknya Dunia

Thursday, November 22, 2012 14
Keciknya Dunia
ni kisah pagi tadi...pagi tak pagi sangat la lebih kurang jam 11.30 pagi.seperti biasa aku ke bangunan sebelah atas urusan kerja.sambil jalan2 suka perati gelagat manusia yang nak naik kapal terbang.ada ketika aku tengok gelagat mencuit hati..senyum sensorang

Situasi..
jalan sambil belek henpon..dah jadi tabiat kot (kadang2 ada orang jalan sorang diri belek henpon sebab tak tahu nak buat apa) rasa macam langkah serba tak kena je sebab takde teman bersembang.

Lebih kurang 10 tapak depan aku,nampak seorang lelaki beruniform tentera berdiri tepi eskalator..dan aku konfem la tengok dia sebab aku nak lalu situ.dia pandang aku,aku pandang dia..sesi pandang memandang walaupun itu tak berapa bagus ye adik kakak..sebab berlainan jantina.hehe

Aku rasa cam penah tengok dia tapi dimana ye?*otak mula memproses maklumat* dan baru aku nak sebut nama dia,sebab aku rasa konfem itu dia .. tiba2 dia pulak sebut nama penuh aku.sah,dia memang kenal aku..

tau sapa?oh sudah tentu bukan abang Aaron ye...#abang Aaron kenal ko ke?

okey,dipendekkan citer..dia adalah sepupu aku yang keje komando duk kat Melaka.last kami jumpa masa adik dia kawen bulan Jun yang lepas.Tapi sebelum majlis itu kami dah tak jumpa berbelas tahun lamanya..Agaknya kalau aku tak jumpa dia waktu kenduri adik dia tu konfem aku tak kenal dia..maklumlah,rupa paras dah jauh berbeza.

Ralat:
sebab cheqna tanya kat kotak komen.."bertegur sapa ke tidak?'so aku jawab kat sini jelah.Ye..kami bertegur sapa dan tanya hal masing2..dia kata selalu jugak datang sini tapi tak tahu aku keje sini dan disudahi dengan berkirim salam pada pasangan masing2..hehe

Sebenarnya...aku ramai sepupu duk area sini tapi jarang berhubung kecuali ada hal penting.Kalau ada pun yang cuma berhubung dalam talian dan fb,nak jumpa depan mata konfemlah susah..semua ada komitmen masing-masing.Macam dia ni lagilah takde dalam fb dan juga no telefon sebab kami pun rapat masa kecik2 dulu je.Sebab tu penah berlaku kes,bercinta dengan sepupu sendiri..dah nak kawen baru tahu ada pertalian darah.

Bila kita dah berkahwin..kita akan bina satu keluarga baru dengan keluarga pasangan kita tapi dalam masa yang sama kita akan putus secara tak sengaja dengan keluarga yang dah sedia ada.(maksud aku yang pertalian jauh macam sepupu,dua pupu,kupu kupu..hehe) bukan hubungan adik beradik la.

Macam aku..takde masa nak bawak anak2 kenal sedara mara..tak mustahil satu masa nanti ada anak2 aku yang jumpa jodoh dengan anak kepada sepupu2 aku yang dah terpisah itu.Yelah..masa depan kita tak boleh ramal.Aku ada baca..menyambungkan hubungan silaturrahim ni salah satu punca murah rezki.

mak ai..awalnya dah pikir bab nak anak menantu..si kakak tahun depan baru nak ambik upsr ;)

Hobi Masa Lapang

Thursday, November 22, 2012 12
Hobi Masa Lapang
Assalamualaikum..

Sekejap je dah khamis hari ni..apa nak citer hari ji ye..okey,tajuknya 'Hobi'.Apa maksud HOBI?

-yang aku faham,Hobi ialah suatu aktiviti yang kita suka dan dilakukan sewaktu kita lapang dan pastinya ia mendatangkan keseronokkan yang orang lain takkan faham.lain orang lain hobinya.

Aku ada banyak hobi tapi sekarang dah beranak pinak..banyak hobi telah dilupakan.Antara hobi aku mengikut zaman(sebenarnya banyak tapi aku tulis 50% je nanti tulis semua..besok pun tak abis lagi)

Zaman sekolah

-kumpul setem(aku penah jugak kumpul setem zaman sekolah..ada la 2 album lepas tu dah mula kerja hobi itu hilang sendiri..album setem dah bagi kat sepupu aku yang masa tu baru sekolah rendah)

-dengar radio,masa tu cuma radio kecik yang pakai bateri AA tu,sanggup jimat duit belanja sekolah sebab nak simpan beli bateri.huhu

-menjahit tapi bukan jahit yang besar2 macam baju ke sarung bantal.aku suka buat beg kain yang kecik2 @ bekas pensil dan getah pengikat rambut.

 -menulis cerpen pendek dan membaca novel (tak mampu beli,pinjam kat library je..penah sorok novel belum abis baca bawah rak..dengan harapan esok datang untuk sambung baca,nanti kalau letak kat rak orang lain pinjam.huhu)

Zaman Solo

-kumpul novel dan majalah Remaja*(dulu remaja ..sekarang pun remaja tapi tambah purba dihujungnya)*sebulan paling kurangpun aku beli 2 biji novel..kalau bajet lebih,haruslah lebih dari 2 biji belum campur dengan majalah lagi..masa tu takde banyak tanggungan.

#rasanya zaman solo aku tak banyak hobi sebab keje shift..keluar pagi baliknya malam hari..mungkin tido adalah hobi aku dimasa lapang.hehe#

Zaman Sudah Berkeluarga

-masih baca novel sesekali..stop membeli bukan sebab tak  mampu tapi sebab dah tak tahu nak simpan kat mana.lagipun zaman berlalu,aku dan majalah Remaja dah tak serasi lagi.sesekali beli majalah Rapi(nak bagi motivasi untuk slim katanya).Majalah yang ada resepi padahal masak yang sama jugak
tapi memang takde membeli langsung.mahal pulak rasa novel sekarang ni

-tanam bunga(wow..kagum kejap dengan hobi ni,aku penah tanam bunga keliling rumah.dah bosan tanam bunga..aku cabut semua pokok bunga itu dan ganti dengan pokok yang mendatangkan hasil seperti pokok cili,bayam dan sawi) tapi lepas sakit belakang tu ari..aku dah lupakan hobi menanam ni sebab tak boleh mencangkung lama-lama

-kumpul FM(fridge magnet) dan keychain..bermula dengan orang bagi bila balik dari bercuti dalam dan luar negara,lepas tu aku beli sendiri..letak kat peti ais sikit je sebab peti ais kecik dan pintunya cuma satu.banyak kali FM aku jatuh dan pecah.huhu.nanti dah beli peti ais 3 pintu baru boleh khaskan pintu atas sekali utk koleksi FM.sekarang aku letak kat opis je

-jalan2 ke shopping mall dengan family walaupun bukan untuk shopping.'sejuk2 badan' konsepnya.

-layan tv (dulu2 sinetron Indon dan drama Filipina pastu terkini-drama Korea) drama melayu pulak main pilih2..sebab aku ni kaki komplen.hehe.sekarang apa drama pun tak layan ..asik tido awal je

-berblog :ye.....................itulah hobi aku sejak 6 tahun lepas.hobi paling lama kot ;)

banyak sebenarnya hobi yang berfaedah tapi ada jugak orang yang buat hobi takde faedah contohnya

#merempit-sah2 menggadai nyawa yang cuma ada satu tiada gantinya itu

#mencuri-memula curi gula2 kat kedai runcit-lama2 jadi seronok terus rompak bank

#meraba dalam bas..lama2 boleh jadi perogol bersiri

#tonton vcd lucah walaupun sekadar suka-suka kerana boleh mendatangkan ketagihan

~Okey..dah abis tentang hobi aku,jom layan hobi ahli keluarga pulak~

En Abe:
*Dulu hingga kini ialah layan permainan video...dari lumba keta,perang-perang dan terkini bola.mula2 kawen dulu ada jugak geram sebab duk layan games je tapi lama2 dah tak heran..dah 12tahun bersama tak paham jugak tak boleh nak kata apa la

Kakak:
*nampak suka membaca novel (anak umie sungguh la) dan ngadap kartun (kena komplen ngan mak aku pasal ni..sipu2 malu bila neneknya ngadu ngan umie)

Abam:
*banyak nampak hobinya-layan game kat tab,main basikal dan tengok kartun.eh! baca buku takde ke?

Adik:
*layan game kat tab,kartun kat tv dan lagi?emmm..main peluk-peluk dengan umie.hobi ke tu?alahai..

apa hobi korang?

Wednesday, November 21, 2012

Siang Malam Berdoa DiMurahkan Rezki

Wednesday, November 21, 2012 11
Siang Malam Berdoa DiMurahkan Rezki
MALU..itulah yang mampu aku kata bila dengar ceramah Ustaz Kazim di You Tube.eh,buat keje sambil dengar ceramah tak salah kan?telinga mendengar tapi tangan tetap buat keje.hehe

Isi ceramah yang aku dengar ni,ramai yang mintak doa murah rezki,mintak diluaskan pintu rezki,mintak jadi kaya tapi jarang yang mintak dipelihara iman atau mati dalam iman.

Sedangkan...kaya macam mana pun,takde orang makan 10pinggan nasi sekaligus,tido pakai 10 biji bantal dilapis 10 tilam empuk.ker ada yang makan beger 10 biji dan 10 gelas air sekali gus?itu bukan makan lagi namanya..itu dah --------------------------- (isi tempat kosong)

Ramai yang pentingkan dunia lebih dari akhirat.Contoh lebih kurang gini.

-hantar anak tuition jam 8.00 malam balik 10.30 malam,sampai umah anak terus tido tanpa solat Isya' pun mak ayah boleh pejamkan mata..alasan 'kesian anak penat'

-tak kejut anak solat subuh dengan alasan 'setiap pagi bangun awal nak pegi sekolah.hari cuti ni biarlah dia tido lama sikit' padahal kejutkan jelah bangun solat Subuh,nak tido balik pun boleh lepas tu tapi zaman aku kecik2 dulu mak tak bagi tido lepas solat subuh.huhu,aptb

banyak lagi tapi aku share sikit je..nanti korang tengoklah sendiri ye ;)
tata

Tajuk Berita Hangat

Wednesday, November 21, 2012 8

Assalamualaikum dan Selamat Hari Rabu untuk semua
korang dah sarapan?eh!dah jam 11.30 mestilah dah sarapan kan?
hari-hari tanya orang dah sarapan ke belum
macam la nak belanja.huhu

okey..
sarapan pagi ni tidak mengeluarkan satu sen pun
di belanja?oh tidak ye
roti semalam ada dalam laci
bawak bekal dari rumah,isi ayam goreng kunyit
kat umah takde bebudak,en abe lak keje shift petang
takat aku ngan kenit..apa sangatlah kan
 ayam pulak tak sedap simpan lama-lama
so potong kecik2 buat ayam goreng kunyit
jumpa terung 2 biji dah lama beli..lupa nak masak
2 dah buruk,2 masih elok...potong2 dan campak sekali dalam kuali
jadilah ayam goreng kunyit berterung
aku ni spesis senang bela
bak kata Rai 'lelaki bertuah dapat bini macam dia'
aku pun sama..jenis tak meminta2
tapi merengek dan menyanyi kat telinga je
hahahaa

ada orang sambil makan,baca 'surat kaba' aka 'surat khabar'
!!!apa khabar kau disana,lama sudah tak berjumpa!!!
tetiba nyanyi di pagi rabu yang hening
apa kes?

aku jarang sangat baca paper
kalau ada depan mata baca jugakla
nak membeli memang TIDAK jawapannya
walaupun membaca adalah hobiku
kedekutkah diri ini?

perasan tak,kalau kita baca paper
ada kes yang sama
tapi tajuknya berbeza
tajuk kat Utusan lain
kat Berita Harian lain
Metro dan Kosmo lagilah lain
hehe

cer tengok sini
^_^
(maaf aku jumpa dalam emel..so tak tahu sumber dari mana.
kalau tuanpunya yang baca ni..mintak halal ye)


tapi surat khabar lama laku dijual
petang sabtu @ ahad
ada lori buruk jerit2 sambil hon
'sulat khabar lama'
sebab jarang membeli
maka jaranglah menjual
hehe

Tuesday, November 20, 2012

Siapa Kamu DiDalam Kelas

Tuesday, November 20, 2012 11
nyampah pulak bila baca entri sebelum ni
emo tak pasal-pasal
bukan menambahkan duit poket pun
@ paling tidak kurang sekilo berat aku ni bila di tegur
kalau boleh kurang barang sekilo
aku rela di tegur setiap 2 minit
lantak tepi lah..badan aku,suka aku la
nak gemuk ke nak kurus.hehe

okey..up satu lagi entri
baca ni dalam blog kak zareda


aku no 8 dan 9 tu
kalau pilih meja bila masuk kelas baru
aku akan pilih seat baris ke2 dari depan
tak suka duk belakang sangat
dan tak suka duduk paling depan

pernah dipisahkan oleh cikgu dengan mybff masa tu
sorang depan,sorang lagi nun di belakang,huhu
gara2 cikgu ngajar kat depan,aku ngajar kat belakang

tapi sekarang bila ada course
aku suka pilih seat paling depan
gila glemer pun ada,duk depan sekali
cantikkah ko?nak duk depan sekali
eh suka ati la 
hahaha

korang pulak yang mana? 

Ye,Aku Diet.Ada Masalah?

Tuesday, November 20, 2012 15
dah lama aku peram
tapi hari hasil 'peram'an itu dah pecah
bertaburan di sini,sana dan jugak disitu

jam pukul 1 tengahari
'tak keluar makan?diet ke?

aku makan roti
'roti je?kenyang ke?diet ek?

aku minum air  kosong
'wah!banyaknya minum air.diet ke?kembung nanti?'

heloooooooooooooooooooooooooooo
suka hati lah aku nak diet ke
nak makan ke tak nak makan
susah ati ape hal?

ye..aku diet
sebab aku rasa dah gemuk
bila badan dah berat nak buat apa pun malas
naik tangga rasa mengah

dengan tinggi aku 164cm
berat ideal aku ialah 50-60kg sahaja
sekarang berat aku 70kg
puas hati?

sumber dari sini
klik untuk view lebih jelas
aku dah lalui semua fasa
aku penah di 'kutuk' sebab terlampau kurus(satu masa dulu)
-macam papan lapis la
-lori lalu sebelah boleh melayang la
itu ini,begitu begini 

tapi sekarang aku ikut peredaran zaman
(ayat pujuk ati)
ingat aku tak berusaha ke?
dari duk komen macam2 baik bagi aku dorongan
dapat jugak pahala free
dahlah..malas nak layan

*maaf sekali lagi,sebab korang terpaksa korang baca entri merepek*

Petua Hati Tenang dan Doa untuk 'PakLong'

Tuesday, November 20, 2012 4
baru kejap tadi,dapat msge dalam fb dr anak ex pengasuh
ayahnya yang dipanggil 'paklong'oleh si kakak dan abam
masuk spital kejap tadi -disyaki sakit jantung tiba2

'paklong' ialah suami 'maklong'
pengasuh kesayangan kakak dan abam
mintak doa dari kawan-kawan
doakan semoga 'paklong' baik-baik aje




~mudah-mudahan semuanya baik-baik aje..amin~

Irfa,Bukan Aku la...

Tuesday, November 20, 2012 9
~morning korang~
hari ni sarapan kat mana?makan apa?
Pagi ni,menu sarapan kat kafe sebelah 
kurang menarik
dari tray ketama sampai tray ujung
semuanya tinggi carbo
nasi lemak,mee goreng,nasi goreng kampung
pastu nasi goreng kaler merah2 sikit,
ada lagi...mee goreng dan bihun goreng
gerak depan sikit,gerai roti canai
alahai

last2 masuk opis bancuh kopiko 3in1
makan dengan roti,carbo jugak tapi roti breakthru
konon carbo tak tinggi sangat.hehe
lepas minum kopiko rasa nyesal..huhu
sebabnya aku memang alah dengan sebarang minuman
yang ada unsur kopi @ nescafe
konfem kepala berdenyut2

nyesal sekarang tiada gunanya -_-
 okey layan blog jap
baca sini,bila rai post entri ni aku terkujat
pastu aku gugel image
gambar pertama aku jumpa dengan keyword 'irfa'
ini dia

oh,ni irfa rupanya
hahaha



daaaaaaaa
sori buang masa korang baca entri merepek dipagi hari 

Monday, November 19, 2012

Sesekali Naik Komuter,Best Pulak Rasanya

Monday, November 19, 2012 23
Sabtu lepas..kami ber3 (aku,abam dan adik) naik komuter ke umah mil sebab en abe keje.Kakak memang dah awal2 ikut makwan balik cheras masa kami balik dari tido kat Morib tu.Si abam sangat seronok bila aku cakap nak naik tren.Budak2 zaman sekarang susah nak dapat peluang naik kenderaan awam sebab majoriti ibubapa ada kereta sendiri.Zaman aku dulu memang dah biasa nak bas @ teksi untuk kemana2.

Ingat lagi masa sekolah rendah..ayah sewa sebuah kereta untuk bawak kami anak beranak ke funfair di pekan.bukan ayah yang drive tapi sewa dengan drivernya sekali.Ayah aku dapat beli kereta secondhand bila aku dah form5..jenama 'galant' versi lama yang besar tu..seronok gila bila ayah beli keta walaupun bukan kereta baru.

Jom layan anak2 yang sangat happy dapat naik tren komuter walaupun perjalanan cuma 40 minit.rasa seronok duk dalam tren macam taknak turun..



Add caption


happy sungguh adik dapat naik komuter


sekarang kakak dan abam bercuti kat rumah makwan..tinggal la adik sorang kat rumah takde kawan nak ajak 'gaduh-gaduh manja'..takpelah..seminggu je pun.seronoklah kakak dan abam dapat jumpa sepupu kamceng diorang.

ni kakak dengan sepupu paling rapat
ayong nama panggilannya
mereka sebaya,tahun depan sama2 ambik upsr 


abam dan alip-sepupu kamcengnya
umur mereka  beza setahun je
tahun depan abam darjah 2
dan alip darjah 3

itulah cerita sabtu ahad kami..plan nak gi blogger gathering 'kite-kite aje'dengan kak erna kat lavender height pun tak jadi walaupun dah plan nak pegi sejak bulan lepas lagi.Sebabnya..macam biasa la,takde sapa yang sudi nak bawak aku kesana.En Abe pulak keje shift petang.Emm..takde rezki nak jumpa..mungkin lain kali.Insya Allah...

daaaaaaaaaaaaaa ^_^ nak gi sarapan,jom.. 

Sunday, November 18, 2012

Tahun ke Doblas,Katanya....

Sunday, November 18, 2012 10
Tarikh 18 November adalah antara tarikh penting dalam hidup aku selain beberapa tarikh penting seperti tarikh lahir sendiri dan juga tarikh aku bergelar ibu.Kerana pada tarikh tersebut 12 tahun lalu aku bergelar seorang isteri di usia 21tahun dan 'si dia' pula masa tu 25tahun.

pertama kali nak share kat blog
gambar 12 tahun dulu

Pejam celik pejam celik..tahun ni sudah 'doblas' tahun kami bersama.Segala macam rasa ada selama 'doblas' tahun yang sudah berlalu itu.

Ada ikan masak sweet sour
Ada gulai lemak cili api
Ada asam pedas
Semuanya bercampur menjadi satu

Seperti juga pasangan2 yang berkahwin diluar sana..apa yang aku harapkan semoga rumahtangga kami diberkati Allah dan 'bahagia sokmo' bersama cahaya mata kami ber3 itu dan semua orang yang kami sayang.amin...............

Friday, November 16, 2012

Mandi Manda di Gold Coast Morib

Friday, November 16, 2012 20
kisah semalam..Cuti Awal Muharram tu ler..ni namanya 'rezki jatuh dari langit'..tiba2 dapat call dari sil bagitau dia sekarang kat Gold Coast Morib 'kalau nak bawak anak-anak main air jomlah datang sini'.Kebetulan jugak semalam (01 Muharram,en abe restday dan aku sudah semestinya memang cuti lor)..apalagi,kul 11 pagi kami dah keluar rumah.tak jauh pun dari rumah kami tapi sebab tak pernah pegi sana rasa jauh pulak.adalah lebih kurang sejam melalui jalan kampung melintasi Bagan Lalang.

Aku cuma tahu Gold Coast Sepang je tak tahu pulak ada Gold Coast Morib.nak pegi Gold Coast Australia jauh sangat.so kita pegi yang dekat dulu.Lebih kurang jam 12.00 tengahari kami sampai sana,kalau tengok dari pintu masuk..nampak macam 'belum siap' mungkin juga tempat baru..so banyak bangunan masih dalam renovation.Overall semua okey sebab tempatnya bersih dan water theme park pun okey..sampai-sampai je mintak nak main air.sabar ye anak-anak.masuk bilik dulu letak beg,lunch dan solat Zohor lepas tu apa lagi..ya beda bedu la jawabnya.

layan gambar..aku je yang tak terjun.anak-anak ngan ayahnya sama naik berendam sampai kecut jari jemari.Sikenit siap melalak bila disuruh balik..huhu

peace yoo

kakak dan abam yang tak sabar nak berendam



view yang sangat menarik dari bilik yang mil duduk
tingkat 4

tengok lama-lama rasa gayat la pulak 

hambek ko,tunggang terbalik ambik gambar
sila jangan betulkan pc anda
suka bilik ada bath tub
harap ada satu di rumah impian ku nanti
bila kah?




ayah jadi bodyguard adik


tak cukup main kat luar
masuk bilik mintak masuk tub pulak
jangan demam sudah 
Pagi ni..disudahi dengan sarapan ala barat..kami pun berangkat pulang.ops sebelum tu hantar umie gi keje dulu.huhu..kan best kalau umie cuti lagi hari ni.jangan berangan ye umie,esok jelah kalau nak cuti pun.hari ni pegi keje..syoh syoh..

sebab takde nasi lemak dalam menu
roti pun jadilah



kakak seperti biasa..takde nasi pun takpe
dengan roti pun dia boleh hidup

daaaaaaaa

Wednesday, November 14, 2012

Tragedi Oktober Yang Menjadi Trauma

Wednesday, November 14, 2012 20
Tragedi Oktober Yang Menjadi Trauma
Sekarang dah bulan November tapi apa yang aku nak citer ni tentang bulan Oktober.Ingat tak lagu 'Tragedi Oktober' nyanyian Awie?okey..aku pun ada kisah Tragedi Oktober yang nak share ngan korang.......sila baca dengan penuh debaran ^_^

Tarikh:2 Hari sebelum Raya Haji
Bertempat:Disebuah kedai telefon bimbit di sebuah pasaraya

Waktu lebih kurang jam 10malam,kelihatan seorang gadis sedang mengira hasil jualan kerana kaunter akan ditutup sebentar lagi.Gadis berumur 18 tahun itu bekerja sambilan (maksudnya tidak berniat nak kerja sampai tua disitu..nawaitu masa mula2 kerja bulan Disember tahun lepas ialah kerja sementara tunggu tawaran sambung belajar @ dapat kerja yang lebih terjamin).masuk bulan ini dah 11bulan dia bekerja di kedai tersebut.Waktu kerja adalah 10pagi hingga 10malam..

Tidak lama kemudian datang seorang customer (lelaki bangsa Arab) bertanyakan sesuatu kepadanya.Dia menyuruh kawan kaunter sebelah melayan customer tersebut tetapi lelaki itu tetap juga mahu bercakap dengannya.Maka dia melayan customer yang bertanyakan sesuatu tentang henpon.

Tanpa disedari,datang seorang lelaki dari belakang dan masuk ke kaunternya lalu membawa lari sekotak besar stok handphone(didalam itu ada banyak set telefon bimbit bermacam2 jenama) dan serentak dengan itu lelaki Arab yang bertanya pasal henpon kepadanya tadi juga bergerak meninggalkan kaunter.Dalam masa yang sama barulah kawan kaunter sebelah memberitahu,ada seorang lelaki masuk ke kaunternya dan membawa keluar kotak stok handphone..bila gadis itu memandang kedepan dan melihat lelaki yang membawa kotak itu dan dia cuba mengejarnya namun sudah terlambat.

lelaki itu hilang dicelah-celah orang ramai membawa bersama labu-labunya eh silap kotak stok handphone.maka meraungnya mengenangkan nasib diri yang malang sambil disaksikan oleh orang ramai yang tak buat apa-apa kecualinya memandangkan dengan rasa kasihan

malam itu..gadis itu dan kawannya di kaunter sebelah dibawa ke balai polis untuk membuat laporan tentang kejadian.Esoknya,mereka melihat rakaman cctv pada hari kejadian.Kelihatan seorang lelaki lalu di belakang kaunter sambil menjeling kotak tersebut dan akhirnya datang sekali lagi dan mengambil kotak tersebut.

Selepas kejadian,kawannya terus berhenti kerja serta merta tapi dia tetap juga datang kerja kerana memikirkan dia tidak bersalah..kenapa harus berhenti kerja?

Tetapi..dia mendapat khabar kurang gembira bila diberitahu oleh pihak atasan yang dia harus membayar semua jumlah kehilangan stok handphone itu yang berjumlah rm25,000 kerana menurut majikan,barangan tersebut (handphone) tiada perlindungan insuran.Ibubapa dikampung diam tak terkata dan sangat sedih mengenangkan kisah yang menimpa anak kesayangan mereka.Kakak2 dan abang2nya sepakat menyuruhnya berhenti kerja walaupun mereka juga takut akan tindakan majikan selepas itu.

Beberapa perkara yang berkaitan:

-dia bekerja dari Disember 2011(tahun lepas) tapi didalam slip gaji tiada potongan kwsp..sehinggalah bulan ini baru ada(selepas kejadian).mungkinkah kerana semasa mula bekerja,dia masih belum cukup umur 18tahun?dan umurnya genap 18tahun bulan September yang lepas,maka slip gaji bulan Oktober baru ada potongan kwsp?

-majikan menyuruh pekerja pergi sendiri ke pejabat kwsp untuk urusan tersebut sedangkan setahu aku urusan potongan kwsp harus diuruskan oleh majikan bukannya pekerja.

-dia disuruh majikan menandatangan perjanjian membayar balik jumlah kerugian sebanyak rm25000 melalui potongan gaji sebanyak rm500 sebulan sehingga selesai jumlah tersebut tetapi dia tidak menandatangan perjanjian tersebut kerana telah diberitahu oleh kakak dan abangnya jangan tandatangan apa2 surat sekalipun dipaksa .

-dia juga diberi 'amaran secara lisan' walaupun dengan nada suara yang lembut..ayatnya lebih kurang begini 'baik u bayar je rm25000,potong gaji tak terasa punya.kalau tak,u mungkin akan kerugian lebih banyak dari ini'.

-sekarang dia secara sah menghantar notis berhenti Sabtu lepas dan masih menunggu apa kata pihak atasan

so..............apa pendapat korang tentang kes ini?

Sekarang Dah Lengkap,kata si Abam

Wednesday, November 14, 2012 8
selalunya abam dan adik berdua je
bermain dan bergaduh 
berebut remote
berebut tab


masa baik..ada ketika bergaduh jugak
...kini...

ni gambar petang semalam
jalan-jalan ke Aeon,Seremban2..
ayah takde sebab ayah keje petang

kata abam
'sekarang keluarga kita dah lengkap sebab ada kakak'

hehe

Monday, November 12, 2012

Abam Dan Berkhatan

Monday, November 12, 2012 14
Ni minggu pertama cuti sekolah...kalau anak-anak seronok cuti panjang,umie pun sama tumpang seronok sebab sebab tak perlu kelam kabut pepagi.hehe.

Ops..tu ari baca kat blog kak Yus tentang berkhatan.baru baca pun dah ngeri macam mana tu?

antara cara berkhatan:

1. Cara khatan konvensional 'dorsal slit' - Ini adalah cara standard yang digunakan oleh doktor-doktor dan 'Medical Assistant' disemua klinik atau hospital-hospital kementerian kesihatan Malaysia.

2. Cara 'Laser' atau 'electrocoutry' - menggunakan tenaga letrik dan menyebabkan 'pembakaran tisu' semasa pemotongan kulit. Namun risikonya agak besar kerana ada kes kurang enak yang di laporkan seperti terpotong sebahagian kepala zakar, tercedera lubang kencing dan yang terok sekali adalah terpotong putus batang zakar.

3. Cara CLAMP (Sepitan) -  cara khatan yang paling lama sekali diamalkan kerana lebih mudah, cepat dan kurang menyakitkan. Cara ini sudah sampai keperingkat generasi ke tiga dan terkini.


suka 'buat muka' bila diambil gambar
planning nak khatankan si abam cuti sekolah hujung tahun ni,tapi kalau tanya dia memang jawapannya 'abam tak nak sunat.sampai bila-bila ' boleh dia jawab gitu?mana boleh abam oi..kenalah sunat,baru jadi 'jantan man'.

for info,dia sekarang dah pandai baca blog umie,bila baca je entri pasal dia siap bagi jelingan maut kat aku tuh.hahaha.kalaulah dia tahu aku tulis ni mesti bengkek je.

Tapi baca kaedah berkhatan yang no 2 tu agak mengerikan,risau jugak hati maklumlah anak bujang sorang je.hehe.

seingat aku..adik-adik lelaki aku semua 'bersunat' masa darjah 6..cuti sekolah nak masuk form 1.gila lambat kan?tapi memang dah jadi biasa zaman dulu..sekarang ni je orang khatankan anak awal dengan alasan senang nak jaga dan senang nak solat di masjid.

walaupun belum pasti tarikh nak khatan si bujang ni..saja la tanya pendapat orang yang dah mengalaminya..apa yang kena jaga,makan dan minumnya..aku ingat nak hantar kampung je .bagi mak ayah aku jaga tapi aku pun nak juga merasa menjaga anak bersunat.hehe

korang kalau ada pengalaman boleh la share ye..~ TQ~