Thursday, May 31, 2012

Pilih Punya Pilih Punya Pilih.. Akhirnya,Langkawi Jadi Pilihan

Thursday, May 31, 2012 8
Pilih Punya Pilih Punya Pilih.. Akhirnya,Langkawi Jadi Pilihan
assalamualaikum korang..........rindunya kat blog kesayangan hamba ni.dari pagi membawak kepetang sangatlah busy like bee..sebenarnya nak karang citer Cuti-Cuti Ke Langkawi tapi lupa bawak kamera.hehe.tak bestlah bercerita takde gambar.

okey takpe..apa kata kita citer macam mana Langkawi jadi pilihan cuti-cuti kami.sebelum cuti sekolah tu ari,duk pikir-pikir kemana nak bawak anak-anak bercuti.sebab ingat tiket free tahun lepas ada lagi lom guna.mula-mula tu fikir nak ke Beijing,China sebab teruja baca blog orang yang kesana.lagipun 2 orang kawan bersama family akan kesana.tarikh lebih kurang dengan tarikh yang kami pilih.cuma terfikir musim apa kat sana?musim durian ke musim rambutan?hehe.

dalam plan nak ke Beijing tiba-tiba tukar nak gi Korea pula.ni gara-gara terpengaruh dengan drama Korea la ni.dah terbayang-bayang dimata nak makan kimchi dan bibimbap.hehe.okey,masuk dalam list 2 tempat tersebut tapi bila baca blog kawan ni hati mula beralih arah.apa kata kita ke Istanbul?emm boleh jugak.

hatiku bagai lalang yang ditiup angin..sekali lagi beralih arah dan tukar lagi,pilih pula Amsterdam (tapi dah pegi takkan nak pegi lagi.kalau boleh aku cuma nak pegi bila musim tulip je) okey bantahan diterima..en Abe ada ura-ura nak ke Disneyland Paris lagi tapi kata aku 'kan dulu dah pegi?pegilah tempat lain pulak.kalau nak ke Disneyland..kat Hongkong pun ada' ok.tukar lagi.katanya apakata kita ke Chrischurch,New Zealand?aku okey je walaupun dah pegi NZ dulu tapi kami tak ke Chrischurch (betul ke ejaan ni?huhu) kata orang kat sana panorama kat sana lagi cantik..

pstttttttt kalau yang pertama kali datang sini jangan terkejut ingat aku kaya sangat siap boleh berangan nak ke obersea mcm gi Setapak je...kalau tak kerana tiket free tiap-tiap tahun aku pun tak mampu nak berangan gi oversea.tapi kali ni takleh gi oversea..dalam negeri sudah.

emm yang mana satu ni?

tapi..sesuatu berlaku tanpa di duga.masa ni lah kita boleh guna pakai kata-kata 'MANUSIA HANYA MAMPU MERANCANG..ALLAH JUA YANG MENENTUKAN'

Siputih,bukan kucing ye kawan-kawan tapi beliau adalah sebiji kenderaan beroda 4 yang sebaya ngan si hero(7 tahun daaa),tiba-tiba je beliau jatuh sakit setelah selama 7 tahun bersama kami beliau tak penah buat perangai..bukan sikit-sikit duit keluar bila sakitnya melibatkan engin..yang pernah mengalaminya pasti tahu berapa kosnya bila kereta sakit bahagian engin.bukan macam ganti cermin keta pecah.duit mengalir macam air terjun niagara.hehe.over sangat perumpamaan tu.

maka...ke Langkawi lah kami anak beranak.tak payah cop passport pun.jadila ye dari takde langsung..

cerita sebenar sambung esok....................(bajet retis la sangat)

Bukan Oversea Tapi Over The River :)

Thursday, May 31, 2012 20
Khamis dan Jumaat kami disini :)

Wednesday, May 30, 2012

Saat Getir Dalam Labour Room

Wednesday, May 30, 2012 13
Saat Getir Dalam Labour Room
nak kongsi pengalaman?kalau takde pengalaman pun takpe..baca sebagai pengalaman hidup mungkin lepas ni korang juga akan merasainya.

pengalaman aku sendiri yang dah masuk labour room untuk 3 anak adalah berbeza.itu baru 3,kalau 14 orang macam zaman mak-mak kita dulu macam mana pulak?eh!orang dulu-dulu beranak kat rumah je..salah satunya aku,kami ada 6 beradik..3 yang terawal dilahirkan kat rumah je dan 3 yang terakhir tu lahir kat spital.

apa yang aku nak tanya korang ni ialah bila di tolak je masuk ke labour room apa yang korang fikir?seronok nak dapat baby sudah semestinya..tapi mesti ada yang terpikir 'adakah aku akan keluar dari bilik ini dengan masih bernyawa @ sebagai mayat?'.masa tu segala macam doa kita baca kan?

masa bersalinkan kakak,aku cakap dalam hati..'YaAllah..semoga kami berdua selamat.kalau sampai ajal aku waktu bersalinkan dia..izinkan aku bawak dia sekali bersama aku.aku taknak anak aku membesar tanpa seorang ibu'.masa doa tu airmata jangan citer lah..laju macam air terjun.bila lepas bersalin..aku cakap kat cik abe pasal doa aku ni dan dia marah.katanya 'sampai hati nak tinggal dia sorang'.touching la masa dengar tu.hehe

tapi lain pula masa bersalinkan si abam dan si adik..doa aku lain sikit dari masa aku bersalinkan kakak.lebih kurang gini la bunyinya 'YaAllah..semoga kami berdua selamat.bagilah aku kesempatan melihat anak-anak aku (maksud aku kakak dan abam) membesar dan berdikari.janganlah Kau ambil nyawaku disaat mereka masih memerlukan aku'. masa tu aku doa sangat-sangat jangan mati lagi sebab aku ada 2 anak yang menunggu diluar.lain masa lahirkan kakak,aku cuma fikir pasal aku dan bayi yang bakal lahir je.

dan alhamdulillah..aku bersyukur sangat-sangat diberi kesempatan melihat anak-anak membesar hingga saat ini.

setiap hari aku bangun dan bersyukur kerana masih berpeluang melihat wajah mereka.aku rasa semua ibu-ibu diluar sana berperasaan yang sama (aku taknak cakap sudut pandangan seorang bapa.aku bukan bapa,aku cuma ibu).apa yang aku tahu..aku dah gadaikan nyawa aku semasa melahirkan mereka..rasanya seorang bapa takkan tahu macam rasa sakitnya bersalin walaupun mereka cuba membayangkan dan melihat sendiri isteri melahirkan anak dalam labour room.bak kata kawan aku 'kalau ada suami dalam labour room pun bukan boleh share sakitnya bersalin.silap haribulan boleh jadi gaduh sebab duk asik tanya 'sakit ker?sakit kat mana?.tak payah tanya lah memang sakit,sebab sakit bersalin itu adalah sakit yang kedua selepas sakit nak mati'.

aku percaya dalam kes dera anak @ buang anak tu..mesti ibu itu kurang waras.kalau mereka waras sudah pasti mereka takkan buat macam tu pada anak yang dikandung selama 9 bulan itu.

sebab tu aku sangat kesal jika kerana kelalaian kita..anak-anak jadi mangsa.lihatlah sekeliling..dah banyak contoh yang boleh kita jadikan iktibar.malang datang tak berbau..takde bagi amaran @ notis..jangan bila dah jadi baru nak nyesal nanges airmata darah pun tak berguna lagi.

YaAllah..lindungilah anak-anak kami semua dari malapetaka dan juga orang-orang yang berniat jahat.amin

Tuesday, May 29, 2012

Si Blur..Pegi Main Jauh-Jauh

Tuesday, May 29, 2012 8


aku try cari gambar 'blur' ni je yang keluar.
gambar penyeri cerita katanya ;)


aku tak tahulah..aku paling MENYAMPAH TAHAP MAHARAJA ZORGON bila bercakap dengan orang blur.paham tak maksud aku orang blur ni macam mana?

jenis yang kita bercakap tak bagi perhatian.pastu tanya dan tanya lagi benda yang sama.eeeeeeeee geram aku.nak bercerita pun takde mood.kalau rasa otak tak boleh beri perhatian jangan ajak aku sembang.ini tidak..orang bercerita ko nak bercerita.pastu fakta dan auta tak boleh nak beza.nampak sangat tak bagi perhatian dengan apa orang cakap dan sekadar borak berbasa basi..cam tak ikhlas pun ada.

dahlah asik ulang soklan yang sama,tak penat ker?okey..aku penat nak minum air jap,nak gi toilet,nak gi solat asar..kejap lagi nak balik..bestnya duk umah

'Ane Akak?Ane Abam?..tanya Adik

Tuesday, May 29, 2012 8
PAGI SEMALAM..anak-anak mintak nak pegi umah Maklong (panggilan kepada ex pengasuh dulu).sebenarnya dah menyanyi kat telinga aku dari hari sabtu lepas tapi melampau la aku cuti nak hantar anak rumah orang.sibuk duk tanya 'bila nak pegi umah maklong?hari isnin ke selasa?'makin teruja bila bestfriend kakak (anak pengasuh itu) duk sms tanya 'bila nak datang rumah kita?'.

so pagi semalam aku yang dah mintak cuti tapi tak jadi cuti sebab anak-anak nak pegi umah maklong,buat apa aku cuti kalau takde sapa kat umah?baik aku simpan je cuti seciput tu untuk agenda akan datang.bila kakak pegi,otomatik abam pun nak ikut jugak..maka kedua-duanya aku hantar kesana.

petang semalam..patutnya abam kena balik rumah dan tinggal kakak je sebab dah diminta oleh pengasuh tido umah dia.tapi abam lagi pandai dari aku..dia dah siap buat rayuan dengan muka seposen dengan maklong mintak nak tido situ jugak (bestfriend dia anak lelaki bongsu akak tu).kata maklong 'bila awak kata dia kena balik,tahu tak macam mana rupa dia?kecewa sangat..macam belon tengah bulat tiba-tiba buang angin..terus kecut'..hahahaha..gelak aku dengan perumpamaan itu.sila bayangkan..

aku heran gak..ada lagi 2 orang ex pengasuh sebelum akak ni..tapi takde pulak diorang ingat.kalau jumpa pun malu-malu je.tapi ngan Maklong ni..sayangnya lain macam sikit.

so bila ambik adik petang semalam,memula dia okey je..mintak susu dan baring layan kartun.tapi dah lepas maghrib dia macam pelik kenapa rumah sunyi tanpa suara abam dan kakak.



adik dan sepupunya (anak kepada adik pompuan en abe..masa kat kenduri di Sijangkang,Banting dua minggu lepas)

aku pandang dia,dia pandang aku..'Ane Akak?Ane Abam?..ololo..sian pulak..last-last dia tertido awal.bosan agaknya takde kawan.dengan aku-aku sekali lelap..sib baik tak miss citer kegemaran Miss Ahjumma ;).citer makin menarik..tak sabar tunggu sambungan malam nanti.

cau...

Monday, May 28, 2012

Jalan-Jalan ke Dataran Nilai

Monday, May 28, 2012 12
Jalan-Jalan ke Dataran Nilai
tempat apa yang paling bernilai?
jawapannya...DATARAN NILAI.
marah ker?hahaha...jangan marah nanti kena jual.
kata BangsawanNilai..itu tak gempak,nak lagi gempak kalau ke dataran Nilai dan jumpa Bangsawan Nilai.yo lah.......

sebenarnya walaupun tempat ni bukanlah jauh mana dari rumah kami dan wajib lalu kalau nak balik umah mil kat cheras (kalau keluar kat Tol Nilai la..kalau balik ikut Putrajaya tak delah lalu sini).anak-anak tiap kali lalu sini mesti akan cakap 'kita tak penah pegi sini kan?'sian pulak dengar.bukan tak nak singgah tapi aku ni pesen tak berapa suka dengan tempat sesak dan ramai orang.darah cepat panas bila tempat panas..hehe

kebetulan hari ahad,kami dari Cheras lalu sini sini nampak kain rentang kata ada fiesta pancawarna katanya dari 25hb.nak singgah pun bukan ada apa di tengah hari panas terik tu..malam en abe keje so aku plan nak ajak adik datang sini.

gedebuk gedebak (itu tanda cerita di pendekkan tanpa iklan) adik lelaki setuju bawak kami kesini.lepas maghrib kami pun keluar..last minute adik pompuan pun nak join.so lepaklah kami tengok orang ramai..sambil makan ayam goreng jenama tempatan (lupa la nama dia..sedap jugak.rasa berempah dan pedas-pedas sikit).tengok macam-macam ragam manusia.anak-anak duk berlari sakan tengah padang.apa yang pancawarna pun aku tak tahu..nampak orang berniaga je yang ramai..ingatkan ada tarian kebudayaan.aku salah paham kot..huhu

si hero ada mintak nak masuk dalam tempat main yang boleh melompat-lompat tu.ingatkan free rupanya berbayar.sorang rm15.darab 3 dah rm15.tak payahlah abang oi..baik rm15 tu buat beli makanan.tapi dia sempat try masa aku tengah tanya penjaga tu dia dah serbu masuk..ligat sungguh la budak bertuah ni.sib baik tak kena bayar..sebab tak sengaja :).

aku?hehe..suka jugak sebab banyak gerai jual tudung,jual baju jubah dan jual macam-macam.itupun dah kontrol tak nak terpengaruh beli apa-apa pun.tapi ter'beli' 3 helai shawl,2 keychain yang boleh tempah nama gantung kat henpon,1 pouch letak henpon..huhu.tah hapa-hapalah aku ni.tapi aku suka pouch henpon tu sebab dia banyak poket..reganya rm12 je.berbaloi la jugak (kalau tak berbaloi pun takkan nak hantar balik kan?)

okey..watammat.

Jumpa Blogger,Beliau Belanja Aku Kepci ;)

Monday, May 28, 2012 8
Jumpa Blogger,Beliau Belanja Aku Kepci ;)
Okey..hari ni aku akan apdet 3 kali.jangan ada yang muntah hijau sudahlah ye.hehe.lepas kisah jumpa kawan sekolah yang dah 16 tahun terpisah tu (2 hari aku lepak ngan dia waktu lunch-khamis dan jumaat) dan jumaat tu kami janji nak lunch sama-sama tapi dia takleh tinggal kiosk.sebab pembantu dia hari tu budak keje part time.nanti kalau orang tanya itu ini,budak tu xleh jawab.so kensel.huhu..sedih.

sambil2 tu aku dapat call dari akak blogger ni katanya ontheway ke airport.aku okey je..sementara tunggu akak tu sampai aku masih melepak kat kiosk kawan tu sampaikan budak2 opis aku melawak kata 'ko buat part time kat sini waktu lunch ker?'.hehe..jahat diorang ni tau.

dalam 1.30 kakpb call bagitau dah sampai.oh!beliau datang hantar TokMa nak balik kampung (ini pertemuan bagi kami berdua tapi pertemuan pertama dengan TokMa..peramah jugak TokMa ni).sian kak pb kena beratur panjang hari tu..memang ramai sungguh manusia bila cuti sekolah,dah rupa pasar borong pun ada..cuma takde bau ikan je.hehe.

lepas TokMa selamat berlepas kami berdua 'dating' kat kepci..makan-makan,borak-borak dan gelak-gelak.dari satu tajuk ke satu tajuk..tak sedar dah 1 jam kami borak.masa sangat mencemburui kami.ayat takleh blah....tibalah masa untuk berpisah.moga jumpa lagi bila ada kesempatan.

ada gambar tapi dah dapat pesanan jangan letak kat blog..so korang bayangkan jelah ye kami makan sambil gelak tak pandang kiri kanan.ops..kat fb ada la gambar tu.so takdela rahsia mana pun

okey..next sapa nak datang sini lagi?bagitau aku awal-awal senang aku nak decide korang nak belanja aku makan kat mana.hahaha.takut la tu nak bagitau datang sini..takut kena belanja ai ye..(gurau je lah).

Pertemuan Semula Selepas 16 tahun

Monday, May 28, 2012 4
Pertemuan Semula Selepas 16 tahun
aku kenal dia masa masuk sekolah menengah tapi tak begitu rapat hinggalah lepas peksa Pmr kami sekelas.nama kami lebih kurang sama..rapatnya kami kerana kepala gila-gila (tapi bukan gila yer).aku penah teman dia dating dan begitu juga sebaliknya..(dulu mana ada orang dating berdua..kalau boleh satu bas nak ajak teman dating..keluar berdua adalah tidak di galakkan..mati kena hempuk kalau mak ayah aku tahu).

alkisah pertemuan semula kami melalui laman 'mukabuku'..walaupun 'mukabuku' ini ada ketika melekakan dan ada anasir yang tidak baik juga,tapi tak dinafikan jika betul cara kita memanfaatkannya,baik jugalah yang kita dapat.

tapi sekadar Like dan komen tu je ..kami tak jumpa pun lagi.hampir-hampir nak jumpa ada jugak tapi hajat tak kesampaian.disitu kami bertukar-tukar no phone.

khamis lepas,aku dapat call..katanya dia kat klia.nak jumpa aku..ingatkan dia datang nak naik kapal @ hantar orang..rupanya dia datang kerana sedang bertugas (dia keje promosi multivitamin jenama yang selalu kita beli untuk anak2 tu).

dari jauh aku nampak dia..tak banyak berubah.senyum dan bentuk badan pun biasa je (mungkin berisi sikit dari dulu tapi bukan kategori gemuk).anak dah 3 orang.banyak yang kami borakkan..dia masih suka gelak macam dulu..(dari dia bercerita aku tahu dia gelak untuk menutup hati yang sedang menangis).

masa yang berlalu selama 16 tahun bermacam perkara berlaku dalam hidupnya.tapi aku kagum kerana dia masih mampu tersenyum dan sangat tabah.katanya 'aku kena kuat untuk anak-anak'.

senang citer..pertemuan kembali kami ada TANGISAN DALAM TAWA.aku cuma mampu doakan dia bahagia dan semoga ada pelangi untuknya di hujung jalan sana.

Ada 3 Cerita Tapi............

Monday, May 28, 2012 12
Ada 3 Cerita Tapi............
Hai korang ;)
ada 3 cerita nak share ngan korang tapi cerita belum karang lagi

1-pertemuan semula selepas 16 tahun

2-jumpa blogger,beliau belanja aku kepci ;)

3-jalan-jalan ke Dataran Nilai (Dataran Nilai pun mau citer ker?igtkan citer jalan-jalan ke Trafagar Square)

okey..kendian baru citer,bagi tajuk dulu (bajet macam ada orang kesah).

Friday, May 25, 2012

Pulangnya Kakak Ke Pangkuan UmieAyah

Friday, May 25, 2012 18
Pulangnya Kakak Ke Pangkuan UmieAyah
ni sambungan kisah semalam yang tajuknya 'Sabar Umie,itu kata kakak'.

akhirnya tepat jam 11.40 malam,en abe dan anak daraku selamat sampai umah.dengan susah payah macam naik tongkang rasanya.cik abe sampai rumah terus terbaring kepenatan dan tertido sampai ke subuh.

mana tidaknya..dari klia ke kota bharu naik flight cuma 55 minit tapi dari kota bharu nak ke kampung aku,ambik masa 2 jam.itupun dia sempat singgah umah atoknya kat Kok Lanas masa dalam perjalanan.sempat makan tengahari kat umah atoknya dan masa nak ke kampung aku,atok dan nenek barunya ikut sekali ke kampung aku.

lepas ambik kakak dan beramah mesra sejam dengan mak ayah aku..pecut pulak ke kota bharu..dengan jalan jem sepanjang perjalanan dan sampai airport kul 7.30 malam..seat pulak takde..aku yang duk umah rasa kecut perut risaukan diorang.entah dapat balik ke tidak ni?

kalau konfem tak dapat seat,sah lah kena tido hotel dua beranak tu..(kan pembaziran tu..tido kejap je tapi kena bayar beratus RM).keta pun disewa utk satu hari dan dah return pun.dalam proses nak tahu dapat naik ke tak tu berkali-kali sms/call..aku siap suruh hero tolong doakan moga ayah dan kakak dapat seat.

lega kejap sebab katanya dapat seat tapi selagi kapal tak tutup pintu dan berlepas tak berani nak cakap.kapal pulak delay sampai jam 9.00 malam (ramai jemaah haji..itu biasa berlaku sebab jemaah haji kebanyakkan warga tua..kes salah info pasti berlaku).

dipendekkan citer..alhamdulillah.ada 2 seat kosong kerana ada 2 penumpang yang ditunggu tak muncul saat akhir.TERIMA KASIH pada penumpang tersebut,aku pasti mereka ada masalah tersendiri bila mereka tak muncul dan harap masalah mereka juga dah selesai :).

okey..sekarang kakak dah selamat kat rumah.belum sempat nak bercerita panjang sebab umie kena keje.huhu.tak sabar tunggu sabtu ahad..emm *sambil merancang sesuatu dalam kepala'.

Darinya Kita Datang,Kepadanya Kita Kembali..AlFatihah buat Norma

Friday, May 25, 2012 5
Pagi ni..aku baru dapat tahu Norma yang kisahnya aku selalu baca kat blog Moon sudah pergi meninggalkan kita semua pada 23hb (2 hari lepas).



Alfatihah..semoga arwah di tempatkan dikalangan orang-orang yang soleh.selalunya aku baca kisah Norma walaupun jarang tinggal komen.tapi entah dimasa silapnya..aku lambat tahu yang Norma dah 'pergi'.aku tak kenal Moon apatah lagi Norma..kenal cuma dari tulisan Moon kat blog dan statusnya di fb tapi kesannya sangat mendalam.dari situ aku kenal Talib yang begitu setia menemani isterinya yang terlantar sakit.bukan calang-calang lelaki boleh melakukannya.paling buat aku mengalir airmata bila membayangkan Rafiq yang tak sempat bermanja dengan ibunya macam anak-anak yang lain.

sampai sekarang aku masih sebak.itu aku yang hanya membaca kisahnya di blog,bagaimana pula dengan ahli keluarganya?semoga Allah mengurniakan mereka semua dengan lebih ketabahan.Takziah untuk Moon dah keluarganya

Yakinlah..Rezki Adalah Dari Allah

Friday, May 25, 2012 4
Assalamualaikum
ini emel yang aku terima dalam mailbox pagi ni.nak share ngan korang semua.

REZEKI DAN PENDAPATAN ADALAH DARI ALLAH SWT
(Bahagian 1)

SEPATUTNYA kita yakin bahawa semua rezeki dan pendapatan adalah datangnya dari Allah dan Dialah yang menentukan pembahagiannya. Itu adalah akidah kita.

Maha Pemurah Allah - Dia memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat.

Diantaranya:

1. Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:
"Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu." (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah.)

2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah, yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.:
"Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas .a.)

3. Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih membuat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:
"… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya." (Riwayat at-Tirmizi)

4. Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya:
"(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram." (Ar-ra'd: 28)

5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:
"Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya." (Riwayat Abu Ya'ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)

Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:
"Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya." (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:
"Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu." (Riwayat Bukhari)

7. Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:
"Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…" (Riwayat Muslim)

8. Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a'lam.

9. Banyak buat kebajikan
Ibnu Abbas berkata:
"Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya."



malu nak ngaku..selama ni baca ayat ini setiap kali solat (dibaca antara 2 sujud) tapi baca tanpa tahu maknanya..huhu

Nota Dari Aku:
-yakinlah rezki dari Allah dan teruslah berusaha jangan hanya berserah semata-mata dan menyalahkan takdir.

Thursday, May 24, 2012

'Sabar Umie'..itu kata kakak

Thursday, May 24, 2012 7
'Sabar Umie'..itu kata kakak
HARI NI..KHAMIS,dan khamis adalah hari terakhir sekolah di negeri Kelantan.esok bermulalah cuti sekolah 2 minggu.ayahnya baru jap tadi 'terbang ke kelantan' untuk ambik kakak.malam nanti sampailah kakak ke sini.

semalam kakak call tanya 'baju apa kakak nak bawak balik,Umie?'.aku cakap 'bawak yang perlu aja.kat umah ada lagi baju kakak.pakai je apa ada'.pastu aku cakap la 'tak sabar tunggu esok.tak sabar nak jumpa kakak'.korang tahu dia kata apa 'sabarlah Umie'.adoyai..

2 minggu cuti.kemana kita yer?eh!anak je cuti..mak ayah tetap kena keje yer..

apdet kembali jam 2.50 ptg:
-cik abe dah sampai kampung..katanya 'kapal nak balik dah penuh.tak tahu boleh balik malam ni ke tak.huhu'

Tuesday, May 22, 2012

Oh ! Lelaki,Life Begin at 40 Katanya..Sape Kata?

Tuesday, May 22, 2012 32


ada lelaki yang tersenyum baca artikel ni ker?jangan bangga sangat sebab dah cecah 40an.kalau boleh,berubah lah kepada yang lebih baik dari sebelumnya.sebab kita tak tahu berapa lama lagi Allah nak bagi kita hidup kat dunia ni.

tapi aku tahu yg baca blog ni masa muda remaja kan?hehe

mak aku penah kata 'kalau usia cecah 40 masih bawak perangai lama..sampai mati pun akan tetap perangai macam tu'.

tapi aku kata 'manusia boleh berubah jika ada kemahuan'.

korang kata apa pulak?

Patutnya Dapat 100 Markah

Tuesday, May 22, 2012 15
SELAMAT PAGI..dah sarapan ker?sebelum masuk opis,aku tapau bihun goreng singapore kat kafe.belum sempat makan lagi datang akak opis offer pulut kuning lauk rendang ayam.sedap pulak rendang tu..penyudahnya dua-dua selamat masuk perut.alahai..kenyangnya.alhamdulillah

oh ni nak citer pasal kecuaian si hero,abam.minggu ni dia periksa bahagian akademik.tapi macam biasalah..bukan menelaah sangat pun.salah aku jugak.hari ni mata pelajaran BMelayu,Math dan Sains.kesian budak-budak sekarang.darjah 1 dah belajar Sains.seingat aku dulu mata pelajaran Alam dan Manusia diajar masa darjah 4.

sambil kejut dia pagi tadi aku check beg sekolah dia,tengok alat tulis cukup @ tidak.so nampak la kertas ujian Jawi (exam last week) markah 96.senyum terukir dibibirku.hehe.tapi muskil jugak kenapa tak dapat 100.belek punya belek..2 soklan dia tinggal tak berjawab.

bila tanya 'kenapa abang tak jawab 2 soklan ni?'dia kata 'itu bukan soalan..tak payah jawab'.amboi..pandai sungguh menjawab.nak kelentong sapa ni?aku cakap 'tengok betul-betul.ini soalan tau.cuba abang bagitau jawapannya'..dan memang dia dapat jawab dengan betul.emm *tarik nafas..hembus*

kata aku 'lain kali baca betul-betul dan jawab semua soalan.sekarang abang dah rugi,patutnya abang boleh dapat 100 markah untuk mata pelajaran Jawi ni.tapi sebab abang tak jawab 2 soklan..abang dapat 96 je'.diam je dia bila aku membebel.

sebenarnya...lepas marah aku nyesal.selalu berlaku begitu..aku pernah baca tentang hal ni.katanya bila kita tengok kertas soalan,kita lebih tumpukan pada jawapan yang SALAH tapi kita abaikan jawapan yang BETUL.pelik tapi itu memang benar.

oh!aku dah minta maaf pasal ni.tadi sebelum dia kesekolah dah pesan..baca kertas soklan betul-betul dan jawab semua soalan.harap dia tak cuai lagi



gambar hiasan..abang dan adik masa balik dari kampung awal bulan tu ari

Monday, May 21, 2012

Sabtu Malam,Pegi Dinner Kompeni

Monday, May 21, 2012 27
hai..selamat pagi Isnin.korang apa khabar hari ni?sihat ceria nampaknya..

emm apa nak citer yer?oh..ada citer.ni kisah sabtu lepas.aku dan cik abe pegi dinner yang di anjurkan oleh kompeni kami.sebenarnya dah lama aku tak join dinner kompeni.pertama kali join dulu..kalau tak silap zaman mawi baru kuar Af.dia jadi artis jemputan..majlis dibuat kat sebuah hotel area subang kot (dah lupa..sebab dah lama sangat lebih kurang 9 tahun yang lalu.gile lamanya).

kali ni majlis dibuat kat hotel sebelah airport ni je.lagipun bos sponsor tiket aku.nak jawab tak nak pegi melampau sangat la kan.so pegi jugakla walaupun pada awalnya agak buntu nak pakai apa.(pompuan biasalah..kalau boleh setiap majlis nak pakai baju baru.huhu.boleh botak kepala macam ni).nak pakai baju kurung pun rasa bosan je..dahla datang keje hari-hari pun pakai baju kurung.nak pakai jubah pun takde jubah yang cantik.lupakan pasal baju..

nak keluar rumah pun dah huru hara bila si kenit nampak aku siap berbaju lawa dia pun kelam kabut nak ikut,siap panggil abangnya 'abang.jom'.yang kelakar dia pandang aku dan pandang balik kat baju tido yang dia pakai.mesti dia heran 'kenapa aku pakai baju tido?kenapa umie tak tukar baju aku ni?'gitulah agaknya monolog dalam diri si kenit.bawak dia round satu taman dan tinggalkan dia tengah melalak dengan adik aku.sori ye dik,bagi can umie dan ayah keluar berdua malam ni.

majlis bermula kul 7.00 malam tapi aku kuar umah lepas maghrib.solat kat rumah lebih senang dari kelam kabut cari surau kat luar.tak perlu datang awal bukan tetamu kehormat pun.so kami sampai agak lewat tapi rasanya ramai yang sampai sama waktu dengan kami..sedang elok aku dapat meja,majlis pun bermula.aku dan cik abe duk meja berasingan sebab lain-lain sponsor.hehe.

majlis sangat meriah dengan celoteh Sarimah Ibrahim sebagai pengacara majlis dan Anuar Zain sebagai artis jemputan.ops..ada 2 pelawak (sorang india,sorang cina) aku lupa la nama diorang kalau tak silap sorang tu nama Logi kot.



Abang Nuar yang sedang mendendangkan lagu..yang membuatkan mak-mak orang lupa diri sekejap ;)

makan-makan pulak stail makanan cina.nak tambah banyak kali malu sebab aku duk sebelah suami bos (bos tak duduk kat meja pun sebab beliau ahli jawatan kuasa majlis).so makan ala kadar sebab malu di kata 'ai..hujan ribut pun tahu nak berenti'hehe.



hadiah bertuah milik en abe yang tiba-tiba jadi milik aku.hahaha.tak malu le tew

yang paling aku suka bila majlis macam ni ialah lucky draw.walaupun nombor aku tak naik..tapi nak jugak berlagak dengan hadiah yang en abe dapat.sebiji kamera digital jenama Samsung.aku target dapat I-phone @ I-pad.tapi bukan rezki.hadiah utama ialah sebuah tv 52 inci.harap-harap pemenang tu boleh muat tv dalam keta dia ;).yang pasti aku takkan dapat anugerah baju tercantik la kan..itu cuma dalam mimpi.tapi pemenang malam tu bajunya memang lawa sampaikan Abang Nuar pun tergamam tengok baju dia.tak rugi sewa baju mahal..berbaloi dengan hadiahnya.tahniah dik ;)

maaf takde gambar,sibuk tengok orang.hahaha.nak bergambar ngan abang Nuar pun tak berpeluang sebab segan nak berebut dengan orang.

majlis abis awal..kul 11.30 kami dah balik.penat dan sakit kaki sebab dah lama tak pakai kasut tumit tinggi..huhu.sampai je umah tengok si abam dan si adik terbongkang depan tv.sian kenit umie..mesti tido dengan airmata tu..

okey..tu je nak citer..daaaaaaaaaaaaaaaa

Friday, May 18, 2012

Ceria...Tapi Bukan Astro Ceria

Friday, May 18, 2012 26


gambar dari sini

SALAM JUMAAT untuk semua.semoga ceria-ceria selalu ye..lupakan entri jiwa kacau semalam.tarik nafas dan bertenang..semua masalah ada jalan penyelesaian.walaupun masalah aku semalam masih belum nampak jalan penyelesaian,aku cuba fikir positif.kalau benda ni berlarutan aku juga ada cara untuk mempertahankan diri aku..so wait n see :).jangan biarkan diri anda di selubungi masalah.

sekejap sungguh masa berlalu.hari ni dah jumaat..kadang-kadang aku rasa tak cukup 24jam sehari.2 hari cuti sabtu ahad..macam-macam benda nak buat.

tapi bagus juga masa cepat berlalu..sebab




nak tahu kenapa?





betul nak tahu ni?










24hb (minggu depan la kan)









kakak balik sini..yehaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa,cuti sekolah 2 minggu.tak sabar rasanya.okeylah..nak buat keje.bai

Thursday, May 17, 2012

Buat Kerja Masing-Masing,Aman Dunia

Thursday, May 17, 2012 12


gambar dari sini

APAPUN KERJA KITA,MESTI ADA KAITAN DENGAN ORANG LAIN.KERJA 'SI A'..ADA KAITAN DENGAN 'SI B' DAN KERJA 'SI B' JUGA SEDIKIT SEBANYAK ADA KAITAN DENGAN 'SI C'.MASALAH AKAN TIMBUL BILA 'SI C' TAK BUAT KERJANYA DENGAN BETUL.SECARA OTOMATIK KERJA 'SI A' DAN 'SI B' JUGA TERGENDALA.

ALANGKAH AMAN DUNIA JIKA KITA BUAT KEJE MASING-MASING.huhu

bila tulis dengan 'HURUF BESAR' itu tandanya mood tak stabil

cao

Wednesday, May 16, 2012

Rita Rudaini..Cantiknya Dia Bertudung

Wednesday, May 16, 2012 16


lupakan 'kisah sensasi' dia.aku tak nak komen pasal tu.tapi yang buat aku tertarik sangat sampai letak kat blog ni ialah dia sangat cantik pakai tudung.

kan?

macam mak aku kata la 'orang cantik,pakai selimut pun lawa'.

Hari Guru,Selamat Pagi Cikgu

Wednesday, May 16, 2012 20


gambar dari sini

Selamat Hari Guru..

Terima Kasih buat guru pertamaku iaitu 'Ma..ibuku sendiri' orang pertama yang mengenalkan aku dengan ABC,123 dan Alif,Ba,Ta.

Tak lupa buat guru-guru zaman sekolah rendah dan juga sekolah menengah.
Jasa guru-guru semua tak mampu ku balas.

Semoga hidup mereka diberkati Allah selalu.Amin

PETANG SEMALAM

ambik anak-anak dari rumah pengasuh
ini dialog aku dan si hero,Abam.

Abam:esok hari guru.abang ambik cawan dalam bilik kakak nak bagi cikgu boleh tak umie?

Aku:cawan mana pulak

Abam:yang warna pink tu

Aku:eh!mana boleh.cawan tu dah lama.nanti umie carikan cawan baru

Abam:okey

dan..malam tadi aku demam selsema teruk.cari ubat tak jumpa.huhu.terpaksalah tunggu en abe balik untuk makan ubat.itupun dah kul 1.00 pagi.dalam demam tu mata masih EMALAM..gagah layan citer korea :).lepas makan ubat terus tido lena sampai pagi.kuat sungguh kesan ubat tu buat aku mengantuk sampai sekarang.dan bangun pagi ni..abam tuntut hadiah.

alamak..memang aku lupa sungguh.belek-belek dalam lemari jumpa 2 frame gambar.masih baru sebab itu aku dapat masa majlis kat opis kalau tak silap.tak sempat bungkus dan tulis apa-apa terus aku sumbat dalam paperbag orang kawen bagi kat hero.katanya nak bagi kat cikgu Maryam.aku agak cikgu ni mesti cikgu yang paling disayangi oleh semua murid.sebabnya bila aku tanya anak kawan yang aku tumpang gi keje.kata dia 'cikgu maryam cikgu paling baik kat sekolah tu.semua orang suka dia'.nampak gaya hari ni penuhlah bonet cikgu Maryam dengan hadiah dari anak muridnya.

bila tiba hari guru..boleh tengok cikgu mana paling di sayangi oleh murid berdasarkan banyak mana hadiah yang beliau dapat pada hari guru.tak gitu?maaf ye cikgu-cikgi..jangan terasa,tapi itulah kenyataan.

agak-agak kalau aku jadi cikgu,mesti takde murid sudi bagi hadiah.sebabnya aku ni kalau jadi cikgu mesti jadi cikgu yang garang.hahaha.

ops..tak lupa buat kawan-kawan blog yang bergelar GURU,selamat hari guru buat korang jugak.

Tuesday, May 15, 2012

Citer Anak-Anak Je Pun

Tuesday, May 15, 2012 12

tajuk tu kalau dibaca laju-laju jadi macam citer anak-anak jepun.hahaha

KAKAK YANG JAUH DIMATA ,DEKAT DI HATI..

macam biasala..sesi koling-koling sebelum tido.katanya 'sekolah kakak belum peksa lagi,lepas cuti sekolah baru peksa'.emm .. mesti sangat tak best bila dalam bercuti kena fikir nak peksa.kan bagus kalau peksa sebelum bercuti.dia pun tak sabar menunggu 24hb,nak balik sini ;)

NI KISAH ABAM..DE ONLY HERO :)

jumaat lepas dia bawak balik sekuntum bunga ros plastik dan jadual peksa.sambil hulur bunga dan berlari naik atas,mulutnya cakap 'umie..terima kasih untuk segalanya.cikgu suh cakap'. boleh gitu?

minggu ni peksa sekolah agama petang.3 hari je,isnin sampai rabu
minggu depan peksa akademik..

dia?
emm macam biasa..
masih lagi ngadap kartun.

umienya?
masih jugak ngadap citer korea.
hehe

CIKENIT CIKEBUM..

budak ini malam-malam pun mintak buah.kalau en ayah call malam-malam nak cakap ngan dia,ayat yang kuar dari mulut dia cuma 'nak uah..nak uah'.senang citer kalau pisang tu kalau tak di kontrol sesikat pun boleh abis..bahaya wooo pisang tu banyak gula.kalau takde buah lain,timun buat ulam tu pun dia makan :)

hidung adalah tersumbat..ada potensi nak kena selsema ni.

Hati Kita,Hanya Kita Yang Tahu

Tuesday, May 15, 2012 8
Hati Kita,Hanya Kita Yang Tahu
dari emel..share dengan korang jugak.

pesanan Guru Mursyid

"Kalau kita hendak menasihati orang.Tanya hati kita dahulu, Tujuan kita hendak beri nasihat atau hendak memberi malu pada orang".

Apabila kita hendak menyampaikan ilmu kepada orang.Apakah tujuan kita? Hendak berkongsi ilmu atau hendak menunjuk yang kita lebih tahu.

Kalau kita hendak bercakap tentang sesuatu, kita tentu tahu niat kita, hendak menunjuk kita pandai atau rasa berkewajiban menyampaikan ilmu".

Ingatlah pahala sesuatu amal ditentukan oleh keikhlasan kita.Kalau tujuan bukan kerana Allah, amalan itu akan menjadi macam debu.Bukan pahala kita dapat tapi BALA


komen aku pulak
'apapun yang kita buat dan kita lakukan..hanya HATI KITA dan ALLAH sahaja yang tahu apa niat kita.tak gitu kengkawan?'

Friday, May 11, 2012

Kakak,Abam dan Adik Di Kampung

Friday, May 11, 2012 26
SALAM JUMAAT untuk semua..

ada benda nak citer tapi malas nak mengarang.boleh?so layan gambar anak-anak masa kat kampung.



malam pertama sampai kampung..kami tido 4 beranak atas katil queen size.korang bayangkan betapa sempitnya bersesak atas katil tu tapi kerinduan mengatasi segalanya.kami lena sampai pagi walaupun dalam keadaan berhimpit itu..kaki adik atas muka kakak tapi kakak lena je tido.sayang adik punya pasal :)

sila abaikan adik yang sangat 'cekci tak berbaju' tu..cuaca amatlah panas



tengah bergomol 3 beradik..kejap kakak jadi kuda,kejap abam pulak jadi kuda.adik pun ada hati nak jadi kuda tu tak padan dengan kecik.




rindu adik.dah 2 malam adik duk terjerit-jerit dalam tido sebut nama kakak.sabarlah dik,24hb nanti kakak balik yer.InsyaAllah.



ni gambar masa pagi khamis hantar kakak naik bas ke sekolah..busuk masam belum mandi lagi tu.hehe


okey..selamat berhujung minggu

Thursday, May 10, 2012

Miss Ahjumma..

Thursday, May 10, 2012 17
hari Rabu yang lepas adalah ending drama korea yang aku follow,While You Are Sleeping.sib baik endingnya berbaloi aku menunggu 120 episod.(tipu je..aku tengok pun masa dah tengah-tengah kot).wajib duk depan tv jam 10.20 sampai kul 11.45 malam.hehe

ingat dah abis citer ni tak nak follow dah drama korea..konon nak tido awal tapi dah tersangkut pulak ngan drama baru Miss Ahjumma (kalau tak silap aku ahjumma tu maksudnya 'makcik').drama tu main 2 episod satu malam.eh!aku tak tahulah kalau ini adalah drama ulangan..tapi aku nak share jelah bagi yang minat nak tahu.oh!dia adalah memegang watak yang aku suka dalam drama The First Wives Club..dengan nama Na Hwa Sin yang juga memegang watak isteri yang tak dihargai oleh suami.dalam citer ni pun wataknya lebih kurang sama.



banner drama Miss Ahjumma



wataknya bernama Kang Geum Hwa yang berambut kerinting kasar dan suka berbaju besar gedobos..pakai lak spek besar.



ni muka sebenar dia..

JALAN CITERNYA LEBIH KURANG BEGINI..alahai 103 episod tu..malam tadi baru episod ke2.

kisah seorang pompuan yang cantik..berhenti kerja dan berkahwin dengan kekasihnya dengan harapan bahagia hingga akhir hayat.ada sorang anak pompuan dan seorang suami.hehe.duk serumah ngan mak mentua yang demand (oh!malam tadi mak mentuanya mintak katil king size dan lemari besar bila pindah rumah baru).

suaminya bisnes sendiri dan sekarang tengah mengalami masalah kewangan dan mungkin bisnesnya melungkup.tapi ini bukan kali pertama..dah banyak kali bisnes buka tutup tapi dia tetap teguh berdiri di belakang suaminya.kali ni dia mengikat perut sebab nak pindah apartment baru yang menjadi idamannya.

cuma yang akan menjadi konflik ialah bila seorang pompuan (juga kawan dia masa zaman muda dulu dan telah di ketahui umum memang sangat suka dan minat kat laki dia) dulu pompuan ni tak lawa..pakai spek mata besar dan bergigi besi (braces).sekarang pompuan tu dah balik dari oversea (haruslah Amerika..kalau oversea je america..letak la negara lain,Malaysia ke Nepal pun boleh gak.hehe).

dipendekkan citer,suami dia akan jatuh cinta ngan pompuan gigi besi yang dah jadi lawa dan seksi itu.bertambah tragis dia akan di ceraikan sebab laki dia nak kawen dengan pompuan tu dan lepas tu dia baru sedar selama ini dia terlalu menghambakan diri pada keluarga sehingga melupakan diri sendiri.mak dia sendiri kata 'tengoklah diri kamu?kamu ingat cantik ke pakai macam ni?'..sedih sangat bila mak sendiri kondem dia macam tu.dahlah pengorbanan dia selama ini tak dihargai oleh si suami..

dia lupa untuk memberi perhatian pada diri sendiri
dia lupa nak melawa sebab nak berjimat simpan duit untuk keluarga
dia terlalu percaya pada suaminya dan tak sedar selalu ditipu (dalam episod malam tadi..suami dia kat kelab minum2 dengan client sambil di kelilingi pompuan kelab malam..bila dia call terus tarik tirai yang background macam kat pejabat..bila bini dia 3G nampak macam dia kepenatan dan masih duk kat opis..cam hampas je kan?).so bila laki dia balik mabuk dan merungut penat..dia tak jadi marah tapi jadi kesian sangat kat laki dia tu.

okey..lepas ni katanya dia akan transform diri jadi lawa seperti sebelum kahwin dulu dan laki dia yang dah kawen ngan pompuan gigi besi tu akan gila talak kembali.mesti best kan?

okey..jangan lupa tengok yer..channel 393 hari isnin sampai jumaat ;)

babai

SarapanKu Pagi Ini,Jemput Tengok Semua ..

Thursday, May 10, 2012 15


ni entri pemalas..buat blog macam Fb duk tayang makan apa..hahaha
jemput tengok semua ye..nasi kerabu kaler biru berlaukkan ikan celup tepung dan telur masin.reganya rm3.50,pesan kat kawan.setakat ni sangat sesuai dengan tekak aku.aku suka nasi kerabu yang sambal kelapanya kering dan bukan yang tumis basah tu.ada beza ker?haha..kena carilah kalau nak tahu...

jemput makan :)

Wednesday, May 9, 2012

PJJ : Perkahwinan Jarak Jauh

Wednesday, May 09, 2012 17
PJJ : Perkahwinan Jarak Jauh
sebetulnya aku sangat sibuk..tapi dalam sibuk-sibuk itu masih sempat 'curi-curi masa' membaca blog kengkawan.nampak tak betapa sayangnya aku kat korang semua ;)*sila tepuk tangan secara berjemaah*.

tempat baru..suasana baru..kawan baru (dah lama kenal cuma tak penah satu opis je).meja sempit..huhu.boleh langgar bontot dan sengol-sengol bahu kalau bergerak.alahai..(sabar..katanya 2 bulan je kat sini sementara tunggu opis siap)

lupakan kisah itu tapi nak kongsi satu cerita.sejak semalam aku duk baca banyak blog yang kisah mereka (blog kaum ibu la) terpaksa berjauhan dengan pasangan.samada kerana berpisah disebabkan kerja @ sambung belajar.ada yang dalam negara dan tak kurang jugak yang pasangannya nun jauh di seberang laut.

bila baca luahan hati mereka,bergenang airmata aku..membayangkan kerinduan si anak kepada bapanya.kerinduan si ibu tu hehehe 'no komen la'.aku yang balik kampung 5 hari tu pun tak larat melayan pertanyaan si kenit 'ayah ane?ayah ane?'aduhai..5 hari je pun bukan 5 bulan.agaknya kalau 5 bulan dah tak kenal kot.

mesti bukan perkara mudah tapi orang kata 'alah bisa,tegal biasa'.paling lama aku berjauhan ngan cik abe ialah masa dalam pantang si kakak dan si abang.lama pun dalam 2 minggu sekali mesti en abe balik jenguk kami.tapi itu pun dah cukup lama bagi aku.dan bukan senang nak 'handle perasaan bila berjauhan ni..banyak setan gondol yang bertanduk merah bawak tongkat duk cucuk-cucuk hati menggoda perasaan'kalau tak kuat iman boleh terlungkup..tak percaya?sila cuba.......

masa bersalinkan si kenit,aku pantang kat rumah sendiri (memang tak boleh pantang kat kampung pun sebab dah ada anak yang bersekolah..pandai2 la jaga diri.mak aku datang teman seminggu je.lagipun bukan anak sulung..dah no 3 pandai2 la nak hidup).

paling merisaukan saat berjauhan ialah bila anak-anak demam @ sakit.mesti susah hati..harap-harap mereka yang PJJ ni Allah beri extra kesabaran dan ketabahan :).ada kawan aku kata 'lebih baik pjj kat oversea dari dalam negara'..paham tak?hehe..tak paham takpe..sila abaikan.korang ada pengalaman PJJ tak?

Monday, May 7, 2012

Hai,Im Back ;)

Monday, May 07, 2012 34
Hai,Im Back ;)
hai..
kembali bersiaran setelah bercutian selama 5 hari kat kampung (dari hari Rabu sampailah Ahad).melawat anak dara kesayangan sambil melepas rindu yang menyesakkan dada.hehe.aku dan anak-anak balik kampung hari Rabu lepas,menumpang keta adik lelaki.perjalanan balik kampung sangat lancar maklumlah bukan cuti sekolah..jalan clear dari rumah sampai la ke kampung cuma sedikit hujan lebat masa masuk sempadan negeriku.kakak memang terkejut 'monkey' bila aku dan adik-adiknya dah sampai depan umah.terjerit-jerit dia kerana sangat teruja.

aktiviti di kampung adalah
MAKAN..MAKAN DAN MAKAN LAGI(pagi-pagi sarapan adalah nasi kerabu)

TIDO..TIDO..DAN TIDO (aktiviti tengah hari sambil menidokan kenit..dengan aku sekali menidokan diri)

MENZIARAH SEDARA MARA
(kebetulan sehari sebelum balik kampung,dapat berita suami kepada makcik yang ku panggil Mak Mbong telah meninggal dunia (mak mbong ialah kakak sulung mak aku yang aku penah citer rumahnya terbakar bulan lepas).ujian untuk mak mbong..lepas rumah hangus terbakar,suami pulak meninggal.AlFatihah buat arwah PokTeh

DAN SEDIKIT AKTIVITI JALAN-JALAN.
(nak bagitau jugak..pertama kali jejak Pasar Malam Wakaf Che Yeh..nama je asal Kelantan.wuhu.......tapi setakat cuci mata beli baju kelawar selai je..next time nak pegi lagi kena bawak RM lebih sikit).

mood nak keje adalah 50:50..
masuk opis kena angkut barang pindah opis baru..
so ini adalah quick update..

cau