Wednesday, February 29, 2012

Istimewanya Tarikh 29 February 2012

Wednesday, February 29, 2012 8


29 FEBRUARY..orang kata tarikh yang special sebab di sambut 4 tahun sekali.sama cam anak blogger angah yang akan sambut besday 4 tahun sekali.jenuh la mak dia nak menerangkan kat dia,kenapa tak boleh sambut besday tiap-tiap tahun macam orang lain.

semalam pun aku terkena..aku kena key in data dalam microsoft excell.tarikh bulan February tapi aku lupa tukar tahun 2011 kepada tahun 2012.so lepas tarikh 28feb dia terus ke tarikh 01 mac.penin la pale aku kenapa tak de tarikh 29feb.rupanya lupa tukar format tahun :).maluuuuuuuuuuuuu je

apa istimewanya tarikh 29feb pada aku?emm..takde apa kot.

-check kalendar,dalam family pun (belah aku maupun belah cik abe) takde yang lahir 29feb.

-oh!aku baru balik dari fisio pagi tadi..lepas fisio aku makan aiskrem walaupun aku belum ambik sarapan(aku nak aiskrim Magnum tapi takde,so jenama Kit Kat pun jadilah).

-depan aku ni ada bekal,macaroni dengan mushroom sos Prego

lagi apa yer?

emm hari ni bos cuti.petang semalam dia pesan suh aku setelkan keje yang dia bagi tu..okeylah..buat keje dulu.bye

pstttttttttttttt..apa istimewanya 29 feb pada korang?ops..lupa aku pun dilahirkan bulan Feb.kiranya Februari mekar dihati lah kan ;)

Tuesday, February 28, 2012

Sepetang Bersama Blog Resepi

Tuesday, February 28, 2012 12
Sepetang Bersama Blog Resepi
'dia'datang lagi.sapa?sakit pinggang la.tapi buat-buat tak sakit.nak pegi fisio takde transport.esok pagi lah aku pegi..terus dari rumah.harap-harap tak jadi macam malam tadi.aku tertido lepas solat,sedar-sedar dah subuh.tah bila si kenit tido sebelah aku.hero pun baik je lena dalam bilik dia.tq untuk en abe yang memahami aku yang sedang sakit.(poyo je masa nak tulis ni..jangan ada yang muntah sudah la ye).orang sakit lebih sensitif,ingat tu yer..

masa masih panjang.lagi 1/2 jam nak balik.bukan takde keje tapi mood belum datang.hehe.gila ke hape dah petang mood belum datang.tadi menjelajah blog kengkawan dan terjengah ke blog resepi *sambil telan air liur*.hebat hebat diorang ni yer.macam-macam resepi ada.dari menu barat ke timur,dari utara ke selatan.klik je mana suka..lepas klik,copy+paste simpan kat folder resepi sendiri ;).bila nak buat tu?nanti nanti lah..ai bz

takde alasan tak pandai masak zaman sekarang.malas ngan rajin je.yelah,dengan sekali klik semua resepi depan mata,zaman mak-mak kita dulu mungkin lah menu ulang tayang.asik-asik menu tu je,nak komplen takut periuk naik atas kepala :).makan je la jangan banyak soal.mak aku senang je 'nak makan,makan.tak nak makan bagi orang lain makan'.

citer pasal menu masa aku kecik dulu

ayam gulai tempoyak
ayam masak merah
ikan aye (tongkol)masak singgang
ikan bawal @ ayam percik putih (ni menu bulan posa)
ikan bawal kukus (ni pun sama,jumpa bulan posa je)
sup tulang@sup daging

atleast makan jugak la ayam ngan daging..(insaf kejap)

senang citer zaman dulu kami makan apa ada je.sedar diri bukan orang senang.tak payahla citer kfc @ mekdi @ kenny rogers mahupun pizza ..dalam mimpi pun aku tak jumpa.sebab tak penah rasa macam mana aku nak mimpi.beza ngan anak-anak aku sekarang.sebut je nak makan apa,cepat ngan lambat mesti dapat.

tiba-tiba tekak rasa macam nak makan nasi arab.tapi sabar,tunggu kakak balik 10hb depan.bukan takleh gi makan sekarang..tak sampai hati nak makan bila kakak takde.10hb tak lama lagi je pun..pejam celik pejam celik sekarang dahpun hujung bulan :P.

Mesin Jahit dan Baju Kurung

Tuesday, February 28, 2012 13
aku ada la 4 pasang baju kurung pahang.tapi yang pelik bin ajaib kenapa mudah sangat tetas kat bahagian bawah ketiak tu..bukan tang ketiak betul tapi bawah sikit.ish camner aku nak terangkan nih..tempat penyambung tu..kalau korang tengah pakai baju kurung pahang sekarang sila la belek yer..

terpaksa la aku keluarkan 'kotak ajaib' jahit sikit tang koyak tu.tak besar pun dalam 1 inci je.tensen tau..sebab sebelum tido dah plan nak pakai baju tu..tetiba pagi tengok koyak pulak.

ingat lagi tak lagu ni(lupa kumpulan nasyid yang mana) liriknya 'iman tak dapat di warisi,dari seorang ayah yang beriman'lebih kurang gitu la bunyinya.

so kalau mak tukang jahit femes di kampungnya tak semestinya bakat tu boleh diperturun kepada anak-anak.silap haribulan mak tukang jahit tapi anaknya nak jahit butang tercabut pun tak reti.

mak aku dikira tukang jahit glemer la kat kampung.masa kecik2 aku sampai menyampah gila tengok mesin jahit.rasa macam nak humban ke sungai pun ada sebab petang-petang orang lain main kat padang aku kena tolong mak menjahit.tapi itu dulu,masa aku belum berakal.sekarang aku nyesal tak belajar betul-betul,kalau tak aku mesti dah boleh jahit kemeja kot ;).sesekali balik kampung aku macam gian nak menjahit..abis kain perca mak aku jadi pouch untuk letak henpon@syiling :)

aku ni kalau berangan memang suka sangat *sambil letak tangan atas dahi* berangan kalau dapat mesin jahit sebiji macam ni



boleh la aku jahit langsir.(masa tu mesti setiap bulan tukar-tukar langsir) pastu jahit sarung bantal,buat baju kurung untuk anak-anak dara dan baju melayu untuk cik abe dan hero).kengkonon :)

sebab tu bila cik abe dapat uniform baru beliau suh aku jahitkan kaki seluar (selalunya uniform baru tu seluarnya tak dijahit..kena potong ikut ukuran sendiri).tapi aku selalu je bagi alasan..'oh tak boleh jahit macam tu jer..kena kelim baru cantik.lipat-lipat dan jahit gitu tak lawa'.setakat ni alasan aku diterima pakai oleh beliau tanpa syak wasangka.dan penyudahnya kena hantar tailor.dah mahal sekarang,2 tahun lepas rm4 je selai seluar sekarang dah rm7.

citer pasal baju kurung ni..dulu aku beli kain ela pastu hantar kampung mak aku jahit.sekarang ni mak aku dah tak menjahit sangat.mesin pun dah tua,asik meragam je.ayah tak nak repair sebab beliau lebih suka mak aku berehat ngadap beliau dari duk mengadap mesin jahit itu.(berbelas tahun mak aku menjahit dari umur adik aku yang no2 lagi..sekarang adik aku dah umur 31 tahun,dah kawen ada anak 2 dah). so takat jahit yang simple-simple tu boleh la.mak aku pun pesan 'beli je la yang dah siap.lebih kurang je.kalau beli siap terus boleh pakai'.oh sedihnya.

kat taman aku ni ada satu kakak tailor yang jahit style lebih kurang macam mak aku jahit.(lipatan susun kainnya lebih besar,biasa baju beli siap,alahai keciknya lipatan tu.i dont like).cuma akak ni kena tepon banyak kali tanya baju dah siap ke belum?kalau tak lambat sangat siapnya.aku selalu bagi tarikh kat dia..hujung bulan saya ambik.senang,lepas gaji boleh terus ambik..penah jugak aku dah over bajet takleh ambik baju yang dah siap tu.kira lambat sikit la.masa tu nak lalu depan umah dia pun aku malu..rasa muka tebal 6 inci.padahal akak tu bukan duk tunggu depan pagar pun :).aku penah try ngan tailor lain tapi tak selesa.aku rasa baju kurung tu terjongket kat depan.so takat ni akak kat taman tu je yang mampu menepati citarasa aku.

baru la aku paham,dulu aku penah cakap ngan mak aku 'kalau orang tak bawak duit tak payahlah bagi baju tu.dah bagi nanti tahun depan baru bayar'.ni kes bila hantar kain maknya datang sendiri..bila time nak ambik suh anak datang..dengan alasan 'mak suh ambik baju.nanti mak hantar duit'.tapi mak aku tu tak sampai hati,bagi jugak.penyudahnya baju dah pakai raya ni..tapi tahun depan baru datang bayar.itupun sebab nak hantar kain untuk jahit lagi.

eh!rasa cam dah panjang aku menulis.dari bab mesin jahit,sampai la bab orang lambat bayar upah jahit baju.berenti dulu la yer.(apa kes tetiba tak tahu nak wat ending).

Sarapan Nasi Goreng Bersama Tauge Hijau

Tuesday, February 28, 2012 16

gambar ambik kat SINI

wah!macam skema sangat tajuk.seumur hidup aku tak penah beli tauge hijau ni.kalau beli pun tauge putih yang biasa je,itupun jarang-jarang.sejak baca artikel katanya tauge putih tu diorang siram ngan air kencing untuk bagi rangup lagi la aku elakkan dari beli tauge.tauge putih yang kasar-kasar tu pun baru je berani makan ;)gitulah kisah aku dengan tauge.

dan aku tergoda bila baca kat satu blog (maaf lupa blog sapa) dia citer pasal tanam tauge.kat situ aku baru tahu ada tauge kaler hijau.dia makan macam salad je.lepas baca tu ingat habis kat situ je lah.kebetulan jumaat lepas gi pasaraya dekat rumah..pusing-pusing tempat sayur tu aku nampak tauge hijau tu..nampak segar je.terus capai.masa tu tak fikir nak masak apa pun..sabtu ahad takde kat umah.semalam ingat nak masak sayur tu letak dalam nasi goreng tapi semalam kan Isnin Yang Huru Hara.mana sempat nak bergoreng nasi.

maka pagi ni impianku tercapai

taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

dipersembahkan NASI GORENG TAUGE HIJAU namanya ;)



jemput makan korang :P

Monday, February 27, 2012

Laju..Buai Ku Laju..

Monday, February 27, 2012 13








jom nyanyi sama-sama

laju
buaiku laju
aku nak kawen dengan anak raja.........

sesekali je pegi taman walaupun taman tu betul-betul depan rumah.jarak tak sampai 10 langkah je.TAPI..sangat tak selamat bagi bot-bot kecil(anak2 kecil) sebab budak-budak besar main bola sepak kat situ jugak.dah banyak kejadian patah jari sebab kena bola.tetiba teringat kisah cucu sedara KakErna yang patah dua tangan jatuh kat taman.bila aku tengok si Ika (nama cucu sedara Kak Erna itu)masa kenduri rumah kak erna sabtu lepas,sampai ke malam aku duk teringat si kecil Ika tu.semoga tangannya yang patah itu akan kembali normal.rasanya boleh baik kalau rajin gi fisio.

ni gambar minggu lepas..kalau rajin petang ni nak bawak dia ke taman.tengok keadaan la.sebab sekarang ni asal petang je hujan,asal hujan ke petang ;).kalau tak rajin adik duk rumah je lah teman umie baring-baring depan tv layan citer korea.lagi bagus :)

Isnin Yang Huru Hara ;(

Monday, February 27, 2012 13
Isnin Yang Huru Hara ;(
ASSALAMUALAIKUM ..

baca tajuk pun korang dah boleh agak mood aku pagi ni kan?aduhai..kat rumah ada 2 kanak2 ribena.selalunya si adik je yang buat perangai sikit (dia kalau boleh nak aku belek dia kat umah tak payah gi keje) tapi pagi ni adik bangun dengan senyuman tapi si abang pulak yang buat hal.

selalunya aku akan kejut dia jam 6.30 pagi..aku dah siap gosok baju sekolah dan susun buku dalam beg.dia cuma perlu bangun mandi dan solat subuh.tapi pagi ni..takde angin takde ribut dia buat hal.bangun nak mandi pun hegeh-hegeh,menung sana sini.aku dah siap solat subuh dia masih bertuala mandi..pandang je baju atas katil.jam dah 6.50.angin tak?memang kena lah..(sedikit aksi ganas yang tak boleh di ceritakan kat sini..aku kan memang penyabar orangnya).

penyudahnya sarapan kek muffin bertemankan airmata.sib baik lah tak kena tinggal dengan van.

hantar adik pun ada cerita,3 kali aku ulang alik.mula-mula hantar adik..lupa bawak beg sekolah agama si abang,balik umah ambik beg dan hantar balik.dah hantar beg pengasuh tanya 'susu Hajar mana?'..balik sekali lagi ambik susu.tak pasal-pasal aku bersenam jalan kaki pagi ni.

datang keje pakai baju kurung kaler kuning raja dan tudung kelabu.huhu.rasa macam nak balik tukar baju pun ada.sangatlah tak matching baju aku hari ni..senang citer serba serbi tak kena lah pagi ni.

itu pun nak citer ker Irfa oi?korang okey ke pagi ni?ceria macam upin ipin atau huru hara macam aku jugak?

Thursday, February 23, 2012

Tolong @ Sila..

Thursday, February 23, 2012 12
memula nak mintak maaf sebab posting aku tajuk Cerita Meja Sebelah sebelum ni.rasa bersalah sebab tak pasal-pasal ajak korang ngumpat dia sedangkan aku tak kenal dia pun.tapi dia pun salah gak,dia cakap kuat dan telinga nipis aku ni cepat je menadah nak mendengar.very de kepochi la ini makcik ;(.walau siapa pun kamu,saya mintak maaf ye encik 'lif naik sendiri'.

sebab nyampah tengok posting duk atas sekali aku post yang ni.apa motif ambik gambar dalam toilet?hehe



jumpa kertas ini ditampal sekeliling tandas (disuatu tempat yang dirahsiakan demi keselamatan awam..hehe).dah macam budak-budak pulak sebab benda macam tu pun nak kena dibagitau.nak melepaskan hajat pun jadi terbantut.

'sila' lebih sopan
'tolong' bunyi cam marah je ;)

dua perkataan yang tidak sama tapi lebih kurang je maknanya

Wordless Thursday ;)

Thursday, February 23, 2012 19


menu bekfes (roti je yang aku buat..telur sama paru itu dibeli)sejak pakai bengkung ni takleh makan banyak..cepat kenyang.tapi bila buka bengkung?sendiri mau ingat la :)



spek mata senget benget di kerjakan oleh si dara kecik.huhu.siapa harus di persalahkan?

1-aku kah yang salah letak tempat yang mudah di capai tangannya?

2-dara kecit kah kerana dia pantang nampak spek mata?spek ayahnya 2 kali jadi korban.

3-kualiti spek yang kurang bermutu?

sila jawab :)

Wednesday, February 22, 2012

Blog Satu Cara Untuk Mengatasi Masalah Tekanan.Betulkah?

Wednesday, February 22, 2012 13
Blog Satu Cara Untuk Mengatasi Masalah Tekanan.Betulkah?
sekarang ni aku tengah mengkhatam blog BackpackerBusuk baru jumpa je blog ni.mungkin ramai yang dah baca blog dia,aku je yang kelewatan ;).memula aku ingat dia lelaki sebab baca lompat-lompat.rupanya pompuan.kagum la dia boleh jalan merata tempat sorang-sorang.pepatah 'alah bisa tegal biasa' sangat sesuai kot dengan dia.seronok baca pengalaman orang.dan cara dia bercerita sangat detail dan berinformasi.sesuai dijadikan panduan untuk yang suka travel.aku penah cakap ngan cik abe bila anak-anak dah besar aku nak backpacker dengan cik abe jalan-jalan keliling dunia.haha..bayangkan kalau aku dah lepas pencen sandang bagpack macam mat saleh tu..larat lagi kah?

tadi aku sempat sarapan ngan cik abe sebelum pegi fisio.sarapan berat roti telur digandingkan bersama dengan segelas teh tarik.perghhhhhhhhhhh nikmat.tu pun aku kontrol napsu untuk tak mencapai sebungkus nasi lemak daun pisang depan mata.huhu..tengok telur rebus pun teringin jugak.alahai..napsu napsi sungguh la.

sambil baca paper (lupa paper apa..mungkin utusan @ berita harian @ kosmo).tapi tajuk yang menarik perhatian aku ialah BLOG BOLEH MENGATASI MASALAH TEKANAN (lebih kurang gitu la tajuknya).sebenarnya cik abe yang hulur paper tu kat aku,dah sedia maklum bininya blogger suam-suam kuku kan.hehe

aku setuju dengan apa yang ditulis oleh penulis itu.(hish..aku lupa lah paper apa tadi..tapi muka depan nya ada citer pasal budak pompuan 17tahun yang lari ikut bangla@pakistan bernama Samer Khan tu).

balik pada citer Berblog Boleh Mengatasi Masalah Tekanan itu,bagi aku la..kalau kita guna untuk kebaikkan maka baikla yang kita dapat.kalau niat tak baik..sebaliknya lah yang jadi.

aku dulu sebelum terlibat dengan blog ni..aku ni memang suka perhati gelagat manusia.dan aku selalu fikir apa agaknya yang orang tu tengah fikir?macam mana hidup dia?gembira @ sedih?

bila kenal blog..aku baca macam-macam kisah kehidupan.ada kisah lucu dan juga kisah sedih.oh!tapi tak semua blog tulis terperinci kisah mereka.ada yang memang tulis yang gembira je..terpulang pada diri masing-masing.aku pun tak citer 100 persen kisah aku dalam blog ni.

korang macam mana?

Fisio Day 6 (22/02/2012)-Last Day,Hopefully

Wednesday, February 22, 2012 3
Fisio Day 6 (22/02/2012)-Last Day,Hopefully
JUST FR RECORD..

HARI YANG CERIA ;)

baru masuk opis..dari rumah terus ke medical centre buat fisio.aku cakap kat staff fisio 'akak harap hari ni last akak kena fisio.kalau boleh taknak datang lagi'boleh?Insya Allah..

sesi mula jam 9.15 dan tamat tepat jam 10.10 minit pagi.dan aku jugak dah dapat bengkung pinggang yang aku order tu.siap adik fisio tolong pakaikan.sekarang aku tengah pakai bengkung dan duduk tegak macam pengantin atas pelamin yang sedang tunggu acara menepung tawar.hehe.

adik tu siap melawak 'kak,ni bengkung pinggang untuk betulkan pinggang akak tu bukan bengkung untuk cantik yer.pakai dalam baju bukan pakai kat luar baju'..eh,gile ke nak pakai kat luar baju.emm..mana tahu kot lepas ni boleh ramping cam RCW.keh keh keh.

berjanji pada diri sendiri untuk:

-mula bersenam.sekurang-kurangnya jalan kaki pusing taman kalaupun aku tak boleh berlari.badan naik jugak membebankan belakang dan pinggang kita.

-jaga postur badan (cara duduk dan jugak cara tido)

-elakkan dari angkat barang berat.ops,elakkan jugak dari dukung si kenit.kerana beratnya sudahpun 11kg.selalunya aku cuma dukung bila dia tertido kat bawah nak bawak naik tido kat bilik.lagipun dia paling kecik..mesti la rasa cam baby lagi.so lepas ni kenit kena jalan sendiri naik tangga ke bilik.tak pun tunggu je ayahnya balik untuk angkat dia.

okey..harap-harap ni last aku bercerita pasal fisio ;) korang pun mesti dah bosan bila aku asyik citer pasal ni je kan?

nanti kita citer pasal benda lain pulak yer ;)

Tuesday, February 21, 2012

Pencen Nanti Nak Duk Mana?

Tuesday, February 21, 2012 21
Pencen Nanti Nak Duk Mana?
baca kat blog IBU IKA tentang percutiannya ke Penang.ramai yang komen Penang tempat yang best.dan terus aku teringat dialog aku bersama cik abe satu ketika dulu.masa tu kami bercerita tentang nak beraya kat mana tahun ni..tahun lepas raya kampung aku di Klate..dan aku plan tahun ni nak beraya belah Perak dan kalau ada bajet boleh jalan-jalan ke Penang.sedara mara cik abe pun ramai area sana.cuma sedihnya raya tahun ni cik abe dah takde nenek,yang di panggil Pah.arwah meninggal awal tahun ari tu.alfatihah.

CIK ABE:abang suka suasana kat Penang.dah pencen nanti boleh la kita duk sana.

AKU:(muka ala-ala tercekik biji kurma) hah!penang.dalam banyak2 negeri abang pilih nak duk penang.tetiba rasa jauh la pulak nak balik kampung.

CIK ABE:apa yang jauh.eh dulu bukan ke ada hati nak berhijrah duk kat New Zealand(usik ai le tew).

AKU LAGI:emm apa yang best kat penang?

CIK ABE:makan-makan,suasananya..semua la best

AKU LAGI DAN LAGI:(pandang luar tingkap dalam mood masih tak percaya).Penang?kenapa Penang?

CIK ABE TERUS BERKATA-KATA:itu perancangan je,borak-borak kosong

okey..borak-borak kosong abis disitu je.dialog itu tidak 100 persen betul tapi isi penting tetap ada.

penah tak korang terfikir dah pencen nanti korang nak balik duk kampung atau tinggal je kat rumah sekarang?meh kita share angan-angan.

AKU BERANGAN..bila dah pencen nanti.umur 55 tahun la senang citer,beza umur aku dan cik abe 4 tahun.so mesti cik abe pencen dulu.

eh anak-anak aku mana?
oh kakak masa tu dah jadi doktor @ pensyarah

abang pula dah jadi pilot.

adik?emm..umur 24 tahun.(setelah ditegur oleh Ummi MIM..TQ DEAR (tadi aku silap kira umur si adik..ingat 16 tahun.rupanya dah 24 tahun umur adik bila aku pencen.InsyaAllah).

berangan yang hebat-hebat je ;)

korang dah pencen nak duk umah sekarang atau balik buat umah kat kampung?

Monday, February 20, 2012

Gerak Hati Seorang Isteri @ Seorang Ibu

Monday, February 20, 2012 16
Gerak Hati Seorang Isteri @ Seorang Ibu
bila ada masa lapang yang banyak aku suka singgah satu blog ni.selalunya baca je tak tinggal komen pun.nak tahu siapa dia?tak nak pun aku tetap jugak nak citer kan..hehe

beliau adalah *Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie yang Berpengalaman mengendalikan kes-kes rumahtangga sejak 1998 iaitu Puan Suzana Ghazali.terbaru beliau menulis KUASA GERAK HATI.orang selalu kata 'itu hanya mainan perasaan'.tapi percayalah..sedikit sebanyak bila bergelar isteri@ibu perasaan itu datang tanpa di undang.betul tak?sama la dengan ibu kita..sedikit sebanyak w,pun kita tak bagitau kisah sebenar tapi hati ibu itu boleh agak ada sesuatu yang tak kena.hebat kan?

bila aku sangat susah hati tentang satu-satu perkara,ia akan membawa ke dalam mimpi.penah satu kali tu aku mimpi mak aku..dalam mimpi tu aku cerita semua masalah aku kat mak.sedangkan di alam realiti aku tak penah citer apa-apa kat mak aku.nak kebetulan esoknya..mak aku call tanya 'saja je telefon.tak sedap hati.semua sihat ker?'.mak aku takkan tanya 'ada masalah atau tak?'sebab tahu aku takkan citer apa-apa kat mak.niat aku satu je 'aku taknak mak ayah susah hati pasal aku'.selagi aku boleh handle..insyaAllah aku cuba selesaikan sendiri.

hero ku sorang itu kadang-kadang dia bercerita tentang 'kawan abang'.dan penah dia terperangkap dengan kisah 'kawan abang'.sebenarnya bukan kawan je yang buat perkara tu..dia pun sama.bila aku cakap 'kawan abang tu citer kat mak dia,abang pun buat jugak kan?'boleh dia tanya balik 'sapa citer kat umie abang buat?'..aku jawab 'ni umie la..umie ni ibu yang beranakkan abang,umie tahu sebab Allah bagitau umie'hehe.

korang nampak tak?dia citer pasal orang padahal dia pun sama.itu namanya HATI IBU.dia boleh rasa kalau ada sesuatu yang tak kena.hati seorang isteri jugak begitu.

korang pernah tak alami perkara macam ni?

Cari Perbezaan Dalam Gambar Ini..

Monday, February 20, 2012 11


GAMBAR 1



GAMBAR 2

pstttttttttttt:teka teki ini takde hadiah ye.(mood lari :( sedang menahan sakit pinggang ni..baru balik fisio pagi tadi tapi kena masuk keje..kan best lepas fisio boleh balik rumah).

Fisio Day 5 (20/02/2012)

Monday, February 20, 2012 2
Fisio Day 5 (20/02/2012)
JUST FOR RECORD

sepatutnya sesi fisio ni dah tamat minggu lepas.tapi disebabkan 'kesilapan teknikal' aku tak pegi fisio hari khamis dan jumaat.so tangguh lah konon 2 sesi lagi tu nak buat minggu ni.meranalah aku dua hari (sabtu dan ahad) kerana menanggung sakit.pelik dah masuk 4 kali fisio masih tak banyak perubahan...bukan takde langsung tapi tak banyak.bawak bersabar ye Irfa..

ada kala bila sakit sangat rasa menyucuk kat tulang punggung :(.oh!ujian sungguh.semalam fisio macam biasa..staff tu pun kata 'akak tak boleh duduk lama.tak boleh angkat barang berat..bila duduk lama je..bangun jalan-jalan'.

HARI NI..gi fisio pagi,malas nak pegi petang lagi sebab tak pasti akan ada masalah transport @ tak.so lebih baik pegi pagi dan cik abe boleh hantar aku terus ke medical centre dari rumah.

sesi mula jam 9.10 pagi dan habis jam 10.10..abis fisio cik abe hantar balik opis..rasa lega lepas fisio tapi alangkah bagus lepas fisio dapat baring je dari kena duduk atas kerusi ni.huhu..

Friday, February 17, 2012

Dulu Sinetron,Kini Drama Korea

Friday, February 17, 2012 22
boleh gitu?tetiba beralih arah..sangat tak tetap pendirian.tapi bukan salah aku.dah lama aku bagi peluang dengan sinetron ni.balik-balik itu jugak jalan citer.kalau tak hilang anak..tertukar anak..bosan la..sama la ngan citer Filipina tu.ek eleh..dulu tak sedar diri sanggup pecut laju-laju balik keje takut ketinggalan.last sinetron yang aku layan ialah Nada Cinta tu semakin hari makin mengarut.tetiba je watak baru muncul,lepas satu..satu watak baru muncul.bila tahun nak abes ni...dah tukar cenel terus.

so sebelum mulut mula membebel,aku beralih dari channel 104 Astro Ria ke channel 393One.(ni gara-gara tukar dekoder beyond la ni..ada kisah jugak tukar dekoder ni..nanti la aku citer kalau ingat).sekarang ni pantang masa terluang (alasan sekarang sakit pinggang lagi la banyak rehat je).remote kat tangan aku je sampai hero komplen 'umie tengok citer apa ni?asik-asik citer cina je..dia mana tahu beza citer cina ke citer korea.nampak muka putih dan mata sepet je terus cop 'citer cina'alahai abang.sori tak dapat tengok citer katun ;P

okey.ni la citer yang aku tengah layan sekarang (gambar ambik kat SINI).satu je masalah aku ni..selalu lupa waktu siaran.huhu.kena buat reminder nampak gaya ni.ai,bersungguh nampak.



sila tekan channel 393 di Astro



Yes Captain..kisah suka duka pilot dan anak-anak kapal.rasa macam dekat dengan kehidupan aku walaupun aku buka keje macam diorang.hehe.siap boleh cakap kat hero 'dah besar nanti abang jadi pilot yer?nanti boleh la abang bawak kapal terbang.umie dan ayah duk belakang' tapi korang tahu apa dia jawab 'abang tak nak bawak kapal terbang.abang tak pandai bawak.abang bawak keta api je boleh tak?'.ish dia ni kan.kalau kita suruh ada je alasan..(sbb tu kena komplen ngan cikgu).



Lie To Me..citer ni tak jelas sangat sebab baru tengok sekali.tapi kisah tentang seorang gadis yang menipu tentang perkahwinan.nanti la aku citer kalau dah tahu apa kisah sebenarnya.



oh yang ni paling aku suka..suara sapa la yang diguna untuk alih bahasa tu?gelak je aku dengan ayat-ayat pedasnya.kisah sebuah keluarga.ibu yang ditinggal oleh suami berbelas tahun lamanya tapi akhirnya si suami kembali ke pangkuannya dalam keadaan lumpuh.tapi ibu itu bukan saja terima suaminya sahaja..pompuan simpanan suami pun duk sama dlm satu rumah.setakat ni madunya itu pandai bawak diri.dan juga kisah anak-anaknya yang juga mengadapi masalah dalam rumahtangga..suka duka dan gelak tawa mereka.dalam tangis ada tawa gitu kekdahnya :)



yang ni kisah seorang gadis dari keluarga kaya yang tiba-tiba jatuh muflis bila ibunya (usahawan berjaya) masuk penjara kerana fitnah oleh rakan baik dan suami sendiri.baru 2 kali tengok sudah jatuh cinta dengan cerita ni.

cuma satu yang aku pelik dengan pelakon citer korea ni.lelaki dan pompuan muka lebih kurang sama je,gigi pulak tersusun macam gigi palsu :).dulu penah baca artikel..kat korea ramai remaja menjalani pembedahan kosmetik.aku rasa mungkin ada benarnya.kalau bedah kasi lagi cantik oklah kot..tapi takut nanti lagi buruk dari sedia ada lagi mendatang masalah.

tapi apa-apapun aku suka tengok muka diorang..sweet je ;)tapi jangan tanya hero dan heroin yang mana aku minat sebab sorang pun aku belum hapal nama diorang.kata baru berkenalan kan?hahaha

Bila Dah Mula..Susah Nak Berenti

Friday, February 17, 2012 6
Bila Dah Mula..Susah Nak Berenti
Apa yang dah mula dan susah dah berhenti?

cer teka..

cer teka..

kalau macam aku ni paling tak suka ngan teka teki.nampak sangat kurang sabar kan?hehe

sapa-sapa dah mula menulis blog bila tak tulis ada rasa kekosongan kalau tak menulis walaupun cuma satu ayat.pernah terniat nak tutup je blog (satu ketika dulu) tapi tak jadi..rasa macam ada sesuatu yang 'kosong' bila tak menulis.

aku perasan ada blogger yang dah lama tak menulis..ingat dah tak nak menulis lagi tapi rupanya buka blog lain dan pakai nama lain..mesti rindu kan?tu pasal buka blog balik cuma mungkin nak cari kawan baru so tukar nama..

sesekali terasa rindu pada kawan2 blog yang aku kenal masa tahun 2006.ramai yang dah tutup atau private blog...

macam aku..kalau dah biasa dengan nama Irfa dan blog Happyirfa ni,kalau tukar nama mesti rasa kekok.kawan-kawan pun mesti dah biasa panggil nama tu :).

agak-agak berapa lama lagi blogspot ni akan bertahan yer?

Senyuman Di Pagi Jumaat

Friday, February 17, 2012 5
Senyuman Di Pagi Jumaat
wah!dari meja aku ni boleh nampak kamu semua senyum je.kenapa?haa..aku tahu kenapa korang senyum lebar hari ni..mesti sebab hari ni last keje dan esok boleh cuti.hehe

ker aku je yang seronok sangat sebab esok dan lusa cuti.oh..tak sabar nak lepak baring-baring kat umah.

tambah lebar senyum aku bila pagi ni aku telah menggodek pc dan telah men download Google Chrome..membolehkan aku view blog secara penuh.aku tak tahu korang paham tak maksud aku.selalu aku buka blog aku ni cuma nampak header,entry yang aku tulis je..link kawan-kawan belah kanan tu pun tak de.

satu lagi..sebelum ni banyak blog kengkawan tak boleh bukak..so kena baca kat google reader je..sekarang(harap-harap berterusan la) aku dah boleh buka semua blog yang aku letak belah kanan tu.oh hepinya..

okey..aku nak komen semua blog kawan-kawan..tunggu ye aku datang ni

Thursday, February 16, 2012

Abang Dan Adik

Thursday, February 16, 2012 13
Ape macam?rasa bermotivasi tak baca entri sebelum ni?(maaf..w,pun cuma berkongsi emel yang dicopy paste..aku tak mampu nak tulis macam tu).sedikit sebanyak ada kena mengena dengan hidup kita.tak banyak,sikit mesti ada kan..bab kawan-kawan pun sama.carilah kawan yang betul2 boleh di anggap kawan.Alhamdulillah..dalam hidup aku di kelilingi oleh kawan-kawan yang baik dan boleh berkongsi susah senang.

begitu juga KELUARGA..kalau kita rasa banyak keje sampai tak cukup masa untuk anak-anak dan pasangan kita..jangan paksa diri.kalau kita mati,kompeni dalam masa 24jam boleh cari pengganti..tapi kehilangan kita pada keluarga memberi kesan yang bukan sedikit...terutama pada anak-anak.

share kisah abang dan adik :) sebagai selingan.

ABANG..

hari-hari check beg sekolah abang,mesti ada je yang hilang.kalau tak pemadam .. pembaris.selalunya 2 barang tu la yang hilang.pensel sib baik la ada.nak marah pun aku dah penat.buat sakit tekak aku je.dah pesan,lepas guna terus simpan pensel box dalam beg.tapi entahlah..angguk beria-ia tapi tetap jugak sejarah hilang barang tu terjadi.

semalam singgah kedai.terus beli pembaris 9 keping (2 dah masuk dalam beg sekolah pagi dan 1 beg sekolah agama).



dia tak tahu aku beli stok pembaris ni.saja aku sorok kang dia tahu banyak pembaris lagi la suka hati bagi hilang

ADIK..
tiap pagi melalak nak ikut aku gi keje.
tiap petang pulak melalak ajak aku gi taman.adoi..bukan taknak bawak gi taman.kalau aku bawak karang dah 7.15 pun taknak balik..malu setaman bila dukung dia tengah melalak tu bawak balik umah.macam kes dera pulak orang tengok


dan tiap kali bunyi henpon dia berlari tolong ambikkan henpon aku..sambil mulut sebut 'kakak..kakak' .memang aku letak gambar aku dan kakak sebagai wallpaper henpon aku.tiap kali ambik henpon dia tunjuk gambar kakak.kesian,rindu kakak rupanya (sob sob..aku pun sedih sama)

sabar menunggu tarikh 10 Mac kakak akan pulang

Edisi Sharing Is Caring: Guide to A Better Life

Thursday, February 16, 2012 10
Guide to A Better Life

Seorang pesakit kanser pankreas yang meninggal pada tahun 2008 telah menulis sebuah buku yang bertajuk “The Last Lecture” di mana buku ni adalah antara bestsellers pada tahun 2007.Salah satu legasi yang hebat yang ditinggalkan.Dalam surat beliau kepada isteri nya dan anak-anaknya , beliau telah menulis ‘Guide to A Better Life’ untuk menjadi panduan kepada mereka.Diubahsuai dari bahasa inggeris dan dikongsikan melalui forwarded email.

Bagaimana Untuk Memperbaiki Kehidupan Kita

Personaliti

1. Jangan membandingkan kehidupan anda dengan orang lain. Anda tak tahu bagaimana perjalanan hidup mereka yang sebenarnya.
2. Jangan ada perasaan negatif pada perkara-perkara yang tidak dapat anda kawal. Tanamkan semangat positif di dalam kehidupan anda hari ini
3. Jangan berlebihan, tetapkan had
4. Jangan terlalu serius, tiada siapa yang serius
5. Jangan bazirkan tenaga dengan ber’gossip’
6. Bermimpilah ketika anda berjaga
7. Mengagumi cuma membuang masa. Anda sudah ada apa yang anda perlukan
8. Lupakan kisah yang lama. Jangan ingatkan pasangan anda tentang kesilapan beliau di masa lampau. Ia cuma akan merosakkan kebahagiaan anda sekarang
9. Hidup terlalu pendek untuk membuang masa membenci sesiapa. Jadi jangan membenci sesiapa
10. Berdamailah dengan masa lalu supaya ia tidak merosakkan hari ini
11. Tiada siapa yang dapat mengawal kebahagiaan anda kecuali anda sendiri
12. Sedarlah bahawa kehidupan ini adalah umpama sekolah dan anda berada di sini untuk belajar. Masalah yang muncul seumpama ko kurikulum dan akan menghilang seperti kelas algebra tetapi akan menjadi pembelajaran yang anda akan ingat sepanjang hayat
13. Lebihkan senyum dan ketawa
14. Anda tidak perlu menang dalam pertelingkahan. Setuju untuk bersetuju

Komuniti

15. Kerap menelefon ahli keluarga
16. Setiap hari berikan sesuatu yang terbaik untuk orang lain
17. Maafkan semua orang untuk segala galanya
18. Luangkan lebih banyak masa dengan seseorang yang berusia 70 tahun ke atas dan bawah 6 tahun
19. Cuba buatkan sekurang kurangnya 3 orang tersenyum setiap hari
20. Apa yang orang lain fikir tentang anda bukan masalah anda
21. Pekerjaan anda tidak akan menjaga anda apabila anda sakit. Tapi keluarga dan kawan-kawan yang akan menjaga anda. Jadi sentiasa berhubung dengan mereka

Kehidupan

22. Letakkan Allah dalam apa jua yang anda fikir, cakap dan akan lakukan
23. Allah akan mengubati segala galanya
24. Buat perkara yang betul
25. Bagaimana buruk atau baiknya sesuatu situasi itu, ia pasti akan berubah
26. Walau bagaimana anda rasa, anda masih perlu bangun, siapkan diri dan bersedia
27. Yang terbaik masih belum tiba, tetapi akan tiba
28. Hapuskan perkara-perkara yang tidak berguna, tidak cantik dan tidak menggembirakan
29. Bila anda terjaga di pagi hari,berterima kasihlah kepada Allah
30. Kalau anda dekat dengan Allah,anda akan sentiasa gembira. Jadi, gembiralah

Sambil sambil anda mempraktikkan semua perkara di atas,kongsikan pengetahuan ini dengan orang-orang yang anda sayang, orang-orang yang anda pernah bersekolah bersama, orang-orang yang anda luangkan masa bersama,orang-orang yang anda bekerja bersama dan orang-orang yang tinggal bersama anda.Ianya bukan sahaja dapat memperbaiki kehidupan anda, juga orang-orang di sekeliling anda.


P/S: artikel ini adalah peringatan untuk diri aku sendiri dan aku kongsikan supaya dapat manfaat bersama untuk kita semua, mudah-mudahan

-----------------------------------------------------------------
EMM..sesuai sangat dengan situasi aku pagi ni.memandangkan pagi ini aku telah melihat RM berterbangan..bukan sikit duit tapi RM1300 tu.bagi yang 'berada' apa sangatlah nilai duit sebanyak itu..tapi bagi yang 'kurang ada'..banyak benda boleh setel dengan jumlah itu.apapun,bersyukurlah seadanya

so...jangan stress :P..hadapi hari anda dengan senyuman

Wednesday, February 15, 2012

Kakak Anggun

Wednesday, February 15, 2012 7
itu hari aku baca BLOG NI..sebab tulis dalam BI so lambat sikit la nak khatam ;) apapun sangat menarik untuk dibaca dan dikongsi.free boleh la ke sana.

opss..entri hari ni tentang seseorang.nama adalah Rahsia(sebenarnya aku pun tak tahu nama dia)

Aku akan jumpa dia kadang2 kat surau
Kadang-kadang masa beli makan kat kafe
Dia akan senyum dan aku balas senyuman itu

Aku suka tengok cara dia berpakaian
Suka tengok baju dia..tudung dia..kasut dia
Suka tengok mekap dia yang simple tapi manis
Umur dia mungkin pertengahan 40an
tapi dia masih cantik

Kakak tu Anggun,Manis dan Sejuk mata memandang
Anggun bagi aku bukan kerana mekap tebal atau baju labuci penuh
atau juga handbag yang mahal dan kasut berjenama
kakak tu biasa-biasa je

Siapa Dia?
Dia adalah KAKAK ANGGUN.. (dia tak tahu pun aku gelar dia camtu)
Aku tak tahu apa nama dia



ni Anggun gak namanya tapi bukan Anggun ini yang aku maksudkan.(gambar sekadar hiasan gitu)


Agak-agak la kalau panjang umur aku
Di usia 40an nanti camner le rupa aku?
Adakah anggun seperti kakak itu?

hehe

dari saya,
peminat Kakak Anggun

Fisio Day 4 (15/02/2012)

Wednesday, February 15, 2012 2
Fisio Day 4 (15/02/2012)
HARI NI..

buat fisio sesi pagi.malas la pulak dah petang nak drive kesana.walaupun tak jauh mana(15minit drive dalam cuaca panas terik sangatlah merimaskan) dan kebetulan pagi ni bawak Hajar ke klinik dan siap pun cepat (klinik desa lagi cepat dari klinik kesihatan biasa..mungkin tak ramai yang pilih klinik desa).aku tak kisah klinik mana pun..lagipun cuma nak timbang berat dan ukur tinggi je..kalau demam tu lain citer la kan.adik naik satu kilo je dari check up last bulan October tahun lepas.berat sekarang 11 kilo.lebih sikit dari sekampit beras ;).sebenarnya patut datang check up 11 Jan tapi aku terlupa.cuai sangat disitu sib baik bukan kena ambik suntikan.

cik abe hantar terus ke medical centre..aku pesakit yang ke 2.proses macam biasa.aku dah tak rasa sakit sangat macam dulu..cuma masih kena duduk menegak.tak boleh bersandar sangat nanti sakitnya datang berdenyut-denyut.huhu.

fisio dari jam 10.00 pagi sampai 11.00 pagi .. ops,semalam ada tanya sister kat medical centre pasal bengkung yang aku order tu,ingatkan boleh claim ngan kompeni.hehe.rupanya tak boleh..lagipun fisio dah ditanggung melampau la bengkung pun nak free.setiap sesi fisio di caj rm40 (1 jam la lebih kurang).

abis fisio terus balik opis..oh alangkah bestnya kalau lepas fisio terus balik rumah dan berbaring.tapi..masih ada tanggungjawab lain yang menanti maka dengan langkah gemalai aku melangkah masuk opis ;)

Google Translate Happyirfa

Wednesday, February 15, 2012 4
sebelum tulis lebih lanjut aku nak gelak dulu..sejak celik it sikit ni aku tak penah pun try Google Translate.hari ni mencipta sejarah...



ha ha ha ha ha..
kelakar siot.
adui..sakit perut..lintang pukang dan bercampur aduk bahasanya :)



haa.......yang ni langsung aku tak paham

sorilah..entri merapu.kepala pusing malam tadi tido lewat,lipat baju sambil layan tv (padan muka sendiri)

Fisio Day 4 (14/02/2012)

Wednesday, February 15, 2012 10
Fisio Day 4 (14/02/2012)
JUST FOR RECORD..

petang semalam aku sampai medical centre tepat jam 4.00 petang.bilik fisio kosong takde pesakit..adik-adik fisio duk borak sebab takde pelanggan :).aku ambik katil tepi cermin.katil ni tak penah aku try lagi..

sesi fisio bermula macam biasa.letak pek pasir panas..urutan pakai gel dan last sekali urutan pakai mesin.aku meniarap sambil baca majalah.kelas kan?macam gi spa je rasa.tapi for info orang yang ada sakit belakang atau pinggang sila elakkan dari tido meniarap.pantang besar tu kata adik fisio.meniarap cuma boleh masa buat fisio je.

borak-borak ngan adik fisio yang assist aku (lupa la nak tanya apa nama dia).aku tanya la macam mana nak ambik course macam diorang belajar ni.kat mana?bape harga?dia jawab semua soalan temuramah tak rasmi aku tu panjang lebar.aku cakap la yang aku ada adik tengah tunggu result spm.tak tahu lagi nak suh adik sambung belajar course apa (eh!aku tak pulak tanya adik minat tak bidang ni.saja la tanya).

katanya kalau nak ambik bidang fisioterapi ni boleh ambil contoh kat kolej swasta atau online dengan KKM melalui spa8.macam dia ambik course ni kat MasterSkill.dia kata ramai kawan dia ambik kat Mahsa..survey la dulu (sebenarnya dia ada puji salah satu dari 2 nama IPTS tu tapi aku malas la nak promote).boleh tahan gak bayarannya..cecah RM70K.

aku mula membayangkan adik-adik yang belum lagi abis belajar tapi dah ada hutang belajar sampai puluh-puluh ribu.kalau lepas belajar terus kawen dan dapat lak laki tak bagi keje (kalau tak bagi keje tapi laki kaya dan tolong bayar loan tu takpe gak) tapi kalau sebaliknya..sungguh kesian.

tengoklah nanti..kalau adik aku berminat boleh la apply.kalau boleh nak suh belajar course yang senang nak dapat keje.

5.15 dah siap..terus balik umah

Tuesday, February 14, 2012

Okey..Wokey..Ok @ K

Tuesday, February 14, 2012 14
Okey..Wokey..Ok @ K
nak tanya ni..korang kalau dapat sms dari sesapa bagitau tentang sesuatu contohnya sms ayat pernyataan la..korang jawab tak sms tu atau korang ignore je bagai angin lalu?

aku ada satu perangai pelik..aku sangat sakit ati kalau aku sms pastu orang tak jawab.w,pun aku dah check status 'sms sent' tapi aku tetap tak puas hati.macam orang tak baca je sms tu.susah sangat ke nak jawab?ker jawab dalam hati dan bajet orang dah paham ko dah baca sms tersebut.

kalau malas nak taip ayat penuh perkataan OKEY tu ..jawab la atleast perkataan K..susah ker?sib baik la 'room mate' aku bukan jenis yang malas nak jawab sms..kalau tak hari-hari la gamaknya aku stress.

k lah bai

note:entri tak puas hati dengan seseorang tentang sesuatu :(

Fisio Day 3 (13/02/2012)

Tuesday, February 14, 2012 2
JUST FOR RECORD..
kali ke 3 Fisio..

sampai medical centre tepat jam 4.10 petang (13/02/2012) ramai pulak yang tengah fisio.aku dapat katil tapi mesin fisio tengah guna,so lama la pek pasir panas tu duk atas pinggang aku sementara tunggu mesin tu abis diguna.

hari ni juga orang lain yang buat fisio sebab adik Anis yang comel minggu lepas dah takde.adik fisio baru ni lupa nak tanya nama ;).tak banyak cakap budaknya..tapi buat keje sedikit kelam kabut.naik bulu roma aku bila dia macam kelam kabut nak sambung wayar untuk letak kat badan aku.ish budak ni biar betul..sib baikla adik fisio yang senior tu tolong.yelah orang baru..siap aku sound 'dik.risau akak ni.dah rasa macam bahan eksperimen lak duk atas katil ni'.



macam ni la alat yang digunakan semasa sesi fisio itu(gambar culik dari gugel)

lepas sesi urutan dengan mesin,adik fisio yang senior tu buat urutan guna tangan kat pinggang aku.sapu minyak panas.fuh..lega yang amat.rasa macam taknak balik je.hehe.lepas sesi urut tu sikit sesi dialog antara aku dan adik fisio senior.

Dia Tanya:kat umah pepagi bangun tido tu buat tak senaman yang saya ajar tu?

Aku Jawab:ada buat,sekarang ni akak bangun awal sikit dari biasa sebab nak buat senaman ni

Dia Kata Lagi:bagus.bukan lama pun masa nak buat senaman ni.dapat 5 minit setiap pagi pun dah okey.so takdelah urat-urat akak tu terkejut,bangun tido je terus kena buat keje berat.

Aku Menjawab:yo lah

abis sesi dah jam 5.20..terus balik umah.

Melayan Anak Tekak

Tuesday, February 14, 2012 9
sejak akhir-akhir ni 'anak tekak' aku ni macam-macam benda nak makan.simptom apakah itu?petik kata orang tua-tua 'makanlah selagi masih ada selera.dah sakit nanti letak ayam golek depan mata pun dah tak lalu nak telan'.boleh diterima tak alasan itu?

ni lunch kat kafe semalam



nasi + ikan cencaru kicap=RM4.00 okeyla..nak murah lagi masak sendiri la kan



sambil makan..cuci mata dengan pemandangan kat depan tu

PAGI NI..

dan ini menu pagi ni.dah 2 hari teringin nak makan mee goreng macam ni.sib baik ada yang sudi meneman ;)



aku punya mee goreng mamak style dan teh tarik



yang depan order kawan punyan.ala-ala tosei dan namanya sedikit pelik.Uttapom..(ejaan mungkin salah..tapi bunyi lebih kurang la.hehe) ..rasa cam tosei tapi lebih tebal.selalunya tosei nipis je.pertama kali aku dengar nama makanan Uttapom.siap aku tanya akak yang teman aku makan 'kak.ni makanan baru ker?' tak pasal-pasal kena gelak.

rasanya TERBAEK :)

Monday, February 13, 2012

Macam-macam Keywords

Monday, February 13, 2012 8


saja check akaun nuffnang,oh!dah boleh cash out.suka suka..tapi biarlah dulu.itupun berjanggut tunggu baru layak cash out.nampak sangat blog suam-suam kuku.masa ni barulah nak cakap 'aku menulis bukan kerana kejar duit nuffnang' hehe.dah bagi ambik je lah..banyak songeh pulak.kalau taknak peram jelah sampai jadi pekasam.tak gitu cik memon?


kebetulan bukak nuffnang saja la klik sana sini.terklik ruang keywords(ops..baru tahu kat sini kita boleh tahu macam mana orang masuk blog kita)..ini senarainya:

happyirfa
warung kita
safi gamat
produk skincare clarins adakah halal
red mommy gaduh di watson
masa
belanja anak sekolah di london

yang paling aku pelik..RED MOMMY GADUH DI WATSON?camner pulak boleh ada keywords camtu?heran tul aku..bila masa aku tulis pasal redmommy?dan belanja anak sekolah di london?oh tu ari aku ada tulis pasal duit poket anak sekolah kan?boleh la diterima keywords itu..

macam-macam keywords kan?korang pulak cuba citer apa keywords paling ekstrem yang korang jumpa untuk masuk blog korang?mesti lagi hebat kan..

Makan Sedap Di Rumah Kenduri

Monday, February 13, 2012 6
Sabtu lepas dapat undangan dari Kak Erna,anak sedaranya kawen.kebetulan adik-adik aku sudi meneman dan bawak aku ke sana so aku apalagi..kecik tapak tangan stadium bukit jalil aku tadahkan.Cik Abe keje..so tak dapat lah join sama.

jam 11.00 pagi adik pompuan ambik aku kat umah dan kami pecut ke Senawang ambik adik lelaki yang lebih arif jalan untuk ke majlis.(aku ni bab baca peta memang fail la).kami selamat tiba ke majlis jam 12.15..boleh tahan jugak jauhnya dari rumah aku.tapi seronok bila nampak muka kak Erna yang menyambut kedatangan kami dengan senyum manisnya.

makan-makan yang sangat best..yang aku ingat ialah gulai lemak daging salai dan ayam bakar percik tu..eh juga cendol yang sedap dan sejuk sesuai untuk hari yang panas terik.lepas makan kebetulan pengantin sampai..di arak dengan pengusung.tapi sayang tak sempat ambik gambar masa tengah usung tu..gambar yang ada pun pengantin dah turun dari pengusung.

yang best ada tarian piring.pertama kali tengok tarian piring depan mata.selalu penah tengok dalam tv je.

okey..layan gambar :)



pengantin dah turun dari pengusung.orang panggil apa pengusung ni yer?aku rasa ada nama khas untuk pengusung ni kan?sapa tau..



selamat bersanding atas pelamin..selamat pengantin baru buat pasangan pengantin.moga bahagia hingga akhir hayat.amin



tarian piring..aku memula rasa pelik kenapa penari tu saja ketuk-ketuk piring rapat-rapat kat muka pengantin..aku agak la dia saja mengusik nak bagi pengantin gelak kot.tapi muka pengantin lelaki serius je,tahan gelak ye bang?



suara pakcik ni boleh tahan sedapnya..walaupun aku tak paham sangat lagu apa yang pakcik ni nyanyi..tapi muka pakcik ceria sungguh,meriah majlis dengan suara dia





okey..penyudah ambik gambar dengan tukang menjemput.sebelum mengundurkan diri kami terserempak dengan Bro Zino tapi tak sempat beramah mesra sebab dah nak balik dan diorang baru je sampai..sempat salam ngan mem je ;)

apa-apapun..sampai sekarang masih teringat kat gulai lemak daging salai yang letak pisang tu :) dan juga cendolnya.

NOTE:
terima kasih pada Bangsawan Nilai yang tolong bagitau pengusung itu di panggil Tandu.(aku dah agak namanya tandu tapi tak yakin nak tulis tu pasal letak nama pengusung):P

Taktik Perompak Masa Kini..menakutkan

Monday, February 13, 2012 10


serius..menakutkan.bila dapat emel ni terus otak aku teringat cerita benar yang aku dengar dari seorang kawan(kisah ni berlaku pada kawan kepada kawan aku).free sila baca.

kisah ni berlaku mungkin 5 atau 6 tahun yang dulu.semasa ramai pekerja mendapat pampasan selepas mereka sukarela berhenti kerja dengan sedikit imbuhan.seorang wanita separa umur mengeluarkan sejumlah wang yang agak banyak..lebih dari RM50K kalau tak silap kerana ingin membayar kepada tukang buat rumah kerana telah siap me renovate rumahnya.

keluar dari bank dia perasan ada motor mengekorinya.dan sampai ke jalan yang agak sunyi motor itu menghalang kereta mereka (dia bersama suaminya).pemandu motosikal itu menerpa ke tingkap dan menyuruh beliau menyerahkan beg merah itu sambil berkata 'bagi beg merah itu'.macam mana perompak itu tahu dalam beg merah itu ada duit yer?banyak lagi beg lain dalam kereta tapi kenapa beg merah itu yang dia mintak?

kata kakak itu 'mungkin kah ada orang dalam bank yang telah memberi info dalam beg merah itu ada duit?'.

fikir-fikirkan dan semoga kita di jauhkan Allah dari orang-orang yang berniat jahat.sekali fikir online lagi selamat dari membawa cash yang banyak.tapi online pun tak berapa selamat jugak..banyak kedai online sekarang ni..takut bila duit banyak dalam akaun..laju je jari-jemari nak klik untuk bershopping.hehe

Friday, February 10, 2012

Siapa Stella Naaba?Kayalah aku nanti

Friday, February 10, 2012 14
Siapa Stella Naaba?Kayalah aku nanti
TADI check emel Yahoo..delete apa yang patut..tak suka la banyak emel dalam inbox.yang banyak pun cuma emel notification je ..dan aku saja gatal bukak emel ni.Wah!kayalah aku,nanti ada orang nak bagi aku duit beb.korang nak share ngan aku tak?meh no akaun aku transfer sorang sikit.sharing is caring katanya

-----------------------------------------------------------------
Dear Friend,

I am Stella Naaba the manager and auditing accounting department in AFRICAN BANK here in Ouagadougou, Burkina Faso. In my department we discovered an abandoned sum of $17.3 MILLION UNITED STATE DOLLARS) in an account that belongs to one of our foreign customer (MR.WILLIAM SMITH) from Florida, U.S.A who died along with his entire family in a plane crash. Since we got information about his death, we have been expecting his next of kin to come over and claim his money because we can not release it unless some body applies for it as next of kin or relation to the deceased as indicated in our banking guidlines and laws but unfortunately we learnt that all his supposed next of kin or relation died alongside with him at the plane crash leaving nobody behind for the claim. It is therefore upon this discovery that I now decided to make this business proposal to you, so that the money can be release to you as the next of kin or relation to the deceased for safety and subsequent disbursement since nobody will come for it and we don't want this money to go into the bank treasury as unclaimed dormant fund.


The banking law and guidline here stipulates that if such money remained unclaimed after eight years the money will be transferred into the bank treasury as unclaimed dormant fund. The request of foreigner as next of kin in this business is occasioned by the fact that the customer was a foreigner and a Burkinabe like me can not stand as next of kin to a foreigner, I agreed that 30% of this money will be for you as a respect to the provision of a foreign account ,10% will be set aside for expenses incurred during the business and 60% would be for me. Thereafter, I will visit your country for disbursement according to the percentage indicated Therefore, to enable the immediate transfer of this fund to you arranged, you must apply first to the bank as relation or next of kin to the deceased customer with a text of application that i will send to you, but before i send to you the text of application form, I will like you to send me the following information’s

1.NAME IN FULL:...
2.ADDRESS:.........
3.NATIONALITY:............
4.AGE:........................
5.Sex.........................
6.OCCUPATION:................. ....
7.MARITAL STATUS:.......................
8.PRIAVTE PHONE NO............................
9.PRIVATE FAX NO:........................... ..................

So i will like you to send to me those information’s for easy and effective communication. Upon receipt of your reply, I will send to you by fax or email the text of the application form. I will not fail to bring to your notice that this transaction is hitch-free and that you should not entertain any atom of fear as all required arrangements have been made for the transfer. You should contact me immediately as soon as you receive this letter, if only you are interested and ready to help.

Trusting to hear from you.
Yours Faithfully,
Mrs Stella Naaba

---------------------------------------------------------------

emmmmmmmm ni bukan kali pertama terima emel camni.tapi kali ni saja je aku nak kasi diorang ni glemer.tak serik-serik diorang ni menipu orang yer?macam-macam cara.teringat balik apa yang aku baca kat Blog Bro Mazidul tentang isu AwangHitam itu.salah satu entrinya adalah DISINI.adakah Stella Naaba ini salah sorang dari mereka?fikir-fikirkan.

Fisio Day 2 (10/02/2012)

Friday, February 10, 2012 2
Fisio Day 2 (10/02/2012)
JUST FOR RECORD..

JAM 12.00 tgh hari tadi baru balik dari fisio.sesi mula jam 10.20 sampai 11.30 pagi.saja pegi sesi pagi.tak berani ambik risiko macam semalam..pegi petang konon lepas fisio nak terus balik rumah..tup-tup fisio tutup awal ada hal kecemasan.so ari ni pegi jam 10.00 pagi..nasib aku baik ada satu katil kosong(dalam tu ada 4 katil)kalau semua katil penuh kenalah menunggu sikit.tu pun siap bawak novel konon kalau menunggu boleh baca sambil buang masa.hehe

hari ni tak macam hari pertama..hari pertama letak pack ais.tapi hari ni letak pack pasir panas.sambil borak-borak dengan sorang adik trainee,namanya Anis.comel je muka macam budak-budak..siap suh aku teka umur dia berapa.nampak macam umur 19 tahun rupanya dah 22 tahun.tapi next week dia dah takde kat situ lagi sebab diorang ni selalu kena tukar-tukar.3 bulan je kat sini dan bulan 6 nanti dia dah abis belajar.dia kata 'best la borak ngan akak'.apa yang bestnya dik oi,akak harap ko berjaya dalam pelajaran dan menjadi ahli fisioterapi yang disukai ramai.eh!bukan senang nak jadi fisio yang di sukai ramai ni :)memula aku jumpa dia macam segan dan kurang keyakinan.yelah sebelum ni ngan orang lain..itulah namanya tak kenal maka tak cinta.tapi baru ke nak beramah mesra dah kena tukar.takpelah..

hari ni tambah power elektrik kasi tinggi sikit.harap-harap cepatlah baik.ops!aku juga di offer beli bengkung untuk support bahagian pinggang..dengan harga lebih murah dari biasa.katanya aku kena cukupkan fisio sebanyak 6 sesi dan beli bengkung dengan harga rm60.aku tak pasti la pulak murah ke mahal sebab katanya kat luar reganya rm100 ++.harap-harap takde la aku kena kelentong.

aku dah try bengkung tu..macam selesa.pasni aku akan duduk menegak cam robot la.kata staff tu bengkung ni handmade.dijahit sendiri oleh klinik diorang.aku dengar jela.lagipun rm60 je bukan rm600.kalau rm600 aku pikir lagi 60kali sebelum beli.hehe

abis fisio singgah kafe..masih awal so menu lunch belum banyak pilihan tapi ayam masak kurma menggodaku..terlupa sekejap janji ngan sorang 'kawan blogger-nenek kebaya' konon mulai 01feb nak kontrol dari makan nasi..hehe.sori beb.tapi makan nasi berlauk ayam masak kurma tanpa sambal belacan dan kicap tak umph..tapi dalam tak umph tu pun sedar tak sedar sepinggan nasi licin :P

Malam Tadi dan Pagi Ini

Friday, February 10, 2012 8
Malam Tadi dan Pagi Ini
MALAM TADI aku tertido awal.anak-anak buat apa kat bawah pun aku tak tahu.yang aku ingat last sekali hero dan si kenit main dalam bilik kakak.aku plan nak baring kejap je lepas tu nak turun masak yang simple-simple untuk diner.pinggang masih sakit dan tambah sakit sebab fisio tak jadi petang semalam.

aku cuma sedar bila cik abe kejut bangun makan roti john katanya.masa tu jam dah kul 11.00 malam.si kenit elok je tido sebelah aku.pun aku tak sedar bila masa dia nak tido.sejak dia berenti 'susu badan' minggu lepas sikenit pandai berdikari.pandai turun dan naik ke bilik sendiri.cuma aku risau dia tak berapa nak minum susu.tapi sib baik dia lalu makan.kalau pisang tu lagi la dia suka.ops..dia panggil pisang sebagai 'PITAM'.hehe.

YaAllah..aku ni tido ke pengsan ni?sib baik la cik abe balik awal...bila aku tengok henpon ada sms dari cik abe tanya 'anak-anak dah makan ke belum'.tapi aku tak dengar pun sms masuk.huhu..

turun je bawah tengok hero tengah makan roti john.mulut tengah penuh dia bagitau 'tadi umie tido.abang tunggu lama sebab abang ingat umie nak turun masak.tapi umie tak turun.abang pun makan pisang je'.alahai kesiannya hero..aku cakap 'sori.umie tak sihat.umie tido tak sedar pun'

kenapa yer?badan aku cepat sangat letih sekarang ni.

PAGI NI..
beli bihun putih kat kafe sebelah.orang depan aku ambik 2 keping roti celup telur kena caj rm2.mak ai..pakcik kafe tu makin melampau.ramai dah komplen makanan semakin mahal..

ingat kena bangun awal dan buat bekal dari rumah la.

oklah..hari ni aku nak gi fisio awal..kang pegi petang takde pulak budak2 fisio tu
bye korang

Thursday, February 9, 2012

Fisio Day 1 (8/02/2012)

Thursday, February 09, 2012 11
Fisio Day 1 (8/02/2012)
Just For Record

semalam jam 4.15 petang aku dah sampai ke medical centre.hujan lebat yang amat selamba je park sebelah ambulan.sambil parking siap doa moga-moga keta tak kena clamp.kalau kena jugak kenalah merayu 'encik.saya sakit pinggang.takleh jalan jauh.so mintak tumpang park kejap je'.hehe.ambik nombor nak jumpa doktor dulu.emm sib baik tak kena tunggu lama..sebelum aku ada sorang je brother tengah tunggu turn.Dr dah tahu history aku dan dia tak banyak cakap.tulis apa ubat kena ambik dan suh aku masuk bilik fisio.oh!adik yang peramah itu takde.suka adik tu dia sangat friendly.tak rasa malu nak fisio ngan dia.tapi adik fisio baru ni pun boleh tahan.tak kenal maka tak cinta.hehe

baring dulu..emm katil ni kecik sikit.dulu katil besar.mungkin ada orang tengah guna katil besar.memilih sungguh la..tak padan dengan sakit tuh.adik fisio bagi penerangan sikit.katanya nampak bengkak so dia tak letak pasir panas macam dulu.tapi ganti dengan seuncang besar ais.sejuk beb.lama gak la uncang ais tu tercongok atas belakang pinggang aku..dah kebas diganti pulak dengan sejenis gel dan diurut,emm nyaman seh.

abis je sesi urut..diganti pulak dengan pad yang akan mengalirkan arus elektrik yang selamat la..bukan karan biasa tu (suka suki je guna ayat sendiri).rasa macam kena gigit semut halus tapi tak gatal..macam kena garu pun ada.lama la sampai aku tertido.huhu.sedar-sedar mesin berbunyi 'titttttttttttt'.okey sesi fisio pertama dah setel.jam sudah pun ke angka 5.00 petang.terus balik umah je

hari ni sesi ke 2.

bai

UPDATE KEMBALI JAM 4.30 PETANG..
fisio kensel..budak2 fisio tak de.diorang dipanggil balik ke HQ..emergency.penat je aku bergegas keluar opis nak kejar time fisio jam 4 ptg.huhu.ingat tadi lepas fisio balik terus dan malam ni dapat tido lena.non ado....kena balik opis semula.

harap2 esok boleh sambung fisio.

1001 Cerita

Thursday, February 09, 2012 4
HAMPIR BERKUBUR..
gara-gara terpengaruh tengok blog orang lain lawa..aku ter'gatal klik kat sini..abis caca marba blog kesayangan ku ini kejap tadi..sib baik lah jugak klik sana sini sinun akhirnya blog ini masih bernyawa.syukur :)

4 HARI CUTI YANG PADAT DENGAN AKTIVITI
dah basi pun tapi tetap gak nak tulis sebagai kenang-kenangan apa yang aku buat sepanjang 4 hari cuti Maulidur Rasul dan Cuti Thaipusam yang lepas.(kalau la Kelantan itu cuma 2 jam harus aku balik kampung jenguk kakak). dah jauh tu redha je la.nak balik ngan kapal malas pulak.

SABTU- lepas zohor kami (aku,anak2 dan 2 adik )ke shah alam ada dua pupu kawen kat masjid besar shah alam.majlis akad nikah jam 5.00 petang.kami datang paling awal..wah!teruja buat lawatan dalam masjid.ada macam-macam aktiviti rupanya.bukan setakat masjid untuk solat semata.ada jugak gerai jual jubah dan macam-macam barang kat ruang legar tu.sempat la rembat selai jubah ala arab untuk hero pakai solat.



dalam dewan akad nikah

lepas majlis akad nikah kami dijamu makan kat bawah khemah dalam kawasan masjid jugak.jimat masa dan jimat tenaga..suka pulak aku dengan konsep akad nikah camtu.mungkin juga ni majlis kawen kali ke2 so orang pun tak kisah sangat la kan.kalau kawen kali pertama mesti la nak grand ada pelamin sume.apa2pun aku doakan pasangan pengantin itu bahagia hendaknya hingga ke akhir hayat.seronok sangat dapat jumpa sedara mara yang dah bertahun tak jumpa.oh!makcik aku pun baru jumpa 'keluaran terbaru' aku sikenit Hajar.dah 2 tahun umurnya baru jumpa sedara mara.



posing pesen apa ni dik?

AHAD-jalan-jalan dengan adik ke Jusco Seremban2..cuci mata.xceli Jusco ni tak luas mana..tapi dah itu yang paling dekat ngan umah.pantang cuti atau free je kesana la kami walaupun takde apa sangat.sejuk-sejuk badan kata orang.hehe

petang itu juga aku mula ada tanda-tanda nak 'sakit pinggang'.serba salah dibuatnya.sakit tak nampak macam ni derita hanya ditanggung oleh tuan badan.kalau luka boleh nampak darahnya.sakit ni tak nampak..boleh lagi ke sana ke mari w,pun muka berkerut menahan sakit

ISNIN-
-hari ni tak kemana-mana,melepak sepanjang hari.layan tv je..basuh kain sikit,kemas umah sikit..serba sikit katanya.sambil masak-masak membina lemak.konon tak nak masak nasi so aku cuma buat makaroni cabonara je..licin seperiuk.tapi petangnya adik lelaki balik,so aku masak la nasi untuk dia..dia punya perut melayu tulen :)

SELASA-saja menjamu adik-adik makan kat umah.masak apa yang diorang teringin nak makan.maklumlah mereka kan jauh dari orang tua.hehe.malamnya ke umah adik lelaki yang baru balik dari kampung.saja ke sana sebab nak ambik tempoyak yang ma kirim.aku memang tak penah beli tempoyak kat kedai..setiap bulan ma akan kirim pada adik-adik yang balik kampung.jangan tak tahu 'sambal mentah' pun ma yang kirim.aku tinggal cedok je.haha..sangat bertuah punya anak.

lepas lepak-lepak adik lelaki yang bujang ajak gi karaoke..(sebenarnya ini kali pertama kami adik beradik ke karaoke bersama-sama).aku memula cam taknak pegi sebab ada budak bawah umur.tapi penyudahnya pegi jugak.aku kena gelak ngan adik-adik.memula cam malu-malu nak pegang mic lepas tu mic asik duk kat tangan aku je.sampai kena sound ngan adik 'eh.orang lain pun nak nyanyi gak la'huhu.malu ai.tak lama pun kami kat sana.sejam je sebab siankan anak-anak (budak bawak umur ada 4 orang.anak aku 2 dan anak sedara 2 orang)si kenit la paling bawah umur.hehe.tapi dia sangat best,baring je minum susu sambil dengar umie me'nyumbang'kan lagu.kalaulah mak ayah aku tahu..abis la.apa taknya,5 beradik gi melalak kat karaoke.huhu



10.30 malam baru sampai umah..malam tu tak lena tido sakit pinggang mula mengganas.tak sabar nak tunggu pagi nak ke medical centre kompeni.aku tak nak gi klinik biasa.paling tidak pun di bagi ubat tahan sakit je.abis kesan ubat tu sakit datang balik.tak nak begitu...aku nak sakit ni hilang terus.boleh?

nanti sambung kisah fisio part 1

Wednesday, February 8, 2012

'Dia' Datang Lagi

Wednesday, February 08, 2012 17
'Dia' Datang Lagi
sebelum tu.TERIMA KASIH untuk yang komen pasal entri lepas.hari ni kembali bertugas setelah bercutian selama 4 hari,sib baik jugak kenit tak buat hal bila di hantar ke rumah pengasuh pagi tadi.

dari isnin lepas (kalau dikira hari ni masuk hari ke3 la) aku menahan sakit pinggang.dari pinggang ke bawah..sakitnya macam sakit nak bersalin.huhu.nampak gaya aku kena mengadap doktor dan mungkin juga kena buat fisio balik.last buat fisio 26/09/2011-tahun lepas.

YaAllah..
ini baru sedikit ujian.tapi sengsaranya hanya Allah yang tahu.citer kat orang pun bukan orang paham sebab aku masih lagi nampak sihat dan lalu makan.baring sakit,duduk sakit,berjalan sakit..nak rukuk pun tak boleh,kenalah solat sambil duduk.

tu je nak citer.oh!sebenarnya banyak aktiviti 4 hari cuti tu..next la citer.

Friday, February 3, 2012

Surat Untuk Cikgu

Friday, February 03, 2012 15
Surat Untuk Cikgu
AMARAN DARI TUAN TANAH KEDAUNG:
surat ini adalah suara hati dari seorang ibu.baca dan cuba fahami tetapi jangan sesekali menilai.sebelum publish entri ni aku dah fikir 3 kali dan fikir lagi 5 kali dan fikir lagi 1 kali..lalu aku publish.jika nanti ada komen 'yang pedas' aku cuba untuk memahaminya..

jika kamu yang membaca ini seorang guru ATAU juga seorang ibu ATAU ibu yang bekerja sebagai guru,maaf kalau tulisan ini agak kasar.janganlah menghukum aku dengan berkata aku seorang ibu yang pantang anaknya ditegur cepat sungguh melenting.aku boleh terima kalau teguran itu dengan cara yang betul.

ini adalah kesinambungan dari KISAH INI..

selamat membaca.

SURAT UNTUK CIKGU
-------------------------------------------------------------
SALAM SEJAHTERA CIKGU..(maaf saya lupa nak tanya apa nama cikgu..mungkin kerana waktu itu saya sangat nebes kerana mendapat berita itu tanpa saya duga)

Pertama sekali.jutaan terima kasih atas kesudian cikgu mengajar anak saya.besar sungguh jasa seorang guru walaupun saya tahu cabaran mendidik anak zaman sekarang amat berbeza jika hendak dibandingkan zaman saya dahulu.

Ibu bapa zaman saya dulu kalau anak dimarah oleh cikgu mereka tidak berani memberitahu ibubapa kerana silap haribulan mereka pula yang dimarah kembali oleh ibubapa walaupun kesalahan belum dibuktikan.

Zaman ini ibubapa dah ada blog dan ada fb.sikit je cerita tak enak di dengar dari mulut anak sudah keluar cerita kat blog ataupun sudah update status kat facebook.

Ikhlas dari hati saya berterima kasih bila cikgu menegur perlakuan anak saya semasa disekolah.Saya sebenarnya tak tahu macam mana kelakuan anak saya di sekolah kerana saya tak nampak.kalau boleh jadi halimunan susah tentu saya akan jadi halimunan dan duduk di sebelah meja anak saya dalam kelasnya dan memantau perlakuan anak saya itu.kalau nakal saya cubit-cubit lengannya sampai lebam.tapi itu adalah mustahil.

Oleh yang demikian saya sangat terkejut bila cikgu kata anak saya 'seorang yang fussy boy'.kata cikgu 'dia ni budak yang suka bagi alasan.kalau suruh buat sesuatu ada je alasan'.bila saya tanya cikgu 'ada ke homework yang tak siap?' tapi cikgu kata 'takde'.saya pun pelik apa maksud 'fussy boy' yang cikgu maksudkan itu.

Saya berterima kasih sebab cikgu sudi menegur kelakuan anak saya itu.kalau tidak kerana anak saya tertinggal duit poket dan saya tidak datang ke sekolah menghantar duit tersebut di kelasnya sampai bila pun saya tak tahu perangai anak saya.Cuma saya 'sedikit terkilan'.maaf ye cikgu 'sedikit sahaja'.itupun kerana cikgu memberitahu saya tentang kelakuan anak saya itu dihadapan kelas dan semua mata memandang ke arah kami dengan penuh minat.Alangkah bagus kalau cikgu usaha sikit bangun dari meja guru itu dan berjalan ke pintu memberitahu saya tentang perangai anak saya itu.

Ye,dia masih budak kecil.baru 7 tahun apa sangat yang dia tahu.semasa cikgu memberitahu perangainya kepada saya dia masih mampu tersenyum seperti tiada apa-apa.saya pula yang malu..sebab saya dah tua,bukan budak-budak.rasa macam saya tidak pandai mendidik anak pula pada saat itu.tapi walaupun dia berumur 7 tahun tapi saya tahu dalam hati kecilnya dia ada rasa malu.ye,memang dia malu.semalam dia bercerita pada saya yang dia malu kepada kawan-kawan.Kebetulan pulak semasa cikgu mengadu tentang perangainya ada kawannya yang tumpang semulut mengadu pada saya yang anak saya itu 'buat dia'.maksud buat itu mungkin juga 'bergurau kasar'.budak lelaki biasalah.kalau anak saya mengadu orang buat dia pun saya akan melenting sedangkan saya tahu anak saya itu pun boleh tahan perangainya.

Cikgu..
Saya harap cikgu bersabar dengan karenah anak saya itu.Mungkin dia masih dalam proses belajar.Baru bulan ke2 dia bersekolah.Berilah dia peluang dan dalam masa yang sama saya juga akan sentiasa berpesan kepadanya agar menjaga tingkah laku.

Sekian.Wasallam

Dari saya..
Ibu kepada pelajar cikgu yang bernama ..dot dot dot

-------------------------------------------------------------
emm..
luahan hati seorang aku.sejujurnya,kita tak tahu macam mana perangai anak kita bila di sekolah.mungkin dirumah pijak semut pun tak mati tapi dibelakang kita..gajah pun disepak macam bola.Sebagai ibu aku dan mencuba sedaya upaya mendidik anak-anak.Harapan semua ibubapa supaya anak-anaknya menjadi manusia berguna dunia akhirat.


Abang..
umie harap ini kali pertama dan terakhir umie dapat repot perangai abang dari cikgu sekolah...jaga perilaku abang kerana abang membawa nama ibu bapa dalam diri abang walau kemana abang pergi.kalau baik budi pekerti abang ..nama ibu bapa akan dikait sekali dan begitulah sebaliknya.

akhir kata SALAM MAULIDUR RASUL DAN SELAMAT BERCUTI :)

Maafkan Saya Penunggu Gua

Friday, February 03, 2012 5
Maafkan Saya Penunggu Gua
PERINGATAN UNTUK DIRI SENDIRI..
JANGAN MUDAH BUAT ANDAIAN..SELIDIK DULU BARU TAHU CITER SEBENAR

ni sambungan KISAH PELANDUK DUA SERUPA ITU..aish..tak abis lagi ko Irfa ngan kisah pelanduk itu.

2 hari lepas dia (kawan lama itu) sms aku..so kami berbalas sms (aku lebih suka sms dari call..kecuali kalau nak cepat la).lagipun aku ni cepat je jawab sms.kecuali kes terpencil contoh *kedit abis*.

so semalam aku cuti (sakit tekak+sakit badan.pegi klinik doktor tak bagi mc.katanya 'belum kritikal'.huhu..so aku ambik cuti jelah..balik klinik singgah cc lepas beli barang dapur.motif singgah cc sebab nak bukak fb la..aku masih tak puas hati pasal 'kes silap tegur orang tu'..dia kata bukan dia.bukak fb aku terus terjah album gambar kawan itu.oh baru perasan..anak dia 4..semua pompuan.orang yang kusangka 'dia' tu kalau tak silap ada 5 orang anak..dan yang paling besar lelaki.konfem la bukan dia.lega kerana persoalan itu terjawab.

tapi kan memang pelanduk dua serupa sungguh la.masalahnya bukan aku yang nampak dulu tapi adik aku..dia yang bagitau mungkin itu kawan lama aku.kiranya bukan mata aku je yang salah tengok sebab mereka itu memang serupa sungguh.penah dengar orang kata kita ada 7 orang yang sama seiras dalam dunia ni.ye ker?

dan satu lagi paling kebetulan,pompuan itu juga 'loghat yang sekapal' ngan aku.lagilah menambahkan keyakinan aku.

okey..abis citer tu.harap dapat jumpa dia..tadi dah set kalau boleh nak jumpa dengan kawan-kawan yang lain juga.itupun kalau diorang sudi..yang duk area dekat-dekat sini la..

emm tetiba tak sabar nak jumpa kawan lama :P

(macam lari je tajuk dengan jalan citer..sapa yang jadi penunggu gua ni.hehe)

Duit Poket Anak Sekolah

Friday, February 03, 2012 21
salam hari jumaat untuk semua yang sudi singgah sini.

hari ni hero takde kelas agama,bagi duit poket rm3 je.semalam dia lupa bawak duit poket dan terpaksalah aku hantar duit kesekolah (terjadi satu peristiwa masa nak hantar duit tu..nanti aku citer yer kat next entri)

BACA SINI maka tercetuslah idea nak merapu ;) nurshi..tumpang link yer

ada blog yang aku baca memang dia tak ajar pun anak guna duit.terpulang la pada pendapat masing-masing.(hormati juga pendirian orang lain w,pun tak sama ngan kita)macam anak aku ni umur 6 tahun dah kenal duit..siap boleh kira belen lagi kalau beli apa-apa.jugak pandai gi kedai beli sendiri apa yang diorang nak..kedai dalam taman la..itupun aku monitor dia jalan kaki sampai masuk kedai dan sampai rumah..(bukan la diorang boleh keluar rumah suka-suki untuk ke kedai). eh macam keluar tajuk je..motif nak cerita ialah aku tak benarkan anak-anak keluar rumah suka suki kecuali dipantau;)

aku nak citer ni bab duit poket.zaman kakak skolah sini dulu aku bagi rm2 je sebab dah bayar makan tengahari kat skolah RM50 sebulan (wajib untuk semua murid bayar duit makan dan makan tengahari disediakan di kantin sekolah).rm2 tu hanya untuk beli waktu rehat jam 10pagi.katanya 'kakak beli air sirap dan donut je'.

sekarang kata kakak 'mok bagi rm2.tapi kakak jarang guna.kalau guna pun untuk beli air je sebab pagi-pagi dah sarapan kat rumah..makan nasi kerabu @ nasi lemak.pastu mok beli nasi berlauk untuk bekal makan waktu rehat'.memang ada yang tegur pipi kakak nampak berisi masa balik cuti CNY yang lepas.mana tak nya asik makan nasi je ;)..pesan aku 'kakak jaga makan sikit nanti gemuk susah tau nak kurus balik'.oh!tak sedar diri punya umie.dia makan nasi siang malam pagi petang boleh pulak yer.

balik citer hero..setiap hari isnin,selasa dan khamis aku bagi RM4.banyak ker atau sikit?kalau hari Rabu dan Jumaat aku bagi RM3 je.bukan apa,sebabnya dia ni memang kuat makan.satu lagi tu ari masa orientasi aku sempat la jengah kantin sekolah dia..ada senarai harga makanan yang dijual



sila klik gambar untuk lebih jelas

kalau korang nampak..nasi ayam RM3.50 macam sama ngan harga kat luar.kalau aku bagi rm2 nanti dia nak makan apa?aku ingat nak buatkan bekal tapi aku penah buat bekal elok je dia bawak balik sebab abang lupa nak makan.aku agak la..dia lupa nak makan sebab dia tahu ada duit boleh beli je.emm aku ingat nak buat bagi dan bagi dia RM1 je untuk beli air..atau air pun aku bekalkan jugak.hehe.

eh!aku penah test dia masa tu takde duit kecik..so aku bagi RM5 dan korang tahu dia beli apa?balik tu aku tanya tapi duit baki takde..elok je dia beli dompet duit gambar pooh..pandai lak citer itu bukan dia punya tapi penyudah dia ngaku dia beli dompet tu sebab banyak duit baki.boleh?kawan aku kata 'budak baru pegang duit memang camni.lama-lama dia ok la tu'.

aku bukan apa,takut nanti tak bagi duit dibuatnya dia mintak duit kawan.sapa yang malu?aku jugak..........

Wednesday, February 1, 2012

Waiter..BroadBand Satu,Please

Wednesday, February 01, 2012 9


kalau boleh order,sekarang jugak aku nak order broadband satu..huhu

msge untuk seseorang:
kami semua okey-okey je..semoga selamat kembali
(i know u read this)

Cabaran Berniaga..Alam Maya @ Alam Nyata

Wednesday, February 01, 2012 13
Cabaran Berniaga..Alam Maya @ Alam Nyata
sebelum aku ulas tajuk atas tu aku nak share sesuatu yang buat aku tersenyum sorang-sorang depan pc.dear KakWos..jangan marah ye saya share..siap letak link lagi.nanti ramai la orang jenguk.hehe..tapi sebelum tu nak bagitau,saya tak boleh komen..tak keluar pun kotak komen tu.view separuh je.tapi hari-hari saya masuk baca blog kak wos.lap u la..

nak baca klik sini BILA ISTERI JATUH CINTA LAGI

tak berani komen lebih-lebih sebab ada orang penah cakap ngan aku 'tak kena batang hidung ko boleh la cakap' so..baca dan pahami maksud tersirat.

berbalik ke pangkal jalan

ALAM MAYA..berniaga Online la
ALAM NYATA..buka kedai atau jual sambilan kat opis hehe
(siap bagi perjelasan tu.hehe)

pendek kata bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah.aku bukan dari keturunan berniaga..tapi aku suka tolong orang berniaga.ala,kalau ada kengkawan mintak jualkan tudung ke apa barang yang boleh dijual..setakat ni tudung la.kalau nasi lemak belum la penah lagi.kebetulan aku keje opis,ramai melayu dan ramai yang bertudung.kalau opis aku cina atau bangsa lain buat apa aku nak gatal jual tudung kan?tak seswai hokey..so aku bawak la gi opis.bukan la untung banyak sangat tapi boleh la dapat free selai untuk aku pun dah kira okey..jimat disitu ;)

pengalaman sendiri..bukan kita tak boleh beli je kat kedai.silap haribulan kat kedai lagi murah dari yang dijual kat opis.tapi itulah namanya rezki..dah memang rezki duit kita tu untuk dia..walau mahal sikit tapi kita tetap beli ngan dia.nak pulak yang pandai kempen(pandai promo barang la senang citer).

bila kita try jer..terus dia kata 'eh!memang lawa la ko pakai ni.sesuai ngan kulit ko yang cerah ni.nampak muda 6 tahun' haa kan dah terpengaruh tu.sapa tak suka bila dikata lawa kan *sambil tu belek muka tang mana yang cerah tu*.itu contoh la kan..

tapi bukan semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang.sangat best bila kita bawak beg penuh dan balik dengan beg kosong.

biasalah..dah namanya 'customer always right'.

dibawak tudung ropol-ropol bunga penuh dia tanya 'yang takde ropol takde ker?kurang berkenan yang ada ropol ni nampak cam pokok bergerak'

dibawak yang plain di tanya 'baju aku banyak yang plain.kalau boleh nak la yang corak bunga-bunga sikit'

dah pilih dan ambik tapi dibelek lagi,sambil mulut mengomen 'kaler shocking pink takde ker?yang ni malap la..kaler orang tua'.

huhu..kalau telinga nipis memang sentap la.tapi adatlah bila berniaga.kena tebal telinga dan tebal muka juga.dah sah-sah la itu alasan tak nak beli tapi tak sampai hati nak kata TAK NAK..bagus kan?orang kita kan terkenal dengan budi bahasa.

itu yang berniaga ALAM NYATA..kalau ALAM MAYA..aku lom ada pengalaman itu.tapi rasanya aku boleh tangkap sikit-sikit pengalaman orang bisnes online ni.

sedikit contoh ye:

-dah order tapi bila stok dah ada tak jadi beli..sebab tu ada setengah kedai online buat syarat kena bayar dulu atleast 10 persen dari rega asal semasa booking

-customer juga ada yang tak puas hati bila barang sampai tak seperti yang digambarkan.kaler dalam gambar nampak terang,dah dapat barang pulak kaler macam kain buruk je (sila salahkan flash semasa gambar di ambil).

-ada barang yang dipos tapi rosak di tengah jalan..huhu.

eh 3 contoh dah la yer..ada acara makan-makan sempena CNY jap lagi ni.apa-apapun pilihan di tangan kita.tak semua yang beli online itu tak puas hati...aku penah order barang online dan alhamdulillah,peniaga itu baik punya service sampai sekarang kami masih kawan.harap bisnes beliau makin maju.

Angka 33..Cantiknya Nombor Itu ;)

Wednesday, February 01, 2012 21
ALHAMDULILLAH...........
SYUKUR PADA ALLAH MASIH BERNAFAS DAN SIHAT WALAFIAT HINGGA KINI.

angka 11
-masa tu darjah 5,tahun 1990..masih gadis sunti kata orang tua.sudah mula menunjukkan minat pada kaum Adam tapi malu-malu.itu tandanya aku normal..kalau suka kaum sejenis itu memang tak normal la kan.aku penah suka kat sorang budak lelaki masa sekolah rendah (suka cara budak2 la) dan sampai dia jadi arwah pun dia tak tahu aku penah suka kat dia (dapat tahu dia meninggal eksiden motor masa tunggu result spm..alfatihah)..uru sudah menjadi sejarah tapi yang penting sekarang aku sudah jumpa 'cinta hati' yang kini jadi ayah kepada anak-anakku ;)

angka 22
-tahun 2001,emm masa besday ke 22 tu (01.02.2001)aku tengah peknenkan kakak kalau tak silap..kakak lahir pada bulan Ogos tahun 2001.

dan kini..

angka 33
-tahun 2012,aku bersyukur dengan apa yang aku dah ada.ada keluarga kecik kami dan keluarga besar (my family dan family cik abe) ada kawan-kawan serta kerjaya,Terima Kasih Allah untuk segalanya..w,pun bukan semuanya indah tapi aku bersyukur juga kerana 'kenangan yang tak indah' itu telah mematangkan aku dan menambah warna warni dalam kehidupan aku selama aku wujud di muka bumi ini.

adakah aku berpeluang menikmati angka 44,55 dan 66?hanya Allah je yang tahu.nak cakap angka 77 rasa macam lama sangat la pulak hidup.

setelah masuk 3 series (tahun 2009),aku dah tak berapa minat nak mengira umur.kerana bila umur makin meningkat itu tandanya usia kita semakin hampir ke penghujung.kata nenek 'makin hampir dengan lubang kubur'.so aku taknak mintak lebih dari apa yang layak untuk aku..hanya Dia yang LebihMengetahui..tapi aku nak menghayati setiap detik yang aku ada dan mahu semua orang yang aku sayang..menyayangi dan menerima aku seadanya.

aku tahu korang nak wish..so aku ucapkan terima kasih atas doa kalian ;) dan hadiah untuk diri sendiri sempena besday ke 33 ni ialah



ni aku punya..sedap bangat baunya..rasa seksi tetiba (seksi le sangat)



dan satu untuk 'sidia' besdaynya bulan depan 12Mac tapi saja beli awal-awal.konon sedondon :P

opsssssss...(sbg kenang-kenangan).
yang pertama wish ialah syarikat insuran,hantar emel kat mailbox opis..
yang pertama call ialah orang yang melahirkan aku ke dunia ni.tq Ma
yang pertama sms ialah kakak kusayang KAK ERNA

ciuman pertama dari hero dan kenit.eh!aku la cium diorang.hehe